SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Wednesday, December 31

Keputusan Rasmi PMR SMKA Maahad Muar 2008

SMKA Maahad Muar meraih keputusan 100% dalam PMR 2008 baru-baru ini dengan 65 orang pelajar mendapat 9A.SMKA Maahad Muar menjadi SMKA TERBAIK NEGERI JOHOR mengalahkan 3 buah smka negeri johor yang lain seperti biasa. Antara 5 buah sekolah terbaik PMR negeri Johor dan terbaik pmr di MUAR . Tahniah di ucapkan.

Tahniah juga kerana subjek pendidikan Islam mencatat GPMP 1.06 meningkat 0.06 tahun . Tahniah kepada tingkatan 3 ALIM kerana sume mendapat A dalam Pendidikan Islam.

Berikut adalah GPMP setiap mata pelajaran :
Bahasa Melayu : 1.02
Bahasa Inggeris : 1.39
Sejarah : 1.44
Geografi : 1.48
Bahasa Arab : 1.50
Pendidikan Islam : 1.06
Matematik : 1.12
Sains : 1.39
Kemahiran Hidup : 1.21

Semoga Kejayaan ini menyuntik semangat warga SMKA Maahad Muar untuk terus gemilang pada tahun2 akan datang

Wednesday, December 24

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1.Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah
yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan
hatiku bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur.
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa
di-ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.

3.Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati
dan menenangkan minda.

4.Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5.Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6.Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan
lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7.Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur,senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku,
cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif."Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8.Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9.Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan,tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10.Kekalkan wuduk.

11.Bersedekah.
12.Belanja orang makan.

13.Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak
pasti halal atau tidak).

14.Berkawan dengan ulama.

15.Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16.Pesan pada orang, jadi baik.

17.Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan
dengar orang mengumpat.

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."

Walaupun mungkin ada diantara kita yang pernah melihat kontroversiyang melanda pakar motivasi terkenal nie, tetapi saya tidaklah sampai mengabaikan saranan dan
petua beliau kerana menghormati tahap keilmuannya. Perlu juga kita
hargai walaupun terdapat sedikit kecacatan kerana Datuk Dr Fadzilah
sendiri kurang berjaya men- cuci hati anak2nya. Semoga yang baik
dapat kita terima dan jadikan teladan untuk kehidupan yang lebih di
redhai Allah. Insya'allah.

DancingDancingDancingDancingDancingDancingDancingDancingDancing
DancingDancingDancingDancing
It Happens in Seremban

Kisah mengenai sebuah keluarga Islam yang serba sederhana. Keluarga
yang men- jalankan segala tuntutan Allah S.W.T. Seorang anak
perempuan telah dilahirkan lebih kurang hampir 20 tahun yang lepas.
Dibesarkan dan dimanjakan mengikut lunas2 dan batas2 kehidupan
seorang Muslim. Sebuah keluarga yang riang dan sentiasa gembira dan
bersyukur atas segala nikmat yang diperolehinya.

TAPI tanggal beberapa bulan yang lepas apabila anak kesayangan
mereka yang mana sebelum ini tidak pernah berkelakuan ganjil, dengan
tak semena-mena telah mem- beritahu ayahnya bahawa beliau ingin
berkahwin. Namun dengan hati yang agak ter- kejut, tetapi mengetahui
bahawa mungkin jodohnya telah sampai mengizinkan. Tapi ayahya
teramat terkejut apabila anaknya ingin berkahwin dengan lelaki
HINDU, dan ayahnya hampir sahaja pengsan apabila anaknya ingin
berkahwin dalam adat resam agama HINDU.

Apalah perasaan hati ayah dan ibu serta keluarga jika anak
kesayangan mereka yang satu ini, setelah dididik dan diberikan
segala ILMU Duniawi dan Ukhrawi serta segala kasih sayang dan
perhatian mereka sepenuhnya kepada beliau, tergamak untuk menyatakan
perkara tersebut.

NAMUN, keluarga ini tidak berdiam diri. Mereka dengan segera telah
membawa anak mereka untuk didoakan agar terbuka hatinya untuk
kembali ke pangkal jalan. Mereka telah membawanya kepada seorang
Ustaz. Apabila tiba masanya bertemu muka dengan Ustaz tersebut dan
apabila Ustaz Tersebut mula membaca ayat2 Allah, maka terkejut
mereka kerana mendapati anak mereka telah mula meraung dan menari
tarian Hindu.

Kesimpulannya, Ustaz tersebut masih lagi merawat anak tersebut. Dan
yang terpenting sekali adalah anak tersebut telah DISIHIRKAN untuk
menyintai lelaki Hindu tersebut.
Pendek kata beliau DISIHIR untuk keluar ISLAM.

TINDAKAN - Dinasihatkan bahawa musuh ISLAM terutama IBLIS dan
SYAITAN senantiasa mencari jalan untuk merosakan ISLAM kita.
Faktanya untuk mensihirkan lelaki muslim yang sentiasa mendirikan
solat 5 kali sehari semalam adalah agak sukar (bukan tak boleh TAPI
SUKAR), kerana mereka membaca ayat2 Allah.

NAMUN bagi perempuan2 muslim, mereka ada pintu atau ruang yang
membolehkan unsur sihir untuk menyerang dan menyerap kedalam akal
fikiran serta hati jika tidak dibendung, apatah lagi yang tidak
solat.

Disini, mengajak semua muslimin dan muslimat semua untuk mengamalkan
Ayatul Kursi, sebagai senjata untuk menghalang diserap oleh sihir
yang tidak kelihatan ini. Jadikan ia amalan yang bersungguh-sungguh
dan berdoa agar Allah S.W.T sentiasa melindungi kita semua daripada
kekufuran dan gangguan Syaitan.

Saranan juga, apabila masuk sahaja waktu solat, muslimin segera
bersolat. Bagi muslimat yang boleh akan juga terus bersolat. Namun
bagi yang tidak, akan juga duduk mengisi waktu itu dengan berzikir
dan bermunajat. Jangan biarkan waktu itu dihabisi dengan perkara
selain daripada mengingati Allah.

Akhir kata, sebarkanlah kepada semua muslimin dan muslimat agar
mereka lebih dekat kepada Allah S.W.T dan terhindar daripada SIHIR
dan MURTAD dan berdoalah buat semua muslimin dan muslimat.

NOTA:
Di sini tidak hairanlah kalau hampir 250,00 orang melayu ingin
menukar agama mereka, malah Kes Aisyah. Seorang Ustazah Mesir
berjaya dihindukan. Dipercayai unsur cinta dan SIHIR adalah salah
satu penyebab utamanya. Yakinlah bahwa jika kita hampir pada Allah
dengan mengerjakan segala suruhanNya dan sentiasa memujiNya, maka
Allah akan memelihara kita. Insya-Allah.

Semoga Allah melindungi kita semua daripada kesesatan dan kekufuran.

Wassalam.

hmmm ...semoga budak itu sembuh depenuhnya dari ganguan sihir
tersebut. Amin...


DancingDancingDancingDancingDancingDancingDancingDancingDancing
DancingDancingDancingDancing

Tiada alasan untuk SUSAH mengerjakan solat


Dalam kapalterbang


Dalam kedai pakaian


Dekat stesen keretapi


Dekat jalan-jalan


Dekat jalan lagi


Dekat padang pasir/gurun


Dekat kutub utara atau selatan...





kat jalanan


Dekat jalanan


Kat sebelah Teksi


Dekat tepi laut


akhir skali tentulah di tanah suci Mekah

Semoga Allah menambahkan keimanan saya dan dapat pula memberi
kemudahan dan keupayaan untuk saya pada satu hari nanti bersolat di
depan Kaabah. Amin...

DancingDancingDancingDancingDancingDancingDancingDancingDancing
DancingDancingDancingDancing
Tazkirah hari ini..

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam
masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu
menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu
menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang
hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar
r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.
Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a.
mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi
hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah
S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini
bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang
muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat
itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W
dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu
hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi
seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya
kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan
oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu
mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para
sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang.
Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi
hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor
ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan
menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua
hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah
S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai
hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan
oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan,
di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk
sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah
balasannya".

Friday, December 19

Anugerah Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Johor 2008

Pada 22 hb Disember 2008 ini dijangka akan berlangsung Anugerah Q JPNJ yang akan berlangsung di Dewan MPC Bandar Baru Uda Johor Bahru .

SMKA Maahad Muar bakal dianugerah beberapa tropi kejayaan sepanjang tahun 2007 & 2008 ini. Antaranya ialah :

1) JOHAN HAFAZAN PEREMPUAN MTQ PERINGKAT KEBANGSAAN 2007

2) PENGURUSAN PERSATUAN PALING DINAMIK - KELAB NASYID DAN KOMPANG SMKA MAAHAD MUAR.

3) ANUGERAH KHAS : PERINTIS PROGRAM HUFFAZ SMKA NEGERI JOHOR PERINGKAT NEGERI JOHOR.

