SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Friday, February 29

Al-Quran Pemberi Syafaat di Akhirat

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”

(Riwayat Muslim)

Huraian
Pengajaran Hadis :

Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah S.W.T. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : ”Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.”

Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.

Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Fakta Penting bagi wanita Islam

Renungan buat Wanita Islam

WAJIB DIBACA! kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!



Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini)
Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."
perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Keputusan KKQ dan Sijil KKQ

Assalamualaikum wbt
Para pelajar KKQ tahun 2007 tingkatan 3 dan 5 boleh mengambil keputusan KKQ anda dan Sijil KKQ Kementerian Pelajaran Malaysia daripada saya .
Begitu juga sijil kkq tahun2 sebelum ini..
Sekian . harap maklum.

Thursday, February 28

Jamiatul azHar Bi ShiBin El Kom ...Mesir



Kelas Tahsin Al-Quran Asrama 2008



Di samping program HUFFAZ Asrama SMKA Maahad Muar,Kelas Tahsin Asrama juga berlangsung pada setiap hari Isnin dan Selasa setiap minggu selepas maghrib.Setakat ini kelas tahsin khusus untuk tingkatan 1,2 dan 3 .Tenaga Pengajar terdiri dari Us Sani (SMKA), Us Madani(SMK Air Hitam) ,Us Zamri (SK Convent Muar),Us Naseh (SMKA)

Hamzah Menang Lagi......


Pada 21 Februari yang lepas telah diadakan SUkan TahUnaN SMKA Maahad Muar yang berlansung dengan penuh giLang Gemilang.Seperti Yang di jangka Rumah Sukan Hamzah Asadullah telah Menjuarai Temasya Ini dengan penuH bergaya sekali .Tahniah buat Us Zaman , Us Sobri , Pn Anisah , Pn Ruzaimah , Pn Norasyidah N Us Sani .
Hidup Hamzah!!!!!

RenuNGkanLah Kata-Kata Ini...

Islamik Testimonial
Dapatkan Free Testimonial DiSINI

Wednesday, February 27

Al-Quran Mencetus Inspirasi Berfikir

AL-QURAN sepatutnya mendapat layanan istimewa daripada umat Islam. Layanan itu bukan hanya membabitkan cara mengambil, meletak dan membacanya, malah yang lebih ialah kandungannya dan menghayati suruhan dan menjauhi larangannya.

Menurut Ibnu Qayyim, suasana inilah yang melonjakkan generasi terdahulu ke paras tertinggi dalam indeks kecemerlangan.

Kecemerlangan yang digapai bukan dalam satu bidang tertentu, malah pelbagai bidang. Dukacita generasi ini sudah lama meninggalkan kita.

Walaupun mereka tiada lagi, sejarah mereka tetap utuh, bahkan masih segar jika dipelajari.

Mereka membaca al-Quran bukan hanya untuk panduan hukum agama, malah menjadikan sebagai panduan cara kehidupan, membabitkan kesempurnaan fardu ain dan fardu kifayah.

Cuba lihat apabila mereka baca ayat al-Quran mengenai aurat, mereka bukan berlumba-lumba membeli kain di gedung untuk menutup aurat tetapi mereka berfikir lebih jauh dari itu, iaitu mereka berfikir cara untuk mencipta pakaian, membina kilang pakaian serta merancang untuk menguasai pasaran pakaian dan fesyen.

Begitu juga apabila mereka membaca ayat mengenai kebersihan, mereka bukan saja membersihkan najis tetapi mencari idea untuk meneroka teknologi, malah menceburi dalam import eksport barang terbabit.

Di sebalik kepintaran itu, mereka adalah generasi berakhlak tinggi. Begitulah al-Quran memberikan inspirasi berfikir dan berzikir.

Sewajarnya remaja mencontohi kecemerlangan itu, mendekati al-Quran untuk mempertajamkan minda dan memperkuatkan peribadi. (Bagaimana mendekati Al-Quran?)

Realiti Hari Kekasih

HARI 14 Februari yang lalu, hari yang dikomersialkan sebagai Valentine’s Day atau Hari Kekasih.

Hari yang ditunggu-tunggu oleh sesetengah pasangan kekasih bukan Islam untuk bertemu, meluahkan perasaan cinta masing serta bertukar-tukar hadiah.

