Friday, October 12
KARNIVAL NASYID SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN NEGERI JOHOR 2012 DAN JEMPUTAN NASYID SMKA 2012
PERTANDINGAN NASYID SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN NEGERI JOHOR 2012 DAN JEMPUTAN NASYID SMKA AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT :
TARIKH : 19 OKTOBER 2012 (JUMAAT)
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN AL-KHAWARIZMI , SMK AGAMA MAAHAD MUAR
TERBUKA KEPADA 15 SEKOLAH KLUSTER MENENGAH NEGERI JOHOR DAN 9 BUAH SMKA JEMPUTAN TERMASUKLAH SMKA SULTAN MUHAMMAD, SMKA SHARIFAH RODZIAH, SMAP LABU, SMKA MAAHAD HAMIDIAH KAJANG, SMKA SHEIKH AHMAD SAID SEREMBAN,SMKA KUALA LUMPUR, SMKA SEGAMAT DAN SMKA SULTAN AZLAN SHAH.
SYARAT-SYARAT DAN BORANG PERTANDINGAN BOLEH DIMUAT TURUN DIBAWAH.
http://www.mediafire.com/?byixuwsi2i3f0n3
Thursday, October 11
Tuesday, June 19
Hukum Menggunakan Kanta ICL (Implantable Collamer Lens) Untuk Rawatan Mata
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan Hukum Menggunakan Kanta ICL (Implantable Collamer Lens) Untuk Rawatan Mata. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam amat menekankan penjagaan kesihatan tubuh badan sebagai salah satu prinsip dalam مقاصد شريعة. Walaubagaimanapun, penggunaan ubat darisumber yang haram untuk mengubati sesuatu penyakit adalah dilarang berdasarkan umumnya hadith Rasulullah s.a.w.:
عن اَبِي الدَّرْدَاء رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (إِنَّ اللهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاء، فَتَدَاوَوْا وَلاَ تَدَاوَوْا بِحَرَامٍ)
(رواه أبو داود)
(رواه أبو داود)
Maksudnya:
Dari Abi Darda’ RA, Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram.
Dari Abi Darda’ RA, Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram.
Namun begitu, dalam keadaan-keadaan dharurah atau terpaksa, terdapat kelonggaran yang diberikan dalam pengharaman ini demi untuk menghilangkan kesakitan dari tubuh badan.
Dalam isu rawatan ICL ini, memandangkan penggunaannya bukan dalam keadaan dharurah dan umat Islam mempunyai banyak alternatif lain yang tidak meragukan dari aspek Syarak, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum menggunakan kanta ICL (Implantable Collamer Lens) untuk rawatan mata yang diperbuat dari bahan kolagen khinzir adalah tidak diharuskan.
Program Kluster : Pengantarabangsaan SMKA Maahad Muar ke Indonesia 3-6 Jun 2012
Pada 3 hingga 6 Jun 2012 yang lepas , delegasi kluster SMKA Maahad Muar telah berkesempatan untuk berkunjung ke Indonesia atas dasar misi untuk mengadakan pertandingan nasyid , debat bahasa Arab dan pidato bahasa Arab dengan sekolah-sekolah di negara Indonesia . Antara sekolah yang dikunjungi adalah Madrasah Pembangunan UIN Syarif Hidayatullah Jakarta pada 4 Jun 2012 . Di madrasah ini SMKA Maahad Muar telah bertandingan nasyid , debat bahasa Arab dan pidato bahasa Arab dengan beberapa madrasah arab ternama di Indonesia seperti UIN sendiri , Madrasah Negeri 4 Jakarta, Madrasah Darunnajah, Madrasah Darul Falah . Dalam pertandingan nasyid SMKA Maahad Muar telah mendapat Johan manakala bagi debat bahasa Arab dan pidato hanya mampu meraih saguhati sahaja. Walaupun begitu , penyertaan di peringkat antarabangsa ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk mahir bertutur bahasa arab dalam keadaan spontan dan bersahaja . Seterusnya pada 5 Jun 2012 , SMKA Maahad Muar telah berkunjung ke Pasentren Suryalaya di Jawa Timur untuk meninjau dan mempelajari bahasa Arab dengan lebih mudah . Sambutan hangat di Suryalaya menunjukkan mereka menerima kami dengan hati terbuka dan ikhlas. Banyak sungguh pengalaman yang kami timba di Indonesia dan akan di praktikkan di bumi bertuah Maahad Muar.
Sunday, February 5
CD MTQ 2012 ...SILA BUAT TEMPAHAN AWAL ...
CONTOH BACAAN TILAWAH MTQ 2012 SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH...RM20 setiap satu...siap pos.. Tempahan hubungi 0127744230
kategori
MTQSSKPM
Subscribe to:
Posts (Atom)