SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Saturday, January 19

SMKA MAAHAD MUAR SEKOLAH PERINTIS MODUL SUMUR PKT KEBANGSAAN

Majlis Pelancaran Modul Sahsiah Unggul dan Kelab Braile Al-Quran


Majlis Pelancaran Modul Sahsiah Unggul dan Kelab Braile Al-Quran, Kementerian Pelajaran Malaysia telah berlangsung pada 29 Oktober 2007 yang lalu bertempat di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang, Selangor.
Ringkasan Modul Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)
Modul Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato' Noh bin Haji Omar, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Idea SUMUR ini adalah hasrat Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien. Idea ini disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) dengan mencetuskan Modul 5C iaitu
Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria.
Murid Contoh

Objektif
Mempunyai penampilan diri yang kemas dan menyenangkan
Pandai menguruskan diri sebagai seorang murid
Bijak mengurus masa dalam kehidupan seharian
Mengamalkan adab belajar yang berkesan
Mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup

Program
Penampilan diri
Pengurusan diri
Pengurusan masa
Adab belajar
Ketahanan diri

Murid Cerdas
Objektif
Murid mengenali diri sendiri
Prinsip hidup cemerlang
Amalan berbudi bahasa
Semangat patriotisme
Memburu kejayaan dan pengiktirafan
Program
Kenali diri
Prinsip hidup
Berbudi bahasa
Patriotisme
Pengiktirafan

Murid Cerdik
Objektif

Meningkatkan daya kepimpinan
Mempunyai keyakinan diri
Keupayaan berpidato
Memiliki daya juang yang tinggi
Dapat berkomunikasi secara berkesan
Program
Minda terbuka
Cabaran minda dan ketahanan fizikal
Peningkatan ilmu secara kendiri
Komunikasi berkesan menjana kecemerlangan

Murid Cergas
Objektif
Mempunyai ilmu pengetahuan yang berguna dalam penjagaan kesihatan
Mempraktikan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan seharian
Mengamalkan riadah secara berkala untuk kesihatan
Program
Promosi penjagaan kesihatan
Pemakanan seimbang
Riadah berjadual

Murid Ceria
Objektif

Mempunyai penampilan diri yang kemas, bersih dan segak
Dapat mengendalikan pengurusan stress dengan berkesan
Sentiasa memburu ilmu untuk kebahagian dunia dan akhirat
Sentiasa membuat kebaikan (SMK)/ merebut pahala berganda (SMKA)
Program
Kemas dan bersih
Program segak
Pengurusan stress
Memburu ilmu
Membina jati diri
Merebut pahala berganda

0 sila komen disini: