SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Wednesday, January 28

GARIS PANDUAN HIBURAN DALAM ISLAM

1. TUJUAN

Garis Panduan Hiburan Dalam Islam ini disediakan untuk memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan merangkumi nyanyian, muzik, tarian dan lain-lain. Garis Panduan ini juga akan dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat awam yang menyertai persembahan rancangan hiburan.

2. PENDAHULUAN

2.1. Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)

Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).

2.2 Dalam membincang isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:

a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat[1], tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah[2] adalah harus;

b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;

c) Pancaragam yang melalaikan[3] hukumnya haram;

d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan

e) Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.

3. KANDUNGAN GARIS PANDUAN

3.1 Garis panduan ini mengandungi perkara-perkara berikut:

3.1.1 Takrif

3.1.2 Program Hiburan

3.1.3 Persembahan Muzik

3.1.4 Lirik Lagu

3.1.5 Persembahan Artis

3.1.6 Persembahan Tarian

3.1.7 Tanggungjawab Penganjur

3.1.8 Kesimpulan

3.2 Takrif

3.2.1 Hiburan

Maksud hiburan ialah sesuatu (perbuatan, benda dll) untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan) hati. (Kamus Dewan).

3.2.2 Nyanyian

Maksud nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. (Kamus Dewan).

3.2.3 Muzik

Maksud muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan perasaan. (Kamus Dewan).

3.2.4 Tarian

Maksud tarian ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. (Kamus Dewan).

4. GARIS PANDUAN

Garis panduan yang memisahkan sama ada hiburan itu boleh atau sebaliknya menurut Islam adalah sejauh mana hiburan tersebut mencapai maksud dan prinsip Islam yang menekankan ke arah kesejahteraan umat manusia. Antara garis panduan tersebut adalah seperti berikut;

a) Program Hiburan

i. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.

ii. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai.

iii. Mengambilkira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.

iv. Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.

v. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.

vi. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

b) Persembahan Muzik

i. Tidak menimbulkan gerakgeri liar.

ii. Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.

iii. Tidak melalaikan.

c) Lirik

i. Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.

ii. Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak, dan memberi perangsang melakukan dosa.

iii. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi.

iv. Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.

v. Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.

vi. Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah.

vii. Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya.

viii. Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.

d) Persembahan Artis

i. Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.

ii. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

iii. Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.

iv. Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.

e) Persembahan Tarian

i. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

ii. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.

iii. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.

iv. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.

v. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.

f) Tanggungjawab Penganjur

Penganjur hendaklah mempastikan acara hiburan yang dianjurkan menepati garis panduan yang telah disediakan.

5. Kesimpulan

Garis Panduan ini diharap memberikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan. Ia juga dijadikan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang dapat mengamal dan menikmati hiburan berteraskan nilai-nilai akhlak dan syariat Islam.

RUJUKAN

1. Mausu’ah al-Fiqhiyyah, Wizaratul Auqaf Wa al- Syu’un al-Islamiah,Cetakan Pertama, 1995, Kuwait.

2. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Syeikh Abdullah bin Mohamad Basmeih, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

3. Al-Halal wa al- Haram fi al-Islam, Syeikh Yusuf al-Qardhawi, al-Maktab al-Islami, Cetakan ke-15, Beirut 1994.

4. Kamus Dewan, Edisi Baru, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991.

5. Garis Panduan Muzik, Nyanyian dan Seni Menurut Pandangan Islam, Bahagian Penyelidikan, JAKIM.

6. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981.

7. Garis Panduan Penyiaran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

[1] Sesuatu perbuatan yang haram (Mausu’ah al-Fiqhiyyah)

[2] Cubaan, gangguan, hasutan dan kekacauan (Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran)

[3] Perkataan dan sebagainya yang tidak mendatangkan hasil serta tidak memberi faedah dan manfaat . (Mausu’ah al-Fiqhiyyah)

Panduan Qunut Nazilah

PANDUAN QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:

· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.




Maksudnya 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Monday, January 26

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMKA Maahad Muar

Pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah akan berlangsung pada :

30 Januari 2009 (Jumaat)

Laluan Track akan berubah pada permulaan dan tamat sahaja.Yang Lain tidak berubah.

Friday, January 23

Imbas Kembali Konvo SMKA Maahad Muar 2008


Thursday, January 22

SMKA Maahad Muar Wat Pe?Menang Ape?- Januari 2009

23 Januari 2009
Hari Terbuka SMKA Maahad Muar

23-25 Januari 2009
Kem Kepimpinan Pengawas & Nuqaba` SMKA Maahad Muar
di Institut Pertanian Sungai Sudah, Sungai Balang Muar Johor

Kejayaan Pertandingan Catur MSSD Muar
5 orang pelajar SMKA Maahad Muar akan mewakili daerah Muar bagi kategori bawah 15 dan 18 lelaki dan perempuan untuk MSSJ di Mersing nanti.

Kejohanan Merentas Desa MSSD Muar 2009
22 Januari 2008 - Lenga
Mendapat Tempat ke 15 Lelaki

Pertandingan Menembak Kadet Polis Daerah Muar di Sungai Rimba
Pelajar :
Kadet Lelaki M16 - Johan
Kadet Perempuan - Saguhati ke 10

Kategori Pegawai / Platon Komander (Bahagian Pistol)
Johan Kumpulan

Kategori Pegawai (Bahagian M16 )perempuan :
Johan : Pengetua Kanan SMKA Maahad Muar , Hajah Hamizah binti Hasan
Naib Johan : GPK Ko-Kurikulum Puan Hajah Rasyidah binti Yahya

Tahniah diucapkan kepada pemenang . Alhamdulillah .

Kenali Obama...Aduh...Aduh....

Hati-hati..Barrack Obama boneka Israel !

Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008. Obama dipengaruhi oleh Israel ? Adakah Islam liberal yang cuma diajarkan kepada umat Islam?

Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel ? Pertama, Obama memakai Yarmulke, lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew. Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew. Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini?

Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).


Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?


Tidak menghairankan bila selesai sahaja pengundian, Obama mendapat sejumlah 77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat 74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004. Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi iaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut dan Massachusetts . Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama. Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel .


Ramai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden Amerika Syarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Ramai yang tidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh Demokrat adalah lebih banyak dari Republikan. Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanya antara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush Kulit Hitam". Benarkah begitu?

Pada November 2008, Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel ) baru sahaja ditawarkan jawatan oleh Obama menjadi White House Chief Of Staff. Dan lebih memeranjatkan lagi bila mentor Obama sendiri iaitu Abner Mikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President Of USA " dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008 .

Nampaknya jika dasar Bush dianggap sebagai kejam dan keras terhadap dunia Islam, apa kurangnya dengan Obama? Dasar Obama mungkin halus dan "makan dalam". Musuh yang "silent killer" lebih bahaya dari musuh yang nampak secara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang dari pelobi yang sama.

Berhati-hatilah kita...

Wednesday, January 21

Senarai Syarikat yang Menyokong Israel dan USA

Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast,
Merit, Parliament, Alpine,
Basic, Cambridge , Bristol , Bucks, Chesterfield , Collector's Choice,
Commander, English Ovals, Lark,
L&M, Players and Saratoga , C e d'Or, Philadelphia , Polo, Milka, Malabar,
Marabou, Prince
Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel , Setiap hari umat Islam
membelanjakan USD 800 juta
untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD
80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP
HARI

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut, KFC
Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite , Canada Dry, Crush,
Schweppes, Minute Maid,
Nestea, Dr. Pepper
Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel . Coca Cola telah
menerima anugerah
tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta
membantah boikot Liga
Arab terhadap Israel .

Syarikat : Nestle
Jenama :Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies,
Vittel, Pure Life,
Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality
Street, Felix (cat
food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth,
Butterfinger, Milkybar,
Frutips
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel , Osem
Investments. Pada tahun 2000
mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada
tahun Peter
Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana
Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney
Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem
Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan
Jerusalem sebagai ibu
negara Israel . Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US
1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah
kempen Israel menggunakan
Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap,
Boss, Ralph Lauren,
Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew ,
Caterpillar, Lou Riders,
Pryca
Fakta : Syarikat kain terbesar Israel . Pengasasnya Dov Lautman adalah
kenalan rapat Presiden Israel
ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik
Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK
ISRAEL .

Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut
Jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob
biscuits, Danone yogart, HP
foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette
Fakta :Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah
Jubli daripada Perdana
Menteri Israel , Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat
yang memperkukuhkan
ekonomi Israel . Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan
telah di tubuhkan di
Israel pada tahun 1998.

Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan.
Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson,
menerima Anugerah Jubli
daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik
Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlon adalah seorang Zionis.
Penyokong kuat Zionis
Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan
Holocaust untuk
mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel .

Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak
Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine
Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel . Pada
tahun 1998 AOL
menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM
Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel . Satu dari 3 syarikat yang
disanjung semasa Jamuan Makan
Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001
bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L'Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein,
Donna Karan, Vichy ,
Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson
Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab
bahawa mereka menutup
kilang di Israel , mereka kemudian melabur dengan begitu banyak di Israel .
Kongres Yahudi Amerika
amat berpuas hati dengan L' Oreal dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan komputer
Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel . Pusat pembangunan pertama di
luar Amerika didirikan di
Haifa pada 1974.

