SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Friday, October 2

Nota Ringkas Pendidikan Islam Tingkatan Satu : TUNTUTAN SOLAT BERJEMAAH (Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran Guru Cemerlang Pendidikan Islam)

UNIT 3 : TUNTUTAN SOLAT BERJEMAAH

Maksud
Solat secara beramai-ramai terdiri daripada imam dan makmum

Hukum
Fardu kifayah iaitu wajib dilakukan oleh sebahagian penduduk sesuatu kariah

Syarat Sah Solat Berjemaah

1. Syarat Jadi Imam
1. Baligh
2. Betul dan baik bacaannya.
3. Lelaki (perempuan boleh jadi imam kepada perempuan sahaja)
2. Tidak menjadi makmum kepada imam yang lain.

2. Syarat Jadi Makmum
1. Niat mengikut imam
2. Tahu setiap perbuatan imam
3. Ikut perbuatan imam
4. Kedudukan makmum dibelakang imam.
5. Imam dan makmum di satu tempat
6. Makmum lelaki dengan imam lelaki
7. Peraturan solat makmum hendaklah sama peraturan solat imam

Orang Yang Layak Jadi Imam
1. Paling baik bacaannya.
2. Baik akhlak dan budi pekerti
3. Lebih alim dalam hal agama
4. Dihormati dan disegani masyarakat
5. Lebih tua dan berkebolehan

Jenis Makmum

1. Makmum Muafik
Makmum yang sempat membaca fatihah sebelum imam rukuk rakaat pertama

2. Makmum Masbuk
• Makmum yang tidak sempat membaca fatihah bersama imam
• Makmum masbuk memperoleh rakaat bersama imam apabila:
o Makmum sempat takbiratul ihram ketika imam rukuk, alfatihah dibaca sekadar sempat
o Makmum datang imam sedang rukuk, makmum perlulah takbiratul ihram dan terus rukuk bersama imam.

Hikmah Solat Berjemaah
• Lahir pemimpin yang berkualiti
• Melahirkan masyarakat bekerjasama
• Membina kecintaan terhadap islam
• Mengeratkan sillaturrahim.

0 sila komen disini: