TARIKH : 17 - 18 OGOS 2009
TEMPAT : SMKA TOK JIRING, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.
A. KEPUTUSAN ANUGERAH AKADEMIK SMKA 2009
1. SMKA MAAHAD MUAR:
PMR 2008 – TEMPAT KEDUA BAHASA ARAB KOMUNIKASI
2. SMKA SEGAMAT:
PMR 2008 - TEMPAT KEDUA GEOGRAFI
- TEMPAT KETIGA BAHASA MELAYU
- TEMPAT PERTAMA PENDIDIKAN ISLAM
3. SMKA JOHOR BAHRU:
SPM 2008 - TEMPAT KEDUA MATEMATIK
SPM 2008 – TEMPAT KEDUA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
B. KEPUTUSAN ANUGERAH KUALITI SMKA 2009
1. ANUGERAH PENGURUSAN KOKURIKULUM:
1.1 SMKA MAAHAD MUAR – TEMPAT PERTAMA
2. ANUGERAH PENGURUSAN SAHSIAH:
2.1 SMKA JOHOR BAHRU - TEMPAT KEDUA
3. ANUGERAH PENGURUSAN PENGIKHTIRAFAN:
3.1 SMKA JOHOR BAHRU – TEMPAT PERTAMA
3.2 SMKA BANDAR PENAWAR - TEMPAT KETIGA
4. KESELURUHAN :
4.1 SMKA MAAHAD MUAR – TEMPAT KEEMPAT
4.2 SMKA JOHOR BAHRU – TEMPAT KE TUJUH
C. BENTUK ANUGERAH
- SIJIL DAN PLUQ
D. VIP
- DATO' GHAFAR BIN MAHMOD
KETUA JEMAAH NAZIR SEKOLAH,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Thursday, August 27
Lawatan Guru Agama Thailand Ke SMKA Maahad Muar
Pada 6 Ogos 2009 , SMKA Maahad Muar telah dipilih sebagai salah satu tempat kunjungan ilmiah oleh IPG Perempuan Melayu Melaka yang telah membawa Guru-guru Thailand meninjau suasana sekolah dan kaedah pengajaran dan pembelajaran agama melalui ICT.Guru-guru Thailand tersebut sedang mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan 2 minggu Multimedia dalam Pendidikan Islam di IPG Perempuan Melayu Melaka.Guru-guru Thailand telah dibawa meninjau kawasan sekolah yang sedang dalam pembangunan serta melihat pengajaran Pendidikan Syariah Islamiah melalui ICT yang telah disampaikan oleh Ustaz Naseh di Makmal Multimedia.Lawatan ini juga diharapkan dapat membawa impak dalam penilaian untuk anugerah-anugerah peringkat kebangsaan melalui aspek hubungan antarabangsa dengan negara luar.Tahniah Maahad Muar di persada antarabangsa.
kategori
berita semasa
Haid Terputus Sehari, Kene Ganti Puasa?
Soal Jawab – Feqah: Puasa
Soalan:
Situasi:
seorang wanita datang haid selama 5 hari, hari ke 6 telah berhenti haidnya dan telah mandi wajib dan berpuasa pada hari itu. hari ke 7, datang semua haidnya.
Soalan:
perlukah wanita tersebut qadha utk hari ke 6 itu? adakah dia telah benar2 suci pada hari ke 6 itu?
Sekian
Jawapan:
Kebanyakan fuqaha berpendapat sekurang-kurang waktu suci antara dua haidh ialah: 15 hari. Dan ada pendapat (mazhab Hanbali) mengatakan: 13 hari. Ada riwayat dari Malik: 10 hari.
Oleh itu, jika terhenti pada hari ke-6, dan datang darah balik pada keesokannya, maka tempoh suci itu baru sehari. Maka ia tidak dinamakan suci. Ia masih dihukum sebagai haidh. Maka jika dia berpuasa hari itu, wajib diqadha’kan balik puasanya nanti.
