SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Monday, January 28

Pertandingan MTQ Peringkat SMKA Maahad Muar 2008

Pertandingan MTQ peringkat sekolah telah bermula pada 28 hingga 31 Januari 2008 dibeberapa lokasi yang telah ditetapkan.Pertandingan yang berlangsung hari ini adalah Tilawah Al-Quran Lelaki dan Hafazan lelaki yang berlangsung disurau.Penyertaan dari pelajar amat menggalakkan.Pertandingan MTQ diadakan secara berselang seli hari memandangkan latihan rumah sukan pada hari Isnin dan rabu (perempuan) dan selasa & khamis (lelaki).

MTQ PKT KEB 2007


Acara : Hafazan (Perempuan)
Nama : Najihah mohd Anuar
Tempat : Alor Star Kedah
Kedudukan : Johan

Wednesday, January 23

PROGRAM HUFFAZ ASRAMA SMKA MAAHAD MUAR

Program Huffaz ini telah dilaksanakan pada awal Januari 2008 dan telah diadakan pada setiap hari isnin dan selasa selepas magrib hingga Isyak.
Pelajar asrama diprogramkan untuk menghafaz surah-surah pilihan secara terancang dan sistematik bagi membentuk akhlah al-quran dalam peribadi pelajar.
Projek ini dikendalikan oleh Us Mohd Sani bin Taib (penyelaras kkq )
Antara Objektif utama program ini ialah :
1) Membentuk sahsiah unggul Islam dalam diri pelajar
2)Memantapkan bacaan al-Quran pelajar dari segi tajwid , fasohah dan tartilnya
3) Memenuhi ruang masa santai pelajar asrama dengan bacaan al-quran
Projek ini secara umumnya dibantu oleh Ustaz dan Ustazah SMKA Maahad Muar dalam bertalaqi Musyafahah dengan pelajar .
Sekian .

Saturday, January 19

SMKA MAAHAD MUAR SEKOLAH PERINTIS MODUL SUMUR PKT KEBANGSAAN

Majlis Pelancaran Modul Sahsiah Unggul dan Kelab Braile Al-Quran


Majlis Pelancaran Modul Sahsiah Unggul dan Kelab Braile Al-Quran, Kementerian Pelajaran Malaysia telah berlangsung pada 29 Oktober 2007 yang lalu bertempat di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang, Selangor.
Ringkasan Modul Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)
Modul Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato' Noh bin Haji Omar, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Idea SUMUR ini adalah hasrat Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien. Idea ini disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) dengan mencetuskan Modul 5C iaitu
Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria.
Murid Contoh

Objektif
Mempunyai penampilan diri yang kemas dan menyenangkan
Pandai menguruskan diri sebagai seorang murid
Bijak mengurus masa dalam kehidupan seharian
Mengamalkan adab belajar yang berkesan
Mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup

Program
Penampilan diri
Pengurusan diri
Pengurusan masa
Adab belajar
Ketahanan diri

Murid Cerdas
Objektif
Murid mengenali diri sendiri
Prinsip hidup cemerlang
Amalan berbudi bahasa
Semangat patriotisme
Memburu kejayaan dan pengiktirafan
Program
Kenali diri
Prinsip hidup
Berbudi bahasa
Patriotisme
Pengiktirafan

Murid Cerdik
Objektif

Meningkatkan daya kepimpinan
Mempunyai keyakinan diri
Keupayaan berpidato
Memiliki daya juang yang tinggi
Dapat berkomunikasi secara berkesan
Program
Minda terbuka
Cabaran minda dan ketahanan fizikal
Peningkatan ilmu secara kendiri
Komunikasi berkesan menjana kecemerlangan

Murid Cergas
Objektif
Mempunyai ilmu pengetahuan yang berguna dalam penjagaan kesihatan
Mempraktikan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan seharian
Mengamalkan riadah secara berkala untuk kesihatan
Program
Promosi penjagaan kesihatan
Pemakanan seimbang
Riadah berjadual

Murid Ceria
Objektif

Mempunyai penampilan diri yang kemas, bersih dan segak
Dapat mengendalikan pengurusan stress dengan berkesan
Sentiasa memburu ilmu untuk kebahagian dunia dan akhirat
Sentiasa membuat kebaikan (SMK)/ merebut pahala berganda (SMKA)
Program
Kemas dan bersih
Program segak
Pengurusan stress
Memburu ilmu
Membina jati diri
Merebut pahala berganda

Wednesday, January 16

Salam untuk semua..walaupun blog ini dibangunkan atas dasar kkq...tapi semua pihak berhak mengemukakan idea dan pendapat yang sekurang-kurang dapat menggemilangkan maahad lagi..Insya Allah saya akan memberi liputan terkini berkenaan sekolah kita ..Jadi semua pihak ..warga SMKA MAAHAD MUAR , EX MAAHAD , Ahli ALUMNAI , PPD , JPN , JAPIM dan orang perseorangan dipersilakan memeriahkan blog ini..SYukran.
Monday, January 14, 2008 5:01:00 AM
salam...ust mohd sani b taib..akhirnye... ade gak perubahan kat blog ni... tp ni utk kkq je ke? skolah pny xde ke? yg lama tu mcm xde ape2 perubahan jer..hurm.. apa2pun syabas kpd ust n team2 maahad yg lain krn dh menaikkan lagi name maahad..sye amatlah rindu kat maahad.. tggula balik nti insyaAllah klu ade kesempatan sy dtg maahad lagi.alrite ust..keep up the gud work!!jgn awal2 saja excited update blog ni tau.. lame2 sepi semule...maahadmuar sentiasa d hati...AFIQAH_MOHAMEDspm '05
Monday, January 14, 2008 4:48:00 AM

Tuesday, January 15

Hari Terbuka SMKA Maahad Muar

Hari Terbuka SMKA Maahad Muar bagi sessi 2007 akan diadakan pada 18 Jan 2007 di Dewan Besar bagi tingkatan 2,3 dan 5 .Semua Ibubapa dijemput hadir.Harap Maklum.

Monday, January 14

Perkembangan terkini SMKA Maahad Muar

14 Januari 2008 - Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 SMKA Maahad Muar intake ke 2 (75 orang)dan Majlis Perlantikan Pengawas baru Sessi 2008.
Tahun 2008 ...Kelas Kemahiran Al-Quran bagi Tingkatan 1 adalah tingkatan 1 ALIM.Temuduga kemasukan ke kelas kkq telah di adakan dan seramai 35 orang pelajar baru tingkatan 1 layak mengikuti kelas ini.Untuk makluman semua, Pn Pengetua Kanan SMKA Maahad Muar , Pn Hajah Hamizah bte Hassan akan mengajar KKQ bagi tingkatan satu 2008 (madah tajwid dan hafazan). Ini menunjukkan Pn Pengetua sendiri memberi sokongan yang padu dan menitikberatkan subjek kkq .Al-Hamdulillah.

Jangan Guna AKUM

Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.
JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

Johan Hafazan Perempuan MTQSSKPM 2007

SMKA Maahad Muar telah melakar satu lagi sejarah dalam pertandingan MTQSSKPM peringkat Kebangsaan 2007 1428 H di mana salah seorang daripada pelajar KKQ tingkatan 4 Najihah bte Mohd Anuar telah berjaya meraih Johan dalam pertandingan Hafazan MTQSSKPM yang berlangsung di AlorStar Kedah.Ini merupakan penyertaan Najihah kali ke 3 di peringkat kebangsaan.Kejayaan ini telah mengharumkan nama sekolah dipersada SMKA yang lain dan memberi dorongan kepada pelajar-pelajar mencapai kejayaan dalam bidang ko ku.Tahniah buat Najihah.