Malangnya dewasa ini semakin ramai pula umat Islam terutamanya golongan remaja yang terpengaruh dengan acara sambutannya dan turut merayakannya. Malah ada yang bertindak di luar batasan sehingga timbul gejala sosial lain seperti perzinaan, rogol dan sebagainya. Akibatnya sangat buruk bukan sahaja kepada remaja itu sendiri, tetapi juga kepada keluarga, generasi akan datang serta pada agama dan negara.

Usaha pihak yang tampil untuk memperjelas berkenaan larangan menyambut hari ini patut dipuji. Hal ini membantu mengelakkan umat Islam daripada terjebak dengan program sambutan yang bercanggah dengan syariat Islam.

Namun ironinya pada masa yang sama kedapatan juga pihak mempromosikan sambutan hari ini yang mana kumpulan sasarannya adalah golongan belia Islam itu sendiri. Ibarat satu pihak berusaha membina sebuah kota tetapi satu pihak berusaha merobohkan kota yang terbina.

Dalam situasi sosial yang meruncing ini, strategi terbaik buat remaja Islam hari ini adalah dengan membina kekuatan dalaman yang berlandaskan faktor keilmuan dan keimanan. Berkenaan faktor keilmuan, penjelasan berkenaan larangan menyambut Hari Kekasih perlu disebarkan agar remaja memahaminya.

Faktor keimanan pula berperanan menentukan pertimbangan remaja sama ada mahu menerima penjelasan tersebut atau tidak. Bagi yang berfikir dan melihat dengan mata hati, mereka akan menerima serta mengelakkan diri daripada menyambut Hari Kekasih.

Namun ada yang berdegil menyambut Hari Kekasih walaupun setelah mengetahui penjelasan berkenaan isu tersebut, maka ditakuti bahawa pertimbangan remaja tersebut didorong oleh perasaan nafsu diri. Malah ada yang meluahkan hujah yang pelbagai demi menjustifikasikan sambutan tersebut.

Ada yang menyatakan bahawa mereka bukannya menyambut Hari Kekasih secara berlebih-lebihan, hanya sekadar kiriman satu khidmat pesanan ringkas (SMS) atau sekuntum bunga. Besar atau kecil sambutan yang dilakukan bukanlah persoalannya, tetapi pokok pangkalnya niat beserta tindakan walau sekecil mana demi menyambutnya adalah perlu untuk dielakkan.

Ada pula yang mempersoal tidaklah salah menjadikan satu hari khas untuk berkasih-sayang seperti 14 Februari ini. Malah ditambah dengan hujah mereka bahawa bukannya mereka bermaksud mengingati peristiwa sejarah berkenaan tarikh tersebut. Ada pula yang menyatakan bahawa mereka sekadar suka-suka menyambutnya di samping mengeratkan tali persahabatan.

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan remaja terikut-ikut dengan budaya ini. Pertama, kalangan remaja Muslim tidak tahu latar belakang sejarah Valentine’s Day, sehingga mereka tidak merasa bersalah untuk mengikutinya

Monday, February 25

Lawatan Smart Dorm Ke Sabah 2008 & Pertukaran Warden Asrama

Pada 11-13 Mac 2008 , Unit Hem dan Asrama akan mengadakan lawatan SMART DORM Asrama SMKA Maahad Muar ke Negeri Sabah di bawah bayu. Lawatan ini akan meliputi beberapa SMKA di sabah dan beberapa tempat menarik di sabah.Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua guru asrama dan pelajar dan membawa perubahan yang drastik dalam Asrama Maahaad Muar.

Berkuatkuasa Jan 2008 , terdapat perubahan pada tampok pemerintahan warden asrama:
Us Lizam menggantikan Us Khairol Azman
Cik Norsham menggantikan Ustazah Rubiah

Piala Kemenangan MTQ 2007


Dalam Kenangan ...Abdullah Muhd Tajudin bergambar kenang-kenangan bersama piala mtq 2007 .Abdullah adalah naib johan berzanji daerah 2007 .

Sedetik dengan MTQ 2008 Maahad Gemilang



Tuesday, February 12

Insan biase

Nice blog...keep it on....

Pelajar Berilmu

nice layout..ALQURAN penjana ummah

afifi

laman web baru ni lbeh baik dri yg dlu..

Pengumuman MTQ Sekolah 2008

Pertandingan mtq peringkat sekolah telah dijalankan pada akhir jan 2008 dan keputusan akan diumumkan pada akhir bulan Feb ini...Johan pertandingan mtq 2008 akan mewakili sekolah kepertandingan mtq daerah yang bakal diadakan pada awal mac di bukit serampang...Tunggu keputusan ...