Syarikat : Est Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer,
Prescriptives, Bobbi
Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila
Fakta :Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan
Utama Kesatuan Amerika
Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah
untuk menghalalkan
pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel .

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic
Channel, News of the
World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily
Telegraph, Harper Collins
Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel .

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex
Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark ,
menerima Anugerah
Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka
dalam membangunkan ekonomi
Israel .

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers,
Lux, Palmolive, Camay,
Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of
Olaz, Petrol Hahn,
Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action
500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas,
Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB,
Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax , Palmolive, Tahiti , Axion, Bingo, Fabe, Felire, La
croix, Mennen, Murphy,
Paic

Haagen - Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis , Raid, Heinz.

Thursday, January 15

BOIKOT YAHUDI

SAMA-SAMALAH MEMBOIKOT BARANG KELUARAN PRODUK YAHUDI
LUMPUHKAN EKONOMI YAHUDI YANG MENGHANCURKAN ISLAM

Sunday, January 11

Kezaliman dan kejahatan yang mengatasi segala perasaan kemanusiaan!





Thursday, January 8

Teringat AllahYarham En Adam Mohd Noor

Tiba-tiba teringat pada cikgu adam...
Beliau amat menghormati rakan sejawat...selalu panggil saya "syeikh"...sering bertanya soalan-soalan agama yang kurang difahaminya pada saya ... Sebak tatkala menunggu dan merenung jenazahnya di bilik mayat Hospital Putra Melaka... Biasanya beliau akan berpuasa 2 bulan sebelum ramadhan ...tinggi sungguh mujahadahnya dan sering low profile bersahaja...rajin juga membelanja kawan-kawannya...murni sungguh hatinya...Moga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan org2 yang soleh.Insya Allah

PROFIL
Adam Mohd Noor
·Nama pena: Admua MN
·Tarikh lahir: 17 April 1959
·Tempat lahir: Muar, Johor
·Jawatan: Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Muar, Johor
·Novel: Pahlawan Parang Panjang, Disket Misteri, Nama I Nelly, Anak Penyelam Tiram, Tetamu Pulau Sibu dan Masih Ada Sayang.
·Antologi cerpen: Berakhirnya Sebuah Impian, Bukan Sekadar Keris, Sayang Si Sintar, Syakirah, Kelana Pulang, Perenang Yang Sombong dan Bukan Mimpi Terakhir.
·Antologi puisi: Angin Dari Muara, Guru Oh Guru, Gema Membelah Gema 4, Pusaka Zaman, Daksina (DBP) dan Jamung Merdeka.
·Anugerah: Hadiah Novel Remaja Sejarah, Hadiah Cerpen Sejarah, Hadiah Cerpen Formula Malaysia, Pertandingan Menulis Puisi Negeri Johor 2005, Hadiah Menulis Puisi Sempena Hari Kemerdekaan 2005 dan Hadiah Novel Kanak-kanak KaryaNet 2005.

Wednesday, January 7

Bulan Islam Muharram dan Kelebihannya

AMALAN PADA 1 DAN 10 MUHARRAM

Muharram ( محرّم ) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada
asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT
melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan
ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa
terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan
Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan
kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya
melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah; “Sesungguhnya Allah s.w.t telah
membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram.

Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu
selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah
yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru
Islam (Kalendar Hijriah).

Kelebihan Hari Assyuuraa' & Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:
Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan
memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada
hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan
10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari
Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa
yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka
seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan
perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain
hari.
1.Jawab Rasulullah: Benar!.
· Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
· dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
· dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
· dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
· dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
· dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
· dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
· dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
· dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
· dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'

Peristiwa 10 Muharram

10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa
penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi
menegakkan keadilah dan kebenaran.
Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram
berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :
1. ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2. ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3. Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4. Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5. Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6. Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
7. Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9. Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10. Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
11. Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
12. Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
13. Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram
14. Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di
dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15. Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
16. Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17. Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
18. Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
19. Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20. Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21. Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
22. Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.pada 10 Muharram

2Peristiwa lain

1. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
2. Diangkat Nabi Idris a.s. ke langit pada 10 Muharram
3. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
4. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
5. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari
tentera Firaun.
6. Allah menjadikan 'Arasy.
7. Allah menjadikan alam.
8. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata; Hari Assyuuraa' ialah
hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari
perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan
terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana
itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata;
Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa', maka Allah
akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

Sufyan berkata; Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya.
Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah,
mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka tanya kepada mereka
tentang itu. Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani
Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini".
Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". maka Nabi
SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.

