SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Wednesday, November 9

Program Ibadah Qurban Perdana 2011 / 1432 Hijriah







Pada 8 dan 9 November 2011 SMKA Maahad Muar telah melaksanakan Program Ibadah Qurban Perdana sempena Aidil Adha . 3 Ekor lembu telah diqurbankan hasil sumbangan daripada pihak pengurusan sekolah , guru-guru dan murid-murid. Semua warga Maahad Muar berganding bahu melapah daging qurban termasuklah para murid . Daging mentah Qurban telah diedarkan di kalangan warga SMKA Maahad Muar dan penduduk sekitar kawasan sekolah . Ini secara tidak langsung dapat merapatkan ukhuwah yang telah sekian terbina antara pihak sekolah dengan penduduk setempat. Pada 9 November pula , daging-daging qurban telah dimasak Beriani untuk santapan semua warga SMKA Maahad Muar di samping hidangan SOP TULANG oleh GPIBA.Semoga dengan ibadah Qurban yang dilaksanakan dapat untuk membersihkan hati dan jiwa sekaligus mengharapkan keredhaan Allah.Salam Idul Adha 1432 Hijriah dari kami SMKA Maahad Muar , Sekolah Kluster Kecemerlangan.

0 sila komen disini: