Ana ada sikit muskil. Ada member tanya pasal najis kat seluar. Satu hari dia solat, dah lepas solat lepas 10-15 minit baru dia sedar ada kesan najis kat seluar dia. So patutkah dia solat semula dengan seluar yg bersih atau itu dikira dimaafkan sebab perkara yg tidak diketahui
terima kasih didahulukan kepada panel sekalian
jawapan:
wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr penjejak_badai dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Menyedari seluar yang digunakan semasa solat didapati kesan najis tidak membatalkan solat apabila kesan itu dapat dilihat hanya selepas solat.
Didalam sebuah riwayat menceritakan bahawa seorang telah datang berjumpa Nabi menceritakan sesuatu yang berlaku semasa beliau bersolat yang boleh menyebabkan wudhu’nya batal. Nabi bersabda :-
لا ينصرف حتى يسمع صوتاً أو يجد ريحاً
“Jangan berhentikan solat sehingga kamu mendengar bunyi atau mengesan bau” [Hadith riwayat al-Bukhari #137, Muslim #361]
Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh. jika seseorang tidak pasti akan keadaan itu, maka prinsip asasnya dia didalam keadaan bersih (Taahir). Seseorang itu boleh memikirkan bahawa kemungkinan bajunya terkena najis akan tetapi selama-mana tidak pasti, pada prinsipnya dia masih bersih. [Fataawa Ibn Utsaimin, 11/107].
Didalam kes menyedari terdapatnya najis selepas solat, Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh berkata :-
إذا كان لم يعلم نجاستها إلا بعد الفراغ من الصلاة فصلاته صحيحة ، لأن النبي صلى الله عليه وسلم لمَّا أخبره جبريل وهو في الصلاة أن في نعليه قذَراً خلعهما ولم يُعد أول الصلاة . وهكذا لو علمها ( أي النجاسة ) قبل الصلاة ثم نسي فصلى فيها ولم يذكر إلا بعد الصلاة ، لقول الله عز وجل : ( ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا ) ، …
أما إذا شك في وجود النجاسة في ثوبه وهو في الصلاة لم يجز له الانصراف منها سواء كان إماماً أو منفرداً وعليه أن يتم صلاته .
“Jika seseorang itu tidak mengetahui akan najis tersebut sehingga dia selesai solat, maka solatnya sah. Kerana sesungguh Nabi tatkala sedang bersolat dan diberitahu Jibril bahawa terdapat kekotoran di kasutnya, dia tidak mengulangi solatnya. Sama juga dengan seseorang yang mengetahui perkara tersebut (iaitu najis) sebelum solat, kemudian lupa dan bersolat, sehingga selesai solat dia mengingatinya (maka solat sah), kerana firman Allah swt :
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. ” [Surah al-Baqarah : 286]
Akan tetapi jika dia mempunyai keraguan/syak wujud najis di pakaiannya, adalah tidak dibenarkan dia memberhentikan solat, samada dia menjadi Imam atau bersolat bersendirian, hendaklah dia menyempurnakan solatnya” [Fataawa al-Syiekh Ibn Baaz, 12/396-397]
Kesimpulannya bagi kes diatas, solat tersebut tidak perlu diulangi. WA.
Sekian, wassalam
al-ahkam
Friday, April 11
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 sila komen disini:
Post a Comment