SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Thursday, March 26

Tahniah GPK HEM Baru SMKA Maahad Muar

Tahniah kepada Us Mohd Sobri bin Ali kerana di naikkan pangkat menjadi GPK Hem SMK Agama Maahad Muar berkuatkuasa pada 26 Mac 2009.Semoga dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Peristiwa Penting SMKA Maahad Muar Akhir MAC 09

*Selamat Menunaikan Umrah pada 28 Mac 2009 kepada Pasukan Nasyid Arrayyan SMKA Maahad Muar yang telah memenangi Johan Marhaban Di Astro 2008.

*Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Muar akan berlangsung pada 2 April 2009 di SMK Pekan Baru Muar . Selamat Berjaya kepada Skuad SMKA Maahad Muar dan memperbaharui rekod yang sedia ada.

*Majlis Perpisahan Guru dan Staff SMKA Maahad Muar 2009
Yang di Raikan ialah

1) GPK HEM Ustazah Faseha Jelani yang naik pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah Unit Pendidikan Islam Teras Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.

2) En Azmi bin Othman (guru fizik) yang berpindah ke SMK Bukit Gambir

3) En Thangavelu A/L Narayanan (pemandu) bertukar ke SMK Tun Mamat.

Kelab Guru Darul Ansar telah mengadakan Jamuan Perpisahan untuk mereka ini.Semoga SMKA Maahad Muar masih kekal di sanubari mereka

*Perkhemahan Perdana SMKA Maahad Muar Tingkatan 4 2009
akan berlangsung di Kem Denai Alam SK Bukit Batu dikendalikan oleh Unit Ko-Kurikulum.

Saturday, March 21

Majlis Penutup MTQ Peringkat Sekolah 2009

Majlis Penutupan MTQ Peringkat SMKA Maahad Muar akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Isnin 23 Mac 2009
Di Dewan Besar SMKA Maahad Muar
Di sempurnakan oleh Pengetua Kanan SMKA Maahad Muar

* Terima Kasih diucapkan kepada semua exco asrama kerana sudi membantu dalam pengurusan pentas dan perlaksanaan majlis tersebut.Semoga Allah memberkati kamu.Aminnn..

Pertandingan Bahas Ala Parlimen & Kuiz Komsas Peringkat Daerah Muar




Pertandingan Bahas Ala Parlimen & Kuiz Komsas Daerah Muar 2009
bertempat di SAB Muar (Mac sebelum cuti sekolah)

SMKA Maahad Muar Johan Bahas Ala Parlimen

Pembahas terbaik- asnee binti yasmin affandi

(Guru pembimbing - Puan Rosmizana dan Puan Mastura)

SMKA Maahad Muar Johan - Kuiz Sastera Perdana (KOMSAS)

Peserta kuiz komsas terbaik Nur Azizah binti Mazlan

(Guru Pembimbing - Puan Aini Ariffin

Saturday, March 14

Analisis Keputusan SPM 2008 SMKA Maahad Muar

Nama Sekolah : SMKA Maahad Muar

Bil Calon : 135 orang

Peratus Calon Lulus : 100 %

Gred purata Sekolah : 3.33 (tahun 2007 3.11)

Berikut adalah pencapaian matapelajaran & Gred Purata:

BM = 1.43 (2007=1.31)
BI = 2.9 (2007=2.85)
SEJ = 2.63 (2007=2.99)Naik
MATH =1.71 (2007=1.63)
SAINS =1.71(2007=1.55)
BAT =4.76 (2007=4.37)
P.SENI =2.11 (2007=1.0)
ADDMATH =5.44 (2007=4.15)
ACC =4.15 (2007=3.63)
Ekonomi =5.08 (2007=4.28)
FIZIK =3.63 (2007=3.15)
KIMIA =4.81 (2007=4.74)
BIO =4.88 (2007=3.94)
PQS =1.99 (2007=2.20)Naik
PSI =3.26 (2007=3.21)
EST =2.03 (2007=3.27)Naik
SAINST =3.50 (2007=0.00)

BILANGAN A CALON MENGIKUT GRED :

10A = 2.96
10A = 1.48
9A = 2.96
8A = 2.96
7A = 9.62
6A =11.85
5A =15.55

SECARA KESELURUHAN KEPUTUSAN SPM SMKA MAAHAD MUAR TAHUN 2008(3.33) MEROSOT SEDIKIT BERBANDING TAHUN 2007 (3.11). PELAJAR PALING CEMERLANG TAHUN INI ADALAH MOHD FALIQHALIM RAZIP WEE DENGAN MERAIH 12A.SEMOGA TAHUN 2009 LEBIH CEMERLANG DAN GEMILANG LAGI .

Thursday, March 12

Kejayaan SMKA Maahad Muar Mac 2009

Pertandingan Kawad Kaki Kor Kadet Polis Peringkat Zon Tengah Negeri Johor (Segamat / Muar / Batu Pahat )2009

Kategori Lelaki : Johan - SMKA Maahad Muar
Kategori Perempuan : Naib Johan - SMKA Maahad Muar & SMK P SAB

Pertandingan peringkat negeri akan diadakan di Johor Bahru pada 25 Mac 2009 nanti.

Keputusan Rasmi PMR SMKA Maahad di kalangan SMKA2 seluruh Malaysia 2008

SMKA Maahad Muar telah berjaya mendapat tempat yang ke 10 PMR 2008 dari 55 buah SMKA seluruh Malaysia dengan semua calon 178 orang mendapat GPS 1.30 dengan kelulusan 100 %.

Aktiviti TerkiNi SMKA Maahad Muar Mac 2009

11 Mac 2009 (Rabu)
Taklimat Darul Quran oleh Bekas Pelajar SMKA Maahad
Dewan Seminar Jam 3.00 petang

12 Mac 2009 (Khamis)
Keputusan Rasmi SPM SMKA Maahad Muar ?????

13 Mac 2009 (Jumaat)
Mesyuarat Agung PIBG SMKA Maahad Muar
Dewan Besar SMKA Maahad Muar

Monday, March 9

Pengunjung Ke 10,000 Blog KKQ SMKA Maahad Muar

Terima Kasih kepada semua pengunjung yang telah memberi sokongan ke atas blog ini sehingga mencecah target pengunjung ke 10,000 pada 5 Mac 2009 lalu.Semoga blog ini memberi manfaat yang sewajarnya kepada anda semua.

Monday, March 2

Design Bas Rasmi SMKA Maahad Muar 2009



Inilah Gambar design Bus SMKA Maahad Muar yang terkini.Tetapi Drivernye masih lama iaitu Bro Rahim.Semoga dengan bus maahad muar berwajah baru...keputusan pekse pon baru....sahsiah pon cemerlang...amin