Friday, February 14
MAJLIS TADARUS AL-QURAN TAHUN 2014 PERINGKAT DAERAH MUAR LEDANG
Majlis Tadarus al-Quran (MTQSS) peringkat daerah Muar Ledang akan diadakan di SABK Lughatul Quran, Kesang Tasik pada 12 Mac 2014.
Borang Penyertaan MTQ peringkat daerah Muar Ledang akan dibuka secara online pada 17 Februari 2014. Tarikh tutup penyertaan pada 9 Mac 2014.
Berikut disertakan juga bahan-bahan MTQSS KPM 2014 di BAHAN-BAHAN MTQSS KPM 2014 untuk rujukan sekolah-sekolah.
SENARAI NAMA SEKOLAH YANG TELAH MENGHANTAR BORANG PENYERTAAN ONLINE KARNIVAL PEND. ISLAM DAERAH MUAR LEDANG :
1) SMKA MAAHAD MUAR
Friday, November 1
KEUNIKAN EPIC OUM - FROM EOS EPIC
Moga info yang diberikan ini memberi gambaran yang jelas tentang EPIC OUM terutama bagi pelajar-pelajar SMP OUM
Jom Jelajah EPIC OUM . Pembelajaran melalui internet yang efektif dan berkesan. Panduan EPIC OUM Soal Jawab Tentang EPIC OUM
Jom Jelajah EPIC OUM . Pembelajaran melalui internet yang efektif dan berkesan. Panduan EPIC OUM Soal Jawab Tentang EPIC OUM
Friday, October 18
PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT KUIZ BAHASA ARAB 2013
SILA MUAT TURUN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KUIZ BAHASA ARAB ANJURAN SMKA MAAHAD MUAR 2013 DI SINI
SYARAT - SYARAT PERTANDINGAN NASYID KLUSTER ANJURAN SMKA MAAHAD MUAR 2013
SILA MUAT TURUN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN NASYID KLUSTER ZON SELATAN DAN TENGAH TAHUN 2013 DI SINI
Thursday, May 16
WAJIB TOLAK FAHAMAN SYIAH
PUTRAJAYA 9 Sept. - Umat Islam di negara ini wajib menolak fahaman
Syiah kerana terbukti ia merupakan satu fahaman sesat dan menyeleweng
daripada al-Quran serta Sunnah.
Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi berkata, terdapat beberapa perkara pokok yang menunjukkan fahaman Syiah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar antaranya ia tidak pernah mengiktiraf kesemua sahabat Rasulullah.
Berbanding golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah (sunni) beliau berkata, mereka mengiktiraf kesemua sahabat Rasulullah termasuk Saidina Ali Abi Talib yang bersama-sama berjuang menegakkan agama Allah di bumi ini.
Puak Syiah hanya menghormati dan mengiktiraf Saidina Ali dan keturunannya manakala sahabat-sahabat besar yang lain langsung tidak diiktiraf.
Malah, ada di kalangan puak-puak pelampau di dalam Syiah menganggap Saidina Ali adalah mulia sehingga ke peringkat lebih mulia daripada Rasulullah sendiri, katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin di pejabatnya hari ini.
Untuk rekod, Sheikh Sulaiman juga adalah pensyarah di Universiti Ummul Qura, Mekah selain memegang jawatan sebagai Ketua Majlis Pentadbiran Pejabat Dakwah dan Kesedaran Islam di Mekah.
Beliau merupakan pakar dalam fahaman Syiah dan bidang kajiannya ketika mengambil sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) juga berkaitan dengan fahaman itu.
Sheikh Sulaiman berkata, fahaman Syiah juga menganggap al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah boleh berubah dan ada kekurangan.
Iktikad ini jelas bertentangan dengan Islam kerana al-Quran terpelihara daripada sebarang perubahan serta kekurangan kerana Allah sentiasa memeliharanya. Ini merupakan jaminan Allah dan ia disebut di dalam al-Quran.
Walau apa pun berlaku, 114 surah di dalam al-Quran daripada al-Fatihah sehingga an-Nas tidak akan berlaku perubahan apatah lagi kekurangan. Ayatnya, kalimah mahu pun hurufnya akan sentiasa terpelihara, kata Sheikh Sulaiman.
Beliau berkata, antara penyelewengan lain yang dilakukan oleh Syiah ialah mereka mencipta iktikad akidah yang tiada sandaran.
Sebagai golongan Sunni kita menjadikan pegangan akidah yang dijelaskan di dalam al-Quran dan Sunnah sebagai iktikad kerana ia bersumberkan daripada wahyu Allah.
Berbanding Syiah, iktikad akidah mereka bersandarkan kepada akidah takiah dan akidah rajah. Akidah takiah boleh dikatakan juga akidah munafik
http://www.utusan.com.my/ utusan/ info.asp?y=2011&dt=0910&pub =Utusan_Malaysia&sec=Dalam _Negeri&pg=dn_24.htm

http://www.utusan.com.my/
Tuesday, May 14
Persidangan amalan terbaik sekolah kluster kecemerlangan 2013
Pengetua
dan Guru Besar
Sekolah
Kluster Kecemerlangan
Kementerian
Pelajaran Malaysia
(seperti
dalam Lampiran A)
Salinan dan melalui:
Pengarah
Jabatan
Pelajaran Negeri
(seperti
pada Lampiran B)
Tuan,
PERSEDIAAN UNTUK PERSIDANGAN AMALAN TERBAIK
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) TAHUN
2013
Dengan
hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sebagaimana
yang dimaklumkan dalam Mesyuarat Pengurusan Kebitaraan Akademik Bil.1, 2 dan
3/2012, Persidangan Amalan Terbaik SKK dijangka akan diadakan pada 1
Oktober 2013. Selaras dengan perkembangan transformasi pendidikan yang
digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2015, tema persidangan
tahun ini berfokus kepada ke arah pendidikan
inovasi sepanjang hayat.
3. Sehubungan
itu, pembentangan kertas dalam persidangan ini perlu menjurus kepada kreativiti
dan inovasi dalam kepimpinan serta pengurusan kurikulum yang mampu menghasilkan
pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan dan berkualiti.
3. Untuk
menjayakan persidangan ini, semua SKK (Fasa 1-7) dimohon mengambil tindakan dengan
mengemukakan perkara-perkara berikut kepada Pengarah, Bahagian Pengurusan
Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (u.p: Ketua Penolong
Pengarah Sektor Pengurusan Kebitaraan
Akademik)
a.
Mengemukakan
abstrak kertas kerja yang akan dibentangkan (seperti contoh dalam Lampiran C) sebelum 30 Mei 2013;
b.
Mengemukakan
kertas kerja yang lengkap (Kertas Seminar) berkaitan amalan terbaik sekolah
yang akan dibentangkan dalam seminar sebelum 30 Julai
2013;
c.
Mengemukakan
nama pembentang (wakil sekolah) amalan terbaik sekolah sebelum 30 Ogos
2013; dan
d.
Menyediakan
bahan persembahan (powerpoint) untuk pembentangan
dalam persidangan dan dihantar sebelum 15
September 2013.
4. Semua
SKK diwajibkan menghantar
sekurang-kurangnya satu (1) cadangan abstrak untuk dipilih di peringkat
BPSBPSK. Semua penghantaran bahan adalah melalui emel : myklustersba@yahoo.com. Garis Panduan Penyediaan Abstrak
Kertas Persidangan Amalan Terbaik SKK Tahun 2013 adalah seperti pada Lampiran
D. Segala pertanyaan dan maklumat lanjut tentang Persidangan Amalan
Terbaik SKK Tahun 2013 boleh dikemukakan kepada Pn. Salbiah bt. Baba (03- 83217410/
019-3828181) atau En. Mohd Fauzi b. Sunary (03-83217424/ 012-7876450).
Atas perhatian dan kerjasama pihak tuan, didahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian.
Surat berkaitan boleh dimuat turun DISINI
Tuesday, April 23
PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA 2013
Sila muat turun surat di sini : https://docs.google.com/file/d/0ByCX13PvYk7seFllVHlCVkRrT0U/edit
PERTANDINGAN MELUKIS PERINGKAT KEBANGSAAN UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN ANJURAN: SMJK SIN MIN (CF), KEDAH "BAKAT MUDA SEKOLAH KLUSTER"
PERTANDINGAN MELUKIS
PERINGKAT KEBANGSAAN
UNTUK
SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
ANJURAN: SMJK SIN MIN (CF), KEDAH
"BAKAT MUDA SEKOLAH KLUSTER"
TEMA: SEKOLAHKU HEBAT
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 1 OGOS 2013
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1-TINGKATAN 6
2. CATAN HENDAKLAH DIHASILKAN ATAS KERTAS BERSAIZ A3
(29.7 cmx42 cm)
3. HASIL PELAJAR SEPENUHNYA.
BORANG PENYERTAAN PERLU DILEKATKAN DI BELAKANG KARYA DAN DIHANTAR UNTUK PERHATIAN
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
SMJK SIN MIN (CF)
JALAN PEGAWAI
08000 SUNGAI PETANI
KEDAH
TEL: 04-4212623
FAKS: 04-4250805
BORANG PENYERTAAAN MESTI MENGANDUNGI PERKARA BERIKUT:
1. NAMA PELAJAR
2. NO. KP
3. TINGKATAN
4. ALAMAT RUMAH
5. NO. TEL. RUMAH
6. NO. TEL. BIMBIT
7. EMEL PERIBADI
8. NAMA & ALAMAT SEKOLAH
9. NO. TEL. SEKOLAH
10. EMEL SEKOLAH
11. TANDA TANGAN PELAJAR
12. PENGESAHAN GURU:
SAYA DENGAN INI MENGESAHKAN BAHAWA, CATAN INI HASIL KERJA PELAJAR SEKOLAH INI DAN MENERIMA SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN DALAM PERTANDINGAN ANJURAN SMJK SIN MIN (CF)
NAMA GURU SENI VISUAL & TANDA TANGAN SERTA COP SEKOLAH
UNTUK MAKLUMAN LANJUT, SILA LAYARI LAMAN SESAWANG
SMJK SIN MIN (CF) DI HTTP://SINMIN.EDU.MY/
Sunday, January 13
CD MTQ KPM SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2013 . BERMINAT SILA HUBUNGI 0127744230
CD MTQ SEKOLAH MEN N REN 2013.
2 Cd mtq sek men Laki n pempuan rm40.
2 Cd mtq sek ren laki n pempuan rm40.
BERMINAT SILA MSG USTAZ SANI 0127744230
2 Cd mtq sek men Laki n pempuan rm40.
2 Cd mtq sek ren laki n pempuan rm40.
BERMINAT SILA MSG USTAZ SANI 0127744230
Friday, October 12
KARNIVAL NASYID SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN NEGERI JOHOR 2012 DAN JEMPUTAN NASYID SMKA 2012
PERTANDINGAN NASYID SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN NEGERI JOHOR 2012 DAN JEMPUTAN NASYID SMKA AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT :
TARIKH : 19 OKTOBER 2012 (JUMAAT)
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN AL-KHAWARIZMI , SMK AGAMA MAAHAD MUAR
TERBUKA KEPADA 15 SEKOLAH KLUSTER MENENGAH NEGERI JOHOR DAN 9 BUAH SMKA JEMPUTAN TERMASUKLAH SMKA SULTAN MUHAMMAD, SMKA SHARIFAH RODZIAH, SMAP LABU, SMKA MAAHAD HAMIDIAH KAJANG, SMKA SHEIKH AHMAD SAID SEREMBAN,SMKA KUALA LUMPUR, SMKA SEGAMAT DAN SMKA SULTAN AZLAN SHAH.
SYARAT-SYARAT DAN BORANG PERTANDINGAN BOLEH DIMUAT TURUN DIBAWAH.
http://www.mediafire.com/?byixuwsi2i3f0n3
Thursday, October 11
Tuesday, June 19
Hukum Menggunakan Kanta ICL (Implantable Collamer Lens) Untuk Rawatan Mata
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan Hukum Menggunakan Kanta ICL (Implantable Collamer Lens) Untuk Rawatan Mata. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam amat menekankan penjagaan kesihatan tubuh badan sebagai salah satu prinsip dalam مقاصد شريعة. Walaubagaimanapun, penggunaan ubat darisumber yang haram untuk mengubati sesuatu penyakit adalah dilarang berdasarkan umumnya hadith Rasulullah s.a.w.:
عن اَبِي الدَّرْدَاء رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (إِنَّ اللهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاء، فَتَدَاوَوْا وَلاَ تَدَاوَوْا بِحَرَامٍ)
(رواه أبو داود)
(رواه أبو داود)
Maksudnya:
Dari Abi Darda’ RA, Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram.

Namun begitu, dalam keadaan-keadaan dharurah atau terpaksa, terdapat kelonggaran yang diberikan dalam pengharaman ini demi untuk menghilangkan kesakitan dari tubuh badan.
Dalam isu rawatan ICL ini, memandangkan penggunaannya bukan dalam keadaan dharurah dan umat Islam mempunyai banyak alternatif lain yang tidak meragukan dari aspek Syarak, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum menggunakan kanta ICL (Implantable Collamer Lens) untuk rawatan mata yang diperbuat dari bahan kolagen khinzir adalah tidak diharuskan.
Program Kluster : Pengantarabangsaan SMKA Maahad Muar ke Indonesia 3-6 Jun 2012
Pada 3 hingga 6 Jun 2012 yang lepas , delegasi kluster SMKA Maahad Muar telah berkesempatan untuk berkunjung ke Indonesia atas dasar misi untuk mengadakan pertandingan nasyid , debat bahasa Arab dan pidato bahasa Arab dengan sekolah-sekolah di negara Indonesia . Antara sekolah yang dikunjungi adalah Madrasah Pembangunan UIN Syarif Hidayatullah Jakarta pada 4 Jun 2012 . Di madrasah ini SMKA Maahad Muar telah bertandingan nasyid , debat bahasa Arab dan pidato bahasa Arab dengan beberapa madrasah arab ternama di Indonesia seperti UIN sendiri , Madrasah Negeri 4 Jakarta, Madrasah Darunnajah, Madrasah Darul Falah . Dalam pertandingan nasyid SMKA Maahad Muar telah mendapat Johan manakala bagi debat bahasa Arab dan pidato hanya mampu meraih saguhati sahaja. Walaupun begitu , penyertaan di peringkat antarabangsa ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk mahir bertutur bahasa arab dalam keadaan spontan dan bersahaja . Seterusnya pada 5 Jun 2012 , SMKA Maahad Muar telah berkunjung ke Pasentren Suryalaya di Jawa Timur untuk meninjau dan mempelajari bahasa Arab dengan lebih mudah . Sambutan hangat di Suryalaya menunjukkan mereka menerima kami dengan hati terbuka dan ikhlas. Banyak sungguh pengalaman yang kami timba di Indonesia dan akan di praktikkan di bumi bertuah Maahad Muar.
Sunday, February 5
CD MTQ 2012 ...SILA BUAT TEMPAHAN AWAL ...
CONTOH BACAAN TILAWAH MTQ 2012 SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH...RM20 setiap satu...siap pos.. Tempahan hubungi 0127744230
kategori
MTQSSKPM
Thursday, November 10
AMALI SEMBELIHAN SMKA MAAHAD MUAR 10/11/11

Pada 10 Nov 2011 telah diadakan Program Amali Sembelihan Peringkat SMKA Maahad Muar di kawasan lapang berhadapan dengan aspuri lama. Program ini dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Naseh bin Ahmad dibantu dengan pelajar-pelajar tingkatan 5 sebagai salah satu teknik mengingati pembelajaran PSI semasa tingkatan 4 dulu. Ayam-ayam yang telah disembelih akan dimasak untuk majlis tingkatan 5 nanti.Semoga amali sembelihan ini memberi keyakinan kepada pelajar terutama pelajar perempuan untuk melaksanakan sembelihan tika waktu yang diperlukan kelak.
kategori
PIBA - program
Wednesday, November 9
Program Ibadah Qurban Perdana 2011 / 1432 Hijriah

Pada 8 dan 9 November 2011 SMKA Maahad Muar telah melaksanakan Program Ibadah Qurban Perdana sempena Aidil Adha . 3 Ekor lembu telah diqurbankan hasil sumbangan daripada pihak pengurusan sekolah , guru-guru dan murid-murid. Semua warga Maahad Muar berganding bahu melapah daging qurban termasuklah para murid . Daging mentah Qurban telah diedarkan di kalangan warga SMKA Maahad Muar dan penduduk sekitar kawasan sekolah . Ini secara tidak langsung dapat merapatkan ukhuwah yang telah sekian terbina antara pihak sekolah dengan penduduk setempat. Pada 9 November pula , daging-daging qurban telah dimasak Beriani untuk santapan semua warga SMKA Maahad Muar di samping hidangan SOP TULANG oleh GPIBA.Semoga dengan ibadah Qurban yang dilaksanakan dapat untuk membersihkan hati dan jiwa sekaligus mengharapkan keredhaan Allah.Salam Idul Adha 1432 Hijriah dari kami SMKA Maahad Muar , Sekolah Kluster Kecemerlangan.
kategori
PIBA - program
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN TPM KEPADA SMKA MAAHAD MUAR (5 NOV 2011)

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN DARI TIMBALAN PERDANA MENTERI KEPADA KAA/SAR/ SMKA NEGERI JOHOR DI SMA SHAMSUDINIYYAH KUNDANG HULU , MUAR JOHOR PADA SABTU 5 NOV 2011
kategori
SEKOLAH KLUSTER
Subscribe to:
Posts (Atom)