SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe
Showing posts with label akademi alquran.. Show all posts
Showing posts with label akademi alquran.. Show all posts

Sunday, February 6

Lawatan SMKA Maahad Muar ke Rakaman AQ5

Pada 27 Januari 2011, SMKA Maahad Muar telah diberi peluang menyaksikan rakaman Akademi Alquran 5 bagi pemilihan 7 Finalis Terakhir. Lawatan ini telah diketuai oleh Ustaz Sani El-Menoufi [ Penyelaras KKQ SMKA Maahad Muar] serta disertai beberapa guru pengiring dan pelajar2 yang terpilih.

Berikut merupakan sebahagian daripada gambar2 disebalik tabir yang sempat dirakam oleh admin sepanjang program ini berlangsung.





Alhamdulillah, Zaki telah terpilih antara 7 Finalis Terakhir dalam Akademi Alquran 5. Tahniah diucapkan!

Semoga Penyertaan Zaki dalam program ini dapat memberi suntikan semangat dan galakam kepada pelajar-pelajar lain dan juga kepada semua generasi muda dalam menyertai Akademi Al-Quran bagi musim2 yang seterusnya. Khususnya dalam melahirkan generasi yang cinta terhadap kalamullah dan ilmu2 berkaitan seperti qiraat, taranum, dll . InsyaAllah.

Monday, January 17

Penyertaan Pelajar SMKA Maahad Muar dalam Akademi Al-Quran 5


Tahniah diucapkan kepada Mohd Zakiuddin bin Hj Hanafi (Pelajar Tingkatan 4 SMKA MAAHAD MUAR) kerana telah terpilih sebagai 8 Finalis akhir dalam rancangan Akademi Al-Quran 5, 2011.

Zakiuddin sewaktu ujibakat di Kolej Pengajian Islam (Marsah), Johor Bahru, Johor.


Jangan lupa saksikan Akademi Al-Quran 5, Setiap Sabtu, 9.00 Malam
Nota AQ5 Setiap Isnin - Jumaat, 7.57 - 8.00 pagi dan 10.57 - 11.00 Malam (3 Minit)
Disebalik AQ5, Setiap Jumaat, 6.30 Petang
Tentunya Di TV9, Dekat di hati

InsyaALLAH AlQuran juga sentiasa dekat di hati.
SUMBER