Semoga kejayaan ini menyemarakkan warga SMKA Maahad Muar untuk terus cemerlang dan terbilang di saentero dunia. HEHE.

Peringatan

LAILAHAILLALLAH


Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.

Friday, December 12

Pelajar Yang Layak Ke Darul Quran Sessi 08/09

Pelajar berikut adalah layak mengikuti Program Tahfiz Al-Quran UIA JAKIM yang mana kelebihannya adalah pelajar ini secara automatik layak untuk memasuki UIA mengikut opsyen yang tersenarai dan bergantung kepada keputusan SPM yang sebenar selepas tamat di Darul Quran nanti.

Mereka ialah :

1) Najihah binti Mohd Anuar (Johan Hafazan Kebangsaan MTQ 07)
2) Ainul Hanani binti Mohd Yusof ( Ketua Aspuri SMKA Maahad Muar sessi 08)
3) Melati binti Tumiran ( Pelajar Terbaik Percubaan SPM 08)

Wednesday, December 10

PENGUMUMAN

Kepada semua calon peperiksaan KKQ Tingkatan 3 dan 5 SMKA Maahad Muar 2008.

Anda boleh mengambil slip dan sijil Peperiksaan KKQ apabila buka sekolah nanti . Manakala bagi calon tingkatan 5 , sijil akan diserah semasa keputusan SPM diumumkan.Sebarang pertanyaan mengenai sijil ini , boleh hubungi saya. Syukran.

PROGRAM UTAMA PENYELARAS KKQ SMKA MAAHAD MUAR TAHUN 2009

1) Penyelaras Huffaz SMKA Negeri Johor
- Cetakan buku huffaz kali ke 2 dan edaran ke seluruh negeri johor
- Taklimat sukatan baru huffaz kepada penyelaras huffaz SMKA negeri johor yang lain

2) Pemilihan peserta MTQ 09 / Ihtifal KKQ SMKA Peringkat Kebangsaan 09
- Ihtifal SMKA bahagian KKQ ada tiga acara : KUIZ KKQ / HAFAZAN / QIRAAT SAB`AH
- Pelajar ting 4 dan 5 dialu2kan menyertai ujian pemilihan.

3) Jawatankuasa Peperiksaan awam KKQ BPI KPM
- Menyelaras pendaftaran peperiksaan KKQ / menyemak jawapan OMR
- Penyelarasan markah syafawi & markah tahriri KKQ - Penyediaan Slip dan Sijil KKQ Kebangsaan

4) Menyelaras Tadarus Perdana Ramadhan 1430 hijrah / 2009
- Penyesuaian tempat / agihan kumpulan tadarus pelajar luar dan asrama.

Monday, December 8

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.




Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
…Wallahu a’lam

Friday, December 5

Pengembala kibas dengan bacaan al-Fatihan yang tak sempurna tajwidnnya

Salam : Cerita tak pasti sumber. Maaf.

Suatu masa dahulu, ada seorang alim ulamak yang saaaangat popular sbb ilmu dan amalannya.(kira alim la nih). Dia adalah seorg hafiz Al-Quran dan dia ni juga hafal beribu-ribu hadith sahih sejak kecik lagi. Lepas dah hafal hadis n Quran, mak ayah dia hantar dia untuk menuntut lagi ilmu di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya.

Bapa dia juga adalah seorang alim ulamak yang popular n pernah kembangkan agama Islam sampai ke selatan Siam.

Mengikut cerita, bapa dia ni adalah orang 1st di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi yg diberi penghargaan utk mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah.

Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tu jatuh sakit n tak dapat nak imamkan solat fardhu di tempatnya.(alim ulamak nih, bkn ayah dia tau, alim ulamak ni, adalah dia yang kecik2 yg dihantar g Mekah n Madinah tuh)

Tiba - tiba dtglah seorang yang berpakaian buruk (seolah-olah mcm tak siuman) sejurus sebelum solat fardhu dilaksanakan. Alim ulamak tu minta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya jadi imam!(alim ulamak tu jadi makmum sbb dia sakit).

Setelah solat fardhu selesai, orang yang berpakaian buruk tadi tu pun memohon untuk mengundur diri.

Anak2 murid alim ulamak td tu, tersenyum2 sebab masa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tu baca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang tak brapa nak betul.

Dorg tak biasa dengan keadaan mcm ni sbb guru dorg, iaitu alim ulamak td tu, adalah seorang yang fasih n cair dalam bhs Arab n mempunyai bacaan tajwid yang sungguh mantap sekali (maklumlah alhafiz n dah berpuluh tahun belajar kat Mekkah).

Maka alim ulamak tu pun bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang tu meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil semua anak muridnya berkumpul di hadapannya lalu dia pun mula bercerita:

Wahai anak muridku, pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah di mana ada seorang pengembala kibas yang saaaaaangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka tolong org kampung sekiranya dorg minta tolong dari dia..

Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang dikurung di dalam kandangnya yang agak besar (tp tak la besar sgt) tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut diexport keluar daripada kandangnya, kibas yang tinggal di dalam kandang tu nmpak sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor kibas td tu dibawa keluar daripada kandang!!!

Jadi seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang wali Allah dan dorg telah bermuafakat untuk pergi jumpa dgn pengembala kibas tu n minta supaya dia mengimamkan solat di masjid sbb dorg nak amik berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas td.

Hasrat dorg telah dipersetujui oleh pengembala kibas tu. Sembahyang pun dilaksanakan di masjid, dan pengembala kibas tu pun menjadi imam.

Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan dia tidak sempurna tajwidnya. Maka lepas selesai sembahyang,seluruh penduduk kampung balik rumah masing-masing sambil gelak sbb dorg pikir bahawa tanggapan dorg terhadap pengembala kibas ini sebagai wali Allah telah jauh melencong n meleset.

Pada malam tersebut, rasenye, mlm tu hujan kot, tp xpenting, yang penting, pd mlm tu, seluruh alim ulamak yg tinggal di kampung tu telah bermimpi,dan mereka mendapat mimpi yang sama. Dtg seorang lelaki yang tinggi dan kacak dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru 1st time sembahyang mereka telah diterima ALLAH! Subhanallah!

Pagi2 esok, kesemua alim ulamak di kampung tu berkumpul di masjid untuk sembahyang subuh. Lepas selesai sembahyang subuh dorg terus menuju ke kandang pengembala kibas tu. Unfortunately, pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnya pun lesap. Bekas kandang pun dah xdak, seolah-olah mcm kandang kibas tu tidak pernah wujud!!!Dorg pun dah menyesal..dorg dah salah anggap ngn pengembala kibas tu..

Ok, skang kita kembali kepada alim ulamak yg cite kat anak murid dia tadi tuh..

Lepas selesai alim ulamak tu ceritakan kisah pengembala kibas kat anak2 murid dia, maka most of anak murid td tu nangis sbb dorg tahu dorg dah buat kesalahan kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan dorg sendiri tidak tahu akan kedudukan dorg di sisi Allah.

So, kawan2, saya conclude kan cite ni dgn dua potong ayat Al-Quran utk sama2 kita renungi..

Allah Ta'ala telah berfirman yang bermaksud :

"DIA menjadikan kamu dari tanah ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci.DIA mengetahui tentang org yang bertaqwa."
(Surah An-Najm : 32)

"Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombangan dan janganlah berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."
(Surah Luqman: 18)

Igtlah kawan2, ibadah kita lakukan tidak sekali2 menjamin kedudukan kita di syurga ALLAH nnti. apa yang menjadi jaminan kita adalah MARDHATILLAH (keredhaan ALLAH)..walaupun byk mana dosa yang kita bawa di depan ALLAH nnti, kalau ALLAH nk ampunkan n nk masukkan kita ke syurga, ALLAH blh je nak buat..

Jadilah seperti Imam Syafie, dia muliakan org yang lebih tua, kerana mereka lebih byk ilmu n tinggi ketaqwaan darinya, dan dia juga muliakan mereka yg lebih muda darinya kerana mereka lebih sedikit berbuat dosa darinya..

Moga yg memesan lebih mengingati dari yang dipesan..

Sekian, wassalam..

5 Perisian Perlu Ada Untuk Computer

"Di sini saya nak kongsikan beberapa perisian yang bagus dan saya rasakan perlu ada untuk setiap komputer kita.

