Thursday, November 10
AMALI SEMBELIHAN SMKA MAAHAD MUAR 10/11/11
Pada 10 Nov 2011 telah diadakan Program Amali Sembelihan Peringkat SMKA Maahad Muar di kawasan lapang berhadapan dengan aspuri lama. Program ini dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Naseh bin Ahmad dibantu dengan pelajar-pelajar tingkatan 5 sebagai salah satu teknik mengingati pembelajaran PSI semasa tingkatan 4 dulu. Ayam-ayam yang telah disembelih akan dimasak untuk majlis tingkatan 5 nanti.Semoga amali sembelihan ini memberi keyakinan kepada pelajar terutama pelajar perempuan untuk melaksanakan sembelihan tika waktu yang diperlukan kelak.
kategori
PIBA - program
Wednesday, November 9
Program Ibadah Qurban Perdana 2011 / 1432 Hijriah
Pada 8 dan 9 November 2011 SMKA Maahad Muar telah melaksanakan Program Ibadah Qurban Perdana sempena Aidil Adha . 3 Ekor lembu telah diqurbankan hasil sumbangan daripada pihak pengurusan sekolah , guru-guru dan murid-murid. Semua warga Maahad Muar berganding bahu melapah daging qurban termasuklah para murid . Daging mentah Qurban telah diedarkan di kalangan warga SMKA Maahad Muar dan penduduk sekitar kawasan sekolah . Ini secara tidak langsung dapat merapatkan ukhuwah yang telah sekian terbina antara pihak sekolah dengan penduduk setempat. Pada 9 November pula , daging-daging qurban telah dimasak Beriani untuk santapan semua warga SMKA Maahad Muar di samping hidangan SOP TULANG oleh GPIBA.Semoga dengan ibadah Qurban yang dilaksanakan dapat untuk membersihkan hati dan jiwa sekaligus mengharapkan keredhaan Allah.Salam Idul Adha 1432 Hijriah dari kami SMKA Maahad Muar , Sekolah Kluster Kecemerlangan.
kategori
PIBA - program
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN TPM KEPADA SMKA MAAHAD MUAR (5 NOV 2011)
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN DARI TIMBALAN PERDANA MENTERI KEPADA KAA/SAR/ SMKA NEGERI JOHOR DI SMA SHAMSUDINIYYAH KUNDANG HULU , MUAR JOHOR PADA SABTU 5 NOV 2011
kategori
SEKOLAH KLUSTER
Thursday, June 30
Tuesday, June 28
MTQ SS KPM PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 DI SMKA AL-IRSYAD PULAU PINANG
PADA 27 HINGGA 30 MEI 2011 TELAH BERLANGSUNG MTQ SS KPM PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 DI SMKA AL-IRSYAD PULAU PINANG. PESERTA SMKA MAAHAD MUAR , MOHD ZAKIUDDIN HJ HANAFI TELAH BERJAYA MERAIH JOHAN TILAWAH LELAKI MEN DIIRINGI DENGAN KEJAYAAN NEGERI JOHOR YANG LAIN IAITU NAIB JOHAN TILAWAH PEREMPUAN MEN DAN KETIGA HAFAZAN MEN PEREMPUAN.INI KEJAYAAN KEMUNCAK BAGI ZAKIUDDIN DAN DIHARAPKAN DAPAT MENGEKALKAN KEPUTUSAN INI PADA MTQ AKAN DATANG.INSYA ALLAH.
kategori
MTQSSKPM
Friday, May 20
BAB IBADAH : BERSUCI DAN NAJIS - ERTI,PEMBAHAGIAN,CARA MENYUCIKAN.
Maksud Najis
Dari segi bahasa : najis bererti benda kotor seperti darah, air kencing dan tahi. Dari segi syara : najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya solat. Menurut Rosli Bin Othman dalam bukunya Al-Mukhtasar Al-Mufid (Ringkasan Hukum Solat dan Taharah) mengatakan bahawa :
“Najis juga boleh diertikan sesuatu benda yang kotor pada pandangan syara yang menghalang sahnya solat dan ibadah-ibadah yang pada maknanya.”
Najis boleh didefinasikan kepada tiap-tiap benda yang kotor dan jijik dan tidak sah solat sekiranya hadir pada badan, pakaian dan tempat untuk mengerjakan solat.
Najis Mukhaffafah
Najis Mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan selain daripada susu ibu.
Untuk membersihkan benda yang terkena najis ini, memadai dengan memercikkan air atas benda itu meskipun tidak mengalir. Adapun kencing kanak-kanak perempuan yang belum makan selain susu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang kena najis itu dan hilang zat dan sifat-sifat nya sebagaimana mensuci kencing orang dewasa. Ali ra menyatakan bahawa nabi SAW bersabda :
“Air kencing kanak-kanak lelaki memadai direnjis dan air kencing kanak-kanak perempuan dibasuh”. (Riwayat Ibnu Majah)
Cara Bersuci Najis Mukhafafah
Cara membersihkan najis mukhaffafah ialah dengan cara hilangkan ain najis, setelah itu basuh bahagian yang terkena najis dan dilapkan, kemudian percikkan air di atas tempat yang terkena najis, Akhir sekali lapkan dengan kain bersih sehingga kering.
Najis Mutawassitah adalah semua najis selain najis mukhaffafah dan mughalladzah. Ini termasuklah tahi, kencing, darah, nanah,muntah, air liur basi, bangkai, arak dan lain-lain. Najis ini terbahagi kepada dua bahagian seperti :
Najis Ainiah, iaitu najis yang masih wujud ainnya atau kesannya seperti warna, rasa atau bau. Najis ini hendaklah disucikan menurut syara berdasarkan bahagiannya yang akan dinyatakan.
Najis Hukmiah, iaitu najis yang sudah hilang ainnya dan sudah tiada kesannya tetapi belum disucikan menurut syara. Seperti sesuatu yang terkena najis dan kerana kesan panas dan angin kesan najis tersebut telah hilang sehingga tiada warna, rasa dan baunya lagi.
Cara Bersuci Mukhafafah
Najis ainiah hendaklah dicuci sehingga tiada lagi sebarang sifat warna, bau dan rasa. Seterusnya hendaklah dialirkan air mutlak sekurang-kurangnya sekali. Daripada Asma ra menyatakan : Telah datang seorang perempuan kepada Nabi saw lalu berkata :
“Apa pandanganmu tentang darah Haid yang terkena pakaian. Nabi saw bersabda: Hilangkan kesan darah tersebut, kemudian gosokkan dengan air, kemudian basuhlah ia, kemudian kamu sembahyanglah dengannya”. (Riwayat Al-Bukhari)
Najis hukmiah memadailah dengan mengalirkan atau Menjirus air mutlak pada tempat yang terkena najis. Memadai juga dengan merenjiskan air ketempat yang mempunyai kesan najis tersebut.
Najis Mughallazah
Menurut Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat mengatakan bahawa :
“Najis Munghallazah ialah najis berat iaitu najis babi dan anjing. Segala perkara yang ada hubungannya dengan kedua-dua binatang tersebut seperti tahi, kencing, daging, kulit dan sebaginya dikira najis munghallazah. Ini termasuk juga anak yang lahir salah satu daripadanya.”
Cara Bersuci Mukhafafah
Cara menyucikan najis mughallazah ini, ialah dengan dibasuh tujuh kali. Sekali dengan air tanah (air yang dicampur dengan tanah yang suci). Kemudiaan dibasuh dengan air mutlak sebanyak enam kali ditempat yang terkena najis sehingga hilang ain, bau dan rasanya. Jika tidak hilang najis itu walaupun dibasuh sehingga beberapa kali, maka hendaklah ditambah sehingga hilang kesan najis tersebut.
Najis Yang Dimaafkan
Tiada sebarang najis yang dimaafkan. Walaupun begitu, syarak memberi kemaafan terhadap kadar benda najis yang sedikit yang sulit untuk dielakkan, begitu juga untuk memudahkan dan bertolak ansur kepada umatnya. Oleh yang demikian, najis-najis berikut adalah dimaafkan :
-Najis yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sederhana seperti darah yang sedikit dan percikan air kencing.
-Darah jerawat, darah bisul, darah kudis atau kurap dan nanah yang sedikit dan tidak menjijikkan.
-Darah binatang yang tidak mengalir darahnya seperti kutu, nyamuk, agas dan pijat.
-Tempat berbekam, najis lalat, kencing tidak lawas, air kurap atau kudis.

PENCALONAN KEBITARAAN PENDIDIKAN ISLAM SMKA MAAHAD MUAR
20 MEI 2011 (JUMAAT)
SELAMAT DATANG KE BILIK PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA ARAB UNTUK PEMANTAUAN PENCALONAN SEKOLAH KLUSTER "KEBITARAAN PENDIDIKAN ISLAM " . KAMI WARGA SMKA MAAHAD MUAR MENGALUKAN KEDATANGAN TUAN-TUAN KE SMKA MAAHAD MUAR. SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA.

Sunday, May 15
KEM PIBA - DI KEM PLKN PAGOH 6-7 mEI 2011
Pendidikan ISlam GPS 1.0 dan Bahasa Arab GPS 1.2.Itulah target kami panitia pendidikan islam dan bahasa arab SMKA Maahad Muar.Terlaksananya kem ini pada 6-7 Mei yang lepas , mudah-mudahan anak didik kami diberi kemudahan oleh Allah untuk terus gemilang mengungguli keputusan PMR 2011 . Insya allah
kategori
PIBA
Sunday, February 6
Lawatan SMKA Maahad Muar ke Rakaman AQ5
Pada 27 Januari 2011, SMKA Maahad Muar telah diberi peluang menyaksikan rakaman Akademi Alquran 5 bagi pemilihan 7 Finalis Terakhir. Lawatan ini telah diketuai oleh Ustaz Sani El-Menoufi [ Penyelaras KKQ SMKA Maahad Muar] serta disertai beberapa guru pengiring dan pelajar2 yang terpilih.
Berikut merupakan sebahagian daripada gambar2 disebalik tabir yang sempat dirakam oleh admin sepanjang program ini berlangsung.
Semoga Penyertaan Zaki dalam program ini dapat memberi suntikan semangat dan galakam kepada pelajar-pelajar lain dan juga kepada semua generasi muda dalam menyertai Akademi Al-Quran bagi musim2 yang seterusnya. Khususnya dalam melahirkan generasi yang cinta terhadap kalamullah dan ilmu2 berkaitan seperti qiraat, taranum, dll . InsyaAllah.

Alhamdulillah, Zaki telah terpilih antara 7 Finalis Terakhir dalam Akademi Alquran 5. Tahniah diucapkan!
Semoga Penyertaan Zaki dalam program ini dapat memberi suntikan semangat dan galakam kepada pelajar-pelajar lain dan juga kepada semua generasi muda dalam menyertai Akademi Al-Quran bagi musim2 yang seterusnya. Khususnya dalam melahirkan generasi yang cinta terhadap kalamullah dan ilmu2 berkaitan seperti qiraat, taranum, dll . InsyaAllah.
kategori
admin kkq,
akademi alquran.,
al-quran,
kejayaan lain,
Kenangan
Saturday, January 29
CD MTQ 2011
DAPATKAN SEGERA CD PANDUAN TILAWAH AL-QURAN MTQ 2011 SEK REN DAN MEN OLEH US NIK AZIZAN BIN NIK JAAFAR (MARI BERTARANUM) - SILA HUBUNGI 0127744230.
kategori
MTQSSKPM
Monday, January 17
Penyertaan Pelajar SMKA Maahad Muar dalam Akademi Al-Quran 5
Tahniah diucapkan kepada Mohd Zakiuddin bin Hj Hanafi (Pelajar Tingkatan 4 SMKA MAAHAD MUAR) kerana telah terpilih sebagai 8 Finalis akhir dalam rancangan Akademi Al-Quran 5, 2011.
Zakiuddin sewaktu ujibakat di Kolej Pengajian Islam (Marsah), Johor Bahru, Johor.
Jangan lupa saksikan Akademi Al-Quran 5, Setiap Sabtu, 9.00 Malam
Nota AQ5 Setiap Isnin - Jumaat, 7.57 - 8.00 pagi dan 10.57 - 11.00 Malam (3 Minit)
Disebalik AQ5, Setiap Jumaat, 6.30 Petang
Tentunya Di TV9, Dekat di hati
InsyaALLAH AlQuran juga sentiasa dekat di hati.
SUMBER
kategori
akademi alquran.,
al-quran,
berita semasa,
umum
Wednesday, January 5
Pelajar yang terpilih ke DARUL QURAN Sesi 2011/2012
Tahniah! kepada pelajar yang layak mengikuti Program Persijilan Tahfiz Al-Quran Darul Quran-UIAM.
Mereka ialah :
1)AHMAD IBRAHIM BIN ZAKARIA
-Ketua Pelajar SMKA MAAHAD MUAR (2009/2010)
-Antara Pelajar Terbaik Peperiksaan Percubaan SPM 2010, SMKA MAAHAD MUAR
2)SITI MARYAM BT MOHD HANAPI
-Ketua Unit Protokol(P) SMKA MAAHAD MUAR (2009/2010)
-Antara Pelajar Terbaik Peperiksaan Percubaan SPM 2010, SMKA MAAHAD MUARSemoga pelajar-pelajar ini berjaya menjadi professional yang hafiz/hafizah kelak. InsyaALLAH.
INFO: Darul Quran adalah sebuah institusi Pengajian Tahfiz Al-Quran yang bernaung di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Menyediakan pengajian tahfiz al-Quran di peringkat Diploma dan Persijilan (kerjasama bersama UIAM) dan beberapa program lain.
Sumber:
www.darulquran.gov.my
www.facebook.com/darulquran
Mereka ialah :
1)AHMAD IBRAHIM BIN ZAKARIA
-Ketua Pelajar SMKA MAAHAD MUAR (2009/2010)
-Antara Pelajar Terbaik Peperiksaan Percubaan SPM 2010, SMKA MAAHAD MUAR
2)SITI MARYAM BT MOHD HANAPI
-Ketua Unit Protokol(P) SMKA MAAHAD MUAR (2009/2010)
-Antara Pelajar Terbaik Peperiksaan Percubaan SPM 2010, SMKA MAAHAD MUAR
INFO: Darul Quran adalah sebuah institusi Pengajian Tahfiz Al-Quran yang bernaung di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Menyediakan pengajian tahfiz al-Quran di peringkat Diploma dan Persijilan (kerjasama bersama UIAM) dan beberapa program lain.
Sumber:
www.darulquran.gov.my
www.facebook.com/darulquran
kategori
berita semasa,
darul quran,
Maklumat AM,
uiam
Subscribe to:
Posts (Atom)