SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Saturday, November 29

PENGERTIAN & HUKUM IBADAH QURBAN

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN

* Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

* Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.

* Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.

* Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.


DALIL PENSYARIATAN

* Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".

* Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".

* Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)

FADHILAT IBADAH QURBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

* Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

* Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

* Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)

* Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

* Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".


HIKMAH BERQURBAN

* Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.

* Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.

* Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN

* Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.

* Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

SYARAT SAH QURBAN

* Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.

* Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban.

* Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.


JENIS HAIWAN YANG BOLEH DIJADIKAN QURBAN

* Ulama' bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina.

UMUR BINATANG QURBAN

1. Unta - berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun.

2. Lembu/kerbau/ kambing - 2 tahun masuk ke 3 tahun.

3. Biri-biri/kibas - Setahun masuk kedua atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi 6 bulan.

KECACATAN YANG MENGHALANG SAHNYA QURBAN

* Hendaklah ia sejahtera daripada sebarang kecacatan seperti tiada telinga atau terpotong ekor, gila, kudun, sangat kurus, buta dan sebagainya.

* Ada 4 kecacatan utama yang telah disepakati oleh Ulama'yang menghalang sahnya qurban iaitu berdasarkan hadis riwayat Barra' bin Azib iaitu sabda Rasullah Sallahallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya : "4 jenis kecacatan yang tidak harus diperbuat qurban iaitu buta sebelah mata, berpenyakit, tempang dan terlalu kurus".

* Daripada hadith di aras Ulama' telah mengqiaskan kepada kecacatan yang seumpamanya atau lebih teruk daripada kecacatan tersebut. Ia dapat diringkaskan seperti berikut:

1. Tiada atau terpotong telinga ataupun lidahnya walaupun sedikit begitu juga yang terpotong ekornya.
2. Gila
3. Berkudis walaupun sedikit.
4. Haiwan yang baru melahirkan anak atau yang bunting.
5. Tersangat kurus.
6. Buta sebelah mata atau kedua-duanya.
7. Berpenyakit
8. Tersangat tempang

* Tetapi, jika telah bernazar untuk qurban binatang yang sudah ada kecacatan tersebut, wajarlah dia melaksanakannya.

* Haiwan yang tiada ekor, tiada gigi atau patah setengah giginya, tiada zakar, haiwan yang dikasi zakarnya boleh dijadikan binatang qurban.

* Makruh mengorbankan haiwan yang tidak bertanduk atau patah tanduknya begitu juga haiwan yang terbelah atau bertebuk telinganya.

KEHARUSAN BERKONGSI HAIWAN QURBAN

* Seekor unta, lembu atau kerbau itu harus dikongsi oleh tujuh orang sama ada dari keluarga yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud qurban, misalnya ada antaranya bermaksud aqiqah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya sahaja.

* Bagi seekor kambing atau biri-biri hanya cukup untuk seorang sahaja, tetapi harus berkongsi dengan orang lain dalam pahala berkorban dengan seekor korban itu.

* Adalah afdhal dibuat korban bagi seorang dengan seekor unta, kerana banyak dagingnya untuk dibahagikan kepada fakir. Kemudian lembu atau kerbau, kemudian biri-biri dan kemudian kambing.

* Berkorban dengan 7 ekor kambing itu lebih afdhal daripada seekor unta atau lembu kerana daging kambing lebih baik dan lebih banyak darah yang tumpah ketika disembelih.

* Berqurban dengan seekor kambing itu pula lebih afdhal daripada seekor lembu atau unta yang dikongsi oleh tujuh orang.

* Yang utamanya binatang qurban itu adalah berwarna putih, kemudian kuning, diikuti dengan warna putih tetapi tidak bersih putihnya, kemudian binatang yang sebahagian bulunya berwarna hitam, kemudian yang berwarna hitam semua bulunya, diikuti dengan binatang qurban yang berwarna merah bulunya.


WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN

* Bermula daripada terbit matahari pada Hari Nahr (10 Zulhijjah)

* Waktu yang afdhal melakukannya ialah ketika matahari telah naik sekadar 7 kaki dari ufuk.

* Berkekalan waktu qurban ini sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.

ORANG YANG MENYEMBELIH BINATANG QURBAN

* Para ualama menganjurkan agar yang melakukan penyembelihan afalah orang yang berqurban itu sendiri, sekiranya dia pandai menyembelih. Tetapi mereka juga sependapat mengatakan harus mewakilkannya kepada orang lain. Afdhalnya wakil itu adalah orang Islam yang mengetahui akan hukum-hakam mengenai korban.

* Adalah afdhal orang yang tidak pandai menyembelih berwakil kepada orang lain untuk menyembelih bagi pihak dirinya dan sunat bagi orang yang berwakil itu hadir dan menyaksikan penyembelihan ke atas binatang qurban tersebut.

* Makruh hukumnya mewakilkan qurban kepada kanak-kanak atau orang buta.


NIAT IBADAH QURBAN

* Tidak memadai jika seseorang itu hanya membeli binatang dengan niat hendak diqurbankan tanpa dilafazkan niat itu.
* Disyaratkan berniat ketika menyembelih binatang qurban jika dilakukan sendiri. Adalah memadai jika orang yang berwakil itu berniat ketika wakilnya menyembelih korban berkenaan dengan disaksikan oleh orang yang berwakil tadi.
* Walaubagaimanapun adalah lebih baik orang berwakil itu, ketika menyerahkan korban, menyuruh wakilnya berniat bagi pihak dirinya ketika dia menyembelih korban tersebut.
* Tidak disyaratkan niat jika melakukan qurban nazar.

HUKUM QURBAN BAGI PIHAK ORANG LAIN

1. Tidak sah menyembelih korban bagi pihak orang lain yang hidup dengan tiada izinnya.
2. Begitu juga bagi pihak orang yang telah mati dengan tiada wasiat atau pesanan daripadanya.
3. Apabila qurban itu dilakukan kerana wasiat simati maka wajib disedekahkan kesemuanya.

PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN

* Apabila menjelang 10 Zulhijjah, tidak digalakkan empunya qurban memotong rambut dan kukunya sehingga dia melaksanakan ibadah qurban.
* Semasa menyembelih binatang qurban disunatkan :
1. Membaca Bismillahirrohmanir rahim
2. Berselawat ke atas Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
3. Menghadapkan binatang itu ke arah kiblat di atas rusuk kirinya.
4. Bertakbir sebelum membaca Bismilah dan selepasnya.
5. Membaca doa : Maksudnya: "Ini adalah nikmat daripada Mu dan aku mendekatkan diri kepadaMu dengannya."
* Sebaik-baiknya ibadah qurban ini dilaksanakan sendiri tetapi harus diwakilkan kepada orang lain.

NIAT IBADAH QURBAN DAN PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN

* Qurban Wajib dan Qurban Nazar :

Bagi daging korban kerana sembelihan wajib seperti nazar maka hukumnya Wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut. Jika telah dimakan daging itu maka Wajib diganti kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib dia menyembelih semula yang lain.

* Qurban Sunat :
Bagi daging korban sunat pula, adalah Sunat bagi orang yang empunya korban memakan sebahagian daripadanya sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Haj ayat 28:
Maksudnya : "….Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang-orang yang sangat fakir. Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging-daging korban sunat itu kepada golongan fakir dan miskin yang beragama Islam dalam keadaan mentah lagi basah (belum dimasak).

Adalah Afdhal jika yang empunya korban itu hanya mengambil sedikit daripada daging korban berkenaan manakala sebahagian besar daripadanya disedekahkan. Daging yang disedekahkan akan menjadi milik penerima sepenuhnya di mana dia boleh menjual, melelong atau menghadiahkan daging tersebut kepada orang lain dan sebagainya.

* Jika daging korban itu ialah korban disebabkan wasiat dari seorang yang telah meninggal dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat korban untuknya dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya.

* Haram menyedekah atau menghadiahkan daging korban kepada orang kafir walaupun sedikit.

* Tidak harus memindahkan daging qurban ke daerah lain sebagaimana dalam hukum zakat.

* Haram ke atas orang yang terkorban atau warisnya menjual daging korban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada binatang korban itu sebagaimana sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam : Maksudnya:

"Siapa yang menjual kulit korban (udhiyyah) itu maka tiada dikira korban baginya." (Hadis riwayat al-Hakim)

* Haram menjadikan kulit dan daging binatang korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.

Rahsia Tujuh Jari

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 &
angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah
Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka
& Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat
lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari
kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa
benda pun akan start dr kecil then membesar &
terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam
seluruhnya. Whatever we do semua start dari
kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri
impact/kesan yg besar pd masa depan.

4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la
dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm
jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn
cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan
tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu
ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya
status & ekonomi & career yg stabil but kita kena
careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu
pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki,
hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan
macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi
khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan
syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu
dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam
kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya
telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh &
tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita
perlu jadi role model to the new generation.. jadi
pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great
mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk &
pendek compare to the others but it shows
kematangan & kehebatan yg membanggakan.
Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi
bayangkan kalau takde ibu jari... nak
gengam/pegang something cukup susah.. nak
pegang sudu pun susah. To young generation, nak
buat apa2
rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita
patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita
say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia
kejayaan kita.

See all ur fingers and renung/fikir dalam2. Dimana
anda sekarang..?

Bunuh Diri Jalan Pintas Ke Neraka

" Bunuh diri?Dengan hanya dua perkataan dan empat suku kata, ia sebenarnya membawa kesan yang besar dalam masyarakat, terutama sekali keluarga dan teman taulan terdekat mangsa. Dia yang bunuh diri, kesedihannya pada yang tinggal. Itu realitinya,tetapi mengapa ini terjadi?

Sebagai seorang manusia yang tidak pernah mempunyai pengalaman berkaitan bunuh diri, sukar untuk saya menafsirkan disebalik tindakan si pembunuh diri itu.

Apa yang bermain-main di dalam jiwanya sehingga tergamak dia membunuh dirinya sendiri yang sememangnya bukan haknya. Nyawa itukan hak Allah, bukan haknya sendiri.membuang sesuatu yang bukan hak tanpa kebenaran pemiliknyakan satu kesalahan. Apatah lagi jika harta itu harganya terlalu tinggi nilainya dan tidak ada mana-mana institusi professional di dunia ini yang mampu menafsirkan nilai pasarannya. Maka sudah tentulah kesalahannya maha besar dan sukar dimaafi.
Adakah benar Islam melarang kita membunuh diri?

Terdapat beberapa larangan dari al-Quran dan al-Sunnah berkaitan dengan kesalahan ini, di antaranya:- firman Allah: Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan (al-Baqarah, 2:195) - dan firmanNya lagi: Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah amat Penyayang kepada kamu (al-Nisa', 4:29).Di dalam Sunnah Rasulullah s.a.w. kita menemui Hadis-hadis berikut:


- baginda bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia ini, maka dia akan diazabkan dengannya pada hari kiamat nanti (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).- sabdanya lagi:

Sesiapa yang menjatuhkan dirinya dari puncak bukit kerana membunuh diri, maka dia akan berulangkali jatuh ke dalam api neraka selama-lamanya, sesiapa yang meneguk racun kerana membunuh dirinya, maka racun itu akan berada di tangannya dan dia akan meneguknya berulangkali di dalam neraka selama-lamanya, sesiapa yang membunuh dirinya dengan menggunakan besi, maka besi itu akan berada di tangannya dan dia akan memukul kepalanya dangan besi itu berulangkali di dalam neraka selama-lamanya (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).- sabdanya lagi: Sesungguhnya darah dan nyawa kamu adalah haram ke atas kamu, seperti haramnya pada hariku ini, bulanku ini dan di tempatku ini.

Berdasarkan kepada nas-nas tersebut, jelas kepada kita semua bahawa nyawa adalah milik Allah. Dialah yang menghidup atau mematikan seseorang, bukannya orang itu sendiri yang menentukan hidup matinya. Maka membunuh diri sendiri adalah perbuatan yang dilarang sama sekali oleh Pencipta kita malah di sisi masyarakat mereka dipandang hina.

Setelah sekian lama saya memerkatikan perkembangan berkaitan bunuh diri di kalangan umat Islam, dan ianya semakin serius sejak kebelakangan ini, maka saya terpanggil untuk menulis sedikit dapatan yang saya perolehi hasil daripada pembacaan dan pengalaman saya selama ini. Pada pandangan saya, bunuh diri ada kaitan dengan bisikan hati yang paling halus dalam jiwa manusia itu sendiri.

Tidak mungkin mereka membunuh diri kerana kesedihan atau tekanan hidup semata-mata. Tentulah ada kuasa lain yang telah menguasai jiwa si pembunuh diri itu sehingga mindanya jadi tertutup untuk berfikir secara waras. Syaitankah? Ya, itulah jawapannya kerana syaitan itu akan bersama-sama manusia yang jiwanya kacau, dalam kesedihan dan tekanan yang kuat.

Tidak mustahil syaitan akan berbisik-bisik di dalam hati manusia suapaya bertindak diluar kotak normal manusia kerana alasannya itu cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu kemelut yang sedang ditanggung oleh mereka. Misalnya, seorang wanita kesedihan kerana kekasihnya akan bertunang dengan perempuan lain pilihan keluarganya. Saban hari dia menangis dan merasakan dunia tidak lagi bermakna buatnya. Kenangan terindah yang pernah dilaluinya bersama teman lelakinya selama ini sering bermain-main dimindanya.

Apatah lagi si wanita tersebut telahpun “menyerahkan” segala-galanya kepada si dia.Tiada apa lagi yang tinggal padanya melainkan kerinduan dan penyesalan. Rindu kerana cintanya masih membara pada si dia. Penyesalan, kerana telah terpedaya dengan nafsunya, hingga sanggup menyerahkan “mahkotanya” kerana cintakan si dia. Kini, dia telah memilih insan lain, pilihan keluarganya. Dalam situasi begini, adakah syaitan akan berdiam diri atau membiarkan sahaja apa yang terhidang di depan matanya?

Tidak mungkin, kerana syaitan telah berjanji akan menyesatkan anak adam dan itulah permintaannya kepada Allah dan telahpun diperkenankan olehNya. Adakah si wanita yang sedang dalam kesedihan melampau ini dapat mengatasi derita batinnya dalam masa yang singkat, sedangkan dia telah menyerahkan segala-galanya. Di sinilah kuasa lain yang dimaksudkan tadi akan berperanan, iaitu syaitan.

Syaitan akan menggunakan segala kebijaksanaannya untuk memperdaya wanita yang sedang kesedihan ini. Si Syaitan akan membisik-bisikkan ke dalam hati wanita itu dengan bermacam-macam persoalan yang menyebabkan si wanita akan bertambah sedih dan pilu.

Si syaitan akan membisikkan ke dalam hati wanita itu perkara-perkara yang menambahkan lagi kesedihan wanita itu. Syaitan itu akan berkata “ wahai wanita, engkau akan dimarahi keluargamu dan rakan-rakan kerana kesetianmu yang sia-sia, diumpat dan dikeji oleh orang sekeliling engkau. Lelaki itu sedang dalam keseronokan dan engkau sedang dalam kesedihan. Engkau tidak cemburukah? Siapakah lelaki yang akan menerima engkau jika mereka tahu engkau tidak suci lagi?”.Mungkin itu antara bisikan-bisikan syaitan yang kadangkala disebut bisikan hati yang akan diulang-ulang dalam hati wanita itu sehinggakan wanita itu jadi tidak menentu dan tahap kesedihannya berada di tahap melampau.

Firman Allah dalam surah an-nas ayat 4-5 yang bermaksud:… dari kejahatan was-was ( bisikan syaitan) yang pergi datang. Yang membisikkan ( kejahatan ) ke dalam dada manusia.

Ayat ini sudah cukup menerangkan kepada kita adanya bisikan di dalam dada manusia oleh makhluk bernama syaitan yang bertujuan menyesatkan manusia dari jalan kebenaran dan bisikan-bisikan kejahatan itu sentiasa pergi dan datang dan ia bergantung kepada kekuatan jiwa individu itu sendiri.

Apabila syaitan mula berbisik di dalam dada manusia, ia akan terus berbisik selagi mana seseorang manusia itu tidak cuba untuk menghalanginya. Namun apabila manusia itu mula sedar dan menyebut nama Allah, bisikan syaitan mula mengendur. Tetapi apabila hati manusia itu mulai lalai semula, syaitan akan kembali menghasut manusia. Situasi datang dan pergi itu akan berterusan selagi mana manusia itu bernafas dan umur dunia belum berakhir. Bila misi pertama ini Berjaya, maka syaitan meneruskan misinya yang kedua. Si syaitan akan memujuk pulu si wanita itu melakukan sesuatu untuk menamatkan penderitaannya selama ini. Apa caranya?

Bagaimana pelaksanaannya? Syaitan pun mula membisik dengan penuh diplomasi dan halus ke dalam dada wanita itu. Engkau inginkan mereka-mereka di sekeliling engkau turut merasai penderitaan yang engkau sedang tanggung ini? Engkau ingin menyebabkan si lelaki tidak bertanggungjawab itu menyesal seumur hidup kerana meninggalkanmu? Engkau ingin melihat ibu si lelaki menyesal akan perbuatannya yang mementingkan diri itu? Caranya mudah. Mereka pasti menderita dengan tindakan engkau ini. Mereka akan turut merasa sengsara yang sedang engkau tanggung ini.

Percayalah, percayalah. Bila si wanita ini semakin melayan perasaannya, syaitan akan mula melancarkan serangan terakhirnya dengan berkata, engkau bunuh diri, engkau bunuh diri, engkau bunuh diri. Percayalah, mereka akan bersedih akan kematianmu. Persoalannya di sini, adakah wanita ini akan berfikir panjang? Jawapannya, bila manusia terlalu sedih, akalnya menjadi singkat dan emosi diri yang sedang menguasainya. Maka, keluarlah berita-berita utama di muka hadapan akhbar, majalah dan televisyen yang memaparkan kejadian-kejadian bunuh diri yang berlaku di sekeliling kita sejak dulu hingga kini.

Jangan emosi, saya sekadar mengandaikan sahaja situasi yang mungkin berlaku. Saya bukan pakar psikatri, saya hanya orang awam biasa. Tidak mustahil andaian saya ini salah. Dan jika betul itu hanya kebetulan sahaja kerana ilham menulis artikel ini datangnya dari Allah. Maka sudah tentulah ilmu ini dari Allah. Cuma, saya sering tertanya-tanya kenapa pakar-pakar masih mencari-cari punca bunuh diri yang sebenar kerana kadarnya semakin bertambah setiap hari. Sekiranya mereka telah menemui puncanya, tentu masalah ini telah berjaya diatasi.

Paling tidakpun dikurangkan setiap tahun sehingga ke angka yang paling minimum. Malah kenapa manusia menjadi gila pun masih sukar mencari jawapannya. Adakah kerana kematian anak atau ditimpa lain-lain musibah manusia boleh berubah sifatnya dari normal kepada kurang siuman sehingga sanggup membunuh diri. Adakah semata-mata kerana itu. Kenapa Islam mengajar umatnya konsep redha dalam diri apabila ditimpa sesuatu musibah atau bencana.

Apakah alasannya dan natijah dari pelaksanaan konsep redha, yakni menerima semua ketentuan ilahi dengan tenang dan sabar. Cuba kita sama-sama renung kembali saat-saat kita pernah ditimpa musibah atau ujian dari Allah. Bagaimanakah kondisi kita ketika itu. Tentu kita pernah berasa sedih yang teramat sekalikan.

Bagaimana keadaan kita diketika itu. Tentu kita mudah terasa, murung dan suka termenung. Di waktu itu, tentu kita rasa diri seperti tidak terurus dan fikiran bercelaru bukan? Bermacam-macam yang kita fikirkan pada masa itu dan yang difikirkan itu banyak yang bersifar negetif bukan? Namun, bila kita tersedar, dan mulai jelas bahawa ini takdir dari ilahi dan ujian dariNya untuk menilai tahap iman kita, tentu saat itu gaya berfikir kita mula berubah bukan? Kita kembali tenang dan bersemangat. Hidup kembali ceria dan mula memikirkan langkah positif yang bakal diambil selepas ini.

Bagaimana sekiranya kita tidak sedar bahawa redha itu tuntutan Islam terhadap kita. Adakah mustahil kita akan terus menjadi semakin terasing dari realiti dunia sebenar. Adakah mustahil kita akan melakukan perkara-perkara yang tidak patut dilakukan oleh manusia berakal normal. Saya sedar, sudah terlalu jauh imaginasi saya sehingga ramai yang tertawa membaca tulisan ini. Jangan risau saya masih waras dan saya tidak mahu melangkaui ilmu pakar-pakar psikatri kerana saya bukan ahlinya dan saya sangat-sangat menyedarinya dan sedar diri. Tetapi tentu tidak salah saya memberi pandangan kerana perbezaan pendapat itu rahmat.

Sebelum berpisah, saya ingin menyimpulkan bahawa sejak dari permulaan tulisan, perkara yang ingin saya perkatakan adalah agama adalah penyelamat umat manusia. Alasan kenapa mesti seseorang itu bunuh diri adalah antara asbabnya sahaja. Sebagaimana contoh cerita di atas yang mana si wanita membunuh diri kerana kecewa dengan kekasih hatinya. Ya, saya mengatakan itu asbabnya sahaja. Kenapa? Kerana, sekiranya mereka menyedari konsep redha dan kepentingannya diterapkan sentiasa di dalam diri tentu mereka tidak akan membunuh diri.

Tetapi kerana lemahnya iman dan tidak redha dengan ketentuan ilahi menyebabkan manusia itu bertindak di luar jangkaan normal manusia. Yang pastinya, alasannya telah ada, tetapi siapa puncanya dan penggerak kepada perbuatan bunuh diri itu. Saya telahpun menyebutnya di awal tulisan saya. Tentu sukar untuk menerimanya kerana sains bersifat pembuktian, tetapi tulisan saya sekadar pandangan semata-mata. Tetapi saya merasa dalam jiwa walaupun tidak dapat dilihat dengan mata. Kerana itulah saya menulis tulisan ini.

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Al-Baqarah : 208)

Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! (Yasin : 60)

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.(Al-Faatir 6)

Friday, November 28

BERAKHIRNYE DUNIA FANA

Bumi digongcang
Mata manusia terbelalak ketakutan
Manusia bagaikan anai-anai
Isi dunia dihamburkan bagai bulu-bulu
Gugurlah kandungan wanita hamil Langgit terbelah
Matahari bulan di kumpulkan
Bulan hilang cahaya
Matahari digulung
Lautan-lautan meluap
Bintang-bintang jatuh berserakan
Gunung-ganang dihancur luluhkan
Roh-roh di pertemukan dengan tubuh
Catatan amal di buka
Bayi-bayi yang dikubur hidup-hidup
Di tanya mengapa kamu di bunuh?
Seluruh bumi digengam ALLAH
Langgit dilenyapkan
Neraka jahim dinyalakan
Syurga didekatkan

Firman ALLAH yang bermaksud: " Pada hal bumi seluruhnya dalam genggamanNya , pada hari qiamat dan langit digulung dengan tangankananNya." ( Az-Zumar :67)

Masa Hari Kiamat Dan Huru-haranya
Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Manusia berpeluh pada hari kiamat dengan banyaknya sehingga air peluh mereka meresap ke dalam bumi berpuluh-puluh hasta, dan menenggelami mereka sehingga sampai ke telinga masing-masing". Abi Hurairah r.a Huraian
Nabi s.a.w bersabda: "Manusia berpeluh pada hari kiamat dengan banyaknya sehingga air peluh mereka meresap ke dalam bumi berpuluh-puluh hasta, dan menenggelami mereka sehingga sampai ke telinga masing-masing".

Tujuh Golongan Insan Contoh

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:" Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah." Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah Huraian

Pengajaran hadis:

i) Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :

a) Pemerintah yang adil- Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya – Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
- Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
- Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata:" Aku takut kepada Allah!"
- Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
-Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya' dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu.

g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah

- Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat- Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... ..

Sayyid Qutub

SAIYID Qutb Ibrahim as-Syazili, dilahirkan pada 9 Oktober 1906M/21 Rejab 1324H di Asyut iaitu antara desa/bandar terbesar di Mesir yang mempunyai sebuah universiti terkenal di situ.

Beliau disifatkan oleh kebanyakan penggiat seni tanah air di Mesir sebagai seorang penulis, sasterawan, pemikir Islam yang ulung dengan beberapa buah pemikiran dan idea yang cukup bernas dalam menangani isu-isu masyarakat yang dijelmakan ilhamnya itu dalam bentuk penulisan menerusi beberapa karya agungnya yang tersohor.

Saiyid Qutb yang cukup terkenal dengan idea-idea bernas mengakui bahawa beliau terpengaruh dengan pendekatan Parti al-Wafd yang banyak menghasilkan tulisan idea pemikir tersohor ketika itu, iaitu Abbas Mahmood al-�Aqqad. Abbas banyak mengkritrik pemerintah pada waktu itu dengan pendekatan yang bukan sahaja tidak selari dengan selera rakyat, malah lari daripada pentadbiran negara berasaskan Syariat Islam.

Setelah menamatkan pengajian peringkat sarjana di Fakulti Darul Uloom, Universiti Kaherah pada 1933, Saiyid Qutb ditawarkan menjadi pensyarah di situ dengan bayaran gaji sebanyak enam pound Mesir (RM6)sebulan.

Pada awal 40-an, beliau ditugaskan menjadi pemantau dalam pembelajaran subjek �

Kesusateraan Arab�di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran. Di situlah timbul minat mendalam beliau untuk menulis mengenai subjek berkenaan dan berjaya menghasilkan sebuah buku mengenainya bertajuk �

Kutb wa as-Syahsiyyat� (Buku-buku dan tokoh-tokoh ternama).

Kemudian beliau melebarkan bakatnya dalam alam penulisan dengan menghasilkan buku �

at-Taswir al-Fanni fi al-Quran� yang mendapat sambutan hangat di kalangan sasterawan pada ketika itu.

Kecenderungan kepada Ikhwan Muslimun

Saiyid Qutb dipilih oleh Kementerian Pelajaran sebagai salah seorang anggota delegasi Mesir menyambung pelajaran dalam bidang Pendidikan dan Fundamental Silibus pada 1948 iaitu tahun yang sama kematian Pengasas Gerakan Ikhwan Muslimun, Imam Syahid Hasan al-Banna yang ditembak mati di Mesir.

Kematian Imam Hasan amat mengesankan sesetengah rakyat Amerika, berkebetulan Imam Hasan merupakan rakan sekelas dengan beliau ketika menuntut di Universiti Kaherah, namun beliau tidak pernah rapat dan mengetahui perjuangan yang beliau dukungi itu.

Saiyid Qutb bertambah hairan, bagaimana kematian Imam Hasan di Mesir, tetapi disambut besar-besaran di Amerika, di situlah beliau mula cuba menyelami serta mendekatkan diri dengan perjuangan Imam Hasan dan gerakan dakwahnya melalui Ikhwan Muslimun.
Beliau semakin memahami bahawa Ikhwan Muslimun merupakan gerakan dakwah yang bukan sahaja mampu membetulkan fikrah pemerintah, rakyat seluruhnya, malah mampu membentuk peribadi mulia di kalangan umat Islam dengan jiwa yang tunduk kepada perintah Allah SWT.

Beliau tidak menunggu lama, sekembalinya daripada Amerika, beliau menulis sebuah buku mengenai Amerika yang aku lihat sendiri dari dalam�,

begitu juga buku tulisannya mengenai hari kiamat sudah mula diterima oleh pendukung-pendukung Ikhwan Muslimun setelah beliau menyatakan hasrat untuk berkecimpung secara aktif sebagai anggota Ikhwan. Beliau mahu menyambung tugas yang ditinggalkan oleh Imam Syahid Hasan untuk membawa umat berpegang kepada Islam, walaupun tidak sempat bersama dengan Imam semasa hayatnya.

Cintanya kepada perjuangan Islam yang diasaskan oleh Imam Syahid Hasan al-Banna semakin menebal dalam sanubarinya. Beliau tidak menyedari bahawa perjuangan itu sebenarnya telah pun diaktifkan ketika sama-sama menuntut di universiti. Kisah ini terjadi pada 1952 ketika Mesir berhadapan dengan satu revolusi yang dicetuskan oleh Ikhwan Muslimun tetapi tidak berjaya.

Beliau yang masih bertugas di Kementerian Pelajaran selepas pulang daripada Amerika sudah mula dihidu oleh pihak tertentu di kalangan rejim Presiden Jamal Abdel Naseer. Beliau sering ditukarkan dari satu pejabat ke pejabat yang lain, dari satu daerah ke satu daerah yang lain bertujuan untuk menekannya, akhirnya beliau menghantar surat perletakan jawatan sebagai pegawai pendidikan pada 15 Oktober 1952.

Selepas berakhir Perang Dunia Kedua, keadaan kehidupan masyarakat dan suasana politik semakin buruk. Kesempatan itu diambil peranan oleh Ikhwan Muslimun untuk melakukan islah dan pemulihan terhadap sistem pentadbiran negara, ekonomi institusi kemasyarakatan untuk dikembalikan kepada Islam.

Saiyid Qutb sebagai salah seorang anggota Ikhwan menulis beberapa buku berkaitan dengan Islam, antara lain buku mengenai �

Keadilan sosial dalam Islam�
yang mendapat sambutan hangat daripada masyarakat dan diulang cetak hingga beberapa kali.

Ditangkap dan digantung sampai mati

Presiden Jamal Abdel Naseer dikatakan gagal dalam percubaan untuk membunuhnya pada 1954 oleh pihak tertentu (dan mungkin juga ia satu provokasi). Namun dikatakan bahawa yang menjadi dalang kepada percubaan membunuhnya itu adalah Ikhwan, walaupun pihak berkenaan tidak mempunyai yang menunjukkan mereka terlibat.

Pihak berkuasa mengeluarkan arahan untuk melakukan penangkapan besar-besar teradap anggota Ikhwan, salah seorang daripadanya ialah Saiyid Qutb. Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dengan menerima pelbagai bentuk seksaan yang tidak pernah dibayangkan beliau sebelum ini.

Penahanan Saiyid Qutb dalam penjara mendapat perhatian mantan Presiden Iraq ketika itu, iaitu Jeneral Abdel Salam Aref yang meminta Presiden Jamal agar membebaskannya. Permintaan itu ditunaikan, Saiyid Qutb dibebaskan pada 1964.

Selepas lapan bulan di luar penjara, beliau sekali lagi ditangkap dan dituduh menghasut rakyat untuk membekar pusat-pusat makmal sebagai tanda untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Presiden Jamal Abdel Naseer.

Pada 29 Ogos 1966, Saiyid Qutb dan tujuh anggota Ikhwan yang lain dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di sebuah tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa termasuklah adiknya iaitu Muhammad Qutb yang akhirnya dibuang daerah dan menetap hingga kini di Arab Saudi.

Sebelum menjalani hukuman, Saiyid Qutb ada menyebut, bahawa beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. malam sebelum digantung. Beliau menunggang kuda putih dan Rasulullah s.a.w. bersalam dengannya dan menegaskan bahawa bertenanglah wahai Saiyid, sesungguhnya kamu telah berjaya mendapat kematian sebagai seorang syahid pada jalan Allah.

Beliau telah meninggalkan satu contoh terbaik kepada pendukung gerakan Islam dari sudut kekentalan dalam berdakwah, di samping meninggalkan karya-karya agung dalam bidang sastera, agama dan rencana-rencana yang menyentuh jiwa, sanubari dan pemikiran manusia.

Sunday, November 23

Fatwa Qardhawi Boycott Israel




"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression."

The time has come for the Islamic Ummah to say "NO" to America, "NO" to its companies, and "NO" to its goods, which swamp our markets. We are eating, drinking, wearing and riding whatever America produces..." (Fatwa by Syeikh Yusuf al-Qaradhawi)

BOIKOT BaranGan ISRAEL


The time has come for the Islamic Ummah to say "NO"


Sudah tiba masanya utk kita..
Kita tidak mampu berjuang dgn peperangan untuk selamatkan rakyat Palestin, tetapi kita mampu berjuang/membaikot barangan mereka

Brands and labels to boycott:

1. Fast Food
- Mc Donald's


2. Beverages, Drinks
- Coca-cola
- Dr. Pepper
- Fanta
- Sprite
- Schweppes
- Lilt
- Fruitopia
- Sunkist
- Kia Ora Fruit Squashes

3. Food, Snacks
- Buitoni
- Danone
- Perrier
- Libby's
- Maggi
- Nestlé
- Shreddies cereal
- Nestlé KitKat
- Vittel

4. Consumer Products (Tissue, Diapers)
- Kimberly-Clark
- Kotex
- Huggies
- Kleenex

5. Cosmetics, Body Care
- Biotherm
- Sanex
- Garnier
- Clinique
- Helena Rubinstein (HR)
- L'oréal Paris
- Origins Natural Resources
- Maybelline
- La Roche-Posay
- Redken 5th Avenue NYC
- Vichy
- Johnson & Johnson
- Revlon
- Brylcreem

6. Perfumes, Fashion, Cosmetics
- Boss (Hugo Boss)
- Calvin Klein
- Lancôme Paris
- Giorgio Armani
- Estée Lauder
- Tommy Hilfiger
- Donna Karan New York (DKNY)
- Ralph Lauren

7. Fashion, Clothing
- Aramis
- Prescriptives
- La Mer
- Bumble and Bumble
- Jo Malone
- Kate Spade
- River Island
- GAP
- JC Penney
- Timberland
- J. Crew

8. Sportswear
- Champion
- Outer Banks

9. Home Products
- Ambi Pur
- Kiwi (shoe care)
- Sara Lee

10. Coffee, Coffee Systems, Tea
- Douwe Egberts
- Maison Café
- Superior Coffee
- Pickwick
- Piláo Café
- Starbucks Coffee

11. Technologies
- ICQ
- AOL
- Nokia
- IBM
- Intel

12. News Corporation, Publications
- Sky TV Network
- 20th Century FOX
- Star TV Network
- National Geographic Channel
- The Weekly Standard
- New York Post
- News of the World (UK)
- The Sun (UK)
- The Times (UK)
- The Daily Telegraph (Australia)
- Harper Collins
- Nursery World
- Disney
- TIME Magazine
- CNN

13. Clothing (Socks, Babywear, Intimate Apparel)
- DIM
- Victoria's Secret
- Banana Republic
- Structure
- Pryca
- Lindex
- Playtex
- Auchan
- Just My Size
- Hema
- Wonderbra
- Bali
- Hanes
- L'eggs
- Lovable
- Nur Die
- Gossard

14. Retailers, Stores, Shopping Complex
- Carrefour
- Tschibo
- Marks & Spencer
- Selfridges & Co.
- The White Barn Candle Co.
- Mast Industries Inc.
- Express
- Structure
- Henri Bendel
- Intimate Brands Inc.
- The Limited
- New York & Company
- Lerner New York

15. Home Depot
- Expo Design Centers
- Georgia Lighting
- Villager's Hardware
- Maintenance Warehouse
- The Home Depot
- Apex Supply Company




"Dari Anas bin Malik radhiallâhu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Tidaklah (sempurna) iman seseorang diantara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri".
(H.R.Bukhari dan Muslim).

"Barang siapa tidak mengambil peduli urusan umat islam maka ia bukan dari golongan mereka(Islam) "



Biar pun hadith di atas dihukum sebagai hadith yang lemah oleh salah seorang ulama’ hadis; al-Albani, apakah ini juga bermaksud saranan Islam agar seorang Muslim menjaga kebajikan saudara Muslimnya yang lain juga lemah?

Keajaiban Nombor di dalam Al Qur'an..

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Mutiara Buat Isteri Solehah

”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” ( Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)



”Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke sy urga dari pintu mana sahaja kamu suka.” (Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani)



”Tidak dihalalkan bagi seorang isteri yang beriman kepada Allah untuk mengizinkan seseorang masuk ke rumah suaminya. Padahal suaminya tidak senang.” (Hadith riwayat Hakim)



”hak suami terhadap isterinya adalah isteri tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun semasa berada di atas punggung unta tidak berpuasa walaupun sehari kecuali dengan izinnya, kecuali puasa wajib. Jika dia tetap berbuat demikian, dia berdosa dan tidak diterima puasanya. Dia tidak boleh memberi, maka pahalanya terhadap suaminya dan dosanya untuk dirinya sendiri. Dia tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya.

Jika dia berbuat demikian, maka Allah akan melakntanya dan para malaikat memarahinya kembali dan bertaubat, sekalipun suaminya itu adalah orang yang alim.” (Hadith riwayat Abu Daud Ath-Thayalisi daripada Abdullah Umar)



”sesungguhnya setiap isteri yang meninggal dunia yang diredhai oleh suaminya, maka dia akan masuk syurga.” (hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)



”Tidak sempurna dan lengkap seseorang mukmin kemudian daripada taqwa kepada Allah itu yang terlebih baik daripada isteri yang solehah. Apabila dipandang menyukakan hati, apabila disuruh ia taat. Dan apabila tiada suaminya ia memelihara maruah diri (kehormatannya) dan harta suaminya.”

(maksud hadith)



”seseorang perempuan tidak menunaikan hak Allah Taala sehingga ia telah menunaikan semua hak suaminya. Jikalau dikehendaki oleh suaminya sekalipun di atas timbunan duri tidak mencegahkan dirinya.” (Maksud hadith) ”Dunia ini perbendaharaan, dan sebaik-sebaik perbendaharaan itu ialah isteri yang salihah.” (Maksud hadith).

Antara Orang-orang yang Didoakan oleh Malaikat

Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya” (QS Al Anbiyaa’ 26-28)
Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang duduk menunggu shalat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’” (Shahih Muslim no. 469)

BAGAIMANA MENGHORMATI GURU

BAGAIMANA MENGHORMATI GURU

Tiada seorang pun dalam kehidupan insan, selain daripada kedua ibubapa yang lebih berjasa dan layak dihormati melebihi daripada guru. Tetapi guru adalah pewaris ilmu dan pewaris ilmu ialah ulama, sementara ulama pula adalah pewaris para nabi. Begitulah kedudukan ilmu, guru dan ulama adalah saling berkaitan. Mari renungkan firman Allah ini:

Tafsirnya: "Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Surah ali-'Imran:18))

Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah Subhanahu wa Ta'ala memulakan dengan nama-Nya, kemudian dengan para malaikat-malaikat- Nya dan kemudiannya dengan ahli ilmu – ini sudah cukup membuktikan betapa tingginya martabat ilmu dan ahli ilmu itu.

Imam At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Abu 'Umamah al-Bahili Radhiallahu 'anhu telah berkata: Bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia."

(Hadits riwayat At-Tirmidzi)

Abu al-Aswad berkata: Tiada suatu pun yang lebih mulia daripada ilmu; raja-raja adalah pemimpin bagi rakyat sedangkan para ulama adalah pemimpin kepada raja.

Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhuma pula berkata: Nabi Sulaiman 'alaihissalam diberikan dua pilihan antara harta dan kekuasaan, Baginda memilih ilmu lalu Baginda pun dikurniakan juga dengan harta serta kekuasaan.

Kelebihan Mengajar Ilmu Yang Bermanfaat

Dalam Islam, mengajarkan ilmu yang bermanfaat itu adalah suatu amalan yang dipandang tinggi, sangat mulia dan satu kerjaya yang suci di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala serta Rasul-Nya.

Firman Allah Ta'ala dalam Surah An-Nahl ayat 43 dan Surah Al-Anbiya' ayat 7:

Tafsirnya: "Maka bertanyalah kamu kepada Ahlu'dz Dzikri jika kamu tidak mengetahui."

(Surah An-Nahl: 43 dan Al-Anbiyaa': 7)

Ahlu'dz Dzikri bermaksud orang-orang yang mengetahui tentang Kitab-Kitab Allah. Ayat ini menjadi dalil bahawa orang-orang yang tidak mengetahui sesuatu perkara hendaklah bertanya kepada orang-orang yang mengetahuinya.

Imam Ath-Thabarani meriwayatkan dalam kitabnya Al-Kabir bahwasanya Mu'awiyyah Radhiallahu 'anhu telah berkata bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya: "Wahai manusia! Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dengan belajar dan feqh itu dengan mempelajari ilmu feqh. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan untuknya, nescaya diberikannya kefahaman dalam agama, dan sesungguhnya di antara hamba Allah yang takutkan Allah hanyalah para ulama."

(Hadits riwayat Ath-Thabarani)

Abu Sa'ed al-Khudri Radhiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya: "Akan datang kepada kamu beberapa kaum untuk mencari ilmu, maka apabila kamu melihat mereka hendaklah kamu katakan kepada mereka: Selamat datang, selamat datang, mengikut wasiat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dan hendaklah kamu mengajar mereka."

(Hadits riwayat Ibnu Majah)

Amirul Mukminin Sayyidina Umar Ibnu Al-Khaththab Radhiallahu 'anhu pula berkata: Kematian seribu ahli ibadat yang bangun beramal ibadat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang siang lebih ringan dari kematian seorang alim yang mahir tentang apa yang Allah Ta'ala halalkan dan apa yang diharamkan olehNya.

Yahya bin Mu'az berkata: Para ulama lebih menyayangi umat Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam daripada ayah-ayah serta ibu-ibu mereka. Lalu ditanyakan kepadanya: Bagaimana pula begitu? Lalu Yahya menjawab: Ibu-bapa menjaga anak-anaknya daripada neraka (kesusahan) dunia, sedangkan para ulama menjaga mereka daripada neraka akhirat.

Sebahagian ulama berkata: Para ulama umpama pelita zaman. Tiap seorang daripada mereka merupakan pelita yang menyinari ahli zamannya.

Adab Ulama Menghormati Guru

Sesuai dengan ketinggian darjat dan martabat guru itu, maka tidak hairanlah bahawa para ulama sangat menghormati guru mereka. Di antara cara mereka memperlihatkan penghormatan mereka terhadap guru ialah:

1. Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan guru dalam setiap urusan mereka.

Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir.

Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan khidmat tersebut.

2. Mereka memandang guru dengan perasaan penuh hormat dan takzim serta mempercayai kesempurnaan keahlian dan kepakarannya dalam bidang perguruannya. Ini lebih membantu mereka sebagai pelajar untuk memperolehi manfaat daripada guru mereka dan akan mengukuhkan lagi apa yang didengar dan diajarkan oleh guru.

Ulama-ulama salaf sangat memuliakan dan menggagungkan guru-guru mereka. Ini jelas termaktub dalam kisah-kisah tentang akhlak mereka dalam majlis-majlis ilmu dan kesopanan mereka terhadap guru-guru mereka. Sebagai contoh:

- Mughirah berkata: Kami menghormati Ibrahim an-Nakha'ie sepertimana kami menghormati raja.

- Imam Asy-Syafi'e pula berkata: Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak terdengar (bunyi belekan kertas tersebut).

- Rabie' berkata: Demi Allah aku tidak berani meminum air sedangkan Imam Asy-Syafi'e memandang kepadaku.

- Sayyidina Ali Karramallahu wajhah berkata: Antara hak seorang alim ke atasmu ialah memberi salam ke atas orang ramai secara umum dan mengkhususkan gurumu dengan penghormatan yang khusus dan istimewa.

3. Mereka sentiasa mendampingi guru supaya mendapat berkat serta beroleh ilmu yang akan tercurah daripadanya pada bila-bila masa serta menjadikannya qudwah (ikutan).

Imam Asy-Syafi'e misalnya, sejak pertemuannya dengan gurunya iaitu Imam Malik pada tahun 170 Hijrah, hampir tidak pernah meninggalkan gurunya sehingga gurunya itu wafat pada tahun 179 Hijrah. Ini kerana Imam Asy-Syafi'e tidak pernah meninggalkannya kecuali ketika pergi ke Makkah untuk menjenguk ibunya ataupun pergi ke pusat ilmu dan feqh. Itu pun setelah beroleh keizinan serta restu daripada gurunya. Jika direstui, Imam Malik akan menyiapkan bekal dan memberikannya wang perbelanjaan sambil mendoakan keselamatannya.

4. Mereka tidak menggunakan ganti nama diri seperti "engkau" dan "awak" dan tidak memanggil atau meneriaki guru dari jauh.

Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.

Maksudnya di sini, mereka memanggil guru dengan gelaran yang penuh adab serta penghormatan. Jika nama guru tersebut Muhammad misalnya, maka mereka akan memanggilnya dengan nama ustaz, cikgu, guru kami dan sebagainya dan tidak menyebutkan namanya kecuali disertakan dengan gelaran yang penuh penghormatan seperti Ustaz Muhammad, Cikgu Muhammad dan sebagainya meskipun sewaktu ketiadaan guru itu.

5. Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah! Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan.

Sesungguhnya, menuntut ilmu itu adalah satu bentuk ibadah dan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, bukannya untuk bermegah-megah ataupun untuk berbantah-bantah dengan ilmu tersebut.

Dalam satu hadits riwayat Imam Al-Hakim, Ka'ab bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya: "Barangsiapa mencari ilmu untuk menyaingi para ulama atau untuk bertengkar dengan orang-orang bodoh atau supaya hati manusia menghadap kepadanya maka ia akan masuk neraka."

(Hadits riwayat Al-Hakim)

6. Mereka berterima kasih kepada guru atas segala tunjuk ajar serta bimbingannya terhadap segala kebajikan dan tegahan serta tegurannya ke atas segala kekurangan atau kemalasan dan sebagainya bagi memperbaiki diri dan mengganggap teguran, asuhan, didikan serta keprihatinan guru itu sebagai rahmat dan kurniaan yang tak terhingga kepada mereka oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Jika bimbingan serta teguran yang diberikan oleh guru itu sudah diketahui, maka mereka tidak menunjukkan yang mereka sebenarnya sudah mengetahuinya, bahkan mereka menghargai dan berterima kasih atas bimbingan serta keprihatinan guru tersebut terhadap mereka.

7. Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat.

Ibnu 'Abbas Radhiallahu 'anhuma pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadits. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu 'Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu 'Abbas pun menjawab: Jangan.

8. Mereka tidak mendatangi guru di luar daripada majlis ilmu yang umum (di luar dari jadual waktunya untuk mengajar dan sebagainya) kecuali dengan izinnya, sama ada guru mereka itu sedang bersendirian mahupun sedang bersama dengan orang lain.

Jika tidak ada izin daripada guru itu sedangkan guru itu mengetahui bahawa mereka sedang meminta izin untuk mendatanginya, maka mereka akan beredar dan tidak mengulangi isti'zan (permohonan izin) mereka.

Tak Tahu Sedang Berzina ish ish

kuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap
oleh seorang ustaz. Kisah benar atau tidak,wallahualam. Hayatilah intisari dialog ini,dan muhasabahlah diri kita masing-masing.

Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya.
Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu.
Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah S. A. W.:
Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani) . Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan
serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan
pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?

Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan ), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S. A. W.:
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan

Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut
batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi
macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai- ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini..
betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Ustaz: Baik sungguh awak berdua.Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam
untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian
manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang.Itu adalah fitrah. Manusia tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat!kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia Dunia dan segala isinya akan
hambar tanpa naluri nafsu.

Pelajar : Tentu ada cinta secara Islam

Ustaz: Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku
setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus.
Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Umat Islam dilarang sertai yoga

PUTRAJAYA: Umat Islam negara ini diminta tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan.

Arahan itu terkandung dalam fatwa yang diumumkan Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini.

Pengerusi majlis itu, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, Majlis Muzakarah Kebangsaan juga bersetuju dan memutuskan bahawa apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam.

Jelasnya, perkara tersebut telah diputuskan oleh Majlis Muzakarah Kebangsaan yang bersidang 22 hingga 24 Oktober lalu di Kota Bharu, Kelantan. Tambah beliau, amalan fizikal senaman yoga tanpa unsur-unsur tersebut pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan.

Namun demikian beliau menasihati umat Islam agar meninggalkan amalan tersebut kerana dikhuatiri akan menghakis akidah mereka.

“Tiga perkara yang boleh menghakis akidah umat Islam adalah kepercayaan di hati, menerusi perkataan dan perbuatan.

“Memandangkan terdapat elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka daripada terhakis. Saya nasihatkan mereka tinggalkannya (yoga) dan pilih senaman lain seperti berbasikal,solat, zikir dan sebagainya,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.

Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Turut hadir Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz.

Tambah beliau, Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mengeluarkan fatwa berhubung isu tersebut.

Jelasnya, pelaksanaan dari dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

i sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Setelah ia diwartakan barulah kita boleh tahu apa tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka yang masih mengamalkannya,” katanya.

Ketika ditanya adakah keputusan majlis fatwa ini akan dipertikaikan oleh masyarakat bukan Islam, Shukor berkata:

“Fatwa ini khusus kepada umat Islam. Masyarakat agama lain masih bebas meneruskan amalan yoga. Kita menghormati agama-agama lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.”

Awal bulan lalu pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Menurut Zakaria, yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa.


"Mereka mengamalkan yoga kerana percaya boleh menyatukan mereka dengan Tuhan," katanya.

Yoga adalah amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Saturday, November 22

Islam iktiraf bulan yang amat dihormati di zaman jahiliyah

Kuliah Tafsir ayat 97-100 surah al-Maidah

Allah Ta'ala menjadikan Ka'abah sebagai tempat berdiri bagi manusia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Sebagai tempat berdiri bagi manusia." (Surah al-Maidah: 97) Manusia berdiri untuk beribadat dan melakukan perkara berbentuk duniawi dengan cara yang diberkati oleh Allah SWT.


Firman Allah yang bermaksud: "...bulan yang diharamkan berperang padanya." (Surah al-Maidah: 97) iaitulah bulan Zul Qaedah, Zul Hijjah, Muharram dan Rejab. Bulan-bulan ini dihormati sejak zaman jahiliyyah lagi dan diiktiraf oleh Islam kerana Islam mengiktiraf perdamaian. Perkara ini akan dibincang secara panjang lebar dalam Surah Baraah.

Seterusnya Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud: "... dan binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Baitillahil Haram oleh orang haji)." (Surah al-Maidah: 97) Hadiah ini berlaku dengan penyembelihan qurban atau membayar dam ketika mereka melakukan haji.

Firman Allah yang bermaksud:

"...dan kalong-kalong yang diletakkan pada binatang (ditentukan untuk menyembelih dam)." (Surah al-Maidah: 97).

Binatang itu diikat dengan tali dan seumpamanya untuk dijadikan penanda bagi tujuan tersebut.

Firman Allah yang bermaksud:

"...yang demikian supaya kamu mengetahui bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu." (Surah al-Maidah: 97)

Allah sememangnya Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu dan kamu hendaklah beriman betapa mengetahui-Nya Allah SWT lebih dari makhluk-Nya, kamu tidak boleh menyembunyikan sedikit pun dari ilmu Allah Yang Maha Luas itu.

Firman Allah yang bermaksud:

"Ketahuilah sesungguhnya Allah itu sangat keras balasan-Nya (hukuman-Nya) dan Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang." (Surah al-Maidah: 98).

Oleh itu kamu hendaklah takut kepada-Nya dan mengharapkan keampunan dan rahmat daripada-Nya dengan memohon maaf dan bertaubat di atas kesalahan yang dilakukan mudah-mudahan Allah Mengampunkan dosa kamu.

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali memungkiri janji, ketika Dia berjanji. Kita mesti yakin dengan janji-janji Allah, keampunan dan rahmat-Nya.

Firman Allah yang bermaksud:

"Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan perintah-perintah Allah sahaja dan Allah sentiasa Mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan. " (Surah al-Maidah: 99)

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT mengumumkan kepada kita bahawa tugas Rasulullah s.a.w. ialah menyampaikan ajaran Allah.

Adapun sama ada manusia menerimanya ataupun tidak, itu terpulang kepada masing-masing. Apabila manusia tidak menerima ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dan mereka tidak beramal dengannya, Allah tidak menyalahkan Rasulullah s.a.w. Yang salah ialah manusia sendiri.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"...tidaklah diperintah kepada Rasul itu (Nabi Muhammad s.a.w.) melainkan menyampaikan ajaran Allah." (Surah al-Maidah: 99)

Adapun taufiq dan hidayah serta pahala yang diperolehi, terpulang kepada amalan masing-masing.

Firman Allah yang bermaksud:

"...Allah Mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan. " (Surah al-Maidah: 99)

Apa yang kamu lahirkan dengan perangai kamu yang dapat dilihat, semuanya diketahui oleh Allah termasuk apa yang kamu sembunyikan di dalam hati kamu daripada perasaan kufur dan munafiq.
Allah Ta'ala Maha Mengetahuinya walaupun kamu bercakap dengan lidah bahawa kamu juga seorang Islam pada hal hati kamu tidak percaya kepada Islam. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan Dia juga Maha Mengetahui segala-galanya.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud:

"Tidak sama sesuatu yang buruk dengan yang baik walaupun mengkagumkan engkau banyaknya yang buruk, maka bertaqwalah kepada Allah, wahai orang yang mempunyai akal fikiran supaya kamu mencapai kejayaan." (Surah al-Maidah : 100)

Al-Hassan berkata yang dimaksudkan dengan buruk dan baik di sini ialah halal dan haram. As-Suddi pula berkata, ia adalah orang beriman dan orang yang kafir.

Setengah ulama lain berkata, maksudnya ialah yang taat dan yang derhaka. Setengah ulama berkata dimaksudkan kedua-dua kalimah itu ialah yang buruk dan yang baik.

Al-Qurtubi berkata (di dalam tafsirnya) ia mengandungi semua perkara tersebut. _

Kenapa Wanita Suka Merajuk?

SIKAP lelaki yang dikatakan tidak peka dengan kehendak dan keperluan wanita dikenal pasti antara punca yang boleh menimbulkan ketegangan dalam perhubungan, sekali gus boleh membawa kepada putusnya hubungan sekiranya tiada percubaan untuk meleraikan kekusutan yang timbul. Perbezaaan pendapat juga secara tidak langsung boleh menimbulkan salah faham terutama dalam perhubungan yang terjalin. Wanita sering dikaitkan dengan unsur sensitiviti yang berkaitan dengan emosi. Pelbagai tanggapan diberikan terhadap wanita di atas sikap dan perlakuan wanita yang dilihat secara kasarnya begitu sensitif dan emosional dalam menangani isu yang berkaitan.. Disebabkan kawalan emosi yang kurang stabil dan lemah itulah menyebabkan wanita banyak dikaitkan dengan elemen kelemahan seperti bersikap suka marah-marah, manja tak kena tempat, suka menangis tidak tentu pasal, naik angin hingga berangin orang sekelilingnya, suka sakit hati, rajuk hati, kecil hati hingga sikap ini membuat wanita menjeruk hati dan makan hati. Sikap sebegitu dilihat satu kelemahan bagi wanita kerana mereka dikatakan tidak rasional dan kurang fokus terhadap masalah yang dihadapinya. Malah, wanita dilihat tidak berupaya untuk menjalankan kerja yang lebih berat khususnya mengetuai sesuatu jabatan atau pasukan disebabkan kawalan emosi yang lemah dalam menangani sesuatu permasalahan. Satu kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan lelaki berpendapat isu seperti tidak mengingati tarikh istimewa khususnya hari jadi teman wanita dan ulang tahun adalah perkara remeh sedangkan wanita menganggap peristiwa berkenaan sesuatu yang cukup istimewa dalam hidup mereka. Kajian itu adalah untuk mengetahui persepsi responden terhadap aspek merajuk dan apa tindakan dalam mengatasi sikap merajuk yang dianggap boleh menyebabkan keruntuhan sesuatu perhubungan. Begitupun, tidak kira apapun tanggapan negatif terhadap turun naik emosi wanita itu yang menyebabkan mereka sering bertindak di luar kawalan, wanita itu sendiri ada alasan tersendiri terhadap setiap sikap itu. Dalam kajian yang dijalankan terhadap lebih 100 responden berusia antara 25 tahun hingga 47 tahun itu, didapati jawapan responden wanita hanya difokuskan kepada aspek kekeluargaan dan sikap pasangan mereka, dan tidak ditumpukan pada aspek rakan serta kerjaya meskipun soalan dikemukakan tidak tertumpu kepada perhubungan tertentu. Ada responden wanita yang menyatakan mereka mudah berkecil hati apabila teman lelaki atau suami mereka tidak memuji masakannya atau memuji wanita lain di hadapan mereka. Dalam hubungan itu, berdasarkan pemerhatian lelaki akan cuba memujuk wanita berkenaan, tetapi apa yang menjadi masalah apabila pada satu peringkat lelaki mulai bosan dengan sikap yang dianggap keterlaluan itu. Jenuhlah teman lelaki atau suami wanita itu menggunakan pelbagai strategi untuk memujuk hingga menimbulkan kebosanan untuk terus memujuk jika apa juga yang dilakukan tidak diendahkan oleh wanita yang begitu kuat rajuknya itu. Sampai pada satu peringkat, akan kedengaran lelaki yang sudah bosan dengan rajuk wanita dan membiarkan sikapnya. Malah, dalam kajian yang dilakukan itu ada responden lelaki yang mengatakan wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir. Ini secara tidak langsung menunjukkan jika pada peringkat itu wanita masih bersikap sebegitu, perhubungan yang dijalin mungkin akan sampai ke tahap noktah. Berdasarkan pelbagai jawapan yang diberikan responden lelaki itu bolehlah dijadikan panduan dan sempadan kepada wanita bahawa merajuk yang keterlaluan akan mendatangkan kebosanan pada pihak lelaki. Janganlah menjadikan merajuk itu sebagai senjata dalam sesuatu perhubungan, tetapi jadikan merajuk itu sebagai satu imej untuk menunjukkan pada suami atau teman lelaki bahawa ada masa dan ketikanya tindakan mereka itu salah dan perlukan satu perubahan bagi membentuk perhubungan yang lebih baik. Hasilan kajian itu diringkaskan seperti berikut: Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk?

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)
1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.
2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.
8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.
9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita. 10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.
11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.
12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.
13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.
14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.
15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.
16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.
17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.
18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.
19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.
20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri
21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.
22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.
23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya. Mengapa wanita suka merajuk?

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).
1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.
2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.
3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.
4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.
5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu. 6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.
7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri. 8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.
10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.
11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.
12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki. 13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!
14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.
15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.
16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka. 17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu. (Sumber: Kajian dijalankan Dr Rusinah Siron pada Januari 2007)

Wednesday, November 19

Lagi Kejayaan SMKA Maahad Muar

SMKA Maahad Muar menjadi naib johan Kuiz Koperasi Peringkat negeri Johor dengan markah 68 dibelakang SMK Dato Penggawa Barat Pontian . Tahniah kepada Puan Normah n Mr Tj .

Belakang Tabir Nasyid SMKA Maahad Muar 2008





Inilah Pyan Saujana salah seorang yang bertanggungjawab membantu SMKA Maahad Muar meraih beberapa kejayaan yang cemerlang dalam industri nasyid pada level sekolah-sekolah menengah samada peringkat negeri mahupun kebangsaan pada tahun 2008.Namun begitu jasa dan usaha gigih itu ditunjang kukuh oleh sahabat saya Us Khairulzaman bin Hamjah yang tidak jemu2 mendidik,mentarbiah dan melatih ahli2 izdan dan ar-rayyan bukan sahaja dlm bernasyid bahkan dalam segala aspek meliputi akhlak dan permasalahan kendiri .Seorang lagi yang saya rasa banyak menyumbang kepakarannya dalam memajukan industri nasyid SMKA Maahad Muar adalah Frizdan yang sanggup duduk berkampung di bilik warden lelaki untuk melatih dengan gigih budak2 nasyid SMKA Maahad Muar.Jasa Kalian tetap kami sanjung.Semoga tahun depan sudilah kiranya bertandang ke sini lagi untuk mengekalkan prestasi nasyid SMKA Maahad Muar.Terima Kasih Pyan & Fridzan.

SMKA Maahad Muar Johan Kawat Kaki Negeri Johor 2008



Saturday August 2, 2008
Chief cop honours SMK Maahad cadet unit


Muar police chief Asst Comm, Mohamed Nasir Ramli said that SMK Maahad police cadet was also the overall winner in the state’s school police cadet camping activity in May.

Speaking at the department’s monthly gathering here recently, ACP Mohamed Nasir said the students interest, enthusiasm and commitment in police cadet had made them the pride of the department.

“We hope more schools will set up police cadet units to give opportunities for students to learn about laws and self-discipline.

ACP Mohamed Nasir said: “In our appreciation of the SMK Maahad police cadet unit’s success, we would like to presented the best school police cadet camping trophy to the team and also commendation letters to 47 police personnel in the district.”


Well done: Muar police acknowledging the SMK Maahad police cadet unit, which won the nation’s best school police cadet camping trophy in June.

He also said that residents could help police make citizen’s arrests if they saw crimes such a snatch thefts or motorcycle thefts.

He said they could help arrest the criminals and call the police to make a proper arrest, adding that such cooperation could help curb crime.

7 Golongan Mendapat Lindungan Arasy Allah D Akhrt

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

1. Pemimpin (imam) yang adil.

Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.

2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.

Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.

Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib
lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.

Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu "Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab "Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi "Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:
” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.

Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.

6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)

Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.

7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.

Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.

Di mana saya cuti sekolah niiii???

Pensyarah Sambilan
Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka
IPPMM

Kuliah-kuliah bagi ambilan berikut:

KPLI Jqaf Ambilan Jan 2008 PA 2
Subjek : Pengajian Al-Quran

KDPM JAIJ Ambilan Mei 2006 JAIJ
Subjek : Asas Dinamika Guru Sem 3

KDPM JAIJ Ambilan Mei 2007 PM 1
Subjek : Asas Dinamika Guru Sem 3

Tulisan ALLAH diatas genangan air dibekasi timur



LOKASI:
Antara Cikarang - Tol Bekasi Timur , Jalan Utama / pinggir jalan Kalimalang ) Allahu Akbar !

Tuesday, November 18

15 Perkara Penyebab BALA

" Untuk renungan bersama. Semoga kita mendapat menafaat.

Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda; “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu

2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)

3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)

4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)

5. Anak menderhakai ibunya

6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya

7. Ayahnya (pula) disingkir jauh

8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)

9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)

10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya

11. Arak menjadi minuman lumrah

12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)

13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung

14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun?) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) ..Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut..."dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu”.

(Hadith riwayat Tirmizi) "