SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Wednesday, February 27

Al-Quran Mencetus Inspirasi Berfikir

AL-QURAN sepatutnya mendapat layanan istimewa daripada umat Islam. Layanan itu bukan hanya membabitkan cara mengambil, meletak dan membacanya, malah yang lebih ialah kandungannya dan menghayati suruhan dan menjauhi larangannya.

Menurut Ibnu Qayyim, suasana inilah yang melonjakkan generasi terdahulu ke paras tertinggi dalam indeks kecemerlangan.

Kecemerlangan yang digapai bukan dalam satu bidang tertentu, malah pelbagai bidang. Dukacita generasi ini sudah lama meninggalkan kita.

Walaupun mereka tiada lagi, sejarah mereka tetap utuh, bahkan masih segar jika dipelajari.

Mereka membaca al-Quran bukan hanya untuk panduan hukum agama, malah menjadikan sebagai panduan cara kehidupan, membabitkan kesempurnaan fardu ain dan fardu kifayah.

Cuba lihat apabila mereka baca ayat al-Quran mengenai aurat, mereka bukan berlumba-lumba membeli kain di gedung untuk menutup aurat tetapi mereka berfikir lebih jauh dari itu, iaitu mereka berfikir cara untuk mencipta pakaian, membina kilang pakaian serta merancang untuk menguasai pasaran pakaian dan fesyen.

Begitu juga apabila mereka membaca ayat mengenai kebersihan, mereka bukan saja membersihkan najis tetapi mencari idea untuk meneroka teknologi, malah menceburi dalam import eksport barang terbabit.

Di sebalik kepintaran itu, mereka adalah generasi berakhlak tinggi. Begitulah al-Quran memberikan inspirasi berfikir dan berzikir.

Sewajarnya remaja mencontohi kecemerlangan itu, mendekati al-Quran untuk mempertajamkan minda dan memperkuatkan peribadi. (Bagaimana mendekati Al-Quran?)

1 sila komen disini:

afiqah mohamed said...

a gud tazkirah....

thnx ust ;-)

"Wahai manusia! Sungguh telah datang kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman." (Surah Yunus) (10:57)