SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Saturday, May 31

Selamat Pengantin Baru

Pada cuti 2 minggu kali ini , 2 orang guru SMKA Maahad Muar telah menamatkan zaman bujang trang-trang nya .Guru-guru berkenaan ialah Ustaz Kamarulizam bin Ahmat Untong (guru bahasa arab) yang mengadakan majlis di Air Hitam Johor pada 1 Jun 2008 dan En Ab Karim bin Ab Halim (guru PJK )yang mengadakan kenduri perkahwinan pada 2 Jun 2008 di Jeli Kelantan.Seluruh warga SMKA Maahad Muar mengirimkan ucapan Selamat Pengantin Baru kepada keempat-empat mempelai ini semoga berbahagia ke akhir hayat.

Thursday, May 29

IPPMM

Salam taaruf kepada pengunjung2 baru iaitu ustaz dan ustazah dari KPLI SR J-qaf Jan 08 dan KDC Jaij Sem 3 Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka.Harapan saya blog ini memberi manfaat kpd kalian sume.

Paderi Yahudi fatwa wajib bunuh rakyat palestine

"Baru-baru ini, paderi-paderi Yahudi di Palestine telah mengeluarkan “fatwa” yang menyatakan atas kewajipan membunuh rakyat Palestine, samada kanak-kanak, orang perempuan, orang mengandung dan orang-orang tua.

Fatwa itu dikeluarkan melalui kenyataan salah seorang Paderi mereka yang bernama Rosen, yang kononnya, sandaran mereka kepada satu nas dalam taurat yang menyatakan;

اقضوا على العماليق من البداية حتى النهاية.... اقتلوهم وجردوهم من ممتلكاتهم، لاتأخذكم بهم رأفة، فليكن القتل متواصلاً شخصاً يتبعه شخص، لاتتركوا طفلاً، لاتتركو زرعاً أو شجراً، اقتلوا بهائمهم من الجمل حتى الحمار

Maksudnya;
“hapuskan gergasi-gergasi dari permulaan hingga penghabisan…. Bunuh dan serang mereka dari tempat peninggalan mereka. jangan ada belas kasihan terhadap mereka. jadikan pembunuhan terhadap mereka itu seorang demi seorang, dan jangan kamu tinggalkan kanak-kanak, jangan kamu tinggalkan tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok. Bunuhlah binatang-binatang ternakan mereka, bermula dari Unta hinggalah kepada keldai[1]”

Rosen menyatakan, menjadi satu kewajipan kepada Yahudi mengamalkan kandungan taurat dengan membunuh golongan gergasi dari kalangan rakyat palestine.

Kenyataan Rosen ini disokong oleh Paderi Yahudi yang lain, iaitu Mordechai Eliahu dan Dov Lior – al-liwa.com

Al-Bakistan
Sumber Oleh al-bakistan"

Jawapan 'Fitna' Geert Wilders

Islam adalah deen dan agama kedamaian dan keamanan. Perkataan Islam itu sendiri terbina di atas kalimah سلم yang bereerti keamanan, kesempurnaan dan keselamatan. Islam adalah cara hidup (way of life) yang meliputi seluruh ruang lingkup kehidupan manusia sejagat.

Islam bukan sekadar 'agama' seperti ajaran agama-agama lain yang hanya dilihat dari aspek ritual dan pengamalan penyembahan semata-mata. Sebagai 'way of life' para penganutnya, Islam telah menggariskan panduan yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia dari sekecil-kecil perkara seperti adab memasuki tandas sehinggalah sebesar-besar perkara seperti panduan mentadbir dan memimpin negara. Islam merupakan pakej lengkap yang menyeluruh bagi manual kehidupan manusia. Sebagai satu deen yang tidak rigid dan sempurna, sudah tentulah di sana terdapat panduan dan undang-undang yang semestinya dipatuhi dan dilaksanakan. Hak-hak muslim dan non-muslim yang berasaskan keadilaan dan kesaksamaan telah digariskan oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Klip pendek 15 minit 'fitna' yang dikeluarkan oleh seorang ahli parlimen Belanda Geert Wilders baru2 ini benar2 menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia. Kritikan dan sikap prejudis terhadap kitab suci al-Quran yang kononnya berasaskan semangat 'freedom of speech' ini benar-benar tidak akademik, malafide, kesinambungan dari doktrinisasi islamofobia, tidak bertanggungjawab serta menggambarkan kekeliruan dan ketidakfahamannya terhadap ajaran dan pegangan agama 1.4 billion penduduk dunia ini. Kekeliruan beliau tampak jelas apabila mengutip beberapa potong ayat al Quran dan ditafsirkan secara zahir maknanya secara rambang tanpa mengkaji secara mendalam ayat-ayat terbabit. Islam diinterpretasi dan digambarkan semahu-mahunya sebagai paksi keganasan, konservatif, ekstrimis dan ideologi paling merbahaya selepas nazi dan komunis yang mengancam keselamatan penduduk dunia. Ironinya, gambaran secara umum hasil filem ini adalah Islam merupakan punca segala jenis keganasan yang berlaku abad kebelakangan ini, Israel dan yahudi yang merampas tanah umat Islam Palestin pula bagaimana? Umat Islam Palestin dirampas hak dan dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri oleh sekumpulan bangsa yang dahulunya hanya mengemis sekangkang tanah di bumi Palestin. 16% rakyat Palestin terpenjara di sebalik tembok apartheid setinggi lapan meter dan sejauh 703 kilometer meredah perkampungan dan ladang-ladang zaitun milik mereka. Belum lagi berkisah dengan hak-hak asasi kemanusiaan yang dicabuli rejim zionis. Mereka ditindas dan dizalimi di tanah tumpah darah sendiri. Bagaimana lagi dengan Amerika yang telah menyerang Iraq, Lubnan dan negara2 umat Islam lain? Masih Islamkah puncanya?

Melihat kepada senario kebelakangan ini yang galak memberikan kefahaman dan interpretasi yang buruk dan salah terhadap Islam, kami selaku pelajar agama yang menuntut di Al-Azhar rasa bertanggungjawab untuk memberikan pencerahan terhadap masyarakat terbanyak mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan kini.

Ayat al-Quran disalahtafsir

Plot-plot dalam klip ini seterusnya mengaitkan al-Quran sebagai panduan untuk umatnya melancarkan keganasan 'terrorisme' terhadap Barat. Beberapa ayat al-Quran dipetik sambil diikuti video kapal terbang yang menghempas World Trade Center New York 11 September 2001. Segmen berikutnya juga terus mengaitkan Quran dengan punca serangan bom keretapi di Madrid pada tahun 2004, pengeboman di London 2005, serangan terhadap askar Amerika sedekad lalu dan pembunuhan direktor filem Theo Van Gogh pada tahun 2004. Semuanya membawa kepada satu tujuan dan gambaran, Islam dan Quran bersifat fasisme.

Istilah 'keganasan' atau 'terrorisme' itu sendiri tidak jelas dan kabur maknanya. Istilah ini mula dipopularkan oleh Amerika dan sekutunya selepas peristiwa 11 September. Penggunaan istilah ini sering dikaitkan dengan ekstrimis muslim di mana-mana ceruk pelusuk dunia. Umat Islam sendiri setelah terpengaruh dengan istilah ini seringkali pula menggunakannya untuk merujuk kepada para pejuang pembebasan tanah air khususnya di Palestin. Hasil penggunaan kerap istilah ini melalui media Barat umumnya, telah memberikan kefahaman kepada masyarakat dunia bahawa Islam itu banyak versi. Ada Islam yang ekstrim, Islam liberal, Islam sederhana, Islam yang maju dan sebagainya. Malaysia juga terpengaruh dan tidak terkecuali, di Malaysia pula ada Islam hadhari! Islam sederhana yang menitikberatkan soal pembangunan dan ketamadunan, dakwa penciptanya. Penjenamaan semula Islam (bid'ah alaf baru) yang sepatutnya amat wajar diperangi golongan wahabi. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa, dengan istilah inilah Amerika, Britain dan sekutunya menghalalkan tindakan mereka menyerang Iraq, Lubnan, Palestin dan yang terbaru masih dalam proses konspirasi mereka, Iran.

Geert Wilders telah membawakan lima ayat suci al-Quran dan ditafsir secara salah dalam rangka misi jahatnya untuk mengaitkan Islam dengan keganasan. Kesemua ayat ini ditafsirkan secara salah dan keluar dari konteks asalnya oleh Wilders.

Ayat 60 Surah al-Anfal contohnya diberi makna 'untuk melancarkan keganasan' (to strike terror). Tafsiran yang sebenarnya adalah (to Frighten the enemies of god), 'menggentarkan musuh Allah'. Nyata, Wilders sengaja berniat jahat dengan mengubah maksud sebenar ayat tersebut. Firman Allah swt:

(وأعدوا لهم ما استطعتم من قوة ومن رباط الخيل ترهبون به عدوالله وعدوكم وءاخرين من دونهم لا تعلمونهم الله يعلمهم وما تنفقوا من شيء في سبيل الله يوف إليكم وأنتم لا تظلمون)
Maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (Al-Anfal, 60)

An-Nisa 56. Ayat ini mengkhabarkan tentang hukuman dan azab kepada orang-orang yang ingkar dan lalai dalam melihat tanda-tanda ayat-ayat Allah. Umumnya bermaksud hukuman kepada orang2 kafir dan ganjaran bagi orang mukmin. Ianya tentang azab api neraka dan bukannya terrorisme seperti ditafsirkan Wilders. Firman Allah swt:

(إن الذين كفروا بئايتنا سوف نصليهم نارا كلما نضجت جلودهم بدلنهم جلودا غيرها ليذوقوا العذاب إن الله كان عزيزا حكيما)
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisa, 4)


Surah Muhammad ayat 4, sekali lagi Wilders sengaja membangkitkan sentimen untuk membenci umat Islam apabila membawakan ayat ini yang konteksnya dalam suasana perang. Secara zahirnya, jika tidak memahami konteks sebenar penurunan ayat ini memang menunjukkan bahawa Allah memerintahkan umat Islam memerangi orang-orang kafir. Tetapi dalam suasana sedang berperang! Bukan dalam keadaan biasa-biasa. Itupun dalam maksud sebenar ayat ini sebenarnya, Allah swt memerintahkan umat Islam supaya memerangi orang kafir yang melanggar perjanjian yang telah dimeterai bersama dengan umat Islam. Memerangi orang yang melanggar perjanjian damai, zalimkah? Bahkan Islam sendiri meletakkan beberapa kondisi yang perlu dipatuhi sebagai etika dan akhlak ketika berperang; tidak boleh membunuh wanita dan kanak-kanak, tidak boleh merosakkan tanam-tanaman, larangan membunuh orang-orang tua, merobohkan rumah ibadat dan sebagainya. 'Fitna' Wilders dalam klipnya itu tanpa mengambil makna ayat secara keseluruhan mudah-mudah pula menempel separuh makna ayat ini dan menyembunyikan sebahagian yang lain.

(فإذا لقيتم الذين كفروا فضرب الرقاب حتى إذا أثخنتموهم فشدوا الوثاق فإما منا بعد وإما فداء حتى تضع الحرب أوزارها ذلك ولو يشاء الله لانتصر منهم ولكن ليبلوا بعضكم ببعض والذين قتلوا في سبيل الله فلن يضل أعملهم)
Maksudnya: Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) samada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehingga berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang menimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali-kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. (Muhammad, 4)


Surah an-Nisa' ayat 89. Taktik dan strategi sama digunakan Wilders seperti ayat-ayat di atas. Secara kasarnya jika diberi makna huruf tanpa memahami asbab nuzul dan konteks asal ayat ini memang menggambarkan Islam sebagai agama yang ganas, dan itulah yang telah dilakukan Wilders. Wilders menafsirkan ayat ini seolah-olah Islam memaksa manusia untuk menerima Islam, jika mereka tidak mahu, umat Islam berhak dan diperintah untuk membunuh mereka sekaliannya. Ganas bukan? Firman Allah taala:

(ودوا لو تكفرون كما كفروا فتكونون سواء فلا تتخذوا منهم أولياء حتى يهاجروا في سبيل الله فإن تولوا فخذوهم واقتلوهم حيث وجدتموهم ولا تتخذوا منهم وليا ولا نصيرا)
Maksudnya: Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong. (An-Nisa', 89)


Surah al-Anfal ayat 39, Firman Allah taala:

(وقتلوهم حتى لا تكون فتنة ويكون الدين كله لله فإن انتهوا فإن الله بما يعملون بصير)
Maksudnya: Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan. (Al-Anfal, 39)

Isu-isu lain


Dalam satu scene klip 'fitna' ini, Wilders menunjukkan betapa negatifnya umat Islam hari ini apabila mengajar anak-anak kecil membenci yahudi dan Israel. Basmala, nama anak itu yang apabila ditanya tentang yahudi pantas menamakan yahudi sebagai kera dan babi. Islam sebenarnya sangat jelas tentang mauqif dan pendiriannya terhadap yahudi. Tidak dinafikan memang terdapat segelintir yahudi yang beragama Islam zaman ini, tetapi secara umumnya yahudi dalam erti kata sekarang merujuk kepada suatu bangsa yang sentiasa memerangi dan memusuhi Islam. Siapa sahaja boleh mengajarkan beberapa kerat skrip pendek kepada seorang kanak-kanak, kemudian merekodkannya untuk tontonan dunia bagi membenarkan pendirian dan pendapatnya. Wajarkah kenyataan seorang anak kecil bernama Basmala itu dipundakkan lantas menyalahkan 1.4 billion umat Islam di dunia sekarang?

Secara dasarnya, Islam amat menghormati kebebasan hak asasi manusia. Di antara hak asasi terpenting yang dipelihara serta dijaga adalah hak kebebasan bersuara. Kritikan yang membina bukan sahaja diperbolehkan, malah digalakkan untuk kebaikan sesuatu perkara. Seringkali pihak yang menghina Islam ini menggunakan hujah kononnya mengamalkan hak kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat (freedom of speech). Perlu dijelas dan diperincikan, bukan semua perkara boleh dikritik dan dibicarakan mengikut selera. Islam bukan seperti kristian yang tidak menghiraukan walaupun popenya dipermain dan dipersenda. Islam ada maruah, sensitiviti dan nilai harga yang amat tinggi. Segala sesuatu yang menyentuh Allah dan Rasul, dasar al-Quran dan perkara asasi lain tidak dibenarkan sesiapapun untuk mencabuli, mengkritik apatah lagi menghina. Tambah-tambah perkara yang dikritik itu membangkitkan kemarahan umat Islam, lagi tidak diharuskan. Larangan ini umum untuk muslim dan non-muslim.