Ia berdasarkan dari pengalaman saya sendiri dan setiap produk yg saya rekemen ni semuanya dah di test berkesan dan tiada sebarang masalah pada PC windows XP (Saya tak guna Vista, tapi saya percaya juga takde masalah pada Vista)

All download links is not provided by me. It was found on the net. So credit goes to the rightful owners. :p~



1. Tuneup Utilities 2009

Kegunaan:

Check dan perbetulkan kerosakan pada sistem windows
Menyusun dan memperbetulkan file-file registry
On/Off startup program yg tak diperlulkan bagi melajukankomputer
Memaximumkan samada paparan windows atau kelajuan komputer dengan proses tweak yang paling sesuai untuk komputer anda
mempunyai fungsi "1 click maintainance" yg sangat sesuai untuk orang yg 'tak berapa pandai' dalam bab-bab komputer. Sekali click, fix semua
dan berbagai lagi

http://rapidshare. com/files/ 169718379/ TuneUp_UtiIities _2oo9.zip

2. PowerISO 4.3
Kegunaan:

Membaca semua jenis 'image files' seperti ISO, BIN, DAA, BIN, dan berbagai lagi. Kebiasaannya bila mendownload perisian ataupun games kini kebanyakannya dalam format ISO untuk pengguna burn kedalam CD kosong. Dengan perisian ni, tak perlu lagi nak burn dalam CD. boleh terus extrack dalam PC atau load saja dalam virtual Drive (boleh create virtual CDROM untuk load file-file ISO ni tadi so e.g: umpama macam ada 5,6 CDROM yang mana dalam setiap CDROM tu ada CD games atau perisian)
Ada fungsi untuk create virtual Drive (boleh create virtual CDROM untuk load file-file ISO ni tadi so e.g: umpama macam ada 5,6 CDROM yang mana dalam setiap CDROM tu ada CD games atau perisian)
Perisianyang kecil dan sangat ringan.
User friendly.



http://rapidshare. com/files/ 169719829/ PowerIS0_ 4.3.zip

3. Kamus Rujukan 2006 (portable)
Kegunaan:

Kamus Melayu - Melayu
Kamus Inggeris - Melayu
Kamus Inggeris - Inggeris
Kamus istilah Matematik dan Sains dalam English ke Melayu (Sangat diperlukan oleh pelajar kini)

Kamus istilah Matematik dan Sains dalam Melayu ke English (Sangat diperlukan oleh pelajar kini)
Simpulan bahasa
Perbandingan
dan berbagai lagi.
Ianya portable (run dari thumbdrive pun boleh tanpa perlu install)

http://rapidshare. com/files/ 169721030/ Kamus_Rujukan_ 2006.zip

4. Java Runtime Environment Latest Version 6 built 10 for Windows 32 bit
Kenapa perlukan Java?

Samada anda tahu atau tidak apa itu Java atau bagaimana java berfungsi, percayalah bahawa ianya penting untuk komputer anda. hanya perlu install. kerana dalam tidak anda sedari ia akan memudahkan proses perlaksanaan aplikasi-aplikasi yang memerlukan Java terutama dalam architecture sesebuah paparan website.

Teknology Java membuatkan computer environment anda lebih selamat. Antara nama-nama lainnya ialah Java software for your computer, or the Java Runtime Environment, is also referred to as the Java Runtime, Runtime Environment, Runtime, JRE, Java Virtual Machine, Virtual Machine, Java VM, JVM, VM, or Java download.

http://rapidshare. com/files/ 169766110/ JRE_610_win_ 32_bit.zip

5. Full Latest Mega Codec Packs dengan Media Player (December 2008)
Kenapa perlukan codecs pack?

Biasa tak dengar soalan-soalan begini:

Komputer I tak boleh bukak la video tu.
File lagu ni tak boleh baca la... ada error bila bukak
PC aku takleh baca la file video ni. kat PC kawan aku boleh pulak!
dan yang seangkatan dengannya.
Bukan sebab PC orang lain canggih atau komputer anda dah lama. Tetapi sebenarnya masalah codec bagi file tersebut tiada dalam sistem computer anda. Codec ni dalam bahasa mudah, merupakan file sistem untuk membolehkan perisian mengenali dan membaca sesuatu file tersebut seperti mp3, avi, mpeg, divx, xvid, 3gp, mp4 dan sebagainya. kalau ada masalah video file takleh bukak kat PC korang, install ni jer terus settle. Ini merupakan perisian yg wajib ada dalam PC aku sendiri.

http://rapidshare. com/files/ 169767805/ klcodec434f. zip
Artikel asal: http://eddie. bumicyber. org/index. php/Downloads

Tingkatkan keyakinan diri anda

Berikut merupakan beberapa tip yang boleh diambil sebagai panduan untuk meningkatkan keyakinan diri anda : Kita sebagai seorang individu yang normal atau kurang upaya, mempunyai kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Oleh itu, anda yang dapat mengenali diri anda dengan baik pasti anda mengetahui kelebihan dan kekurangan diri anda itu.


Dengan itu, anda diminta untuk mengasah kelebihan anda dan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Dengan cara ini seseorang itu betul-betul menghargai usaha sendiri dan puas dengan apa yang dikecapi hasil daripada usaha yang dilakukan.

Kedua, ambil risiko. Anggap kegagalan merupakan satu proses pembelajaran dan pengalaman. Jika anda gagal tidak bermakna anda tidak berkebolehan.

Mungkin kegagalan itu berpunca daripada keterbatasan kebolehan atau kemahiran diri. Jangan risau bahawa kemahiran hidup boleh dibentuk dan anda pasti akan mampu untuk berjaya sekiranya anda memperbaiki segala kelemahan yang ada daripada pengalaman kegagalan yang lalu. Ingat!!!

Anda mungkin tidak semestinya akan berjaya setelah mencuba untuk kali kedua.. anda mungkin kena melalui percubaan demi percubaan tidak kira berapa kali, 3...4...10.. .100 dan ........

Jika tidak berjaya juga jangan bimbang, mungkin anda memang tidak berkebolehan untuk melakukannya. .. ingat bukan itu sahaja yang anda boleh lakukan... banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan. Ketiga, sentiasa berfikiran positif.

Jika anda dihantui oleh fikiran negatif, ingatkan diri anda bahawa anda mempunyai kelebihan yang lain yang boleh dimanfaatkan. Sebagai contoh, katakan kawan anda amat pandai dalam pengiraan (subjek matematik) dan anda pula mudah untuk mengingat (subjek sejarah). Anda dan kawan anda boleh belajar bersama secara berkumpulan dan saling tolong-menolong untuk mencapai kecemerlangan akademik. Ingat sentiasa berfikiran positif bahawa anda melakukannya untuk faedah anda dan kawan anda iaitu untuk berjaya.

Ingat apa yang anda lakukan, lakukan untuk diri anda. Abaikan apa yang diperkatakan oleh orang lain tentang diri anda, apa yang penting adalah anda menyayangi diri anda dan anda lakukan hanya untuk kesejahteraan diri anda.

Nobody Perfect!

Thursday, December 4

Petua Imam Syafie

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3.. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan
Bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
Malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
Dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH .........

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam... Bacalah E mail ini dari sahabat yg menetap di US:
'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainy a.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'


* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada Kita semua. Ilmu
Yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
Mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Saturday, November 29

PENGERTIAN & HUKUM IBADAH QURBAN

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN

* Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

* Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.

* Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.

* Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.


DALIL PENSYARIATAN

* Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".

* Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".

* Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)

FADHILAT IBADAH QURBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

* Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

* Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

* Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)

* Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

* Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".


HIKMAH BERQURBAN

* Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.

* Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.

* Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN

* Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.

* Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

SYARAT SAH QURBAN

* Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.

* Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban.

* Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.


JENIS HAIWAN YANG BOLEH DIJADIKAN QURBAN

* Ulama' bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina.

UMUR BINATANG QURBAN

1. Unta - berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun.

2. Lembu/kerbau/ kambing - 2 tahun masuk ke 3 tahun.

3. Biri-biri/kibas - Setahun masuk kedua atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi 6 bulan.

KECACATAN YANG MENGHALANG SAHNYA QURBAN

* Hendaklah ia sejahtera daripada sebarang kecacatan seperti tiada telinga atau terpotong ekor, gila, kudun, sangat kurus, buta dan sebagainya.

* Ada 4 kecacatan utama yang telah disepakati oleh Ulama'yang menghalang sahnya qurban iaitu berdasarkan hadis riwayat Barra' bin Azib iaitu sabda Rasullah Sallahallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya : "4 jenis kecacatan yang tidak harus diperbuat qurban iaitu buta sebelah mata, berpenyakit, tempang dan terlalu kurus".

* Daripada hadith di aras Ulama' telah mengqiaskan kepada kecacatan yang seumpamanya atau lebih teruk daripada kecacatan tersebut. Ia dapat diringkaskan seperti berikut:

1. Tiada atau terpotong telinga ataupun lidahnya walaupun sedikit begitu juga yang terpotong ekornya.
2. Gila
3. Berkudis walaupun sedikit.
4. Haiwan yang baru melahirkan anak atau yang bunting.
5. Tersangat kurus.
6. Buta sebelah mata atau kedua-duanya.
7. Berpenyakit
8. Tersangat tempang

* Tetapi, jika telah bernazar untuk qurban binatang yang sudah ada kecacatan tersebut, wajarlah dia melaksanakannya.

* Haiwan yang tiada ekor, tiada gigi atau patah setengah giginya, tiada zakar, haiwan yang dikasi zakarnya boleh dijadikan binatang qurban.

* Makruh mengorbankan haiwan yang tidak bertanduk atau patah tanduknya begitu juga haiwan yang terbelah atau bertebuk telinganya.

KEHARUSAN BERKONGSI HAIWAN QURBAN

* Seekor unta, lembu atau kerbau itu harus dikongsi oleh tujuh orang sama ada dari keluarga yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud qurban, misalnya ada antaranya bermaksud aqiqah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya sahaja.

* Bagi seekor kambing atau biri-biri hanya cukup untuk seorang sahaja, tetapi harus berkongsi dengan orang lain dalam pahala berkorban dengan seekor korban itu.

* Adalah afdhal dibuat korban bagi seorang dengan seekor unta, kerana banyak dagingnya untuk dibahagikan kepada fakir. Kemudian lembu atau kerbau, kemudian biri-biri dan kemudian kambing.

* Berkorban dengan 7 ekor kambing itu lebih afdhal daripada seekor unta atau lembu kerana daging kambing lebih baik dan lebih banyak darah yang tumpah ketika disembelih.

* Berqurban dengan seekor kambing itu pula lebih afdhal daripada seekor lembu atau unta yang dikongsi oleh tujuh orang.

* Yang utamanya binatang qurban itu adalah berwarna putih, kemudian kuning, diikuti dengan warna putih tetapi tidak bersih putihnya, kemudian binatang yang sebahagian bulunya berwarna hitam, kemudian yang berwarna hitam semua bulunya, diikuti dengan binatang qurban yang berwarna merah bulunya.


WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN

* Bermula daripada terbit matahari pada Hari Nahr (10 Zulhijjah)

* Waktu yang afdhal melakukannya ialah ketika matahari telah naik sekadar 7 kaki dari ufuk.

* Berkekalan waktu qurban ini sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.

ORANG YANG MENYEMBELIH BINATANG QURBAN

* Para ualama menganjurkan agar yang melakukan penyembelihan afalah orang yang berqurban itu sendiri, sekiranya dia pandai menyembelih. Tetapi mereka juga sependapat mengatakan harus mewakilkannya kepada orang lain. Afdhalnya wakil itu adalah orang Islam yang mengetahui akan hukum-hakam mengenai korban.

* Adalah afdhal orang yang tidak pandai menyembelih berwakil kepada orang lain untuk menyembelih bagi pihak dirinya dan sunat bagi orang yang berwakil itu hadir dan menyaksikan penyembelihan ke atas binatang qurban tersebut.

* Makruh hukumnya mewakilkan qurban kepada kanak-kanak atau orang buta.


NIAT IBADAH QURBAN

* Tidak memadai jika seseorang itu hanya membeli binatang dengan niat hendak diqurbankan tanpa dilafazkan niat itu.
* Disyaratkan berniat ketika menyembelih binatang qurban jika dilakukan sendiri. Adalah memadai jika orang yang berwakil itu berniat ketika wakilnya menyembelih korban berkenaan dengan disaksikan oleh orang yang berwakil tadi.
* Walaubagaimanapun adalah lebih baik orang berwakil itu, ketika menyerahkan korban, menyuruh wakilnya berniat bagi pihak dirinya ketika dia menyembelih korban tersebut.
* Tidak disyaratkan niat jika melakukan qurban nazar.

HUKUM QURBAN BAGI PIHAK ORANG LAIN

1. Tidak sah menyembelih korban bagi pihak orang lain yang hidup dengan tiada izinnya.
2. Begitu juga bagi pihak orang yang telah mati dengan tiada wasiat atau pesanan daripadanya.
3. Apabila qurban itu dilakukan kerana wasiat simati maka wajib disedekahkan kesemuanya.

PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN

* Apabila menjelang 10 Zulhijjah, tidak digalakkan empunya qurban memotong rambut dan kukunya sehingga dia melaksanakan ibadah qurban.
* Semasa menyembelih binatang qurban disunatkan :
1. Membaca Bismillahirrohmanir rahim
2. Berselawat ke atas Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
3. Menghadapkan binatang itu ke arah kiblat di atas rusuk kirinya.
4. Bertakbir sebelum membaca Bismilah dan selepasnya.
5. Membaca doa : Maksudnya: "Ini adalah nikmat daripada Mu dan aku mendekatkan diri kepadaMu dengannya."
* Sebaik-baiknya ibadah qurban ini dilaksanakan sendiri tetapi harus diwakilkan kepada orang lain.

NIAT IBADAH QURBAN DAN PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN

* Qurban Wajib dan Qurban Nazar :

Bagi daging korban kerana sembelihan wajib seperti nazar maka hukumnya Wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut. Jika telah dimakan daging itu maka Wajib diganti kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib dia menyembelih semula yang lain.

* Qurban Sunat :
Bagi daging korban sunat pula, adalah Sunat bagi orang yang empunya korban memakan sebahagian daripadanya sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Haj ayat 28:
Maksudnya : "….Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang-orang yang sangat fakir. Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging-daging korban sunat itu kepada golongan fakir dan miskin yang beragama Islam dalam keadaan mentah lagi basah (belum dimasak).

Adalah Afdhal jika yang empunya korban itu hanya mengambil sedikit daripada daging korban berkenaan manakala sebahagian besar daripadanya disedekahkan. Daging yang disedekahkan akan menjadi milik penerima sepenuhnya di mana dia boleh menjual, melelong atau menghadiahkan daging tersebut kepada orang lain dan sebagainya.

* Jika daging korban itu ialah korban disebabkan wasiat dari seorang yang telah meninggal dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat korban untuknya dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya.

* Haram menyedekah atau menghadiahkan daging korban kepada orang kafir walaupun sedikit.

* Tidak harus memindahkan daging qurban ke daerah lain sebagaimana dalam hukum zakat.

* Haram ke atas orang yang terkorban atau warisnya menjual daging korban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada binatang korban itu sebagaimana sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam : Maksudnya:

"Siapa yang menjual kulit korban (udhiyyah) itu maka tiada dikira korban baginya." (Hadis riwayat al-Hakim)

* Haram menjadikan kulit dan daging binatang korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.

Rahsia Tujuh Jari

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 &
angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah
Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka
& Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat
lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari
kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa
benda pun akan start dr kecil then membesar &
terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam
seluruhnya. Whatever we do semua start dari
kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri
impact/kesan yg besar pd masa depan.

4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la
dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm
jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn
cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan
tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu
ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya
status & ekonomi & career yg stabil but kita kena
careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu
pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki,
hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan
macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi
khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan
syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu
dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam
kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya
telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh &
tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita
perlu jadi role model to the new generation.. jadi
pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great
mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk &
pendek compare to the others but it shows
kematangan & kehebatan yg membanggakan.
Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi
bayangkan kalau takde ibu jari... nak
gengam/pegang something cukup susah.. nak
pegang sudu pun susah. To young generation, nak
buat apa2
rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita
patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita
say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia
kejayaan kita.

See all ur fingers and renung/fikir dalam2. Dimana
anda sekarang..?

Bunuh Diri Jalan Pintas Ke Neraka

" Bunuh diri?Dengan hanya dua perkataan dan empat suku kata, ia sebenarnya membawa kesan yang besar dalam masyarakat, terutama sekali keluarga dan teman taulan terdekat mangsa. Dia yang bunuh diri, kesedihannya pada yang tinggal. Itu realitinya,tetapi mengapa ini terjadi?

Sebagai seorang manusia yang tidak pernah mempunyai pengalaman berkaitan bunuh diri, sukar untuk saya menafsirkan disebalik tindakan si pembunuh diri itu.

Apa yang bermain-main di dalam jiwanya sehingga tergamak dia membunuh dirinya sendiri yang sememangnya bukan haknya. Nyawa itukan hak Allah, bukan haknya sendiri.membuang sesuatu yang bukan hak tanpa kebenaran pemiliknyakan satu kesalahan. Apatah lagi jika harta itu harganya terlalu tinggi nilainya dan tidak ada mana-mana institusi professional di dunia ini yang mampu menafsirkan nilai pasarannya. Maka sudah tentulah kesalahannya maha besar dan sukar dimaafi.
Adakah benar Islam melarang kita membunuh diri?

Terdapat beberapa larangan dari al-Quran dan al-Sunnah berkaitan dengan kesalahan ini, di antaranya:- firman Allah: Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan (al-Baqarah, 2:195) - dan firmanNya lagi: Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah amat Penyayang kepada kamu (al-Nisa', 4:29).Di dalam Sunnah Rasulullah s.a.w. kita menemui Hadis-hadis berikut:


- baginda bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia ini, maka dia akan diazabkan dengannya pada hari kiamat nanti (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).- sabdanya lagi:

Sesiapa yang menjatuhkan dirinya dari puncak bukit kerana membunuh diri, maka dia akan berulangkali jatuh ke dalam api neraka selama-lamanya, sesiapa yang meneguk racun kerana membunuh dirinya, maka racun itu akan berada di tangannya dan dia akan meneguknya berulangkali di dalam neraka selama-lamanya, sesiapa yang membunuh dirinya dengan menggunakan besi, maka besi itu akan berada di tangannya dan dia akan memukul kepalanya dangan besi itu berulangkali di dalam neraka selama-lamanya (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).- sabdanya lagi: Sesungguhnya darah dan nyawa kamu adalah haram ke atas kamu, seperti haramnya pada hariku ini, bulanku ini dan di tempatku ini.

Berdasarkan kepada nas-nas tersebut, jelas kepada kita semua bahawa nyawa adalah milik Allah. Dialah yang menghidup atau mematikan seseorang, bukannya orang itu sendiri yang menentukan hidup matinya. Maka membunuh diri sendiri adalah perbuatan yang dilarang sama sekali oleh Pencipta kita malah di sisi masyarakat mereka dipandang hina.

Setelah sekian lama saya memerkatikan perkembangan berkaitan bunuh diri di kalangan umat Islam, dan ianya semakin serius sejak kebelakangan ini, maka saya terpanggil untuk menulis sedikit dapatan yang saya perolehi hasil daripada pembacaan dan pengalaman saya selama ini. Pada pandangan saya, bunuh diri ada kaitan dengan bisikan hati yang paling halus dalam jiwa manusia itu sendiri.

Tidak mungkin mereka membunuh diri kerana kesedihan atau tekanan hidup semata-mata. Tentulah ada kuasa lain yang telah menguasai jiwa si pembunuh diri itu sehingga mindanya jadi tertutup untuk berfikir secara waras. Syaitankah? Ya, itulah jawapannya kerana syaitan itu akan bersama-sama manusia yang jiwanya kacau, dalam kesedihan dan tekanan yang kuat.

Tidak mustahil syaitan akan berbisik-bisik di dalam hati manusia suapaya bertindak diluar kotak normal manusia kerana alasannya itu cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu kemelut yang sedang ditanggung oleh mereka. Misalnya, seorang wanita kesedihan kerana kekasihnya akan bertunang dengan perempuan lain pilihan keluarganya. Saban hari dia menangis dan merasakan dunia tidak lagi bermakna buatnya. Kenangan terindah yang pernah dilaluinya bersama teman lelakinya selama ini sering bermain-main dimindanya.

Apatah lagi si wanita tersebut telahpun “menyerahkan” segala-galanya kepada si dia.Tiada apa lagi yang tinggal padanya melainkan kerinduan dan penyesalan. Rindu kerana cintanya masih membara pada si dia. Penyesalan, kerana telah terpedaya dengan nafsunya, hingga sanggup menyerahkan “mahkotanya” kerana cintakan si dia. Kini, dia telah memilih insan lain, pilihan keluarganya. Dalam situasi begini, adakah syaitan akan berdiam diri atau membiarkan sahaja apa yang terhidang di depan matanya?

Tidak mungkin, kerana syaitan telah berjanji akan menyesatkan anak adam dan itulah permintaannya kepada Allah dan telahpun diperkenankan olehNya. Adakah si wanita yang sedang dalam kesedihan melampau ini dapat mengatasi derita batinnya dalam masa yang singkat, sedangkan dia telah menyerahkan segala-galanya. Di sinilah kuasa lain yang dimaksudkan tadi akan berperanan, iaitu syaitan.

Syaitan akan menggunakan segala kebijaksanaannya untuk memperdaya wanita yang sedang kesedihan ini. Si Syaitan akan membisik-bisikkan ke dalam hati wanita itu dengan bermacam-macam persoalan yang menyebabkan si wanita akan bertambah sedih dan pilu.

Si syaitan akan membisikkan ke dalam hati wanita itu perkara-perkara yang menambahkan lagi kesedihan wanita itu. Syaitan itu akan berkata “ wahai wanita, engkau akan dimarahi keluargamu dan rakan-rakan kerana kesetianmu yang sia-sia, diumpat dan dikeji oleh orang sekeliling engkau. Lelaki itu sedang dalam keseronokan dan engkau sedang dalam kesedihan. Engkau tidak cemburukah? Siapakah lelaki yang akan menerima engkau jika mereka tahu engkau tidak suci lagi?”.Mungkin itu antara bisikan-bisikan syaitan yang kadangkala disebut bisikan hati yang akan diulang-ulang dalam hati wanita itu sehinggakan wanita itu jadi tidak menentu dan tahap kesedihannya berada di tahap melampau.

Firman Allah dalam surah an-nas ayat 4-5 yang bermaksud:… dari kejahatan was-was ( bisikan syaitan) yang pergi datang. Yang membisikkan ( kejahatan ) ke dalam dada manusia.

Ayat ini sudah cukup menerangkan kepada kita adanya bisikan di dalam dada manusia oleh makhluk bernama syaitan yang bertujuan menyesatkan manusia dari jalan kebenaran dan bisikan-bisikan kejahatan itu sentiasa pergi dan datang dan ia bergantung kepada kekuatan jiwa individu itu sendiri.

Apabila syaitan mula berbisik di dalam dada manusia, ia akan terus berbisik selagi mana seseorang manusia itu tidak cuba untuk menghalanginya. Namun apabila manusia itu mula sedar dan menyebut nama Allah, bisikan syaitan mula mengendur. Tetapi apabila hati manusia itu mulai lalai semula, syaitan akan kembali menghasut manusia. Situasi datang dan pergi itu akan berterusan selagi mana manusia itu bernafas dan umur dunia belum berakhir. Bila misi pertama ini Berjaya, maka syaitan meneruskan misinya yang kedua. Si syaitan akan memujuk pulu si wanita itu melakukan sesuatu untuk menamatkan penderitaannya selama ini. Apa caranya?

Bagaimana pelaksanaannya? Syaitan pun mula membisik dengan penuh diplomasi dan halus ke dalam dada wanita itu. Engkau inginkan mereka-mereka di sekeliling engkau turut merasai penderitaan yang engkau sedang tanggung ini? Engkau ingin menyebabkan si lelaki tidak bertanggungjawab itu menyesal seumur hidup kerana meninggalkanmu? Engkau ingin melihat ibu si lelaki menyesal akan perbuatannya yang mementingkan diri itu? Caranya mudah. Mereka pasti menderita dengan tindakan engkau ini. Mereka akan turut merasa sengsara yang sedang engkau tanggung ini.

Percayalah, percayalah. Bila si wanita ini semakin melayan perasaannya, syaitan akan mula melancarkan serangan terakhirnya dengan berkata, engkau bunuh diri, engkau bunuh diri, engkau bunuh diri. Percayalah, mereka akan bersedih akan kematianmu. Persoalannya di sini, adakah wanita ini akan berfikir panjang? Jawapannya, bila manusia terlalu sedih, akalnya menjadi singkat dan emosi diri yang sedang menguasainya. Maka, keluarlah berita-berita utama di muka hadapan akhbar, majalah dan televisyen yang memaparkan kejadian-kejadian bunuh diri yang berlaku di sekeliling kita sejak dulu hingga kini.

Jangan emosi, saya sekadar mengandaikan sahaja situasi yang mungkin berlaku. Saya bukan pakar psikatri, saya hanya orang awam biasa. Tidak mustahil andaian saya ini salah. Dan jika betul itu hanya kebetulan sahaja kerana ilham menulis artikel ini datangnya dari Allah. Maka sudah tentulah ilmu ini dari Allah. Cuma, saya sering tertanya-tanya kenapa pakar-pakar masih mencari-cari punca bunuh diri yang sebenar kerana kadarnya semakin bertambah setiap hari. Sekiranya mereka telah menemui puncanya, tentu masalah ini telah berjaya diatasi.

Paling tidakpun dikurangkan setiap tahun sehingga ke angka yang paling minimum. Malah kenapa manusia menjadi gila pun masih sukar mencari jawapannya. Adakah kerana kematian anak atau ditimpa lain-lain musibah manusia boleh berubah sifatnya dari normal kepada kurang siuman sehingga sanggup membunuh diri. Adakah semata-mata kerana itu. Kenapa Islam mengajar umatnya konsep redha dalam diri apabila ditimpa sesuatu musibah atau bencana.

Apakah alasannya dan natijah dari pelaksanaan konsep redha, yakni menerima semua ketentuan ilahi dengan tenang dan sabar. Cuba kita sama-sama renung kembali saat-saat kita pernah ditimpa musibah atau ujian dari Allah. Bagaimanakah kondisi kita ketika itu. Tentu kita pernah berasa sedih yang teramat sekalikan.

Bagaimana keadaan kita diketika itu. Tentu kita mudah terasa, murung dan suka termenung. Di waktu itu, tentu kita rasa diri seperti tidak terurus dan fikiran bercelaru bukan? Bermacam-macam yang kita fikirkan pada masa itu dan yang difikirkan itu banyak yang bersifar negetif bukan? Namun, bila kita tersedar, dan mulai jelas bahawa ini takdir dari ilahi dan ujian dariNya untuk menilai tahap iman kita, tentu saat itu gaya berfikir kita mula berubah bukan? Kita kembali tenang dan bersemangat. Hidup kembali ceria dan mula memikirkan langkah positif yang bakal diambil selepas ini.

Bagaimana sekiranya kita tidak sedar bahawa redha itu tuntutan Islam terhadap kita. Adakah mustahil kita akan terus menjadi semakin terasing dari realiti dunia sebenar. Adakah mustahil kita akan melakukan perkara-perkara yang tidak patut dilakukan oleh manusia berakal normal. Saya sedar, sudah terlalu jauh imaginasi saya sehingga ramai yang tertawa membaca tulisan ini. Jangan risau saya masih waras dan saya tidak mahu melangkaui ilmu pakar-pakar psikatri kerana saya bukan ahlinya dan saya sangat-sangat menyedarinya dan sedar diri. Tetapi tentu tidak salah saya memberi pandangan kerana perbezaan pendapat itu rahmat.

Sebelum berpisah, saya ingin menyimpulkan bahawa sejak dari permulaan tulisan, perkara yang ingin saya perkatakan adalah agama adalah penyelamat umat manusia. Alasan kenapa mesti seseorang itu bunuh diri adalah antara asbabnya sahaja. Sebagaimana contoh cerita di atas yang mana si wanita membunuh diri kerana kecewa dengan kekasih hatinya. Ya, saya mengatakan itu asbabnya sahaja. Kenapa? Kerana, sekiranya mereka menyedari konsep redha dan kepentingannya diterapkan sentiasa di dalam diri tentu mereka tidak akan membunuh diri.

Tetapi kerana lemahnya iman dan tidak redha dengan ketentuan ilahi menyebabkan manusia itu bertindak di luar jangkaan normal manusia. Yang pastinya, alasannya telah ada, tetapi siapa puncanya dan penggerak kepada perbuatan bunuh diri itu. Saya telahpun menyebutnya di awal tulisan saya. Tentu sukar untuk menerimanya kerana sains bersifat pembuktian, tetapi tulisan saya sekadar pandangan semata-mata. Tetapi saya merasa dalam jiwa walaupun tidak dapat dilihat dengan mata. Kerana itulah saya menulis tulisan ini.

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Al-Baqarah : 208)

Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! (Yasin : 60)

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.(Al-Faatir 6)

Friday, November 28

BERAKHIRNYE DUNIA FANA

Bumi digongcang
Mata manusia terbelalak ketakutan
Manusia bagaikan anai-anai
Isi dunia dihamburkan bagai bulu-bulu
Gugurlah kandungan wanita hamil Langgit terbelah
Matahari bulan di kumpulkan
Bulan hilang cahaya
Matahari digulung
Lautan-lautan meluap
Bintang-bintang jatuh berserakan
Gunung-ganang dihancur luluhkan
Roh-roh di pertemukan dengan tubuh
Catatan amal di buka
Bayi-bayi yang dikubur hidup-hidup
Di tanya mengapa kamu di bunuh?
Seluruh bumi digengam ALLAH
Langgit dilenyapkan
Neraka jahim dinyalakan
Syurga didekatkan

Firman ALLAH yang bermaksud: " Pada hal bumi seluruhnya dalam genggamanNya , pada hari qiamat dan langit digulung dengan tangankananNya." ( Az-Zumar :67)

Masa Hari Kiamat Dan Huru-haranya
Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Manusia berpeluh pada hari kiamat dengan banyaknya sehingga air peluh mereka meresap ke dalam bumi berpuluh-puluh hasta, dan menenggelami mereka sehingga sampai ke telinga masing-masing". Abi Hurairah r.a Huraian
Nabi s.a.w bersabda: "Manusia berpeluh pada hari kiamat dengan banyaknya sehingga air peluh mereka meresap ke dalam bumi berpuluh-puluh hasta, dan menenggelami mereka sehingga sampai ke telinga masing-masing".

Tujuh Golongan Insan Contoh

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:" Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah." Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah Huraian

Pengajaran hadis:

i) Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :

a) Pemerintah yang adil- Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya – Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
- Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
- Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata:" Aku takut kepada Allah!"
- Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
-Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya' dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu.

g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah

- Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat- Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... ..

Sayyid Qutub

SAIYID Qutb Ibrahim as-Syazili, dilahirkan pada 9 Oktober 1906M/21 Rejab 1324H di Asyut iaitu antara desa/bandar terbesar di Mesir yang mempunyai sebuah universiti terkenal di situ.

Beliau disifatkan oleh kebanyakan penggiat seni tanah air di Mesir sebagai seorang penulis, sasterawan, pemikir Islam yang ulung dengan beberapa buah pemikiran dan idea yang cukup bernas dalam menangani isu-isu masyarakat yang dijelmakan ilhamnya itu dalam bentuk penulisan menerusi beberapa karya agungnya yang tersohor.

Saiyid Qutb yang cukup terkenal dengan idea-idea bernas mengakui bahawa beliau terpengaruh dengan pendekatan Parti al-Wafd yang banyak menghasilkan tulisan idea pemikir tersohor ketika itu, iaitu Abbas Mahmood al-�Aqqad. Abbas banyak mengkritrik pemerintah pada waktu itu dengan pendekatan yang bukan sahaja tidak selari dengan selera rakyat, malah lari daripada pentadbiran negara berasaskan Syariat Islam.

Setelah menamatkan pengajian peringkat sarjana di Fakulti Darul Uloom, Universiti Kaherah pada 1933, Saiyid Qutb ditawarkan menjadi pensyarah di situ dengan bayaran gaji sebanyak enam pound Mesir (RM6)sebulan.

Pada awal 40-an, beliau ditugaskan menjadi pemantau dalam pembelajaran subjek �

Kesusateraan Arab�di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran. Di situlah timbul minat mendalam beliau untuk menulis mengenai subjek berkenaan dan berjaya menghasilkan sebuah buku mengenainya bertajuk �

Kutb wa as-Syahsiyyat� (Buku-buku dan tokoh-tokoh ternama).

Kemudian beliau melebarkan bakatnya dalam alam penulisan dengan menghasilkan buku �

at-Taswir al-Fanni fi al-Quran� yang mendapat sambutan hangat di kalangan sasterawan pada ketika itu.

Kecenderungan kepada Ikhwan Muslimun

Saiyid Qutb dipilih oleh Kementerian Pelajaran sebagai salah seorang anggota delegasi Mesir menyambung pelajaran dalam bidang Pendidikan dan Fundamental Silibus pada 1948 iaitu tahun yang sama kematian Pengasas Gerakan Ikhwan Muslimun, Imam Syahid Hasan al-Banna yang ditembak mati di Mesir.

Kematian Imam Hasan amat mengesankan sesetengah rakyat Amerika, berkebetulan Imam Hasan merupakan rakan sekelas dengan beliau ketika menuntut di Universiti Kaherah, namun beliau tidak pernah rapat dan mengetahui perjuangan yang beliau dukungi itu.

Saiyid Qutb bertambah hairan, bagaimana kematian Imam Hasan di Mesir, tetapi disambut besar-besaran di Amerika, di situlah beliau mula cuba menyelami serta mendekatkan diri dengan perjuangan Imam Hasan dan gerakan dakwahnya melalui Ikhwan Muslimun.
Beliau semakin memahami bahawa Ikhwan Muslimun merupakan gerakan dakwah yang bukan sahaja mampu membetulkan fikrah pemerintah, rakyat seluruhnya, malah mampu membentuk peribadi mulia di kalangan umat Islam dengan jiwa yang tunduk kepada perintah Allah SWT.

Beliau tidak menunggu lama, sekembalinya daripada Amerika, beliau menulis sebuah buku mengenai Amerika yang aku lihat sendiri dari dalam�,

begitu juga buku tulisannya mengenai hari kiamat sudah mula diterima oleh pendukung-pendukung Ikhwan Muslimun setelah beliau menyatakan hasrat untuk berkecimpung secara aktif sebagai anggota Ikhwan. Beliau mahu menyambung tugas yang ditinggalkan oleh Imam Syahid Hasan untuk membawa umat berpegang kepada Islam, walaupun tidak sempat bersama dengan Imam semasa hayatnya.

Cintanya kepada perjuangan Islam yang diasaskan oleh Imam Syahid Hasan al-Banna semakin menebal dalam sanubarinya. Beliau tidak menyedari bahawa perjuangan itu sebenarnya telah pun diaktifkan ketika sama-sama menuntut di universiti. Kisah ini terjadi pada 1952 ketika Mesir berhadapan dengan satu revolusi yang dicetuskan oleh Ikhwan Muslimun tetapi tidak berjaya.

Beliau yang masih bertugas di Kementerian Pelajaran selepas pulang daripada Amerika sudah mula dihidu oleh pihak tertentu di kalangan rejim Presiden Jamal Abdel Naseer. Beliau sering ditukarkan dari satu pejabat ke pejabat yang lain, dari satu daerah ke satu daerah yang lain bertujuan untuk menekannya, akhirnya beliau menghantar surat perletakan jawatan sebagai pegawai pendidikan pada 15 Oktober 1952.

Selepas berakhir Perang Dunia Kedua, keadaan kehidupan masyarakat dan suasana politik semakin buruk. Kesempatan itu diambil peranan oleh Ikhwan Muslimun untuk melakukan islah dan pemulihan terhadap sistem pentadbiran negara, ekonomi institusi kemasyarakatan untuk dikembalikan kepada Islam.

Saiyid Qutb sebagai salah seorang anggota Ikhwan menulis beberapa buku berkaitan dengan Islam, antara lain buku mengenai �

Keadilan sosial dalam Islam�
yang mendapat sambutan hangat daripada masyarakat dan diulang cetak hingga beberapa kali.

Ditangkap dan digantung sampai mati

Presiden Jamal Abdel Naseer dikatakan gagal dalam percubaan untuk membunuhnya pada 1954 oleh pihak tertentu (dan mungkin juga ia satu provokasi). Namun dikatakan bahawa yang menjadi dalang kepada percubaan membunuhnya itu adalah Ikhwan, walaupun pihak berkenaan tidak mempunyai yang menunjukkan mereka terlibat.

Pihak berkuasa mengeluarkan arahan untuk melakukan penangkapan besar-besar teradap anggota Ikhwan, salah seorang daripadanya ialah Saiyid Qutb. Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dengan menerima pelbagai bentuk seksaan yang tidak pernah dibayangkan beliau sebelum ini.

Penahanan Saiyid Qutb dalam penjara mendapat perhatian mantan Presiden Iraq ketika itu, iaitu Jeneral Abdel Salam Aref yang meminta Presiden Jamal agar membebaskannya. Permintaan itu ditunaikan, Saiyid Qutb dibebaskan pada 1964.

Selepas lapan bulan di luar penjara, beliau sekali lagi ditangkap dan dituduh menghasut rakyat untuk membekar pusat-pusat makmal sebagai tanda untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Presiden Jamal Abdel Naseer.

Pada 29 Ogos 1966, Saiyid Qutb dan tujuh anggota Ikhwan yang lain dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di sebuah tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa termasuklah adiknya iaitu Muhammad Qutb yang akhirnya dibuang daerah dan menetap hingga kini di Arab Saudi.

Sebelum menjalani hukuman, Saiyid Qutb ada menyebut, bahawa beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. malam sebelum digantung. Beliau menunggang kuda putih dan Rasulullah s.a.w. bersalam dengannya dan menegaskan bahawa bertenanglah wahai Saiyid, sesungguhnya kamu telah berjaya mendapat kematian sebagai seorang syahid pada jalan Allah.

Beliau telah meninggalkan satu contoh terbaik kepada pendukung gerakan Islam dari sudut kekentalan dalam berdakwah, di samping meninggalkan karya-karya agung dalam bidang sastera, agama dan rencana-rencana yang menyentuh jiwa, sanubari dan pemikiran manusia.

Sunday, November 23

Fatwa Qardhawi Boycott Israel




"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression."

The time has come for the Islamic Ummah to say "NO" to America, "NO" to its companies, and "NO" to its goods, which swamp our markets. We are eating, drinking, wearing and riding whatever America produces..." (Fatwa by Syeikh Yusuf al-Qaradhawi)

BOIKOT BaranGan ISRAEL


The time has come for the Islamic Ummah to say "NO"


Sudah tiba masanya utk kita..
Kita tidak mampu berjuang dgn peperangan untuk selamatkan rakyat Palestin, tetapi kita mampu berjuang/membaikot barangan mereka

Brands and labels to boycott:

1. Fast Food
- Mc Donald's


2. Beverages, Drinks
- Coca-cola
- Dr. Pepper
- Fanta
- Sprite
- Schweppes
- Lilt
- Fruitopia
- Sunkist
- Kia Ora Fruit Squashes

3. Food, Snacks
- Buitoni
- Danone
- Perrier
- Libby's
- Maggi
- Nestlé
- Shreddies cereal
- Nestlé KitKat
- Vittel

4. Consumer Products (Tissue, Diapers)
- Kimberly-Clark
- Kotex
- Huggies
- Kleenex

5. Cosmetics, Body Care
- Biotherm
- Sanex
- Garnier
- Clinique
- Helena Rubinstein (HR)
- L'oréal Paris
- Origins Natural Resources
- Maybelline
- La Roche-Posay
- Redken 5th Avenue NYC
- Vichy
- Johnson & Johnson
- Revlon
- Brylcreem

6. Perfumes, Fashion, Cosmetics
- Boss (Hugo Boss)
- Calvin Klein
- Lancôme Paris
- Giorgio Armani
- Estée Lauder
- Tommy Hilfiger
- Donna Karan New York (DKNY)
- Ralph Lauren

7. Fashion, Clothing
- Aramis
- Prescriptives
- La Mer
- Bumble and Bumble
- Jo Malone
- Kate Spade
- River Island
- GAP
- JC Penney
- Timberland
- J. Crew

8. Sportswear
- Champion
- Outer Banks

9. Home Products
- Ambi Pur
- Kiwi (shoe care)
- Sara Lee

10. Coffee, Coffee Systems, Tea
- Douwe Egberts
- Maison Café
- Superior Coffee
- Pickwick
- Piláo Café
- Starbucks Coffee

11. Technologies
- ICQ
- AOL
- Nokia
- IBM
- Intel

12. News Corporation, Publications
- Sky TV Network
- 20th Century FOX
- Star TV Network
- National Geographic Channel
- The Weekly Standard
- New York Post
- News of the World (UK)
- The Sun (UK)
- The Times (UK)
- The Daily Telegraph (Australia)
- Harper Collins
- Nursery World
- Disney
- TIME Magazine
- CNN

13. Clothing (Socks, Babywear, Intimate Apparel)
- DIM
- Victoria's Secret
- Banana Republic
- Structure
- Pryca
- Lindex
- Playtex
- Auchan
- Just My Size
- Hema
- Wonderbra
- Bali
- Hanes
- L'eggs
- Lovable
- Nur Die
- Gossard

14. Retailers, Stores, Shopping Complex
- Carrefour
- Tschibo
- Marks & Spencer
- Selfridges & Co.
- The White Barn Candle Co.
- Mast Industries Inc.
- Express
- Structure
- Henri Bendel
- Intimate Brands Inc.
- The Limited
- New York & Company
- Lerner New York

15. Home Depot
- Expo Design Centers
- Georgia Lighting
- Villager's Hardware
- Maintenance Warehouse
- The Home Depot
- Apex Supply Company




"Dari Anas bin Malik radhiallâhu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Tidaklah (sempurna) iman seseorang diantara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri".
(H.R.Bukhari dan Muslim).

"Barang siapa tidak mengambil peduli urusan umat islam maka ia bukan dari golongan mereka(Islam) "



Biar pun hadith di atas dihukum sebagai hadith yang lemah oleh salah seorang ulama’ hadis; al-Albani, apakah ini juga bermaksud saranan Islam agar seorang Muslim menjaga kebajikan saudara Muslimnya yang lain juga lemah?

Keajaiban Nombor di dalam Al Qur'an..

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Mutiara Buat Isteri Solehah

”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” ( Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)



”Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke sy urga dari pintu mana sahaja kamu suka.” (Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani)



”Tidak dihalalkan bagi seorang isteri yang beriman kepada Allah untuk mengizinkan seseorang masuk ke rumah suaminya. Padahal suaminya tidak senang.” (Hadith riwayat Hakim)



”hak suami terhadap isterinya adalah isteri tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun semasa berada di atas punggung unta tidak berpuasa walaupun sehari kecuali dengan izinnya, kecuali puasa wajib. Jika dia tetap berbuat demikian, dia berdosa dan tidak diterima puasanya. Dia tidak boleh memberi, maka pahalanya terhadap suaminya dan dosanya untuk dirinya sendiri. Dia tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya.

Jika dia berbuat demikian, maka Allah akan melakntanya dan para malaikat memarahinya kembali dan bertaubat, sekalipun suaminya itu adalah orang yang alim.” (Hadith riwayat Abu Daud Ath-Thayalisi daripada Abdullah Umar)



”sesungguhnya setiap isteri yang meninggal dunia yang diredhai oleh suaminya, maka dia akan masuk syurga.” (hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)



”Tidak sempurna dan lengkap seseorang mukmin kemudian daripada taqwa kepada Allah itu yang terlebih baik daripada isteri yang solehah. Apabila dipandang menyukakan hati, apabila disuruh ia taat. Dan apabila tiada suaminya ia memelihara maruah diri (kehormatannya) dan harta suaminya.”

(maksud hadith)



”seseorang perempuan tidak menunaikan hak Allah Taala sehingga ia telah menunaikan semua hak suaminya. Jikalau dikehendaki oleh suaminya sekalipun di atas timbunan duri tidak mencegahkan dirinya.” (Maksud hadith) ”Dunia ini perbendaharaan, dan sebaik-sebaik perbendaharaan itu ialah isteri yang salihah.” (Maksud hadith).

