SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Tuesday, July 28

Anugerah Seri Asrama Terbilang ASAT Kebangsaan 2009

ASAT Kebangsaan telah diadakan di Kuala Lumpur pada 24-28 Julai 2009 . SMKA Maahad Muar berjaya mewakili johor dalam Nasyid , Bola jaring dan Bahas Ala Parlimen.Pasukan SMKA Maahad Muar telah menginap di Seri Chempaka Suite Inn Cheras KL.

Sekali lagi pasukan Nasyid SMKA Maahad Muar telah membuktikan keunggulannya dengan meraih Johan Nasyid Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan 2009.Tahniah diucapkan.Vokalis untuk pertandingan ini adalah Mohd Bahrain bin Adom .

Pasukan Bola Jaring SMKA Maahad juga membuktikan bahawa mereka mampu ke suku akhir setanding dengan pasukan-pasukan lain yg lebih hebat terutama sekolah sukan.

Selain daripada itu, SMKA Maahad Muar juga telah menjadi johan tokoh asrama lelaki men rendah kebangsaan dan ketiga tokoh asrama lelaki men atas.Semoga kejayaan asrama ini bakal melahirkan pelajar yang bertakwa dan berdidikasi serta mempunyai jati diri yang mantap dalam segala aspek.Majlis Penutup dirasmikan oleh Tan Sri Alimuddin Md Dom Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia KPM.

Gambar2 terkini akan menyusul kemudian...

1 sila komen disini:

Ibtisam Najmi said...

salam alaik..
ustaz..macam mana dgn bahas?
saya dengar, peserta dpt tajuk yg salah..