Jika atas dasar kebebasan bersuara seperti dakwaan Wilders, mengapa ahli politik dan media Barat dilihat takut dan tidak mengamalkan dasar ini dalam isu Israel? Mereka mudah menyerang dan menghina Islam tetapi tidak mampu walaupun untuk mengkritik kerajaan haram Israel. Siapa saja yang menyatakan bahawa holocaust tidak wujud di Barat akan disumbat ke dalam penjara. Bahkan ahli politik Barat yang menunjukkan sikap anti-Israel dan mengkritik negara itu akan didesak untuk meletakkan jawatan. Persoalannya, dimanakah kebebasan bersuara seperti yang dilaung-laungkan mereka? Adakah freedom of speech ini sekadar retorik bagi menghalalkan tindakan mereka menyerang Islam?

Isu penindasan wanita pula merupakan isu lama yang sering diulang-ulang. Islamlah pada hakikatnya yang membebaskan wanita dari diperhamba dan dipandang sebagai manusia kelas kedua. Kedatangan Nabi Muhammad saw di zaman jahiliyah 1400 tahun lampau benar-benar telah memulia dan memartabatkan kembali taraf wanita. Wanita dalam Islam dianggap mulia sebagai ibu, isteri dan anak. Syurga digambarkan berada dibawah tapak kaki ibu bagi menggambarkan betapa besar dan mulianya kedudukan ibu dalam Islam. Berbeza dengan wanita di Eropah dan Barat. Wanita pada pandangan mereka tidak lebih dari sekadar simbol seks dan bahan menempias nafsu. Tubuh wanita dieksploitasi dalam pelbagai cara. Apa relevannya seorang wanita berpakaian separuh bogel menjual tayar kereta? Tiada kena mengena langsung! Itulah kebebasan mutlak wanita pada pandangan mereka. Nah! siapa yang menindas wanita sekarang?

Penutup

Amat mudah sebenarnya mengambil mana-mana kitab suci lantas ditafsirkan diluar konteks mengikut selera sendiri sehingga ianya berbunyi seolah-olah kitab paling tidak berperikemanusiaan yang pernah wujud atas muka bumi. Inilah yang telah Wilders lakukan bagi meraih simpati politik dan publisiti murahan untuk mendapatkan sokongan mempertahankan ideologi kebenciannya terhadap Islam.

Buat akhirnya, hayatilah hadis ini:

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku, kata Rasulullah. Ikhwanku itu, menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka. KITALAH IKHWAN ITU!!


sekian.

Disediakan oleh usrah kami:
ibnuMajid (naqib)

Tazkirah Dari Tim Tam KISAS

muslimat!!
kalu kite dedahkan lengan kite pd ajnabi..
kat akhirat nanti ape ek balasannye?
hm...kne bakar agaknye?sakit tak ek?

hm,kalu dedahkan rambut pulak camne?
kite kne gantung gune rambut tu ke?
atau rambut kita kene tarik smpi tercabut kulit kepale?atau camne ek?

kalu pakai baju or sluar ketat?
hm..nampak bentuk badan kan?
nanti kat akhirat...entah2 kne siat kulit kite kan..sebab kat dunia kite nak tunjuk sangat kat org...

camne kalu tak pakai stokin dpan ajnabi?
mesti kite berdosa kan?dapat masuk syurga tak?
ALLAH ampunkan tak?nanti kene pakai terompah dari neraka agaknye...mesti menggelegak otak kite...takutnye..

hm..kalu kite wat sume dose2 ni..
dalam qubur nanti kalu malaikat soal kite,KITE DAPAT JAWAB TAK?
HM..kite kene seksa tak dalam kubur sbab kite langgar perintah ALLAH suruh tutup aurat?...

kite ingatkan kite leh bertaubat waktu dah tue...tapi camne ya kalu ALLAH takdirkan ajal kite waktu kite tengah seksi2?ALLAH terima ke tak amalan kite ??ALLAH ampunkan tak dosa kite agaknye?

kenape ye org malu nak tutup aurat?
malu nak pakai tudung labuh?
malu nak pakai stokin waktu keluar rumah?
malu nak pakai baju longggar?
malu nak pakai jubah?baju kurung?

kalu nak bukak aurat kte malu tak?
pakai baju fit?pakai tudung yg tak menepati syariat?tak pakai stokin?
pakai sluar fit?knape ye kite tak malu wat sume ni?

kite org islam kan?kan?kan?
astaghfirullah..

Wednesday, May 28

Bahaya Fahaman Syiah

ISI AJARAN :
A. Penyelewengan Dari Sudut Akidah
Imam adalah ma'sum.
Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan.
Berpura-pura.
Saidina Ali disamatarafkan dengan Allah SWT
Menghalalkan nikah Mut'ah.
Khalifah diwasiatkan secara Nas.
Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia.
Muhamad bin Hassan al-Askari ialah Imam Mahdi ali-Muntazar.
Mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW
Menambah kalimah syahadah.
Menolak hadith yang diriwayatkan oleh ahli sunnah wal jamaah sekalipun hadith Mutawatir.
B. Penyelewengan dari Sudut Syariat
Menolak Ijmak Ulama.
Menolak Qias.
Mengamalkan Nikah Mut'ah.
Menolak 'aul dan mendahulukan Qurabah dari Asobah dalam masalah Pusaka.
Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikut adalah musuh Allah.
Hanya Ali menghimpun al-Quran dengan sempurna.
C. Pelbagai Penyelewengan Umum
Menziarahi kubur Saidina Hussain, ganjaran syurga.
Menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram.
Menghina Abu Bakar dan Umar serta dua orang isteri Nabi SAW iaitu Saidatina Aishah dan Hafsah.
Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua hal.
Sembahyang Dhuha adalah haram.
Menetapkan prinsip khumus sebagai kadar zakat.
Imamah dan Khalifah daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.
Islam bukan syarat wajib haji.
Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya.

Maksiat Tersembunyi kiriman Anas Kamil tg 4

Budaya hiburan – maksiat yang ‘makan dalam’. "Yahudi adalah penaja utama hiburan yang merosakkan ini. Tujuannya adalah untuk menjajah dan melemahkan fikiran dan jiwa umat Islam. Bagi membendung hiburan yang merosakkan ini ialah dengan menyediakan alternatifnya, iaitu hiburan yang mampu menghidupkan dan mendidik jiwa."

Kalau seseorang itu memakan racun, jelas bahawa dia telah membuat sesuatu yang bahaya dan yang akan mendatangkan mudharat pada dirinya. Memakan racun bukanlah satu kerja yang waras. Orang yang siuman dan berfikiran waras tidak akan memakan racun. Bahaya dan mudharatnya jelas diketahui.

Kalau dia memakan racun di hadapan keluarga, sanak saudara atau orang ramai, maka mereka akan menghalang dan menegahnya. Kalau dia berkeras juga hendak makan racun itu, mereka akan merampas racun itu darinya.

Akan tetapi, kalau orang yang sama memakan lemak dan minyak dengan banyak, memakan gula tanpa had atau memakan makanan yang pedas-pedas belaka, tidak ada siapa yang akan menghalangnya. Sedangkan cara pemakanan sedemikian boleh membahayakan kesihatan. Walaupun makanan-makanan itu boleh menjejas dan membahayakan kesihatan tetapi mudharatnya tidak begitu ketara kalau dibandingkan dengan racun. Oleh itu orang ambil ringan dan menganggap ia perkara biasa.