Wallahu A’lam.
rujukan:
-Syarah Kabir Ibn Qudamah 1/322
-Al-Hawi al-Kabir 1/435

soal jawab agama
Amalan-amalan Bulan Ramadhan.
Tidak ada keraguan bahawa amalan puasa adalah amalan yang paling utama pada bulan Ramadhan. Kerana ia adalah kewajipan atas setiap mukallaf. Dan dimaklumi bahawa amalan yang wajib adalah lebih utama daripada amalan sunat.
Selain daripada puasa, digalakkan juga melakukan amalan-amalan ibadah lain. Antara amalan yang terdapat anjuran khusus pada bulan ini ialah:
1) Umrah:
Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
فإن عمرة في رمضان تقضي حجة معي
Bermaksud: Maka sesungguhnya umrah pada Ramadhan bersamaan pahalanya dengan haji bersamaku.
Direkod oleh Bukhari (no: 1764).
2) Jamuan Berbuka Puasa:
Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
Maksudnya: Sesiapa menjamu seseorang berbuka puasa, maka dia mendapat seperti pahalanya, tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang berpuasa itu.
Direkod oleh Tirmizi (no: 807), Ibn Majah (no: 1746) dan lain-lain. Dinilai sahih oleh Tirmizi dan Ibn Hibban.
Dihikayatkan bahawa Ibn Umar r.a. tidak berbuka puasa melainkan bersama-sama dengan orang-orang miskin dan anak-anak yatim.
3) Berdoa:
Di dalam hadis Anas bin Malik,
ثلاث دعوت لا ترد دعوة الوالد ودعوة الصائم ودعوة المسافر
Maksudnya: Tiga doa yang tidak ditolak; iaitu doa seorang ayah, doa orang berpuasa, dan doa orang bermusafir.
Direkod oleh Baihaqi dalam Sunan Kubro (no: 6185). Dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Silsilah Sahihah (4/406)
4) Bertaubat:
Taubat daripada dosa adalah wajib tanpa mengira tempat dan masa. Pada bulan Ramadhan, ia menjadi lebih utama, berdasarkan hadis:
رغم أنف رجل دخل عليه رمضان ثم انسلخ قبل أن يغفر له
Maksudnya: Sangat hina seorang lelaki yang sempat dengan Ramadhan, kemudian habis Ramadhan sebelum dia diampunkan.
Direkod oleh Tirmizi (no: 3545). Katanya: “Hasan Gharib”.
5) Bersedekah:
Ibn Abbas r.a. menceritakan perihal Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada bulan Ramadhan:
كان رسول الله صلى الله عليه و سلم أجود الناس وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل وكان يلقاه في كل ليلة من رمضان فيدارسه القرآن فلرسول الله صلى الله عليه و سلم أجود بالخير من الريح المرسلة
Maksudnya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah manusia paling pemurah. Dan baginda paling bersifat pemurah pada bulan Ramadhan, ketika bertemu dengan Jibril. Baginda bertemu dengan Jibril pada setiap malam bulan Ramadhan, lalu mereka bertadarus Al-Quran. Demi sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lebih pemurah dalam perkara kebaikan daripada angin yang bertiup.
Direkod oleh Bukhari (no: 6) dan Muslim (no: 2308).
6) Membaca Al-Quran.
Amalan ini digalakkan berdasarkan hadis Ibn Abbas r.a. sebelum ini, iaitu: “Baginda bertemu dengan Jibril pada setiap malam bulan Ramadhan, lalu mereka bertadarus Al-Quran”.
7) Iktikaf Pada Sepuluh Terakhir:
Aisyah r.a. berkata:
أن النبي صلى الله عليه و سلم كان يعتكف العشر الأواخر من رمضان حتى توفاه الله ثم اعتكف أزواجه من بعده
Maksudnya: Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf pada sepuluh terakhir daripada Ramadhan, sehingga baginda diwafatkan oleh Allah. Kemudian para isteri baginda beriktikaf selepasnya.
Direkod oleh Bukhari (no: 1922) dan Muslim (no: 1172).
Semoga Allah Taala mempermudahkan kita melakukan amalan pada bulan berkat ini, dan menerimanya sebagai amal soleh.

tazkirah ramadhan
Kesilapan Dalam Bulan Ramadhan.
Dalam apa jua amalan, manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Malahan, tabiat manusia yang tidak maksum adalah melakukan kesilapan. Diriwayatkan dalam satu hadis, “Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah yang bertaubat”. (direkod oleh Tirmizi 2499, dan Ibn Majah 4251).
Maka, tiada cela bagi orang yang melakukan kesilapan. Yang dicela ialah orang yang tidak mahu berubah dan mahu berterusan dalam melakukan kesilapan. Abu Tayyib Al-Mutanabbi berkata dalam puisinya:
Aku tidak melihat keaiban-keaiban manusia sebagai keaiban,
Seperti aibnya kekurangan mereka yang mampu untuk mencapai kesempurnaan.
Dalam ibadah puasa juga, kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Ada kalanya, kesilapan-kesilapan yang menyebabkan terbatal puasa. Dan ada juga kesilapan yang tidak menjejaskan puasa, tetapi mengurangkan pahala atau menambahkan dosa. Antara kesilapan-kesilapan itu ialah;
- Melewatkan berbuka puasa. Nabi Sallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Manusia sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka”. (Direkod oleh Bukhari 1856, dan Muslim 1098). Dalam Sunan Ibn Majah (1698), “Bersegeralah berbuka, kerana Yahudi melewatkan berbuka”.
- Mencemari Ramadhan dengan maksiat. Umumnya, melakukan maksiat adalah dilarang pada mana-mana bulan. Tetapi pada bulan Ramadhan, dosanya lebih besar kerana dianggap pencabulan terhadap kehormatan bulan yang mulia. Diriwayatkan Ali r.a menghukum orang yang minum arak pada bulan Ramadhan dengan 100 sebatan. 80 kerana minum arak, dan 20 kerana pencabulan bulan mulia.
- Berjaga sepanjang waktu malam dan tidur sepanjang waktu siang. Akhirnya menyebabkan terlepas melakukan solat fardhu. Sedangkan solat fardhu adalah pembeza antara seorang Muslim dengan orang-orang musyrik.
- Menganggap waktu puasa sebagai waktu yang amat panjang dan memenatkan. Lantas dihabiskan masa dengan melakukan pelbagai aktiviti yang melalaikan, supaya tidak terasa keletihan berpuasa. Sesetengah pula menghabiskan masa di hadapan televisyen bersama rancangan-rancangan hiburan.
- Berlebih-lebihan dalam penyediaan makanan untuk berbuka. Ada yang menganggap waktu berbuka sebagai masa mengganti segala kelaparan yang ditahan pada waktu siang. Kita juga sering menjumpai pelbagai aneka makanan pada bulan Ramadhan yang payah ditemui pada bulan lain. Allah Taala mencela perbuatan melampau dalam firmanNya, “Dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau” (Al-An’am: 141).
- Melengah-lengahkan ibadah qiyam (solat tarawih) pada bulan ini. Kadang kala disebabkan juadah berbuka yang melampau menyebabkan seseorang malas untuk mendirikan solat tarawih. Maka terlepaslah satu peluang keemasan untuk mendapatkan keampunan Allah pada malam itu. Dan lebih malang, jika terlepas melakukan qiyam pada malam Lailatul Qadr.
- Beribadat hanya pada bulan Ramadhan. Tiba sahaja bulan Syawal dan seterusnya, sudah tidak mengenali tilawah Quran, qiyamullail, dan sedekah. Ya, Ramadhan adalah musim ibadah, dan ada ganjaran khas padanya. Tetapi bukan dikhususkan ibadah di bulan ini sahaja. Ia adalah latihan ibadah untuk diteruskan sepanjang tahun. Imam Ahmad berkata, “Seburuk-buruk kaum ialah mereka yang tidak mengenali Allah kecuali pada bulan Ramadhan”.
