Menghafaz Al Quran merupakan amalan para ulama sewaktu kanak-kanak. Antara ulama yang menghafaz Al Quran semasa kanak-kanak ialah Imam al Syafie , Imam Ahmad Ibnu Hambal, Imam ibnu Taimiyah, Imam al Nawawi dan ramai lagi. Persoalannya, Kenapakah Al Quran dihafaz seawal umur kanak-kanak? Maka jawapannya didapati berbagai-bagai mengikut pendangan ulama. Ada pendapat mengatakan bahawa kanak-kanak belum memikirkan tentang kehidupan, akalnya belum diisi dengan pelbagai idea dan fakta, belum terdedah dengan kemaksiatan dan dosa, ingatan lebih kuat jika dihafaz ketika kanak-kanak dan payah lupa, Al quran adalah sumber hukum pertama dan merupakan ibu segala ilmu, jika Al quran difahaz terlebih dahulu maka ilmu lain akan mudah mengikutinya, dan berbagai lagi jawapan dan kelebihan yang disebutkan oleh ulama tentang menghafaz Al Quran sewaktu kanak-kanak. Semoga kita dapat memberi peluang dan ransangan kepada anak-anak kita untuk menghafaz Al Quran. Persoalan seterusnya, Sebaik-baiknya, berapakah umur kanak-kanak untuk menghafaz Al Quran? Ini juga berbagai jawapan yang diberikan. Yang paling baik apabila anak itu sudah mula petah berkata-kata, ketika umur 4 hingga 7 tahun sudah mula menghafaz Al Quran. Tahap ke dua, ketika anak kita berumur 8 hingga 12 tahun. Dan tahap terakhir ialah ketika anak kita berumur 13 hingga 20 tahun dan ketika ini anak kita perlu ada keazaman dan kehendak yang kuat untuk menghafaz Al Quran jika tidak, ia tidak akan mampu untuk menghafaz Al quran. Jika umur yang lebih dari tiga peringkat ini, untuk menghafaz Al Quran memerlukan jiwa yang kuat dengan Al Quran dan memerlukan pengorbanan yang lahir di dalam hati, jika tidak, sama sekali tidak akan mampu untuk menghafaz Al quran. Walaubagaimanpun Al Quran itu satu mukjizat, Inshallah, dengan izin Allah swt kita mampu menghafaz Al-Quran walaupun kanak-kanak, remaja atau orang dewasa jika mengikut kaedah, berdisiplin dan berharap pertolongan daripada Allah swt inshallah kita mampu manghafaznya.
Bagaimana Cara Menghafaz Al Quran ?
Secara Umumnya Seperti di Bawah;
1.Tetapkan Kadar Ayat yang hendak dihafaz.
- Untuk Permulaan Jangan Banyak 3 atau 5 baris shj
- Bagi pelajar SM Tahfiz satu muka.
2.Baca dengan Melihat Teks Al Quran.
- Perhatikan Ayat
- Perhatikan Kalimah
- Perhatikan Baris atau tanda disetiap kalimah
- Pasatikan Hukum Tajwid Tepat, pastikan wakaf dan wasol yang tepat.
- Pastikan Tiada Kesalahan
- Jika bacaan lemah sila tasmek bacaan kepada guru.
- Arahkan anak-anak mengikuti bacaan kita yang tepat sebelum mereka menghafaz
3.Baca Setiap Ayat yang telah pasti tepat bacaannya seperti syarat di atas sekurang-kurangnya 40 kali. (Baca Lihat Mashaf), cuba tumpukan perhatian sepenuhnya pada ayat yang dibaca (focus)
4.Setelah betul-betul lancar ayat yang ingin dihafaz,
- Hafaz ayat pertama sehingga ingat , apabila sudah ingat baca sambil lihat mashaf 10 x dan 20 x secara hafazan .
- Hafaz ayat ke dua sehingga ingat, apabila sudah ingat baca 10x lihat mashaf dan 20 x secara hafazan.
- Sebelum berpindah ayat yang ke tiga , baca ayat pertama dan kedua secara lihat mashaf 10x dan secara hafazan 20x . jika sudah ingat ayat satu dan dua.
- Hafaz ayat ke tiga sehingga ingat, jika sudah ingat baca secara lihat mashaf 10x dan secara hafaz 20x.
- Jika sudah ingat ayat ke tiga , baca ayat satu, dua dan tiga secara lihat mashaf 10x dan secara hafaz 20x. sehingga ingat betul-betul.
- Begitulah seterusnya setiap ayat yang ditambah ingat dan sudah diingat hendaklah hubungkan dengan ayat sebelumnya dari mula (ayat satu) sehingga ayat akhir. Hafaz sehingga lancar
- LAGI BANYAK ULANG LAGI INGAT.
5.Waktu, Cadangannya seperti berikut;
- Melancarkan Bacaan (no 2 dan 3) selepas Solat Asar , ambil masa setengah jam
- Menghafaz pada waktu maghrib dan Isyak.(no 4)
- Melancarkan kembali ayat yang telah dihafaz pada waktu sebelum subuh. Jam 5 pagi dan selepas subuh.
Wednesday, April 29
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 sila komen disini:
Teruskan maju jaya sekolah agamaku.............
Post a Comment