SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe
Showing posts with label nasyid. Show all posts
Showing posts with label nasyid. Show all posts

Wednesday, August 12

3 Johan Nasyid Kebangsaan SMKA Maahad Muar





Gambar - gambar di atas adalah gambar terkini sumbangan daripada Pegawai Teknologi Pendidikan Negeri Pahang yang menjadi Jurukamera Amatur semasa Festival Nasyid Sek-Sek Men KPM Peringkat Kebangsaan di Pahang.Tahniah buat Kumpulan Izdan dan Ar Rayyan yang telah berjaya mengharumkan nama Sekolah dan negeri Johor di peringkat Kebangsaan.2 lagi Nasyid SMKA Maahad Muar di peringkat kebangsaan ialah :

Johan Nasyid Belia Peringkat Kebangsaan di MITC Melaka
Johan Nasyid Anugerah Seri Asrama Terbilang di Kuala Lumpur pada Julai lepas.

Tahniah kepada guru pembimbing Us Khairulzaman Hamjah yang berusaha gigih melatih,membimbing dan mentarbiah anak-anak buahnya sehingga ke tahap yang membanggakan ini.Juga kepada PS yang gigih untuk kecemerlangan nasyid maahad muar.

Wednesday, November 19

Belakang Tabir Nasyid SMKA Maahad Muar 2008





Inilah Pyan Saujana salah seorang yang bertanggungjawab membantu SMKA Maahad Muar meraih beberapa kejayaan yang cemerlang dalam industri nasyid pada level sekolah-sekolah menengah samada peringkat negeri mahupun kebangsaan pada tahun 2008.Namun begitu jasa dan usaha gigih itu ditunjang kukuh oleh sahabat saya Us Khairulzaman bin Hamjah yang tidak jemu2 mendidik,mentarbiah dan melatih ahli2 izdan dan ar-rayyan bukan sahaja dlm bernasyid bahkan dalam segala aspek meliputi akhlak dan permasalahan kendiri .Seorang lagi yang saya rasa banyak menyumbang kepakarannya dalam memajukan industri nasyid SMKA Maahad Muar adalah Frizdan yang sanggup duduk berkampung di bilik warden lelaki untuk melatih dengan gigih budak2 nasyid SMKA Maahad Muar.Jasa Kalian tetap kami sanjung.Semoga tahun depan sudilah kiranya bertandang ke sini lagi untuk mengekalkan prestasi nasyid SMKA Maahad Muar.Terima Kasih Pyan & Fridzan.

Wednesday, October 1

Komen Pyan Saujana Tentang Industri Nasyid SMKA Maahad Muar (jurulatih vokal nasyid smka maahad muar)



Alhamdulillah, izin dari Allah baru2 ni baru sahaja selesai Pertandingan marhaban dan nasyid sempena Marhaban Di ASTRO 2008. SMKA Maahad Muar yang mewakili zon selatan telah merangkul Johan Kategori Marhaban dan terpaksa berpuas hati dengan saguhati bagi kategori Nasyid dalam pertandingan peringkat akhir yang diadakan di JUSCO Bukit Tinggi Kelang.
Kalau nak tau, Pyan sempat latih adik2 dari SMKA Maahad ni utk tahun 2008 ni dan Alhamdulillah mereka dapat pancapaian yang menarik dalam bidang nasyid. Antara kejayaan mereka tahun ini:

Johan Pertandingan Nasyid Belia Peringkat Kebangsaan (May 08)
Johan Festival Nasyid Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor
Kelima Festival Nasyid Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan (Julai 08)
Johan Pertandingan Nasyid Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Johor
Keempat Pertandingan Nasyid Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan (Ogos 08)
Naib Johan Pertandingan Nasyid Simfoni Merdeka JAWI-MASJID KLCC (Ogos 08)
Johan Marhaban Di ASTRO Kategori Marhaban (Sept 08)

Terima kasih juga pada pihak sekolah khususnya Pengetua dan Us Zaman kerana sudi jemput Pyan dan Frizdan utk melatih anak2 buah mereka. Insha Allah kita perbaiki lagi utk tahun 2009 kalau ada rezeki..

Post edited by: pyansaujana, at: 2008/09/25 06:39

Sana Sini Marhaban DiastrO-Johan Marhaban SMKA Maahad Muar







Gambar-gambar xklusif untuk tatapan semua warga SMKA Maahad Muar & pihak yg terlibat yang sentiasa menyokong kejayaan Izdan & Ar-Rayyan SMKA Maahad Muar samada sokongan moral,material dan sebagainya.Tahniah Ar-Rayyan

SMKA Maahad Muar Johan Marhaban Diastro 2008




GRAND FINAL Pertandingan Nasyid Dan Marhaban 2008

Grand Final, Pertandingan Nasyid Dan Marhaban, Marhaban Di Astro 2008 telah pun berlangsung dengan jayanya pada 20 dan 21 September yang lalu bertempat di Aeon Shopping Centre, Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Sebanyak 7 kumpulan telah bertanding sebagai finalis kategori nasyid manakala 5 kumpulan lagi telah bertanding sebagai finalis kategori marhaban. Finalis ini telah terpilih menerusi pusingan saringan yang telah berlangsung di 6 lokasi di seluruh negara. Keputusan penuh pertandingan Grand Final Pertandingan Nasyid Dan Marhaban, Marhaban Di Astro 2008 adalah seperti berikut:

GRAND FINAL PERTANDINGAN NASYID DAN MARHABAN
MARHABAN DI ASTRO 2008
Lokasi: AEON Shopping Centre, Bukit Tinggi, Klang, Selangor
Tarikh: 20 & 21 September 2008
Grand Final, Pertandingan Nasyid Dan Marhaban, Marhaban Di Astro 2008 telah pun
berlangsung dengan jayanya pada 20 dan 21 September yang lalu bertempat di Aeon
Shopping Centre, Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Sebanyak 7 kumpulan telah bertanding
sebagai finalis kategori nasyid manakala 5 kumpulan lagi telah bertanding sebagai finalis
kategori marhaban. Kumpulan-kumpulan yang bertanding di Grand Final adalah seperti
berikut:
KATEGORI NASYID
NAMA KUMPULAN CATATAN
IZDAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA
MAAHAD MUAR, JOHOR
(JOHAN ZON JOHOR)
IKHWANU SHAQHIKOH KG. MATANG ACHEH, PANTAI REMIS, PERAK
(JOHAN ZON PERAK)
NUR-ONE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, KAMPUS SERI
ISKANDAR, BOTA, PERAK
(NAIB JOHAN ZON PERAK)
AN NAJWA BUTTERWORTH, PULAU PINANG
(JOHAN ZON PULAU PINANG)
SODIQUL AMIN SEKOLAH RENDAH ISLAM, ALOR STAR, KEDAH
(NAIB JOHAN ZON PULAU PINANG)
RAWIYANI MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA, SELANGOR
(JOHAN ZON SELANGOR)
EXPRESI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, KAMPUS SHAH
SLAM, SELANGOR
(NAIB JOHAN ZON SELANGOR)
KATEGORI MARHABAN
NAMA KUMPULAN CATATAN
CALIPH PANGKALAN TENTERA LAUT DI RAJA MALAYSIA
(TLDM), LUMUT, PERAK
(JOHAN ZON PERAK)
IN-SAF SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SENGGARANG, BATU PAHAT, JOHOR
(NAIB JOHAN ZON JOHOR)
BADRUL MUNIR AYER HITAM, KEDAH
(JOHAN ZON PULAU PINANG)
NUR UMMAIRAH SENTUL, KUALA LUMPUR
(JOHAN ZON SELANGOR)
AR-RAYYAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA
MAAHAD MUAR, JOHOR
(JOHAN ZON JOHOR)
Kesemua kumpulan yang bertanding merupakan kumpulan-kumpulan yang telah
memperolehi markah tertinggi dan terbaik di enam lokasi saringan yang telah dijelajahi.

Lokasi-lokasi tersebut adalah Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Melaka, Pulau Pinang dan Klang.

Pertandingan Grand Final ini telah diadili oleh 3 orang juri tetap yang telah menjelajah kesemua lokasi iaitu penyanyi nasyid solo Ustaz Akhil Hayy, penyanyi solo yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Inteam iaitu Suhaimi Saad dan juga penyanyi solo wanita yang berpengalaman iaitu Aishah. Secara keseluruhan para juri berpendapat,kualiti peserta di peringkat Grand Final ini amat memuaskan dan setiap kumpulan nampaknya telah membuat persiapan yang amat rapi untuk menghadapi pertandingan peringkat Grand Final ini. Kualiti persembahan dan vokal yang ditunjukkan berada pada tahap yang baik. Selain itu setiap kumpulan terutama di dalam kategori nasyid bersiap sedia dengan koreografi persembahan yang amat kreatif dan menghiburkan.
Kesemua peserta telah menunjukkan gaya persembahan yang berbeza. Kreativiti mereka
turut terserlah di mana kebanyakan kumpulan nasyid yang bertanding memilih untuk
menyanyikan lagu ciptaan mereka sendiri. Juri berpendapat lagu-lagu ciptaan sendiri yang dipersembahkan mempunyai kualiti yang baik di samping mempunyai kepelbagaian irama.
Di peringkat ini, sebahagian peserta telah menunjukkan taraf profesional mereka dalam
membuat persembahan. Sebahagian peserta yang memilih untuk diiringi muzik secara ‘live’ pula telah membuat susunan muzik yang menarik. Ini adalah satu pentas yang amat baik bagi setiap peserta mengutip pengalaman yang amat bermakna.

Bagi kategori marhaban, juri telh mengenalpasti kumpulan yang bertanding telah dapat
dikenalpasti terbahagi kepada dua kelompok iaitu kumpulan yang memperjuangkan
marhaban asli terutama melodi marhaban asli dari tempat asal mereka manakala satu lagi kelompok tampil agak berani untuk memberi improvisasi terhadap marhaban asli. Juriberpendapat ini adalah perkara yang amat baik kerana selain mengekalkan identiti
marhaban itu sendiri, penonton juga berpeluang menghayati marhaban gaya generasi baru
yang sudah tentu memberikan kepelbagaian.

Ustaz Akhil Hayy yang telahpun 3 tahun menjadi juri tetap untuk program ini berpendapat,kualiti peserta tahun ini adalah lebih baik dari tahun terdahulu. Bahkan para juri mempunyai kesukaran untuk memilih kumpulan yang terbaik. Para juri telah berhujah dan memberi pelabagi pendapat secara sihat dalam mempertimbangkan dan menentukan pemenang.
Walaubagaimaanpun, adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Bagi
kategori marhaban, johan telah disandang oleh Kumpulan Ar-Rayyan dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar, Johor manakala johan kategori nasyid telah
disandang oleh Kumpulan Ikhwanu Shaqhikoh dari Pantai Remis, Perak.
Keputusan penuh pertandingan Grand Final Pertandingan Nasyid Dan Marhaban,
Marhaban Di Astro 2008 adalah seperti berikut:
KATEGORI MARHABAN
JOHAN Kumpulan Ar - Rayyan
NAIB JOHAN Kumpulan Badrul Munir
TEMPAT KETIGA Kumpulan Caliph

KATEGORI NASYID
JOHAN Kumpulan Ikhwanu Shaqhikoh
NAIB JOHAN Kumpulan Rawiyani
TEMPAT KETIGA Kumpulan An Najwa
TEMPAT KETIGA Kumpulan Sodiqul Amin

Antara fakta menarik adalah, johan bagi kategori nasyid iaitu Kumpulan Ikhwanu
Shaqhikoh terdiri daripada 5 orang adik beradik dan mereka telah dilatih oleh bapa mereka sendiri yang merupakan guru tilawah al-quran, tarannum dan burdah. Pemenang tempat ketiga bagi kategori nasyid pula terdiri daripada wakil tunggal kumpulan nasyid wanita iaitu kumpulan An Najwa dari Pulau Pinang yang berkongsi tempat dengan adik-adik cilik pelajar darjah empat sehingga enam dari Sekolah Rendah Islam Alor Star, Kedah.

Secara keseluruhannya, pihak penganjur telah menerima kira-kira seratus lima puluh demo yang dipertimbangkan untuk mengikuti saringan akhir di enam lokasi yang telah dijelajahi.Dari jumlah itu, hanya tujuh terpilih ke peringkat akhir nasyid manakala lima lagi terpilih sebagai finalis kategori marhaban. Peserta pertandingan terdiri dari pelbagai lapisan umur(peserta paling muda berusia 10 tahun, manakala peserta tertua berusia 63 tahun), juga dari pelbagai latar belakang pekerjaan, gender, dan dari pelbagai lokasi di seluruh Malaysia.

Hadiah-hadiah pertandingan telah disampaikan oleh juri yang mengadili pertandingan iaitu Ustaz Akhil Hayy, Suhaimi Saad dan juga Aishah. Juara bagi kedua-dua kategori telah menerima hadiah wang tunai RM 5,000 beserta sijil, hamper dan barangan tajaan penaja iaitu Nestle. Tempat kedua memenangi hadiah wang tunai RM 4,000 beserta sijil, hamper dan barangan penaja, manakala pemenang tempat ketiga memenangi hadiah sijil, hamper dan barangan penaja beserta wang tunai RM 3,000 bagi kategori marhaban dan RM 2,000 bagi kategori nasyid. Kesemua pemenang saguhati pula telah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 1,000 beserta sijil, hamper dan barangan penaja.
Pertandingan Grand Final ini telah dihoskan oleh Zainal Alam Kadir, Farish dan Fitri AF2.

Monday, September 22

Marhaban Diastro (Final) 2008


Bertempat di Aeon Bukit Tinggi, Klang, Selangor (20-21 SEPT)telah berlangsung Pertandingan Marhaban & Nasyid sempena Marhaban diastro peringkat akhir . SMKA Maahad Muar telah berjaya menjadi JOHAN pertandingan Marhaban yang diwakili oleh Kumpulan Ar-Rayyan .Gambar-Gambar menarik akan menyusul selepas ini.

Monday, June 9

SMKA Maahad Muar Johan Nasyid Kebangsaan 2008




Al-hamdulillah SMKA Maahad Muar telah berjaya menjadi Johan Pertandingan Nasyid Sempena Hari Belia Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Staidum Putra Bukit Jalil pada 15 Mei 2008 .Menurut guru pembimbing nasyid smka maahad muar iaitu Us Khairulzaman , kumpulan nasyid Izdan ini telah bersedia lebih awal dan tidak menjangka kemenangan sulong ini. Harapan kami , semoga kemenangan menjadi semangat untuk berjaya pada masa akan dtg.SMKA Maahad Muar telah berjaya mendapat piala pusingan , hadiah wang tunai RM2000 dan piala iringan serta sijil penghargaan.Vokalis SMKA Maahad Muar juga telah berjaya menjadi vokalis terbaik dan memenangi hadiah piala dan wang RM300.00.Tahiah buat Izdan.Mabruk Alaih.

Monday, May 12

Nasyid ... Maahad Muar Johan Lagi 2008





Pada 3 Mei 2008 telah berlangsung Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Johor Sempenana Sambutan Hari Minggu Belia Peringkat Negeri Johor 2008 Anjuran Jab Belia dan Sukan , ABIM dan MAYC yang bertempat di Kompleks Belia Larikin JB . Alhamdulillah SMKA Maahad Muar Johor menjadi JOHAN peringkat negeri dan akan mewakili negeri Johor ke peringkat Kebangsaan di Stadium Bukit Jalil pada 15dan 16 Mei 2008 . Tahniah kepada guru pembimbing Nasyid SMKA Maahad Muar Ustaz Mohd Khairulzaman bin Hamjah.Doakan kejayaan mereka.

Saturday, March 29

Marcapada Kolej Komuniti Ledang 2008





29/3/2008 3.00pm
Kolej Komuniti Ledang tangkak telah menganjurkan Pertandingan Nasyid Sek Men Daerah Muar 2008 sempena berlangsungnya Program Marcapada KLJ 2008.Sebanyak 8 pasukan telah bertanding .SMKA Maahad Muar telah menghantar 2 pasukan nasyid .Berikut adalah keputusan yang membanggakan dimana SMKA Maahad Muar telah menjadi johan dan naib johan dalam pertandingan ini.Tahniah kepada jurulatihnya Us zaman.Semoga berjaya dengan cemerlang dalam pertandingan yang lain.TQ.