SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Sunday, July 5

Doktor temui pokok dalam paru-paru


IZHEVSK , Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu
sup aya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh
dalam perut?


Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini
terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi
lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang
berumur 28 tahun.


Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di
sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.


Akhbar Komsomolsk aya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya
mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian
X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.


"Mata s aya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap s aya
melihat benda l ain .


"S aya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr.
Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.


Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu
bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.


"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang
amat sangat. Namun s aya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan s aya
," kata Sidorkin.


Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki
paru-paru manusia.


Mereka perc aya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian
membesar di dalam tubuhnya.


Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.

0 sila komen disini: