SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Thursday, November 10

AMALI SEMBELIHAN SMKA MAAHAD MUAR 10/11/11







Pada 10 Nov 2011 telah diadakan Program Amali Sembelihan Peringkat SMKA Maahad Muar di kawasan lapang berhadapan dengan aspuri lama. Program ini dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Naseh bin Ahmad dibantu dengan pelajar-pelajar tingkatan 5 sebagai salah satu teknik mengingati pembelajaran PSI semasa tingkatan 4 dulu. Ayam-ayam yang telah disembelih akan dimasak untuk majlis tingkatan 5 nanti.Semoga amali sembelihan ini memberi keyakinan kepada pelajar terutama pelajar perempuan untuk melaksanakan sembelihan tika waktu yang diperlukan kelak.

Wednesday, November 9

Program Ibadah Qurban Perdana 2011 / 1432 Hijriah







Pada 8 dan 9 November 2011 SMKA Maahad Muar telah melaksanakan Program Ibadah Qurban Perdana sempena Aidil Adha . 3 Ekor lembu telah diqurbankan hasil sumbangan daripada pihak pengurusan sekolah , guru-guru dan murid-murid. Semua warga Maahad Muar berganding bahu melapah daging qurban termasuklah para murid . Daging mentah Qurban telah diedarkan di kalangan warga SMKA Maahad Muar dan penduduk sekitar kawasan sekolah . Ini secara tidak langsung dapat merapatkan ukhuwah yang telah sekian terbina antara pihak sekolah dengan penduduk setempat. Pada 9 November pula , daging-daging qurban telah dimasak Beriani untuk santapan semua warga SMKA Maahad Muar di samping hidangan SOP TULANG oleh GPIBA.Semoga dengan ibadah Qurban yang dilaksanakan dapat untuk membersihkan hati dan jiwa sekaligus mengharapkan keredhaan Allah.Salam Idul Adha 1432 Hijriah dari kami SMKA Maahad Muar , Sekolah Kluster Kecemerlangan.

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN TPM KEPADA SMKA MAAHAD MUAR (5 NOV 2011)






MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN DARI TIMBALAN PERDANA MENTERI KEPADA KAA/SAR/ SMKA NEGERI JOHOR DI SMA SHAMSUDINIYYAH KUNDANG HULU , MUAR JOHOR PADA SABTU 5 NOV 2011