SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Tuesday, July 28

Anugerah Seri Asrama Terbilang ASAT Kebangsaan 2009

ASAT Kebangsaan telah diadakan di Kuala Lumpur pada 24-28 Julai 2009 . SMKA Maahad Muar berjaya mewakili johor dalam Nasyid , Bola jaring dan Bahas Ala Parlimen.Pasukan SMKA Maahad Muar telah menginap di Seri Chempaka Suite Inn Cheras KL.

Sekali lagi pasukan Nasyid SMKA Maahad Muar telah membuktikan keunggulannya dengan meraih Johan Nasyid Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan 2009.Tahniah diucapkan.Vokalis untuk pertandingan ini adalah Mohd Bahrain bin Adom .

Pasukan Bola Jaring SMKA Maahad juga membuktikan bahawa mereka mampu ke suku akhir setanding dengan pasukan-pasukan lain yg lebih hebat terutama sekolah sukan.

Selain daripada itu, SMKA Maahad Muar juga telah menjadi johan tokoh asrama lelaki men rendah kebangsaan dan ketiga tokoh asrama lelaki men atas.Semoga kejayaan asrama ini bakal melahirkan pelajar yang bertakwa dan berdidikasi serta mempunyai jati diri yang mantap dalam segala aspek.Majlis Penutup dirasmikan oleh Tan Sri Alimuddin Md Dom Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia KPM.

Gambar2 terkini akan menyusul kemudian...

Sunday, July 19

2 Johan Peringkat Kebangsaan 2009 (Julai 2009)

Berkat usaha dan kegigihan guru-guru SMKA Maahad Muar terutama kepada jurulatih-jurulatih pasukan nasyid dan bahas ala parlimen , SMKA Maahad Muar telah berjaya meraih kejayaan yang membanggakan dalam dua pertandingan ini iaitu :

Johor (SMKA Maahad Muar ) Johan Nasyid Festival Nasyid Sek-Sek KPM
Peringkat Kebangsaan 2009
di Kuantan Pahang Darul Makmur

Guru Pembimbing : Us Khairuzzaman bin Hamjah

Johor (SMKA Maahad Muar ) Johan Bahas Ala Parlimen Sekolah Men KPM
Peringkat Kebangsaan 2009
di Kelantan

Kejayaan ini memberi rangsangan positif kepada para pelajar untuk memajukan lagi dalam bidang akademik dan ko-kurikulum dan merealisasikan sekolah untuk membina tamadun murid yang berilmu,beriman dan beramal.

Sunday, July 5

Kejayaan Asrama di ASAT 2009

Anugerah Seri Asrama Terbilang Negeri Johor 2009
di SMK Syed Isa Batu Pahat Johor
3-4 Julai 2009

Johan Nasyid Asat Negeri
Vokalis Utama : Mohd Bahrain Adom

Johan Bahas Ala Parlimen Negeri
Peserta : Ahmad Ibrahim Zakaria / Nur Shaliana binti Sofian / Mohd Haziq bin Noh

Doktor temui pokok dalam paru-paru


IZHEVSK , Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu
sup aya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh
dalam perut?


Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini
terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi
lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang
berumur 28 tahun.


Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di
sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.


Akhbar Komsomolsk aya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya
mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian
X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.


"Mata s aya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap s aya
melihat benda l ain .


"S aya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr.
Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.


Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu
bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.


"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang
amat sangat. Namun s aya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan s aya
," kata Sidorkin.


Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki
paru-paru manusia.


Mereka perc aya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian
membesar di dalam tubuhnya.


Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.