SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Tuesday, June 19

Program Kluster : Pengantarabangsaan SMKA Maahad Muar ke Indonesia 3-6 Jun 2012















Pada 3 hingga 6 Jun 2012 yang lepas , delegasi kluster SMKA Maahad Muar telah berkesempatan untuk berkunjung ke Indonesia atas dasar misi untuk mengadakan pertandingan nasyid , debat bahasa Arab dan pidato bahasa Arab dengan sekolah-sekolah di negara Indonesia . Antara sekolah yang dikunjungi adalah Madrasah Pembangunan UIN Syarif Hidayatullah Jakarta pada 4 Jun 2012 . Di madrasah ini SMKA Maahad Muar telah bertandingan nasyid , debat bahasa Arab dan pidato bahasa Arab dengan beberapa madrasah arab ternama di Indonesia seperti UIN sendiri , Madrasah Negeri 4 Jakarta, Madrasah Darunnajah, Madrasah Darul Falah . Dalam pertandingan nasyid SMKA Maahad Muar telah mendapat Johan manakala bagi debat bahasa Arab dan pidato hanya mampu meraih saguhati sahaja. Walaupun begitu , penyertaan di peringkat antarabangsa ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk mahir bertutur bahasa arab dalam keadaan spontan dan bersahaja . Seterusnya pada 5 Jun 2012 , SMKA Maahad Muar telah berkunjung ke Pasentren Suryalaya di Jawa Timur untuk meninjau dan mempelajari bahasa Arab dengan lebih mudah . Sambutan hangat di Suryalaya menunjukkan mereka menerima kami dengan hati terbuka dan ikhlas. Banyak sungguh pengalaman yang kami timba di Indonesia dan akan di praktikkan di bumi bertuah Maahad Muar.

0 sila komen disini: