Menghafaz Al Quran merupakan amalan para ulama sewaktu kanak-kanak. Antara ulama yang menghafaz Al Quran semasa kanak-kanak ialah Imam al Syafie , Imam Ahmad Ibnu Hambal, Imam ibnu Taimiyah, Imam al Nawawi dan ramai lagi. Persoalannya, Kenapakah Al Quran dihafaz seawal umur kanak-kanak? Maka jawapannya didapati berbagai-bagai mengikut pendangan ulama. Ada pendapat mengatakan bahawa kanak-kanak belum memikirkan tentang kehidupan, akalnya belum diisi dengan pelbagai idea dan fakta, belum terdedah dengan kemaksiatan dan dosa, ingatan lebih kuat jika dihafaz ketika kanak-kanak dan payah lupa, Al quran adalah sumber hukum pertama dan merupakan ibu segala ilmu, jika Al quran difahaz terlebih dahulu maka ilmu lain akan mudah mengikutinya, dan berbagai lagi jawapan dan kelebihan yang disebutkan oleh ulama tentang menghafaz Al Quran sewaktu kanak-kanak. Semoga kita dapat memberi peluang dan ransangan kepada anak-anak kita untuk menghafaz Al Quran. Persoalan seterusnya, Sebaik-baiknya, berapakah umur kanak-kanak untuk menghafaz Al Quran? Ini juga berbagai jawapan yang diberikan. Yang paling baik apabila anak itu sudah mula petah berkata-kata, ketika umur 4 hingga 7 tahun sudah mula menghafaz Al Quran. Tahap ke dua, ketika anak kita berumur 8 hingga 12 tahun. Dan tahap terakhir ialah ketika anak kita berumur 13 hingga 20 tahun dan ketika ini anak kita perlu ada keazaman dan kehendak yang kuat untuk menghafaz Al Quran jika tidak, ia tidak akan mampu untuk menghafaz Al quran. Jika umur yang lebih dari tiga peringkat ini, untuk menghafaz Al Quran memerlukan jiwa yang kuat dengan Al Quran dan memerlukan pengorbanan yang lahir di dalam hati, jika tidak, sama sekali tidak akan mampu untuk menghafaz Al quran. Walaubagaimanpun Al Quran itu satu mukjizat, Inshallah, dengan izin Allah swt kita mampu menghafaz Al-Quran walaupun kanak-kanak, remaja atau orang dewasa jika mengikut kaedah, berdisiplin dan berharap pertolongan daripada Allah swt inshallah kita mampu manghafaznya.
Bagaimana Cara Menghafaz Al Quran ?
Secara Umumnya Seperti di Bawah;
1.Tetapkan Kadar Ayat yang hendak dihafaz.
- Untuk Permulaan Jangan Banyak 3 atau 5 baris shj
- Bagi pelajar SM Tahfiz satu muka.
2.Baca dengan Melihat Teks Al Quran.
- Perhatikan Ayat
- Perhatikan Kalimah
- Perhatikan Baris atau tanda disetiap kalimah
- Pasatikan Hukum Tajwid Tepat, pastikan wakaf dan wasol yang tepat.
- Pastikan Tiada Kesalahan
- Jika bacaan lemah sila tasmek bacaan kepada guru.
- Arahkan anak-anak mengikuti bacaan kita yang tepat sebelum mereka menghafaz
3.Baca Setiap Ayat yang telah pasti tepat bacaannya seperti syarat di atas sekurang-kurangnya 40 kali. (Baca Lihat Mashaf), cuba tumpukan perhatian sepenuhnya pada ayat yang dibaca (focus)
4.Setelah betul-betul lancar ayat yang ingin dihafaz,
- Hafaz ayat pertama sehingga ingat , apabila sudah ingat baca sambil lihat mashaf 10 x dan 20 x secara hafazan .
- Hafaz ayat ke dua sehingga ingat, apabila sudah ingat baca 10x lihat mashaf dan 20 x secara hafazan.
- Sebelum berpindah ayat yang ke tiga , baca ayat pertama dan kedua secara lihat mashaf 10x dan secara hafazan 20x . jika sudah ingat ayat satu dan dua.
- Hafaz ayat ke tiga sehingga ingat, jika sudah ingat baca secara lihat mashaf 10x dan secara hafaz 20x.
- Jika sudah ingat ayat ke tiga , baca ayat satu, dua dan tiga secara lihat mashaf 10x dan secara hafaz 20x. sehingga ingat betul-betul.
- Begitulah seterusnya setiap ayat yang ditambah ingat dan sudah diingat hendaklah hubungkan dengan ayat sebelumnya dari mula (ayat satu) sehingga ayat akhir. Hafaz sehingga lancar
- LAGI BANYAK ULANG LAGI INGAT.
5.Waktu, Cadangannya seperti berikut;
- Melancarkan Bacaan (no 2 dan 3) selepas Solat Asar , ambil masa setengah jam
- Menghafaz pada waktu maghrib dan Isyak.(no 4)
- Melancarkan kembali ayat yang telah dihafaz pada waktu sebelum subuh. Jam 5 pagi dan selepas subuh.
Wednesday, April 29
Sunday, April 26
Keputusan MTQ and Festival Nasyid Peringkat Negeri Johor 2009
Tempat : SMKA Johor Bahru
Tarikh : 24-25 April 09
Hari : Jumaat / Sabtu
Kejayaan SMKA Maahad Muar MTQ Peringkat Negeri Johor :
Naib Johan Tilawah Al-Quran Sek Menengah : Mohd Zakiuddin bin Hanafi (Ting 2 Arif)
Ketiga Syarahan Agama & Syarahan Spontan : Izzatur Nazreen Abd Rahim (Ting 3 Hadi)
Johan Festival Nasyid Negeri Johor : Kumpulan Izdan
Pihak SMKA Maahad Muar & Panitia Pendidikan Islam Daerah mengucapkan tahniah kepada pelajar SMKA Maahad yang berjaya.
Gambar sensasi kejayaan akan menyusul kemudian. Insya allah.
Tarikh : 24-25 April 09
Hari : Jumaat / Sabtu
Kejayaan SMKA Maahad Muar MTQ Peringkat Negeri Johor :
Naib Johan Tilawah Al-Quran Sek Menengah : Mohd Zakiuddin bin Hanafi (Ting 2 Arif)
Ketiga Syarahan Agama & Syarahan Spontan : Izzatur Nazreen Abd Rahim (Ting 3 Hadi)
Johan Festival Nasyid Negeri Johor : Kumpulan Izdan
Pihak SMKA Maahad Muar & Panitia Pendidikan Islam Daerah mengucapkan tahniah kepada pelajar SMKA Maahad yang berjaya.
Gambar sensasi kejayaan akan menyusul kemudian. Insya allah.
kategori
MTQSSKPM
Thursday, April 23
Lokasi Penyelaras KKQ April 09
MESYUARAT KAWAL MUTU SOALAN PEP KKQ TAHUN 2009
21-23 April 2009
Hotel Mid Town Kuala Terengganu , Terengganu
MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT NEGERI 2009
24-25 April 2009
di SMKA JB
21-23 April 2009
Hotel Mid Town Kuala Terengganu , Terengganu
MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT NEGERI 2009
24-25 April 2009
di SMKA JB
kategori
iklan
Monday, April 20
Lagi Kejayaan SMKA Maahad Muar dalam Aktiviti Maal Hijrah Negeri 2009
Berzanji Lelaki
Kedua Berzanji peringkat negeri Johor 2009
Mohd Hazim bin Mohd Noh
Marhaban Berzanji
Kedua Aktviti Maal Hijrah Peringkat negeri Johor 2009
Kumpulan Ar Rayyan
Kedua Berzanji peringkat negeri Johor 2009
Mohd Hazim bin Mohd Noh
Marhaban Berzanji
Kedua Aktviti Maal Hijrah Peringkat negeri Johor 2009
Kumpulan Ar Rayyan
kategori
MTQSSKPM
Friday, April 17
SMKA Maahad Muar Tuan Rumah
Pertandingan Aktiviti Maal Hijrah Sek Menengah dan Rendah KPM 2009 akan berlangsung di daerah Muar pada 17-18 April 2009 (Jumaat & Sabtu )
SMKA Maahad Muar menjadi tempat bertanding acara KUIZ AGAMA,BERZANJI & KHAT kategori Sekolah Menengah Negeri Johor.
Mohd Hazim bin Mohd Noh (SMKA Maahad) menjadi wakil daerah Muar dalam acara berzanji kategori lelaki(Sek Men).
Lokasi Pertandingan :
Berzanji di Dewan Seminar
Khat di Dewan Makan Aspuri
Kuiz Agama di tingkatan 5 Mujahid/Alim/Arif
SMKA Maahad Muar menjadi tempat bertanding acara KUIZ AGAMA,BERZANJI & KHAT kategori Sekolah Menengah Negeri Johor.
Mohd Hazim bin Mohd Noh (SMKA Maahad) menjadi wakil daerah Muar dalam acara berzanji kategori lelaki(Sek Men).