Semoga kita sama-sama muhasabah diri pada bulan Ramadhan, supaya amalan yang kita lakukan tidak dicemari oleh anasir-anasir yang mengurangkan pahala, atau menambahkan dosa.

tazkirah_sunny
Tuesday, August 25
Ikhlas dari Admin ...
Tidak Terlewat rasanya saya ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua pengunjung blog yang berstatus pelajar sekolah rendah or menengah terutama kepada pelajar-pelajar SMKA Maahad Muar yang cemerlang .Seiring dengan kehadiran ramadhan al-Mubarak ini , wajarlah kita penuhi cuti ini dengan melipat gandakan amal ibadah kita kepada ALLAH.
kategori
admin kkq
Wednesday, August 19
Lokasi Admin Ogos Sebelum Ramadhan
Mesyuarat Penilaian E Bahan Pendidikan Syariah Islamiah
Hotel Quality Shah Alam Selangor
17-20 Ogos 2009
Bertugas sebagai Penilai E Bahan PSI
Hotel Quality Shah Alam Selangor
17-20 Ogos 2009
Bertugas sebagai Penilai E Bahan PSI
kategori
lokasi
Tuesday, August 18
Sunday, August 16
Tahniah ! SMKA Maahad Muar dinobatkan SEKOLAH CEMERLANG (SMKA ) Kebangsaan 2009 .
SMK Agama Maahad Muar di anugerahkan SEKOLAH CEMERLANG kategori SMKA peringkat Kebangsaan . Penyampaian hadiah untuk anugerah ini akan diadakan di Hotel Empress Sepang pada 20 Ogos 2009 (Isnin).Tahniah kepada seluruh warga SMKA Maahad Muar yang telah berusaha mencapai anugerah ini. Semoga dengan kejayaan ini, kita akan terus bergerak gigih berpasukan bekerja dalam mendidik anak bangsa tercinta.Tahniah juga kepada para pelajar SMKA Maahad Muar yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang sekitar tahun 2006 hingga 2009 samada dalam peperiksaan PMR mahupun SPM.Tahniah sekali lagi kepada semua.
kategori
admin kkq
Salam Ramadhan Ikhlas dari El-Menoufi2009
Salam...
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini kepada semua warga SMK Agama Maahad Muar meliputi Pengetua,Guru Cemerlang,Penolong-Penolong Kanan,Guru Kanan Matapelajaran,Guru-Guru,Staff Sokongan serta para pelajar yang dikasihi sekalian.Kita sebagai umat Islam semestinya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar kita sempat diketemukan dengan bulan yang penuh dengan Maghfirah ini untuk kita sama-sama melaksanakan ibadah rutin dan melipatganda ibadah-ibadah sunat semata-mata untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah .
Sempena dengan kehadiran ramadhan ini , panitia pendidikan islam dan bahasa arab SMKA Maahad Muar tidak lupa mengatur beberapa program yang sesuai dijalankan pada bulan yang berkat ini .Antaranya :
1) Tadarus Al-Quran (Sekolah / Asrama )
2) Tarawikh Berjemaah
3) Tahlil Perdana
4) Iftar Jamie & Qiamullail dan banyak lagi pengisian kerohanian yang lain.
Saya menyeru kepada anda serta diri yang daif ini agar kita terus berdoa semoga kita dapat merasai kenikmatan ramadhan ini , kenikmatan menjalani ibadah puasa dan zouk berbuka yang cukup berbahgia.Amalan sedekah pada bulan ini juga harus diperbanyakkan kerana fadhilatnya amat cukup besar sekali seperti menyediakan juadah berbuka kepada orang ramai atau paling tidak pon memberi sedekah dalam bentuk material juga digalakkan.
Sekali lagi..salam ramadhan untuk semua ...semoga Ramadhan kali ini memberi seribu pengertian dan jutaan keinsafan kepada hamba Allah seperti kita.AMin.
13 Kesilapan Kita Dalam Bulan Ramadhan
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan’ ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : “sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu” (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. “Sahur” itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma’bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : ” dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar” (Az-Zariyyat : 18)
Ertinya : “Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :” Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu” ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya “Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam”. (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng’ solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering’ pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, “Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat”. (Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami’ as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren’ yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan ‘tanpa Syaitan’ ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : “Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi” ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak” ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
Sekian
kategori
aktiviti Maahad Muar
Wednesday, August 12
3 Johan Nasyid Kebangsaan SMKA Maahad Muar
Gambar - gambar di atas adalah gambar terkini sumbangan daripada Pegawai Teknologi Pendidikan Negeri Pahang yang menjadi Jurukamera Amatur semasa Festival Nasyid Sek-Sek Men KPM Peringkat Kebangsaan di Pahang.Tahniah buat Kumpulan Izdan dan Ar Rayyan yang telah berjaya mengharumkan nama Sekolah dan negeri Johor di peringkat Kebangsaan.2 lagi Nasyid SMKA Maahad Muar di peringkat kebangsaan ialah :
Johan Nasyid Belia Peringkat Kebangsaan di MITC Melaka
Johan Nasyid Anugerah Seri Asrama Terbilang di Kuala Lumpur pada Julai lepas.
Tahniah kepada guru pembimbing Us Khairulzaman Hamjah yang berusaha gigih melatih,membimbing dan mentarbiah anak-anak buahnya sehingga ke tahap yang membanggakan ini.Juga kepada PS yang gigih untuk kecemerlangan nasyid maahad muar.
kategori
nasyid
Tuesday, August 11
Agenda KW 9 hingga 13 Ogos 2009
Mesyuarat Expert Dakwah JPNJ
9,10 & 11 Ogos 2009
Di Naza Hotel Johor Bahru Johor
Bertugas sebagai Pembina Modul Ceramah Agama Asrama Sek Men Negeri Johor
Mesyuarat Pengurusan KKQ
11,12 & 13 Ogos 2009
Di Empress Hotel Sepang Selangor

Sunday, August 2
Khas buat Tatapan Guru & Pelajar SMK Agama Maahad Muar : Ringkasan tafsir surah al-Hujurat: ayat 9-12
Ayat 9. “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” Al-Hujuraat ayat 9
Sebab-sebab turun (asbabun nuzul):
Dilapurkan oleh Anas satu ketika Rasulullah (SAW) dijemput untuk melawat Abdullah bin Ubay, baginda menaiki keldainya dan diikuti oleh sekumpulan sahabat sambil berjalan. Apabila Rasulullah (SAW) menghampiri Abdullah bin Ubay beliau berada betul-betul di hadapan rombongan Rasulullah (SAW) sambil mencemuh “Jauhkan dirimu, demi Allah, bau untamu menyakitkan hidungku”, lalu salah seorang sahabat dari golongan Ansar menjawab “Demi Allah, bau unta Rasulullah (SAW) adalah lebih harum dari bau mu”. Maka pergaduhan tercetus dan turunlah ayat “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya.” (riwayat Muslim dan Imam Ahmad).
(Nota: Abdullah bin Ubay adalah ketua golongan munafik, dan bukanlah sesuatu yang aneh untuk golongan munafik dan musyrik menggunakan lafaz “demi Allah” di zaman Jahiliyah kerana mereka masih mengakui keesaan Allah sebagai Rabb yang berbeza cuma mereka syirik terhadap Allah dalam sembahan-sembahan mereka)
Pengajaran ayat:
Ayat ke-9 ini menekankan prinsip mendamaikan dua golongan Muslim yang bergaduh atau berperang.
Langkah pertama ialah kedua pihak yang berperang mesti menghentikan kekerasan ke atas satu sama lain. Siapa yang memulakan kekerasan tidak penting, apa yang penting perdamaian dan persefahaman harus segera dicapai.
Langkah kedua, jika satu pihak berkeras untuk berperang dan tidak mahukan penyelesaian maka pihak yang mahukan damai hendaklah disokong supaya pihak yang degil dapat ditundukkan kepada undang-undang dan ketetapan Allah (berdamai). Keutamaan menghentikan kekerasan sesama muslim adalah dari hadis Rasulullah (SAW):
“Bantulah saudaramu samada yang zalim atau dizalimi”. Seorang sahabat Anas r.a. terkejut lalu bertanya “Wahai Rasulullah, membantu yang dizalimi itu jelas tetapi bagaimana kami membantu mereka yang zalim?” Rasulullah (SAW) menjawab “Bantulah dia dengan menghentikannya dari menzalimi” (riwayat Bukhari dan Muslim)
Langkah ketiga, apabila pihak yang degil sudah berjaya ditundukkan, maka rundingan damai bolehlah segera dibuat untuk mencari penyelesaian kepada perselisihan dan mencapai kesefahaman semula.
Ayat 10. “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..” Al-Hujuraat ayat 10
Sebab-sebab turun (asbabun nuzul):
Sama dengan ayat ke-9
Pengajaran ayat:
Ayat ke-10 ini adalah lanjutan kepada ayat ke-9. Ayat ini menegaskan bahawa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. Orang-orang yang beriman sedar bahawa konsep persaudaraan (brotherhood) dalam Islam itu penting dan adalah sesuatu yang ‘integral’ kepada kekuatan ummah. Ikatan persaudaraan dalam Islam haruslah diutamakan dan kedudukannya mestilah di atas ikatan-ikatan lainnya.
Ikatan persaudaraan dalam Islam adalah yang terbaik sifatnya yang merangkumi aspek kasih-sayang, tolong-menolong tanpa diskriminasi kelas, pangkat dan kedudukan juga tanpa tipu-menipu dan tindas-menindas.
Sabda Rasulullah (SAW) dalam beberapa buah hadis Baginda (SAW) mengenai persaudaraan:
Tolong menolong:
“Allah membantu hambaNya selama mana dia membantu saudaranya” (riwayat Muslim).
Dari Abu Musa Al-Asha’ri, Rasulullah (SAW) bersabda “Orang beriman itu ibarat sebuah bangunan, setiap satu menyokong yang lainnya” (riwayat Bukhari dan Muslim)
Kasih-sayang:
Dari Anas bin Malik, Rasulullah (SAW) bersabda “Tidak beriman (dengan iman yang sempurna) sesiapa di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya” (riwayat Bukhari dan Muslim).
Tidak tindas-menindas:
Dari Abu Hurairah, Rasulullah (SAW) bersabda “Sesiapa yang menipu kita adalah bukan di kalangan kita (muslim yang benar beriman)” (riwayat Muslim).
Tidak berlama-lama dalam perselisihan faham:
Dari Abu Ayub Al-Ansari bahawa Rasulullah (SAW) bersabda: “Tidak boleh seorang muslim itu memutuskan hubungan dengan saudaranya lebih dari tiga malam dengan berpaling daripadanya bila bertemu, sesungguhnya yang terbaik antara keduanya adalah yang dahulu memberi salam” (riwayat Bukhari dan Muslim).
Ayat 11. “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” Al-Hujuraat ayat 11
Sebab-sebab turun (asbabun nuzul):
Sebab turunnya bahagian awal ayat ini ialah bila sekumpulan sahabat dari bani Tamim mempersendakan Bilal, Salman dan Ammar yang kesemuanya adalah bekas hamba. Dalam ayat ini Allah (SWT) menegaskan kepada orang beriman bahawa di sisi Allah (SWT) Bilal, Salman dan Ammar adalah lebih mulia dari golongan yang mempersendakan mereka. Allah (SWT) tidak memandang asal keturunan mereka tapi pengorbanan mereka untuk agama-Nya.