Begitu jugalah keadaannya dengan maksiat. Ada maksiat yang macam racun. Ini termasuklah mencuri, merompak, membunuh, berzina, merogol, berjudi dan sebagainya. Tidak mudah maksiat-maksiat seperti ini dilakukan di khalayak ramai. Orang akan menegah dan menghalang. Orang akan bertindak untuk menumpaskan orang yang melakukannya

IPPMM

Salam ukhuwah bagi sume tetamu baru ustaz dan ustazah dari KPLI SR J-Qaf Jan 2008 / KDC Jaij Sem 3 Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka.Semoga paparan ilmiah dalam blog ini memberi manfaat kepada kalian semua.Syukran.

Masalah haid tidak menentu

Soalan assalammualaikum datuk
Di sini saya ingin bertanyakan mengenai masalah haid
contohnya begini, biasanya saya datang haid dalam tempoh 7 hari, kemudian saya akan bersih dalam tempoh 2-3 hari,selepas itu darah haid itu akan ada kembali dalam tempoh hingga 2-3 hari lagi.
Selalunya beginilah keadaan saya bagi setiap bulan.Persoalannya sekarang..
adakah saya wajib bersembahyang dalam tempoh
saya bersih itu dan bolehkan saya berpuasa sekiranya keadaan ini berlaku pada bulan ramadhan?

-terima kasih -
Jawapan ASSALAMUALAIKUM WRH.

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas RAsulullah SAW.

Anda wajib mandi hadas besar, bersembahyang dan berpuasa Ramadhan sebaik sahaja bersih. Jika darah haid keluar kembali selepas itu dalam tempoh kurang daripada 15 hari daripada tarikh mula keluar bagi pusingan haid bulan itu, maka keadaannya tetap dikira sebagi darah haid juga (haram solat/puasa dsb.)Jika lebih daripada 15 hari maka ia dikira darah istihadhah (darah penyakit)di mana wajib ke atasnya solat dan puasa Ramadhan.

Sekian, wassalam.

Berada di serambi masjid ketika haid

Soalan ASSALAMUALAIKUM
1.Adakah benar wanita dalam Haidz dibenarkan
duduk diserambi masjid untuk mendengar ceramah atau memberi kuliah ugama.
2.Adakah benar berada didalam surau bagi wanita yang dlm Haidz utk mengajar atau mendengar ceramah agama dibenarkan.
Wassallam
Jawapan ASSALAMUALAIKUM WRH.

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.

1. Serambi masjid adalah sebahagian daripada kawasan yang diiktiraf sebagai masjid dan selalunya pada hari Jumaat serambi masjid juga dipenuhi jemaah untuk solat Jumaat. Oleh itu, ia tetap haram bagi wanita haid dan nifas untuk duduk atau pergi-balik di dalamnya. Boleh menyeberanginya sebagaimana yang telah diterangkan dalam jawapan kepada penyoal yang lain. Makruh melewati masjid kerana keperluan ketika hadasnya sedang banyak tetapi dia yakin tidak akan mengotori masjid dengan masuk dari sebuah pintu dan keluar dari pintu yang lain.
2. Perkataan masjid adalah merujuk kepada binaan yang diiktiraf dan digunakan khas untuk tujuan ibadat. Surau adalah istilah yang digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membezakannya daripada masjid yang lebih besar dan digunakan untuk sembahyang jumaat.Dalam Islam perkataan surau tidak wujud, yang ada hanya masjid iaitu binaan bagi tujuan yang dinyatakan tadi. Oleh itu, jika surau di sesuatu tempat telah diiktiraf oleh penduduk setempat sebagai tempat ibadat khusus seperti solat berjemaah, beriktikaf, bertadarus, berzikir dsb. di samping ibadat umum yang lain maka ia tetap haram bagi wanita haid dan nifas untuk duduk di dalamnya. Tetapi jika surau tersebut telah tidak digunakan untuk tujuan berkenaan dan berubah status kepada madrasah sebagai tempat belajar maka bolehlah mereka duduk didalamnya.

Sekian, wassalam.

Berada di serambi masjid ketika haid

Soalan ASSALAMUALAIKUM
1.Adakah benar wanita dalam Haidz dibenarkan
duduk diserambi masjid untuk mendengar ceramah atau memberi kuliah ugama.
2.Adakah benar berada didalam surau bagi wanita yang dlm Haidz utk mengajar atau mendengar ceramah agama dibenarkan.
Wassallam
Jawapan ASSALAMUALAIKUM WRH.

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.

1. Serambi masjid adalah sebahagian daripada kawasan yang diiktiraf sebagai masjid dan selalunya pada hari Jumaat serambi masjid juga dipenuhi jemaah untuk solat Jumaat. Oleh itu, ia tetap haram bagi wanita haid dan nifas untuk duduk atau pergi-balik di dalamnya. Boleh menyeberanginya sebagaimana yang telah diterangkan dalam jawapan kepada penyoal yang lain. Makruh melewati masjid kerana keperluan ketika hadasnya sedang banyak tetapi dia yakin tidak akan mengotori masjid dengan masuk dari sebuah pintu dan keluar dari pintu yang lain.
2. Perkataan masjid adalah merujuk kepada binaan yang diiktiraf dan digunakan khas untuk tujuan ibadat. Surau adalah istilah yang digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membezakannya daripada masjid yang lebih besar dan digunakan untuk sembahyang jumaat.Dalam Islam perkataan surau tidak wujud, yang ada hanya masjid iaitu binaan bagi tujuan yang dinyatakan tadi. Oleh itu, jika surau di sesuatu tempat telah diiktiraf oleh penduduk setempat sebagai tempat ibadat khusus seperti solat berjemaah, beriktikaf, bertadarus, berzikir dsb. di samping ibadat umum yang lain maka ia tetap haram bagi wanita haid dan nifas untuk duduk di dalamnya. Tetapi jika surau tersebut telah tidak digunakan untuk tujuan berkenaan dan berubah status kepada madrasah sebagai tempat belajar maka bolehlah mereka duduk didalamnya.

Sekian, wassalam.

wanita haid berada dlm masjid

Soalan Assalamualaikum.
Ustaz, apa hukumnya seseorang yang duduk di dalam masjid kerana ada sesuatu majlis sedangkan dia sedang haid dan dia yakin darah haidnya tidak akan mengalir ke lantai masjid?
Jawapan ASSALAMAULAIKUM WRH.

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.

Haram hukumnya wanita yang didatangi haid berhenti, berulang-alik atau duduk diam di dalam masjid walaupun dia yakin darah haidnya tidak akan mengalir ke lantai masjid. Yang dibolehkan tetapi makruh dalam keadaan demikian hanyalah lalu di dalam masjid.

Sekian, wassalam.

Wanita memakai seluar & aurat dgn wanita kafir

Adakah benar perempuan diharamkan memakai seluar?
bagaimana aurat perempuan islam dgn. perempuan kafir?
Jawapan Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

1. Haram bagi perempuan memakai seluar atau pakaian-pakaian lain sekiranya:
a. Tidak menutup aurat yang diwajibkan iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan
b. Seluar atau pakaian itu sempit, memperlihatkan bentuk kaki atau tubuhnya
c. Seluar atau pakaian itu adalah lazimnya untuk lelaki bukan untuk wanita. Tetapi jika dibuat khas untuk wanita dengan menepati kehendak syara' seperti tidak sempit, tutup aurat, tebal dsb. maka tidak mengapa
d. Menyerupai pakaian orang kafir
e. Menjolok mata (menarik perhatian orang untuk melihat kepadanya)

2. Aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir adalah sama seperti kepada lelaki bukan muhrim iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan.

Sekian, wassalam.

Bacaan Al-Quran

Saya membaca Surah Yassin tapi, saya membacanya dari tulisan romanis namun begitu, saya telah menyemak bacaan saya (sebutannya) dengan membaca dihadapan org yg biasa membaca surah Yassin dan saya juga telah menyemak bacaan saya melalui petikan bacaan dari CD bacaan Al-Quran. Apakah hukumnya?
Jawapan Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah.Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.

Surah Yaasin adalah salah satu surah-surah al-Qur'an. Al-Qur'an itu diturunkan dalam bahasa dan lidah Arab di mana bahasanya, hurufnya, cara membacanya, susunan katanya, pengertiannya adalah menurut kaedah Bahasa Arab.Hukum menulis atau membaca ayat-ayat al-Qur'an dengan huruf romanis/latin atau huruf selain arab adalah HARAM menurut Mazhab Syafi'e. Penulisan dan pembacaan al-Qur'an dengan huruf selain Arab boleh merosak dan merubah lafaz al-Qur'an, boleh menambah dan mengurangi huruf al-Qur'an, boleh merosak bacaan al-Qur'an dari segi makhraj dan sebagainya.
Oleh itu, membaca surah Yaasin dan apa-apa juga ayat atau surah al-Qur'an hendaklah yang ditulis dalam bahasa Arab terutamanya mushaf al-Qur'an itu sendiri. Sekiranya tidak mampu untuk membaca al-Qur'an maka wajiblah dipelajari sedaya mungkin daripada guru yang mengetahui.
Wallahu a'lam.

Memegang al-Quran dan tafsir nya tanpa wudhu

Soalan:
1.Apa hukumnya memegang Al-Quran dengan tanpa wudu'?
2.Bagaimana pula dengan Tafsir Al-Quran, adakah perlu berwudu'?

Sekian Wassalam.
Jawapan Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas RAsulullah S.A.W.

1. Hukum memegang atau menyentuh al-Qur'an tanpa wudhu' adalah haram kecuali dalam keadaan dharurat seperti menyelamatkannya daripada kebakaran dsb.
2. Yang dimaksudkan dengan al-Qur'an ialah mashaf al-Qur'an itu sendiri. oleh itu, tafsir al-Qur'an boleh dipegang tanpa wudhu' jika kandungan tafsirnya lebih banyak daripada ayat-ayat al-Qur'an di dalamnya.

Sekian, wassalam

Tuesday, May 27

Al-Fatihah buat Allahyarham Adam bin Mohd Nor (nama pena ADMUA)

SMKA Maahad Muar telah kehilangan guru yang dedikasi dan kreatif iaitu Allahyarham Adam bin Md Nor (guru bahasa Melayu )yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.30 pagi di Hospital Putra Melaka.Banyak sumbangan beliau dalam penulisan kreatif diperingkat kebangsaan dan beliau merupakan guru yang paling di sanjungi oleh para pelajar SMKA Maahad Muar.Pada Hari Guru peringkat sekolah baru-baru ini pun beliau telah memenangi anugerah guru kreatif .Rakan-rakan amat menyenangi beliau dan beliau seorang yg mudah mesra berinteraksi dgn rakan guru yang lain.Semoga ALLAH mencucuri rahmat dan sifat penyayangNya kepada Allahyarham.Al-Fatihah.

Monday, May 26

Agenda Us Sani Cuti Sekolah Mei/Jun 2008

Pensyarah Sambilan di Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka
Kelas : KPLI Sek Rendah Sem 1& JAIJ Sem 3 KDPM
Subjek : Al-Quran & Asas Dinamika Guru (ADG)

Di samping menyusun "Buku Panduan Huffaz SMKA Negeri Johor" untuk cetakan seluruh SMKA Negeri Johor .

Saturday, May 24

Tentang Kaabah





Surat Putus Cinta (versi English)

Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melelui surat. Suratnya berbunyi begini:-

Hi,

My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!

The true,

Timah

Terjemahan ayat Huruf Besar:

CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN
PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA
PULL MY BODY - TARIK DIRI
COOK-COOK - MASAK-MASAK
CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN
CROCDILE LAND - BUAYA DARAT
BANANA TO FRUIT 2 TIMES - PISANG MASAK 2 KALI
SAFE WALK - SELAMAT JALAN

3 orang gila - Kiriman Che Wa

Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka
terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa
di institusi tersebut.
Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan
mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.
Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting
dibawa bersama?"
Junior berfikir seketika. " Padang pasir panas..." Doktor
angguk. " Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana ."
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.
Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor
itu.
"Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah
berfikir panjang.
"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana !"
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian,
Veteran pula dipanggil.
"Awak dah lama benar di sini kan ?"
"Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.
Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran
sebelum ini.
"Oh, padang pasir, memang panas betul sana ," Veteran tidak ambil
masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah
sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."
Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.
"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat,
saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"

Akibat Tunjuk Pandai ... Kiriman Che Wa

Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah
tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya.
Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala.

Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan
lancar. Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk tidur
kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah juga kemanisan malam pertamanya itu. Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidur, Pak Haji Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah.
Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik
berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh
semalam.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian
ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,
"Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat
jawab, "Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat
tadi."

Wednesday, May 21

Peperiksaan Pertengahan Tahun KKQ 2008

Ting 1 20 Mei Jam 3.00-4.00 pm
Ting 4 dan 5 21 Mei Jam 7.45-9.00 am
Ting 3 dan 2 21 Mei Jam 3.00-4.00 pm

Harap Maklum dan Bersedia untuk Imtihan ini.Syukran

Tuesday, May 20

Paparan Memori : Johan Kuiz KKQ Kebangsaan 2005

Monday, May 19

InFo TerKini MaaHad...

SMKA Maahad Muar sekarang sedang menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun Setara Negeri JOhor sehingga cuti sekolah nanti.Harap semua pelajar bersedia menghadapi imtihan ini .Segala artikle dan gambar yang ingin di paparkan ke blog ini sila emailkan ke kkqmaahadmuar@yahoo.com.TQ

Sunday, May 18

MESYUARAT PENILAIAN E BAHAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 2008



Mesyuarat Penilaian e bahan Anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan KPM
di Hotel Capitol Bukit Bintang KL 16-18 Mei 2008

Hati2...

Mujur lah all this while masa orang tengah sibuk consume spirulina, tekak saya tak boleh terima anything that taste of rumput. Rupa2nya dia biak dlm najis!!!! Ciss!!


Spirulina........Ditanam dalam system Kumbahan Najis Babi

Assalamu'alaikum W B T,

Masih ramai yang masih tidak tahu tentang kehalalan dan kesucian

spirulina. Percaya atau tidak ba hawa spirulina di western country dan tidak jauh dari negara kita thailand di tanam didalam kolam najis babi. Jika anda tidak percaya type dlm mana search engine spirulina pig waste berlambak web mengenainya.

Asalnya spirulina adalah alga yang ditanam dlm air laut. Namun peringkat kajian saintis barat mereka menanam spirulina dlm kolam najis babi utk merawat sisa kumbahan air najis babi. Selepas itu mereka mendapati nutrien dlm spirulina semakin bertambah jika diternak di dalam air najis babi.

Memang mereka mendakwa ba hawa ia utk merawat sisa najis dan spirulina itu boleh dijadikan makanan babi.

Namun apakah produk yang berharga itu dibuang atau dijadikan makanan babi.

Apakah yang dimakan oleh saudara islam kita suci.Terpulang pada anda semua surf dlm internet search SPIRULINA PIG WASTE dan lihat bagaimana byk kajian tentang kajian saintis barat bagi merosakkan bangsa kita.

Dibawah adalah contoh laman web:

http://www.grad.cmu.ac.th/abstract/2000/sci/abstract/sci05012.html

Terima kasih.

Dipertik dari sihatceriagroups.

Saturday, May 17

Selamat Hari Guru 2008 " Guru Cemerlang Negara Terbilang"







Selamat Hari Guru Kepada Semua guru SMKA Maahad Muar.Semoga Menjadi guru yang gemilang .

Thursday, May 15

Anak Paderi Masuk Islam

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)
Nama saya Farhan Bin Abdullah . Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah.
Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling
berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan!
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya
menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu).
"cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas
nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan - kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan matiakal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan
Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang
malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumicarahidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah . Seorang
berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.

Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti
mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.

Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis....awak mengigau.... "

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........ ..".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,
saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!

Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan
keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi
mengikuti kumpulan Ar-Arqam . 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.

Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!

Berbalik kisah keluarga saya.. Selepas meninggalkan rumah dan belajar
di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam!

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. ...

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.
Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.

Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah... ....Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!!

Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..purapura ....dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City .. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi..
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!! !

TOLONG FORWARDKAN!! !
Demi ISLAM...Demi AGAMA yang tercinta...InsyaAll ah...

(INGATAN) Pengakuan Chef hotel 5 bintang

Assalamualaikum. ..
selepas membaca pengakuan dari beberapa Chef terkemuka mengenai status halal kebanyakan hidangan yang disajikan oleh oleh hotel bertraf 5 bintang saya mengakui bahawa ianya memang benar dan ini telah saya alami sendiri semasa bekerja di Hotel Renaissance Palm Garden diawal pembukaannya dahulu(1995) .tetapi apa yang saya ingin kongsikan disini bukanlah pengalaman saya semasa bekerja disana.apa yang ingin saya bincangkan disini bersama anda ialah mengenai kekeliruan saya tentang bahan yang diletakkan didalam kebanyakan makanan yang dihidangkan oleh pihak berkenaan iaitu minuman keras atau arak...

untuk pengetahuan anda semua,arak terdiri dari berberapa jenis iaitu Beer,Brandy, Whiskey,Gin, Rum,Vodka, Tequila,Apperiti f dan Liquire...kesemuany a berbeza dari segi jumlah kandungan alcohol dan sumber arak tersebut.ini hanya sekadar pengetahuan buat anda. apa yang menjadi kekeliruan saya ialah mengenai pengertian arak tersebut(semua jenis yang disebutkan tadi).apa yang menjadi kekeliruan buat saya ialah tentang erti sebenar arak itu.kita sedia maklum arak ialah "minuman keras@minuman yang memabukkan"...the point is...bila ditafsirkan "arak" adakah ia membawa maksud "minuman mengandungi "alcohol"?bagaimana pula jika minuman itu tidak mengandungi alcohol tetapi ia juga memabukkan contohnya air tuak ataupun air tapai?apa pula kategori minuman itu?

saya bukan cuba untuk menghalalkan yang haram tetapi hanya cuba menyelesaikan kekeliruan.mungkin bunyinya mudah untuk memberi jawapan tetapi banyak yang perlu dijelaskan.saya hanya memerlukan penjelasan dan penerangan tentang kekeliruan tersebut moga dapat sama-sama kita berkongsi pengetahuan disamping menimba pengetahuan. setiap jawapan dari anda akan saya susuli dengan soalan saya yang seterusnya seandainya saya masih belum buntu.

salam

berjuang,berjuang, berjuang dan terus berjuang!!!

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.
Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita...

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.

Selain daripada Arak , ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan
untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar..

Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalam an daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.

Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.

Renungan oleh Aini

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran

Wednesday, May 14

Agenda Bulan Mei 2008

Mesyuarat Penilaian e-bahan PSI PQS anjuran BTP KPM
di Hotel Capitol KL
16-18 Mei 2008 (Jumaat-Ahad)
Bertugas sebagai Penilai e Bahan

Memori : Maahad Muar JOHAN KUIZ AL-QURAN (KKQ) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2005







Jika di imbas kembali , SMKA Maahad Muar pernah menjadi Johan Kuiz Al-Quran (KKQ) dalam Ihtifal dan Anugerah Kecemerlangan SMKA Peringkat Kebangsaan Tahun 2005 yang berlangsung di SMKA Nibong Tebal Pulau Pinang.Ketika itu , peserta Kuiz KKQ diwakili oleh Azizah bte Ahmad , Fitry Nadia bte Mohd Sahli dan Zakiah . Kemenangan ini sesuai dengan usaha mereka dalam menghadapi pertandingan dari tahun 2004 lagi berdasarkan pemerhatian saya daripada semasa ke semasa.Tahniah kepada 3 peserta Kuiz KKQ ini yang telah mengharumkan nama sekolah dan KKQ Smka Maahad Muar.Semoga Tahun 2009 piala itu kembali lagi ke Maahad Muar.

Monday, May 12

Kem Pendidikan Islam 45/1 (Kem Imarah Masjid)




Pada 10 Mei 2008 (Sabtu) bermula dari jam 7.00 am - 2.00 pm telah diadakan Kem Pendidikan Islam PMR 2008 di Masjid Sultan Ismail Tg Agas Muar.Objektif utama kem ini diadakan adalah untuk melaksanakan Penilaian Ujian Tilawah dan Hafazan PMR 45/2 disamping Ujian Lisan B Arab PMR.Kem ini membabitkan semua kelas peperiksaan Tingkatan 3 . Di samping itu , kem ini juga mampu mendidik para pelajar supaya rajin mengimarahkan Masjid dengan melakukan niat iktikaf di masjid, solat sunat Hajat dan membaca al-Quran .

Maahad Muar & RMK 9




Ini adalah suasana SMKA Maahad Muar yang sedang mengalami zaman kepesatan .Padang Maahad sedang ditambak untuk dibangunkan bangunan asrama baru.Dewan Makan lelaki pula telah dirobohkan dan akan dibina kantin sekolah yang lebih canggih.Manakala kawasan paya bakau dibangunkan kawasan rumah guru , asrama dan kompleks sukan yang lengkap.

Peperiksaan Bertulis Objektif KKQ 2008

Peperiksaan Objektif KKQ 2008
Tarikh : 25 Jun 2008
Hari : Selasa
Masa : 9.00 - 10:30 Pagi
Tempat : Dewan Seminar SMKA Maahad Muar

Di Harap Semua Pelajar KKQ Tingkatan 3 dan 5 KKQ bersedia untuk menghadapi IMTIHAN ini.Selamat Berjaya.

Nasyid ... Maahad Muar Johan Lagi 2008





Pada 3 Mei 2008 telah berlangsung Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Johor Sempenana Sambutan Hari Minggu Belia Peringkat Negeri Johor 2008 Anjuran Jab Belia dan Sukan , ABIM dan MAYC yang bertempat di Kompleks Belia Larikin JB . Alhamdulillah SMKA Maahad Muar Johor menjadi JOHAN peringkat negeri dan akan mewakili negeri Johor ke peringkat Kebangsaan di Stadium Bukit Jalil pada 15dan 16 Mei 2008 . Tahniah kepada guru pembimbing Nasyid SMKA Maahad Muar Ustaz Mohd Khairulzaman bin Hamjah.Doakan kejayaan mereka.

Tuesday, May 6

Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR 2008 Tingkatan 3

Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Islam Ting3 PMR akan berlangsung pada hari khamis 8Mei 2008 di Dewan Seminar Oleh saya sendiri .Syukran.

PMR 2007 Bahasa Arab- Tahniah dari Admin KKQ

SMKA Maahad Muar telah menduduki tempat ke 2 dari 54 SMKA diseluruh dalam pencapaian terbaik Bahasa Arab PMR 2007.Tahniah diucapkan kepada semua guru B.Arab dan semua pelajar SMKA Maahad Muar yang menjulang subjek utama SMKA ini.

Usia Bumi - Kiriman En Fauzi Pasir Gudang

Assalamualaikum. ..
Mesti korang tkejut kan ..neway, just
bace dulu n evaluate it later....Allah sahaja yang tahu kebenarannya. Bukti kebenaran Al Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.]
a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah...daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066
b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....
c) Dan dikatakan kuasa Israel akan
mencapai puncaknya pada tahun 2007...
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14
tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan
oleh
penurunan semula Nabi Isa... . Dan
hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya
akan hidup selama 40 tahun dan dunia
akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066
Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...
Beribadatlah wahai umat Islam
sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula..aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.
P/s : mmmm kalu rajin pass la kat
kawan2 korang erk.. sian kawan2 korang
kalu tak tau ni...
Wallahua'lam. .(ni pun aku copy dr
org..tak salah kalu ilmu
disebarluaskan. .kan?)

Monday, May 5

Produk paling laris tetapi tidak halal...

1.Shampoo dan facial DOVE
2.Pringles potato chips
3.Lychee NARCISSUS


KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang² keluaran narcissus.
BARI-BARI ( BABI + BIRI )

MINUMAN BERKARBONAT TERNAMA MENGANDUNGI BAHAN ASING

KUALA LUMPUR - Unit Aduan PPIM telah menerima aduan seorang pengguna yang membeli air minuman Coca - Cola mengandungi benda asing yang menjijikkan.
Itu senario yang berlaku kepada seorang penggemar Coca - Cola minuman berkarbonat popular yang terpaksa menanggung kerugian kerana terbeli " air makhluk asing." Penggemar tersebut kesal apabila tertipu oleh sebuah syarikat pengeluar minuman antarabangsa dan terkemuka kerana menjual air yang berisi bahan kotoran.
Mangsa mendakwa tertipu dengan isi kandungan air coca-cola selepas membeli minuman itu di sebuah kedai runcit di Kapar, Klang .
PPIM juga was-was dengan status halal minuman coca-cola kerana disyaki mengandungi bahan terlarang dalam ramuan minuman keluaran syarikat tersebut. Syarikat ini juga dipercayai menyokong Rejim Yahudi dengan memberi bantuan moral dan kewangan yang besar untuk melakukan kekejaman dan keganasan terhadap kemanusiaan dan negara-negara yang lemah sejak berkurun lamanya.
PPIM telah lama melancarkan boikot terpilih termasuklah Coca - Cola dan menyeru masyarakat pengguna Islam melakukan perkara yang sama. PPIM mengambil langkah drastik dengan membuat laporan di Balai Polis Setapak demi kepentingan hak kemanusiaan dan kepenggunaan.
Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepada syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman. Sokonglah produk keluaran Islam.

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

Assalamualaikum
Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum. Rasa bersalahsentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.
Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Sekian
Chef Farid

AWAS !!! ADA DI JUAL DI 7-11

Subject: FW: Mini Poppers Haram?
Ni amek dari internet forum..Aiseymen, baru ingt nak makan!! Saya copy and paste mende ni dari internet. kot² ada sesapa yang boleh mengesahkan kesahihahannya dia ucapkan jutaan terima kasih)

semlm g jusco, ingat nak beli aiskrim yang terkini tu.. yang bulat² cam guli..dalam ade vanilla luar salut coklat ngan ade kacang sikit. tp bile tengok ingredients dia.. aisey, memang ada la pulak guna kod tu.. terbantut selera...

these emulsifiers are haram:

120,141,160(A),161,252,300,301,422,430,431,433,435,436,441,470,471,472(A,E),473,474,475,475,477,481,482,483,491,494,542,570,631,635,920 bEUR"

RENNET in the cheese is animal origin is HARAM too unless otherwises stated.

for those who are aware, please let it be known to our bEUR~uninformed bEUR (tm) Muslim brothers and sisters.. this what it reads??

we bought this particular ingredient, whichh contained in most choclates and ice creams they have Emulsifier 471. These are porkfats and they name is such a way

after reading, we called MUIS and checked with them. they told us taht it is actually pork fats. We checked most choclate brand and ice creams and that most of them we cannot eat. As Muslims we sgould bot make the same mistake. Before eating any choclate or ice creams, please read the ingredients firts..

Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides which is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM.

Jolly Shandy: Arak Alaf Baru yang mengelirukan !!


PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE .

Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.

Air .....

Assalamualaikum..pengumuman untuk semua, sebenarnya, air kickapoo yang kita selalu beli dan minum itu berasal daripada SYARIKAT ARAK! nama syarikat itu adalah Monarch Baverage. Untuk bukti lebih lanjut, layari:
http://www.monarch-beverage.com/home.htm

http://www.kickapoojoy.com/history.html

Tolong sebar2kan kepada semua.
Tolong berhenti membelinya...

Ha!teringat pula Kak M, kepada sesiapa yang suka makan dodol Siam(ala yang 3 segi tu) tolong jangam makanlah, Kak M tengok sendiri macam mana dia orang buat Dodol tu dikacau atas dapor arang, kandapor tu rendah saja. Lepas tu dibiarkan sejuk. Ha time ni yang best ni, time nak bungkus, anjing 2, 3 ekor dok jilat dodol kat dalam kuali besar tu, member baik punya dok bungkus tak pulak dia halau anjing² tu bila tengok memang nak termuntah, Jadi kalau ada orang bawa balik oleh² dari Padang Besar/Danok ka janganlah makan, kotor same goes to asam jawa or buah keranji yang disalut gula tu - samalah proses dia tu
Nampak gayanya banyak benda yang kita dah makan ya!!!!

Subject: jgn beli bihun jenama "EKA"

untuk umat islam jgn beli dan makan bihun jenama EKA sebab baru-baru ni ada
saudara kita yang dah pi kat kilang dia dekat tasek gelugor.Kilang dia
bersebelahan ngan ladang babi dan air dari LADANG TU mengalir ke kawasan
kilang EKA.Lantai tempat pembungkusan bihun tu sentiasa basah dan anjing
berkeliaran kat situ....pekerja dia taK NAMPAK PUN dari bangsa kita.