Lokasi Pertandingan :
Berzanji di Dewan Seminar
Khat di Dewan Makan Aspuri
Kuiz Agama di tingkatan 5 Mujahid/Alim/Arif
kategori
MTQSSKPM
Monday, April 13
Keputusan MTQ & Aktiviti Maalhijrah Pkt Daerah 2009
SMKA Maahad Muar telah memenangi 3 Johan :
Tilawah Al-Quran Lelaki: Mohd Zakiuddin bin Hanafi
Berzanji Lelaki : Mohd Hazim Mohd Noh
Syarahan BM Lelaki : Izzatur Nazrin bin Abd Rahim
Juga telah meraih naib johan :
Hafazan Lelaki
Hafazan Perempuan
Syarahan Agama Perempuan
Dan lagI tempat Ketiga :
Khat Lelaki
Khat Perempuan
Semoga lebih cemerlang pada tahun akan datang!!!!!!!
Tilawah Al-Quran Lelaki: Mohd Zakiuddin bin Hanafi
Berzanji Lelaki : Mohd Hazim Mohd Noh
Syarahan BM Lelaki : Izzatur Nazrin bin Abd Rahim
Juga telah meraih naib johan :
Hafazan Lelaki
Hafazan Perempuan
Syarahan Agama Perempuan
Dan lagI tempat Ketiga :
Khat Lelaki
Khat Perempuan
Semoga lebih cemerlang pada tahun akan datang!!!!!!!
kategori
MTQSSKPM
Lagi Panorama MTQ SMKA Maahad Muar
INFO MENGENAI MTQ PERINGKAT SEKOLAH
Pembantu Projek : Exco asrama laki dan perempuan yg sntiasa ceria dan bagi kerjasama yang tidak berbelah bahagi.
Tokoh Murid Maal Hijrah Peringkat Sekolah 1430 H : Mohd Bahrain Adom (Exco Kerohanian Asrama )
kategori
aktiviti Maahad Muar
Thursday, April 9
Majlis Penutup MTQ Peringkat Sekolah Gilang Gemilang 09
Pengurus Projek Majlis Penutup MTQ Pkt Sekolah : Us Zaman & Us Sani
Perasmi Penutup : Us Mohd Hanafi Abdul Rahman PPD Muar Unit Pend Islam
Pentas : Kata Perasmi : Macam astaka majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan.
Tokoh Maal Hijrah 09 : Saudara Bahrain bin Adom & Saudari Nabihah Mokhtar.
Persembahan : Izdan turut memeriahkan majlis ini dengan lagu yang bakal dialunkan di festival nasyid daerah.
Hadiah : Johan menerima set persalinan baju melayu kain satin/sijil ...kedua dan ketiga beg dan sijil.
Pembantu Majlis MTQ ini : Semua exco asrama lelaki dan perempuan.Terima Kasih Daun Keladi . Anda cukup membanggakan kami!!!!
kategori
MTQSSKPM
Sunday, April 5
Program / Aktiviti ......
Kursus Usrah Nuqaba`
2,3,4 April 2009 di SMKA JB
8 orang exco dan ketua-ketua usrah SMKA terpilih menyertai program ini dibawah kelolaan Penolong Pengarah SPI JPNJ Us Hairodzi bin Mohamad (unit dakwah)
2,3,4 April 2009 di SMKA JB
8 orang exco dan ketua-ketua usrah SMKA terpilih menyertai program ini dibawah kelolaan Penolong Pengarah SPI JPNJ Us Hairodzi bin Mohamad (unit dakwah)
kategori
iklan
Tujuh Ayat Cinta
Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.Bismillahhirrahma nnirrahim: pada
tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulliah: pada tiap-tiap
habis melakukan sesuatu.
3.Astagfirrullah: jika tersilap
mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah: jika ingin melakukan
sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquatai llahbillah: bila
tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang
buruk.
6.Innalillah: jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.
7.Laailaahaillallah: bacalah
sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga
kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah.
* Anda sebarkan @ forwardkan pada
semua kenalan anda. sabda Rasulluah
siapa yang menyampaikan satu ilmu dan
orang yang mengamalkannya maka dia
akan beroleh pahala walaupun sudah
tiada.
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.Bismillahhirrahma nnirrahim: pada
tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulliah: pada tiap-tiap
habis melakukan sesuatu.
3.Astagfirrullah: jika tersilap
mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah: jika ingin melakukan
sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquatai llahbillah: bila
tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang
buruk.
6.Innalillah: jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.
7.Laailaahaillallah: bacalah
sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga
kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah.
* Anda sebarkan @ forwardkan pada
semua kenalan anda. sabda Rasulluah
siapa yang menyampaikan satu ilmu dan
orang yang mengamalkannya maka dia
akan beroleh pahala walaupun sudah
tiada.
kategori
tazkirah_sunny
Subscribe to:
Posts (Atom)