SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Friday, April 11

Guna Microwave yang masak babi

Saya ingin bertanya, apakah hukum jika kita panaskan makanan dlm microwave yang ada orang panaskan pork sebelum tu?

jawapan:
Bismillah
Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah SAW,

Dari Abi Tsa’labah al-Khusyani radhiallahu ‘anh:

عَنْ أَبِي ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيِّ
أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّا نُجَاوِرُ أَهْلَ الْكِتَابِ وَهُمْ يَطْبُخُونَ فِي قُدُورِهِمْ الْخِنْزِيرَ وَيَشْرَبُونَ فِي آنِيَتِهِمْ الْخَمْرَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنْ وَجَدْتُمْ غَيْرَهَا فَكُلُوا فِيهَا وَاشْرَبُوا وَإِنْ لَمْ تَجِدُوا غَيْرَهَا فَارْحَضُوهَا بِالْمَاءِ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا

“Bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya kami bertetangga dengan Ahl al-Kitab. Mereka biasa memasak daging khinzir di dalam periuk mereka dan meminum khamar di dalam gelas mereka (lalu bolehkah kami menggunakan periuk dan gelas tersebut?)”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Jika kalian dapat menggunakan perkakas yang lain maka makan dan minumlah dalamnya. Jika kalian tidak dapat perkakas yang lain maka cucilah ia dengan air kemudian makan dan minumlah.” (H.R Abu Daud, dinilai Sahih oleh Albani)

Jawapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan bahawa perkakas yang bersentuhan dengan daging khinzir tidak perlu disamak tetapi memadai dibasuh dengan air sahaja.

Sila rujuk artikel: Meninjau Semula Hukum Kenajisan Khinzir Oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah:

0 sila komen disini: