SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Saturday, June 21

PEPERIKSAAN OBJEKTIF KKQ TAHUN 2008 TG 3 & 5

Peperiksaan Objektif KKQ Tahun 2008 akan berlangsung pada ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Jun 2008
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Dewan Seminar Tg 3 / Bilik Etems Tg 5

Diharap semua pelajar-pelajar berkenaan dapat bersedia dan membawa alat kelengkapan peperiksaan . (pensil 2b dan pemadam.

Monday, June 16

Majlis Pelancaran Program Huffaz Peringkat Negeri Johor 2008



SMKA Maahad Muar terpilih sebagai perintis program Huffaz negeri Johor pada ketetapan berikut :

20 Jun 2008(Jumaat)
Dataran Hidayah SMKA Maahad Muar

Program Huffaz ini akan diperkenalkan ke seluruh SMKA negeri Johor dan setiap SMKA akan mengikuti modul yang telah disusun .Secara ringkas modul huffaz akan melatih setiap pelajar menghafaz surah2 pilihan mengikut tingkatan secara sistematik dan terancang dan seorang guru pembimbing bagi setiap tingkatan.
Majlis ini akan dirasmikan oleh Pengarah bahagian dakwah dan kepimpinan JAPIM Tuan Haji Abdullah Mohd Din .

Tuesday, June 10

MEMAGARI DIRI DARI SIHIR

Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir). Di bawah ini ini di nyatakan
cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari
perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir mungkin tidak
mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara
memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1)

Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan
Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar
tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

'Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat
sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu'.
[Riwayat al Bukhari]


Pagar Kedua (2)

Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat
oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada
mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: 'Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan
kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci
terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang
Malaikat. ?Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik
untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia
telah tidur dalam keadaan bersuci''
[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]


Pagar Ketiga (3)

Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim
bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat
berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. ?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya
merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak
mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya
akan didampingi ?oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.
Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari
puaknya.'
[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]


Pagar Keempat (4)

Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam
boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.
Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya
adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil
perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang
tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah
S.A.W. pun bersabda: Ertinya: 'Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam
telinganya'
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]


Pagar Kelima (5)

Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia
akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai
seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah
buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki
tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah
dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa
perlindungan dengan berkata :
Ertinya: 'Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu
dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan'.
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau
betina.


Pagar Keenam (6)

Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :

'Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau
selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan
yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke
atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang
yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir
dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya'
[Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]


Pagar Ketujuh (7)

Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah
sehingga terlelap

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata
kepada Abu Hurairah:
'Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa
di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu
mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut
sambil berkata:
'Ia telah bercakap benar kepada engkau, wahal sendiri sememangnya
penipu'
[Riwayat al Bukhari.]

YANG BAIK ITU DARI ALLAH, YANG TIDAK BAIK ITU DARI KELEMAHAN SAYA SENDIRI

Hikmah Berdiam Diri

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5.. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:

* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )

* "Barangsiapa yg beriman kpd Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )

* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya". ( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.

* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia..

Monday, June 9

Kisah Tauladan Mandi Junub

akibat tak mandi...
Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut.

Selepas dikafan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkembumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali.

Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya. Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut.

Apabila sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu.

Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat dikebumikan.

Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.

Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan.

Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki tiu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut.
Sebaik saja tanah di timbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut.. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tahah perkuburan itu.

Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya? Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan 'mandi hadas' setiap kali selepas melakukan persetubuhan.

Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas (Junub/Besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tetapi ketahuilah azabnya tidak kurang pedih dan kalau hendak merasa.... sila-silakanlah. .

Wassalam.

Biar susah, jangan menyusahkan. .

SMKA Maahad Muar Johan Nasyid Kebangsaan 2008




Al-hamdulillah SMKA Maahad Muar telah berjaya menjadi Johan Pertandingan Nasyid Sempena Hari Belia Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Staidum Putra Bukit Jalil pada 15 Mei 2008 .Menurut guru pembimbing nasyid smka maahad muar iaitu Us Khairulzaman , kumpulan nasyid Izdan ini telah bersedia lebih awal dan tidak menjangka kemenangan sulong ini. Harapan kami , semoga kemenangan menjadi semangat untuk berjaya pada masa akan dtg.SMKA Maahad Muar telah berjaya mendapat piala pusingan , hadiah wang tunai RM2000 dan piala iringan serta sijil penghargaan.Vokalis SMKA Maahad Muar juga telah berjaya menjadi vokalis terbaik dan memenangi hadiah piala dan wang RM300.00.Tahiah buat Izdan.Mabruk Alaih.

Sunday, June 8

Selamat Kembali ke sekolah



Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SMKA Maahad Muar.Semoga kita lebih bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu di Maahad Muar.

Saturday, June 7

Sila tandatangan di bUku TetaMu.