Antara Orang-orang yang Didoakan oleh Malaikat

Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya” (QS Al Anbiyaa’ 26-28)
Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang duduk menunggu shalat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’” (Shahih Muslim no. 469)

BAGAIMANA MENGHORMATI GURU

BAGAIMANA MENGHORMATI GURU

Tiada seorang pun dalam kehidupan insan, selain daripada kedua ibubapa yang lebih berjasa dan layak dihormati melebihi daripada guru. Tetapi guru adalah pewaris ilmu dan pewaris ilmu ialah ulama, sementara ulama pula adalah pewaris para nabi. Begitulah kedudukan ilmu, guru dan ulama adalah saling berkaitan. Mari renungkan firman Allah ini:

Tafsirnya: "Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Surah ali-'Imran:18))

Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah Subhanahu wa Ta'ala memulakan dengan nama-Nya, kemudian dengan para malaikat-malaikat- Nya dan kemudiannya dengan ahli ilmu – ini sudah cukup membuktikan betapa tingginya martabat ilmu dan ahli ilmu itu.

Imam At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Abu 'Umamah al-Bahili Radhiallahu 'anhu telah berkata: Bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia."

(Hadits riwayat At-Tirmidzi)

Abu al-Aswad berkata: Tiada suatu pun yang lebih mulia daripada ilmu; raja-raja adalah pemimpin bagi rakyat sedangkan para ulama adalah pemimpin kepada raja.

Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhuma pula berkata: Nabi Sulaiman 'alaihissalam diberikan dua pilihan antara harta dan kekuasaan, Baginda memilih ilmu lalu Baginda pun dikurniakan juga dengan harta serta kekuasaan.

Kelebihan Mengajar Ilmu Yang Bermanfaat

Dalam Islam, mengajarkan ilmu yang bermanfaat itu adalah suatu amalan yang dipandang tinggi, sangat mulia dan satu kerjaya yang suci di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala serta Rasul-Nya.

Firman Allah Ta'ala dalam Surah An-Nahl ayat 43 dan Surah Al-Anbiya' ayat 7:

Tafsirnya: "Maka bertanyalah kamu kepada Ahlu'dz Dzikri jika kamu tidak mengetahui."

(Surah An-Nahl: 43 dan Al-Anbiyaa': 7)

Ahlu'dz Dzikri bermaksud orang-orang yang mengetahui tentang Kitab-Kitab Allah. Ayat ini menjadi dalil bahawa orang-orang yang tidak mengetahui sesuatu perkara hendaklah bertanya kepada orang-orang yang mengetahuinya.

Imam Ath-Thabarani meriwayatkan dalam kitabnya Al-Kabir bahwasanya Mu'awiyyah Radhiallahu 'anhu telah berkata bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya: "Wahai manusia! Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dengan belajar dan feqh itu dengan mempelajari ilmu feqh. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan untuknya, nescaya diberikannya kefahaman dalam agama, dan sesungguhnya di antara hamba Allah yang takutkan Allah hanyalah para ulama."

(Hadits riwayat Ath-Thabarani)

Abu Sa'ed al-Khudri Radhiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya: "Akan datang kepada kamu beberapa kaum untuk mencari ilmu, maka apabila kamu melihat mereka hendaklah kamu katakan kepada mereka: Selamat datang, selamat datang, mengikut wasiat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dan hendaklah kamu mengajar mereka."

(Hadits riwayat Ibnu Majah)

Amirul Mukminin Sayyidina Umar Ibnu Al-Khaththab Radhiallahu 'anhu pula berkata: Kematian seribu ahli ibadat yang bangun beramal ibadat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang siang lebih ringan dari kematian seorang alim yang mahir tentang apa yang Allah Ta'ala halalkan dan apa yang diharamkan olehNya.

Yahya bin Mu'az berkata: Para ulama lebih menyayangi umat Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam daripada ayah-ayah serta ibu-ibu mereka. Lalu ditanyakan kepadanya: Bagaimana pula begitu? Lalu Yahya menjawab: Ibu-bapa menjaga anak-anaknya daripada neraka (kesusahan) dunia, sedangkan para ulama menjaga mereka daripada neraka akhirat.

Sebahagian ulama berkata: Para ulama umpama pelita zaman. Tiap seorang daripada mereka merupakan pelita yang menyinari ahli zamannya.

Adab Ulama Menghormati Guru

Sesuai dengan ketinggian darjat dan martabat guru itu, maka tidak hairanlah bahawa para ulama sangat menghormati guru mereka. Di antara cara mereka memperlihatkan penghormatan mereka terhadap guru ialah:

1. Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan guru dalam setiap urusan mereka.

Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir.

Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan khidmat tersebut.

2. Mereka memandang guru dengan perasaan penuh hormat dan takzim serta mempercayai kesempurnaan keahlian dan kepakarannya dalam bidang perguruannya. Ini lebih membantu mereka sebagai pelajar untuk memperolehi manfaat daripada guru mereka dan akan mengukuhkan lagi apa yang didengar dan diajarkan oleh guru.

Ulama-ulama salaf sangat memuliakan dan menggagungkan guru-guru mereka. Ini jelas termaktub dalam kisah-kisah tentang akhlak mereka dalam majlis-majlis ilmu dan kesopanan mereka terhadap guru-guru mereka. Sebagai contoh:

- Mughirah berkata: Kami menghormati Ibrahim an-Nakha'ie sepertimana kami menghormati raja.

- Imam Asy-Syafi'e pula berkata: Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak terdengar (bunyi belekan kertas tersebut).

- Rabie' berkata: Demi Allah aku tidak berani meminum air sedangkan Imam Asy-Syafi'e memandang kepadaku.

- Sayyidina Ali Karramallahu wajhah berkata: Antara hak seorang alim ke atasmu ialah memberi salam ke atas orang ramai secara umum dan mengkhususkan gurumu dengan penghormatan yang khusus dan istimewa.

3. Mereka sentiasa mendampingi guru supaya mendapat berkat serta beroleh ilmu yang akan tercurah daripadanya pada bila-bila masa serta menjadikannya qudwah (ikutan).

Imam Asy-Syafi'e misalnya, sejak pertemuannya dengan gurunya iaitu Imam Malik pada tahun 170 Hijrah, hampir tidak pernah meninggalkan gurunya sehingga gurunya itu wafat pada tahun 179 Hijrah. Ini kerana Imam Asy-Syafi'e tidak pernah meninggalkannya kecuali ketika pergi ke Makkah untuk menjenguk ibunya ataupun pergi ke pusat ilmu dan feqh. Itu pun setelah beroleh keizinan serta restu daripada gurunya. Jika direstui, Imam Malik akan menyiapkan bekal dan memberikannya wang perbelanjaan sambil mendoakan keselamatannya.

4. Mereka tidak menggunakan ganti nama diri seperti "engkau" dan "awak" dan tidak memanggil atau meneriaki guru dari jauh.

Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.

Maksudnya di sini, mereka memanggil guru dengan gelaran yang penuh adab serta penghormatan. Jika nama guru tersebut Muhammad misalnya, maka mereka akan memanggilnya dengan nama ustaz, cikgu, guru kami dan sebagainya dan tidak menyebutkan namanya kecuali disertakan dengan gelaran yang penuh penghormatan seperti Ustaz Muhammad, Cikgu Muhammad dan sebagainya meskipun sewaktu ketiadaan guru itu.

5. Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah! Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan.

Sesungguhnya, menuntut ilmu itu adalah satu bentuk ibadah dan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, bukannya untuk bermegah-megah ataupun untuk berbantah-bantah dengan ilmu tersebut.

Dalam satu hadits riwayat Imam Al-Hakim, Ka'ab bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya: "Barangsiapa mencari ilmu untuk menyaingi para ulama atau untuk bertengkar dengan orang-orang bodoh atau supaya hati manusia menghadap kepadanya maka ia akan masuk neraka."

(Hadits riwayat Al-Hakim)

6. Mereka berterima kasih kepada guru atas segala tunjuk ajar serta bimbingannya terhadap segala kebajikan dan tegahan serta tegurannya ke atas segala kekurangan atau kemalasan dan sebagainya bagi memperbaiki diri dan mengganggap teguran, asuhan, didikan serta keprihatinan guru itu sebagai rahmat dan kurniaan yang tak terhingga kepada mereka oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Jika bimbingan serta teguran yang diberikan oleh guru itu sudah diketahui, maka mereka tidak menunjukkan yang mereka sebenarnya sudah mengetahuinya, bahkan mereka menghargai dan berterima kasih atas bimbingan serta keprihatinan guru tersebut terhadap mereka.

7. Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat.

Ibnu 'Abbas Radhiallahu 'anhuma pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadits. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu 'Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu 'Abbas pun menjawab: Jangan.

8. Mereka tidak mendatangi guru di luar daripada majlis ilmu yang umum (di luar dari jadual waktunya untuk mengajar dan sebagainya) kecuali dengan izinnya, sama ada guru mereka itu sedang bersendirian mahupun sedang bersama dengan orang lain.

Jika tidak ada izin daripada guru itu sedangkan guru itu mengetahui bahawa mereka sedang meminta izin untuk mendatanginya, maka mereka akan beredar dan tidak mengulangi isti'zan (permohonan izin) mereka.