Something good to share…
* PDF Tambahan sila hubungi saya untuk di email...
Asssalamu'alaikum Muslim & Muslimat,
Terdapat pelbagai kaedah Cara Mudah & Cepat Hafaz Surah Yaa Siin. Di sini
dikongsi salah satu cara yang disyorkan untuk amalan semua.
Sesungguhnya tiada jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu.
Kaedah ini hanya menyediakan "alat" untuk memudahkan proses hafazan, namun
pendekatan ini hanya boleh berjaya melalui keazaman yang tinggi serta usaha
berterusan yang dibuat untuk menghafaz keseluruhan Surah Yaa Siin. Selamat
Mencuba!!
Cara-cara yang disyorkan
------------ --------- --------- -------
* Niat dalam hati disamping memohon bantuan Allah agar dipermudahkan
proses hafazan.
* Cetak fail pdf yang dilampirkan. .
Ada 4 helai kertas yang memuatkan keseluruhan Surah Yaa Siin.
* Mulakan dengan kertas yang pertama. Usahakan untuk menghafaz
sehingga lancar.
* Kertas bercetak tersebut boleh dilipat kecil untuk dibawa
kemana-mana kecuali ke dalam tandas.
* Buat bayangan mental berkenaan kedudukan ayat pada lipatan kertas
agar dapat membantu minda untuk mengecam dan sekaligus menghafaz.
* Teliti corak susunan tertentu pada ayat tersebut, contohnya ada dua
kali ayat bermula dengan huruf qaf sebelum bertukar dengan huruf wau dan
kemudian kembali dengan dua kali ayat bermula huruf qaf. Kaedah penandaan
sebegini mampu memudahkan proses hafazan.
* Tetapkan matlamat mengenai bilangan ayat yang ingin dihafaz dalam
sehari dan raikan dengan ucapan penuh kesyukuran jika berjaya dicapai.
* Warnakan dengan pen highlighter kawasan yang bertajwid, seperti
bacaan yang panjang dan dengung.
* Setelah kertas pertama berjaya diingat dengan sempurna, teruskan
dengan kertas yang berikutnya.
* Adalah lebih baik, jika makna surah dapat dihafaz bersama.
Insyallah dengan niat bersungguh-sungguh dan ikhlas kerana Allah dapatlah
kita menghafal surah Yaasin. Sebarkan maklumat ini kepada semua.
Biro Pendidikan & Latihan
Wednesday, November 12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 sila komen disini:
Post a Comment