Sebab turunnya bahagian “…dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk” dalam ayat ke-11 ini adalah sebagaimana yang terdapat dalam sebuah hadis yang dilapurkan oleh Abu Jubayrah ibn Ad-Dahhaak di mana satu ketika Rasulullah (SAW) pernah memanggil seorang sahabat dengan nama yang biasa beliau dipanggil, maka beberapa sahabat yang lain memberitahu Rasulullah (SAW) sebenarnya sahabat yang dipanggil itu tidak berapa menyukai panggilan tersebut. Maka bahagian ayat ini pun diturunkan tidak lama kemudian. Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.
Pengajaran ayat:
Dalam ayat ke-11 ini Allah (SWT) menetapkan dua larangan dalam konsep persaudaraan dalam Islam.
1. Janganlah memandang rendah kerana sifat ini lahir dari perasaan riya’ dan ujub (bangga dan sombong serta menilai diri lebih tinggi dari orang lain dari sudut harta, pangkat, ilmu dan sebagainya). Namun begitu ada riya’ dan bangga diri yang dibenarkan iaitu bangga menganuti agama Islam dan mendokong segala prinsip dan syariat Islam dan berasa ujub (superior) dengan lengkap dan syumulnya Islam berbanding dengan agama yang lain, dan tidak merasa malu-malu atau rendah-diri mengenainya. Inilah bangga diri yang dibenarkan dan digalakkan.
2. Janganlah mengamalkan tabiat gemar mempersendakan orang lain. Termasuk empersendakan ialah menghina, memalukan, melekehkan, mengutuk, mencaci dan seumpamanya. Tabiat memannggil dengan panggilan yang buruk, ‘character assassination’ dan sebagainya sudah menjadi lumrah dalam suasana hidup zaman sekarang. Tidak mustahil kalau ianya berjaya dibuang dalam kehidupan sehari-hari maka tidak banyaklah benda yang hendak dicakap atau dituliskan.
Beberapa buah hadis Rasulullah (SAW) sebagai pesanan:
Dilapurkan oleh Saalim berkata ayahnya bahawa Nabi (SAW) bersabda “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (riwayat Tirmizi disahihkan oleh Al-Albani).
Dilapurkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah (SAW) “Seorang muslim itu ibarat cermin kepada yang lainnya, bila dia melihat sebarang kekotoran maka segera dia menyapunya” (riwayat Tirmizi dan Abu Daud).
Ayat 12. “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12
Sebab-sebab turun (asbabun nuzul):
Sebagai lanjutan kepada ayat ke-11
Pengajaran ayat:
Dalam ayat ke-12 ini Allah (SWT) menetapkan satu lagi larangan dalam konsep pembinaan persaudaraan dalam Islam. Dua larangan awal dalam ayat ke-11 adalah berbentuk zahir berbeza dengan sifat prasangka dan mengintip-intip dalam ayat ke-12 yang bersifat tersembunyi.
3. Ayat dimulakan dengan larangan Allah (SWT) terhadap sifat bersangka-sangka (dengan persangkaan buruk – su’ul dzan). Persaudaraan yang kukuh mustahil dapat dibentuk kalau wujudnya sikap bersangka-sangka buruk terhadap satu sama lain. Dari Abu Hurairah, Rasulullah (SAW) bersabda “Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata” (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Syak wasangka yang dizahirkan dengan ucapan mudah tergelincir kepada fitnah dan mengumpat (ghibah). Dapatlah disimpulkan bahawa keburukan fitnah dan mengumpat (ghibah) itu sebenarnya adalah berakar umbi dari sifat-sifat syak-wasangka.