Abul Laits berkata; Dinamakan Assyuuraa' kerana ia jatuh pada sepuluh bulan
Muharram. Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa' kerana Allah telah
memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;
1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa' dan diangkatkan sebagai
kholilulLah juga diselamatkan dari api.
5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
8. Allah menenggelamkan Fir'aun
9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
10. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

3 Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa'. Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari
Assyuuraa' kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat
ini. Bulan Rejab. Allah menjadikannya sebagai kemuliaan nagi umat ini dan
melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat.
1. Bulan Sya'baan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan
Nabi Muhammad SAW. atas semua Nabi.
2. Bulan Ramadhan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan
Allah terhadap semua makhluk.
3. Lailatul qadr yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.
4. Hari Idul Fitri sebagai hari pembalasan(penerimaan upah)
5. Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada
Allah.
6. Hari Arafah yang dosanya dapat menebuskan dosa dua tahun.
7. Hari Idul Adha iaitu hari berqurban.
8. Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.
9. Hari Assyuuraa' yang puasanya dapat menebus satu tahun dosa.

Dan masing-masing waktu yang tersebut itu ada kemuliaan dari Allah diberikan kepada
umat ini untuk membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka. Di bawah ini ada
beberapa terjemahan hadith untuk panduan kita bersama;

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa
sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat
sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barangsiapa yang berpuasa
pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada
hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (Riwayat Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada
hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda
juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".(SahihMuslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka,"Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain
berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari)Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi

4 Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram.

Digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan pada 1 Muhharam dibacakan doa
akhir (akhir Zulhijjah) dan awal tahun (awal Muharram).
Selepas sholat subuh pada 1 Muharram digalakkan kita membaca Ayatul Kursi
sebanyak 360 kali dengan membaca Isim Bismillahirrahmaa nirrahim pada setiap kali
bacaan. Insya Allah barangsiapa yang mengamalkannya, akan diberikan keselamatan
dan pemeliharaan dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki. Sesudah selesai
hendaklah dibacakan doa berikut sebanyak 3 kali.

Berkata para ulama' salaf, empat belas (14 ) malam yang afdhal dihidupkan:
1. Malam Awal Muharram
2. Malam 10 Muharram
3. Malam Awal Rejab
4. Malam 15 Rejab
5. Malam 27 Rejab
6. Malam 15 Sya'ban
7. Malam Arafah
8. Malam 1 Syawal
9. Malam 10 Zulhijjah
10. Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)
Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:
a) Qiamullail b) Membaca Al-Quran c) Zikir
Bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari
berpuasa."
"Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu
ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan
dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"
"Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH
melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."
"Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram
dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram"
.
5 Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat
mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram di alaf baru ini dengan cara
sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Anbiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orangorang Sholihin. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas dalam kontek kita mendekat diri dengan sumber segala kekuatan, keindahan, kasih sayang dan
kebahagiaan daripada Allah SWT, Insya –Allah

Wallahu Alam.

Tuesday, January 6

Sejenak Belajar Tajwid bersama Ustaz Sani

Istilah-istilah penting dalam tajwid .

Waqaf
Dari sudut bahasa: Berhenti / menahan. Dari sudut istilah tajwid: Menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan.

Waqaf Lazim / Waqaf Tam
Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna maknanya serta lafaz (dari segi i'rab) dan maksudnya tidak tergantung dengan kata-kata berikutnya.

Waqaf Ja'iz (Berhenti Harus)
Bacaan diharuskan berhenti atau sambung. Kedudukan hukum bahagian ini kadangkala sama (berhenti atau sambung), kadangkala sambung lebih baik dari berhenti dan kadangkala berhenti lebih baik dari sambung (iaitu menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak merosakkan maknanya).

Waqaf Muraqabah (Berhenti Pemerhatian)
Ia juga dinamakan Waqaf Ta'anuq (Berhenti Berikat) iaitu memberhentikan bacaan pada salah satu dari dua tempat Waqaf yang berdekatan tanpa Waqaf pada kedua-duanya.

Waqaf Mamnu' (Berhenti Tertegah)
Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak sempurna maknanya kerana makna dan lafaznya masih tergantung dengan kata-kata yang berikutnya dan ia ditegah berhenti.

Monday, January 5

Sajak Sayyid Qutub Sebelum Syahid di Tali Gantung

Sahabat, Andainya kematian kau tangisi Pusara,
kau siram dengan air matamu ,
Maka di atas tulang belulangku yang sudah luluh,
Nyalakanlah obor untuk umat ini ,
Dan ... Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan Memenuhi panggilan kekasih yang merindu, Taman-taman indah di syurga Allah,
Terhampar menanti Burung burungnya berpesta menyambutku,
Dan berbahagilah hidupku disana Sahabat,
Puaka kegelapan pasti kan lebur Fajar kan menyingsing,
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi,
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya,
Jangan gentar berkelana ke alam abadi Disana ...
cahaya fajar memancar Al-Maghfurulahy Al-'Arif Bil.