Saya sekadar menyampaikan sebagai umat islam...

Pengumuman

Kepada Bekas2 Pelajar SMKA Maahad Muar (Alumnai SMKA Maahad)
Anda boleh memberi pendapat dan cadangan serta artikel yang bermanfaat untuk kemajuan SMKA Maahad Muar.Kerjasama anda amat dihargai.

Sunday, May 4

Pengujian Azan (UIA) - Dalam Memori



AZAN ACCESSMENT (PENGUJIAN AZAN)

Date & time :

23 September 2006 ( 10 a.m to 4 p.m )
Category A ( 7 – 12 years )

24 September 2006 ( 9.30 a.m to 3 p.m )
Category B ( 13 – 18 years )

Venue : Pre-function area

In conjunction with the Al-Qur’an: The Sacred Art of Revelation & Ilmuwan Islam Exhibition, the Azan Accessments were held at the Islamic Arts Museum Malaysia for two days. The objective of this programme is to instill a feeling of confidence in the heart of young Muslims when pronouncing the azan in front of a crowd. This programme seek to expose the participants and the audiences to the various techniques or styles of azan.

On 23rd September 2006, 30 participants aged 7 to 12 years old entered the assessment for Category A. They came from various primary schools in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya. The Azan Assessment began at 11 a.m as soon as the participants have registered and listened to the briefings on the rules of the Azan Accessment which were given by the judges.

The asssessment was divided into 2 rounds. For the preliminary round, the participants will call out the azan within the allocated time. Each participant has been given a maximum of 5 minutes. Judges for this Azan Accessment were Ustaz Munif and Ustaz Amir Hezam. Ustaz Munif is well-known for assessing the lagu (melody), suara (voice) and tertib (etiquette) ( 40 % ) while Ustaz Amir Hezam is an expert in the tajwid and makhraj ( 60% ). From the preliminary round, the best 10 participants were selected to compete at the final round.


The first-prize winner will receive RM500, second-prize winner will obtain RM300 and third-prize winner will recieve RM150. Whereas, 7 lucky participants will receive the Consolation Prizes. The Cash Prize was sponsored by Takaful Malaysia Berhad and the souvenirs for the consolation winners were given by Halagel Malaysia.

Below are the names of the winners:

1st prize : RM500
Mohd.Aidil Amsyar B. Mohd. Radzief from Sekolah Agama Rakyat Al-Kahfi (11 years)

2nd prize : RM300
Mohd. Nabil Bin Sarpin from Sekolah Agama Rakyat Integrasi Al-Kahfi ( 11 years )

3rd prize : RM150
Mohammad Ammal Shafiq Bin Osman from SK Taman Midah 1 ( 11 years )

Consolation winners (souvenir sponsored by Takaful & Halagel)
1. Amin Al-Hadi B.Abdul Hadi from Sekolah Taman Ilmu dan Budi ( 9 years )
2. Yuhan Kuek from Sekolah Islam Adni ( 7 years )
3. Muhamad Wali B.Ismail from Sekolah Taman Ilmu dan Budi ( 11 years )
4. Ahmad Safiuddin Ahmad Fakhri from Sekolah Islam ADNI ( 12 years )
5. Mohd. Hafiz Bin Salim from Sekolah Bangsar ( 12 years )
6. Omar B. Abdul Rashid from Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Tembak ( 10 years )
7. Muhammad Khalis B.Khalil from SRA Al-Ummah ( 12 years
On the next day ( 24 September 2006 ), Pengujian Azan for category B ( 13 to 18 years old ) took place at the same venue. Participants registered as early as 9.30 a.m and before joining the launching of the Tadarus al-Qur’an at the Inverted Dome area. After the launching ends, Pengujian Azan began at 11 a.m. This time, 27 participants took part in the assessment. Due to the first day of Ramadhan, time of the programme was shortened as there is no final round and judges have to choose the winners from the 27 participants. The previous judges resumed their responsibility in evaluating the participants. Below are the names of the winners for category B:

1st prize : RM500
Muhammad Miftahuddin Bin Sufyan from SMA Persekutuan Kajang ( 14 years )

2nd prize : RM300
Abdullah Mohammad Bin Tajuddin from SMKA Maahad Muar ( 16 years )


3rd prize : RM150
Muhammad Syafiq Bin Razali from SMK Bandar Baru Bangi ( 16 years )

Consolation winners ( souvenir sponsored by Takaful & Halagel )
1. Ahmad Anwari B. Razali from SMKA Persekutuan Kajang ( 16 years )
2. Muhammad Yusuf B. Roslan from SMK Bandar Damansara 1 ( 14 years )
3. Mohd. Amirudin B. Hj. Ismail from SMKA Persekutuan Kajang ( 17 years )
4. Wan Muhammad Ashraf B.Wan Sabri from SMKA Persekutuan Kajang ( 14 years )
5. Muhammad Lutfi B. Mohd. Afami from SMA Maahad Muar ( 13 years )
6. Ahmad Izzat B. Halim from SMA Maahad Muar ( 13 years )
7. Abbas B. Shabuddin from Kolej Islam Sultan Alam Shah ( 17 years )

On 23 September, CEO for Takaful Malaysia Berhad; Encik Azmi Bin Abu Bakar kindly came to support the programme and also presented the prizes to the participants from Category A. He praised the programme for it has been held successfully and hopes to see it be held again in the future. Whereas, on the next day Puan Nureshah Malik, an executive producer from TV3 presented the prizes to the participants from Category B.

TV3 has covered the entire programme which will be featured on MHI.

Saturday, May 3

Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg
tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah
itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan
anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala
keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan
sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup
aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia
sahaja. Maka dia akan ditarik keneraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal
keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya
bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika
tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi
bahan bakar neraka jahanam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri
bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan
mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg
alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya
tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya
bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah
dia?Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg
kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman'
neraka sana .)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah
wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.
Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan
adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah
tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya
menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan
dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan
adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal
kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat
kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya..
.maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di
akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah
ibumu....nasihatila h dia jika tersalah atau terlupa....
krn ibu
juga insan biasa... x lepas dr melakukan
dosa...selamatkanla h dia dr menjadi 'kayu api'
neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja
di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka
kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus
memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu
dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin
dan batu-batu..."

Kurma Kismis & Madu

Sabda Rasulullah s.a.w

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu
yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah
kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak
yang penyabar, bersopan santun serta cerdas
pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat
baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma
semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin
nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan
sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma
semasa melahirkan nabi Isa a.s.Buah kurma tidak
mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan
makanan Rasullullah s.a.w.
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing
manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain
puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan
kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan
menyebabkan penghuninya kurang sehat".
"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum
dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan
anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih
hatinya)".
Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Buah kurma adalah salah> satu buah yang berasal
dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum
sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun,sihir dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka
cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji
setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan
tertimpa penyakit kecuali kematian".
"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat
menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning),
menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa,
menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
Imam Ali a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia
tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak
disenangi".
"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan
penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan
jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan
bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan
menyehatkan jiwa".

3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat
melakukan nasehat Al-Qur'an,
maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77
penyakit".
"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat
hendaklah dia meminum madu".
"Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat
mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada
di dalam dada".
"Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan
menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah
didoakan oleh 70 Nabi".
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:
"Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit
di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan
hati".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul saw sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum
madu dan membaca Al-Quran".