SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Thursday, September 4

Assalamualaikum, Ayat al-Quran, doa tangani kerenah anak

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.


Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura :

bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Sebaiknya, dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran :


bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.


Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

Surah Toha Ayat 1-8


1. Thaahaa

2. Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah


3. tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah


4. yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi


5. (Yaitu) Yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas Arsy


6. KepunyaanNyalah semua yang ada di langit, semua yang ada di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang ada di bawah tanah


7. Dan jika kamu mengeraskan ucapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahsia yang telah tersembunyi


8. Dialah Allah, tidak ada Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia. Dia mempunyai al-asmaaul husna (nama-nama yang baik).


Surah Ar-Rahman Ayat 1-4


1. (Rabb) Yang Maha Pemurah



2. Yang telah mengajarkan Al-Quran


3. Dia menciptakan manusia



4. Mengajarnya pandai berbicara.


Surah Al-Insyirah/ Alam Nasyrah


1. Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?


2. dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,


3. yang memberatkan punggungmu?


4. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu,


5. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,


6. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,


7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,


8. dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap.


Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran :


iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”


Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru hendak tidur untuk menghindari masalah emosi atau tingkah laku.

Selepas solat lima waktu, amalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan :



bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”



Ayat 40, Surah Ibrahim :


bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”



Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.


AMALAN AYAT-AYAT AL-QURAN

* Untuk mengelak suami/isteri dan anak-anak bergaduh : Surah Al Baqarah - Ayat 102
* Anak-anak pandai belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
* Anak-anak lembut hati and mengelak panas baran : Surah Al Anbiyaa - Ayat 69 dan Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
* Anak-anak malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5
* Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah
* Bagi anak-anak yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
* Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air dan spray keliling rumah

0 sila komen disini: