SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Tuesday, January 6

Sejenak Belajar Tajwid bersama Ustaz Sani

Istilah-istilah penting dalam tajwid .

Waqaf
Dari sudut bahasa: Berhenti / menahan. Dari sudut istilah tajwid: Menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan.

Waqaf Lazim / Waqaf Tam
Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna maknanya serta lafaz (dari segi i'rab) dan maksudnya tidak tergantung dengan kata-kata berikutnya.

Waqaf Ja'iz (Berhenti Harus)
Bacaan diharuskan berhenti atau sambung. Kedudukan hukum bahagian ini kadangkala sama (berhenti atau sambung), kadangkala sambung lebih baik dari berhenti dan kadangkala berhenti lebih baik dari sambung (iaitu menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak merosakkan maknanya).

Waqaf Muraqabah (Berhenti Pemerhatian)
Ia juga dinamakan Waqaf Ta'anuq (Berhenti Berikat) iaitu memberhentikan bacaan pada salah satu dari dua tempat Waqaf yang berdekatan tanpa Waqaf pada kedua-duanya.

Waqaf Mamnu' (Berhenti Tertegah)
Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak sempurna maknanya kerana makna dan lafaznya masih tergantung dengan kata-kata yang berikutnya dan ia ditegah berhenti.

0 sila komen disini: