Friday, July 25
Buat Tatapan Semua Insan
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
>
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat
kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi.

kategori
tazkirah_sunny
Kelas Tahsin Al-Quran 2008
KELAS TAHSIN AL-QURAN 2008
Diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa setiap minggu
Kuliah diadakan khusus untuk para pelajar yang lemah bacaannya
Kelas Tahsin ini dibimbing oleh :
Us Madani bin Siren (SMK Air Hitam ) bagi Tingkatan 1
Us Zamri bin Shamsudin (SK Convent Muar ) bagi Tingkatan 2
Us Mohd Naseh Ahmad (SMKA Maahad Muar) bagi Tingkatan 3
Pelajar yang lulus kelas tahsin ini akan diserapkan kedalam program Huffaz negeri Johor yang dikendalikan oleh Us Mohd Sani bin Taib.
Antara pendekatan yang dikendalikan dalam kelas tahsin ini adalah sukatan jqaf bagi memudahkan para pelajar ini membaca kalimah pendek ayat al-quran mengikut tajwid yang sempurna.

huffaz smka 2008
Saturday, July 19
Renungan Sebelum Kematian...
"Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati,akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.
Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan.
Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya,pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya.
Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.
Antaranya:-
Sebelum tidur:
1) Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2) Selawat ke atas Nabi
3) Membaca tasbih
Amalan harian:
1) Sentiasa membaca Al-Quran
2) Memelihara solat terutama solat fardu
3) Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4) Membaca tasbih
5) Membanyakkan sedekah
6) Sentiasa berzikir menyebut Allah
Amalan yang perlu dijauhi:
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Kencing berdiri
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."
Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.
Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?"
Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."
Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati.
Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as:
"Cubalah kamu pilihkan?"
Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu.
Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat.
Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."
Semoga kita dapat amalkan dan sampaikan.

Monday, July 14
Destinasi Saya..Julai 2008
KURSUS KENEGARAAN PTK 1 SSM
DI SAVANA RESORT JB
3-7 JULAI 2008
FESTIVAL NASYID SEKOLAH KPM PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 5 2008
DI DEWAN KONVENSYEN TAMAN TAMADUN ISLAM KUALA TERENGGANU
9-12 JULAI 2008
MENGIRINGI KONTIJEN JOHOR
BENGKEL PENILAIAN E BAHAN BTP KPM
DI MEDIACAL SDN BHD SUBANG JAYA
19 - 20 JULAI 2008
CERAMAH TEKNIK MENJAWAB PI PMR
DI SMK TUN MAMAT TANGKAK
16 JULAI 2008

Destinasi Us Sani
Sunday, July 13
Wednesday, July 9
Anugerah Seri Asrama Terbilang Negeri Johor 2008 (ASAT)
Anugerah Seri Asrama Terbilang peringkat negeri johor telah berlangsung di SM teknik Pontian pada 27-28 Jun 2008.Beberapa acara dipertandingkan seperti bola sepak , bola jaring , catur , pameran dan lain-lain lagi .
SMKA Maahad Muar telah Johan Pameran Asrama dan Inovasi Peringkat Negeri Johor dan akan mewakili negeri johor di Anugerah Sri Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan di perak pada 11-15 Julai 2008.Selain daripada itu , SMKA Maahad Muar juga telah menjadi naib johan acara Catur Asat (perempuan) menerusi peserta Norbazilah (ting2)

Asrama Maahad Muar
Tuesday, July 8
HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.
Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang
melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.
Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas
"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
Wallahua'lam.
SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
---------------------------------------------------
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-
1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan
membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu
berkata:
"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."
Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula.
Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.
CUAI SOLAT LIMA WAKTU
-----------------------------------------
Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.
Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka.
Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah
seterusnya.
PEMINUM ARAK
-------------------------
Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan di tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah suara yang menyeru,"Inilah si polan anak si polan!"
Tatkala semua manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang berhimpun di Padang Mahsyar.
Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar
dari api selama seribu tahun lamanya.
Kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka.
MENGKIANATI HARTA
-----------------------------------
Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut.
Apabila mereka timbul, malaikat akan menekan kepala mereka supaya men-yelam semula serta dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai. Begitulah diulang-ulang selama mereka di laut itu.
AZAB BAGI YANG KEDEKUT
-------------------------------------------
Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada disedekahkan atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa.
SAKSI BOHONG
------------------------
Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur luluh daging dan tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi.
Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.
MENGUMPAT
---------------------
Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat sangat.
Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting
lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Di dalam setiap tingkat neraka
ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa.
Di dalam buah yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan buah-buah kayu tersebut.
Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang.
Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.
----------------------------------------------------
Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar.
Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.
Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengandosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah,
Perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt, dan diampunkan dosa kita.
Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun.
Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt.
Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.

Hikmah Berdiam Diri
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5.. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )
* "Barangsiapa yg beriman kpd Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya". ( RW AT-TARMIZI )
Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.
* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia..

Saturday, June 21
PEPERIKSAAN OBJEKTIF KKQ TAHUN 2008 TG 3 & 5
Peperiksaan Objektif KKQ Tahun 2008 akan berlangsung pada ketetapan berikut :
Tarikh : 24 Jun 2008
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Dewan Seminar Tg 3 / Bilik Etems Tg 5
Diharap semua pelajar-pelajar berkenaan dapat bersedia dan membawa alat kelengkapan peperiksaan . (pensil 2b dan pemadam.

admin kkq
Monday, June 16
Majlis Pelancaran Program Huffaz Peringkat Negeri Johor 2008

SMKA Maahad Muar terpilih sebagai perintis program Huffaz negeri Johor pada ketetapan berikut :
20 Jun 2008(Jumaat)
Dataran Hidayah SMKA Maahad Muar
Program Huffaz ini akan diperkenalkan ke seluruh SMKA negeri Johor dan setiap SMKA akan mengikuti modul yang telah disusun .Secara ringkas modul huffaz akan melatih setiap pelajar menghafaz surah2 pilihan mengikut tingkatan secara sistematik dan terancang dan seorang guru pembimbing bagi setiap tingkatan.
Majlis ini akan dirasmikan oleh Pengarah bahagian dakwah dan kepimpinan JAPIM Tuan Haji Abdullah Mohd Din .
Tuesday, June 10
MEMAGARI DIRI DARI SIHIR
Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir). Di bawah ini ini di nyatakan
cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari
perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir mungkin tidak
mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara
memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
Pagar Pertama (1)
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan
Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar
tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
'Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat
sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu'.
[Riwayat al Bukhari]
Pagar Kedua (2)
Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat
oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada
mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: 'Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan
kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci
terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang
Malaikat. ?Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik
untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia
telah tidur dalam keadaan bersuci''
[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]
Pagar Ketiga (3)
Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim
bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat
berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. ?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya
merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak
mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya
akan didampingi ?oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.
Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari
puaknya.'
[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]
Pagar Keempat (4)
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam
boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.
Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya
adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil
perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang
tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah
S.A.W. pun bersabda: Ertinya: 'Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam
telinganya'
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Pagar Kelima (5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia
akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai
seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah
buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki
tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah
dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa
perlindungan dengan berkata :
Ertinya: 'Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu
dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan'.
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau
betina.
Pagar Keenam (6)
Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :
'Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau
selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan
yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke
atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang
yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir
dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya'
[Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]
Pagar Ketujuh (7)
Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah
sehingga terlelap
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata
kepada Abu Hurairah:
'Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa
di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu
mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut
sambil berkata:
'Ia telah bercakap benar kepada engkau, wahal sendiri sememangnya
penipu'
[Riwayat al Bukhari.]
YANG BAIK ITU DARI ALLAH, YANG TIDAK BAIK ITU DARI KELEMAHAN SAYA SENDIRI
cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari
perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir mungkin tidak
mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara
memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
Pagar Pertama (1)
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan
Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar
tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
'Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat
sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu'.
[Riwayat al Bukhari]
Pagar Kedua (2)
Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat
oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada
mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: 'Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan
kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci
terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang
Malaikat. ?Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik
untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia
telah tidur dalam keadaan bersuci''
[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]
Pagar Ketiga (3)
Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim
bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat
berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. ?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya
merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak
mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya
akan didampingi ?oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.
Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari
puaknya.'
[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]
Pagar Keempat (4)
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam
boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.
Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya
adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil
perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang
tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah
S.A.W. pun bersabda: Ertinya: 'Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam
telinganya'
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Pagar Kelima (5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia
akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai
seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah
buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki
tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah
dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa
perlindungan dengan berkata :
Ertinya: 'Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu
dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan'.
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau
betina.
Pagar Keenam (6)
Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :
'Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau
selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan
yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke
atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang
yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir
dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya'
[Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]
Pagar Ketujuh (7)
Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah
sehingga terlelap
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata
kepada Abu Hurairah:
'Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa
di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu
mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut
sambil berkata:
'Ia telah bercakap benar kepada engkau, wahal sendiri sememangnya
penipu'
[Riwayat al Bukhari.]
YANG BAIK ITU DARI ALLAH, YANG TIDAK BAIK ITU DARI KELEMAHAN SAYA SENDIRI
kategori
tazkirah_sunny
Hikmah Berdiam Diri
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5.. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )
* "Barangsiapa yg beriman kpd Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya". ( RW AT-TARMIZI )
Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.
* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia..
Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5.. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )
* "Barangsiapa yg beriman kpd Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya". ( RW AT-TARMIZI )
Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.
* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia..
kategori
tazkirah_sunny
Monday, June 9
Kisah Tauladan Mandi Junub
akibat tak mandi...
Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut.
Selepas dikafan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkembumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali.
Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya. Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut.
Apabila sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu.
Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat dikebumikan.
Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.
Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan.
Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki tiu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut.
Sebaik saja tanah di timbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut.. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tahah perkuburan itu.
Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya? Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan 'mandi hadas' setiap kali selepas melakukan persetubuhan.
Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas (Junub/Besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tetapi ketahuilah azabnya tidak kurang pedih dan kalau hendak merasa.... sila-silakanlah. .
Wassalam.
Biar susah, jangan menyusahkan. .

cerita ceriti
SMKA Maahad Muar Johan Nasyid Kebangsaan 2008
Al-hamdulillah SMKA Maahad Muar telah berjaya menjadi Johan Pertandingan Nasyid Sempena Hari Belia Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Staidum Putra Bukit Jalil pada 15 Mei 2008 .Menurut guru pembimbing nasyid smka maahad muar iaitu Us Khairulzaman , kumpulan nasyid Izdan ini telah bersedia lebih awal dan tidak menjangka kemenangan sulong ini. Harapan kami , semoga kemenangan menjadi semangat untuk berjaya pada masa akan dtg.SMKA Maahad Muar telah berjaya mendapat piala pusingan , hadiah wang tunai RM2000 dan piala iringan serta sijil penghargaan.Vokalis SMKA Maahad Muar juga telah berjaya menjadi vokalis terbaik dan memenangi hadiah piala dan wang RM300.00.Tahiah buat Izdan.Mabruk Alaih.
kategori
nasyid
Sunday, June 8
Selamat Kembali ke sekolah

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SMKA Maahad Muar.Semoga kita lebih bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu di Maahad Muar.
kategori
admin kkq
Saturday, June 7
Subscribe to:
Posts (Atom)