SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Thursday, May 16

WAJIB TOLAK FAHAMAN SYIAH

PUTRAJAYA 9 Sept. - Umat Islam di negara ini wajib menolak fahaman Syiah kerana terbukti ia merupakan satu fahaman sesat dan menyeleweng daripada al-Quran serta Sunnah.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi berkata, terdapat beberapa perkara pokok yang menunjukkan fahaman Syiah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar antaranya ia tidak pernah mengiktiraf kesemua sahabat Rasulullah.

Berbanding golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah (sunni) beliau berkata, mereka mengiktiraf kesemua sahabat Rasulullah termasuk Saidina Ali Abi Talib yang bersama-sama berjuang menegakkan agama Allah di bumi ini.

Puak Syiah hanya menghormati dan mengiktiraf Saidina Ali dan keturunannya manakala sahabat-sahabat besar yang lain langsung tidak diiktiraf.

Malah, ada di kalangan puak-puak pelampau di dalam Syiah menganggap Saidina Ali adalah mulia sehingga ke peringkat lebih mulia daripada Rasulullah sendiri, katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin di pejabatnya hari ini.

Untuk rekod, Sheikh Sulaiman juga adalah pensyarah di Universiti Ummul Qura, Mekah selain memegang jawatan sebagai Ketua Majlis Pentadbiran Pejabat Dakwah dan Kesedaran Islam di Mekah.

Beliau merupakan pakar dalam fahaman Syiah dan bidang kajiannya ketika mengambil sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) juga berkaitan dengan fahaman itu.

Sheikh Sulaiman berkata, fahaman Syiah juga menganggap al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah boleh berubah dan ada kekurangan.

Iktikad ini jelas bertentangan dengan Islam kerana al-Quran terpelihara daripada sebarang perubahan serta kekurangan kerana Allah sentiasa memeliharanya. Ini merupakan jaminan Allah dan ia disebut di dalam al-Quran.

Walau apa pun berlaku, 114 surah di dalam al-Quran daripada al-Fatihah sehingga an-Nas tidak akan berlaku perubahan apatah lagi kekurangan. Ayatnya, kalimah mahu pun hurufnya akan sentiasa terpelihara, kata Sheikh Sulaiman.

Beliau berkata, antara penyelewengan lain yang dilakukan oleh Syiah ialah mereka mencipta iktikad akidah yang tiada sandaran.

Sebagai golongan Sunni kita menjadikan pegangan akidah yang dijelaskan di dalam al-Quran dan Sunnah sebagai iktikad kerana ia bersumberkan daripada wahyu Allah.

Berbanding Syiah, iktikad akidah mereka bersandarkan kepada akidah takiah dan akidah rajah. Akidah takiah boleh dikatakan juga akidah munafik

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_24.htm

Tuesday, May 14

Persidangan amalan terbaik sekolah kluster kecemerlangan 2013

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Kluster Kecemerlangan      
Kementerian Pelajaran Malaysia
(seperti dalam Lampiran A)
Salinan dan melalui:
Pengarah                                               
Jabatan Pelajaran Negeri     
(seperti pada Lampiran B)
Tuan,
PERSEDIAAN UNTUK PERSIDANGAN  AMALAN TERBAIK
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) TAHUN 2013
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2.      Sebagaimana yang dimaklumkan dalam Mesyuarat Pengurusan Kebitaraan Akademik  Bil.1, 2 dan  3/2012, Persidangan Amalan Terbaik SKK dijangka akan diadakan pada 1 Oktober 2013. Selaras dengan perkembangan transformasi pendidikan yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2015, tema persidangan tahun ini berfokus kepada ke arah pendidikan inovasi sepanjang hayat.
3.      Sehubungan itu, pembentangan kertas dalam persidangan ini perlu menjurus kepada kreativiti dan inovasi dalam kepimpinan serta pengurusan kurikulum yang mampu menghasilkan pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan dan berkualiti. 
3.      Untuk menjayakan persidangan ini, semua SKK (Fasa 1-7) dimohon mengambil tindakan dengan mengemukakan perkara-perkara berikut kepada Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (u.p:                          Ketua Penolong Pengarah  Sektor Pengurusan Kebitaraan Akademik)
a.    Mengemukakan abstrak kertas kerja yang akan dibentangkan (seperti contoh dalam  Lampiran C) sebelum  30 Mei 2013;
b.    Mengemukakan kertas kerja yang lengkap (Kertas Seminar) berkaitan amalan terbaik sekolah yang akan dibentangkan dalam seminar sebelum  30 Julai 2013;
c.    Mengemukakan nama pembentang (wakil sekolah) amalan terbaik sekolah sebelum  30 Ogos 2013; dan
d.    Menyediakan bahan persembahan (powerpoint) untuk pembentangan dalam persidangan dan dihantar sebelum 15 September 2013.
4.         Semua SKK diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya satu (1) cadangan abstrak untuk dipilih di peringkat BPSBPSK. Semua penghantaran bahan adalah melalui emel : myklustersba@yahoo.com. Garis Panduan Penyediaan Abstrak Kertas Persidangan Amalan Terbaik SKK Tahun 2013 adalah seperti pada Lampiran D. Segala pertanyaan dan maklumat lanjut tentang Persidangan Amalan Terbaik SKK Tahun 2013 boleh dikemukakan kepada Pn. Salbiah bt. Baba (03- 83217410/ 019-3828181) atau En. Mohd Fauzi b. Sunary (03-83217424/ 012-7876450).
Atas perhatian dan kerjasama pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Surat berkaitan boleh dimuat turun DISINI