Seorang Islam yang beriman seharusnya tidak menzahirkan sebarang anngapan buruk terhadap saudaranya sebagaimana pesan sebuah hadis dari Rasulullah (SAW) yang dilapurkan oleh Abu Hurairah “Allah (SWT) tidak akan melihat niat buruk seseorang itu sehinggalah dia menyuarakannya atau melakukannya”. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Dilapurkan, berkata Umar Al-Khattab “Bila saudaramu berkata sesuatu yang mencurigakan, fikirkanlah tentang yang baik-baik sahaja dan engkau akan mendapat penjelasan yang baik-baik juga” (riwayat Ibnu Katsir dan Imam Malik)
Ayat ke-12 ini diakhiri dengan larangan mengumpat (ghibah, berbicara buruk) yang lahir dari perasaan syak-wasangka. Perbuatan ghibah ini adalah antara faktor utama yang meruntuhkan persaudaraan (ukhwah) sesama Islam. Rasulullah (SAW) pernah ditanya “Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah (SAW) menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah (SAW) menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”.
AlhamduliLlah, sekian saja tafsir ringkas untuk ayat 9-12 dari surah Al-Hujuurat, semoga ada manfaat untuk yang bertanya dan warga fikrah lainnya.
Sumber : Tafseer Soorah Al-Hujuraat, Abu Ameenah Bilal Philips,
Tawheed Publications, Riyadh.

Rahsia Solat Awal Waktu
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam
ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa
fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka
yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda
yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma
tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan
dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu
Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan
menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru
muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh
dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain
jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia
diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam
pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap
oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka
yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum
lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian
warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya
berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan
hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu
Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan
hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni
jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa,
tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita
kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan
iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat
Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada
waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau
warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan
kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka
yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam
sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam
Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem
tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar
kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya
bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan
hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam
Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia
kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah
faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,
qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam
ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah
di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan
bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya
menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas
sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya
ini amat-amat memerlukannya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam
menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya
..."

Fadhilat Berselawat Ke Atas Nabi SAW
Buku "90 selawat atas nabi saw... Fadhilat dan khasiatnya", tulisan Hanafi Mohamed, diterbitkan oleh Darul Nu'man, ISBN 983 - 9017 - 99 -3, adalah dirujuk.
Kalaulah manusia tahu kelebihan berselawat ke atas Nabi SAW, hmmm... agaknya mereka tak akan lagi menyanyi lagu-lagu yang tak berfaedah dan yang membingitkan telinga.... atau menghabiskan masa bersembang-sembang kosong sahaja. Berdasarkan keterangan hadith, menurut ulama', membaca selawat ke atas nabi SAW akan memperolehi berbagai-bagai faedah yang amat besar, di antaranya, penulis buku ini menyatakan adalah:
1. memperolehi limpah rahmat dari Allah SWT
2. ditulis 10 kebajikan
3. dihapuskan 10 kesalahan
4. diangkat 10 darjat
5. menjauhi daripada kerugian dan penyesalan
6. memperolehi kesempurnaan iman
7. tergolong sebagai orang-orang yang soleh
8. mendekatkan diri kepada Allah SWT
9. memperolehi syafaat nabi SAW
10. memperolehi hubungan rapat dengan nabi SAW
11. menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki
12. melapangkan dada dan mententeramkan jiwa
13. menghapuskan dosa dan menutup aib
14. terselamat dari kebingungan di hari kiamat
15. menjadi sedekah pada yang tidak mampu bersedekah
16. terhindar dari kefakiran
17. dipandang sebagai seorang yang mencintai nabi SAW
18. memperolehi keberkahan dalam hidup
19. terhindar dari orang-orang bakhil
20. menjadikan sebab doa diterima oleh Allah SWT
21. memudahkan jalan memasuki syurga
22. menjadi zakat dan pembersih diri
23. memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat
24. memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit
25. memenuhi hak nabi sebagai suatu tugas ibadah
26. memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati
27. tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai nabi SAW
28. menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar
29. dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti titian siraatul Mustaqim di akhirat
30. terkabul segala hajat dan cita-cita.
Sungguh beruntunglah mereka yang mengambil berat untuk berselawat ke atas nabi SAW tiap-tiap hari terutamanya pada hari Jumaat!

Subscribe to:
Posts (Atom)