SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Monday, March 31

Destinasi Us Sani Bulan April 2008

Mesyuarat Kawal Mutu Bahan Kursus KKQ untuk Guru KKQ 2008
Di D Serai Resort & Golf Rompin Pahang
1 hingga 3 April 2008 (sel-khamis)

Majlis tadarus al-Quran MTQ 2008
Di SMK Air Hitam , Bkt Naning Muar Johor
Hakim Lagu (Berzanji )

Ayat Cinta - kiriman Ustazah Ainulhidayah HighSchool Muar

barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.insyaallah:jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.
Anda ada dua pilihan sama ada:
1.biarkan dalam inbox anda tanpa bermanfaat utk org lain..
2.anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Keadaan api neraka waktu di ciptakan- kiriman miss afiqah, UK.

"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
�Api neraka itu dinyalakan hingga 1000 tahun hingga menjadi merah, kemudian dinyalakan di atasnya selama 1000 tahun hingga menjadi putih, kemudian dinyalakan lagi selama 1000 tahun hingga menjadi hitam, maka ia menjadi hitam dan gelap.�
(HR. Tirmidzi)

Dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
�Apimu ini (api di atas dunia ini) adalah satu bahagian dari 70 bahagian api Jahannam. Kalau sahaja ia tidak dipadamkan dua kali tentulah kamu tidak dapat memanfaatkannya, dan ia berdoa kepada Allah agar ia tidak dikembalikan ke dalam neraka.�
(HR. Ibn Majah)

Ka�bah Al-Ahbar berkata: �Demi Allah, yang nyawaku berada di tangan-Nya, seandainya engkau berada di timur dan api neraka berada di barat, kemudian ia disingkapkan, nescaya otakmu akan keluar dari ke dua lubang hidungmu kerana sangat panasnya. Wahai orang-orang beriman, apakah kamu merasa tenang dengan kenyataan ini? Apakah kamu akan tahan dengan kenyataan ini? Wahai orang-orang yang beriman, sebenarnya mentaati Allah lebih ringan dari seksaan ini, oleh itu , taatilah Dia.�

Diriwayatkan bahawa Allah S.W.T. mengutuskan malaikat Jibril kepada Nabi Adam a.s. supaya memperoleh sedikit api dan diberikan kepada Nabi adam a.s. agar ia mudah memasak makanan. Maka datanglah Jibril kepada malaikat Malik, lalu malaikat Malik bertanya: �wahai Jibril apakah yang engkau kehendaki dari neraka ini?�
Pertanyaan malaikat Malik itu dijawab oleh malaikat Jibril: �Wahai Malik, berikanlah aku api dari neraka itu agak sebesar buah kurma.� Maka berkata Malik: �Wahai Jibril, jika sebesar kurma aku keluarkan dari neraka itu, maka akan hancurlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi kerana panasnya.�
Mendengar keterangan dari malaikat malik, Jibril lalu pergi menghadap Allah S.W.T seraya berkata: �Ya Allah, berapa besar api yang akan aku ambil dari neraka untuk diberikan kepada Adam?� Kata Allah: �Ambillah sebesar debu.� Lalu malaikat Jibril mengambil api neraka itu sebesar debu dan di bawa turun ke dunia untuk diberikan kepada Adam. Sebelum diserahkan kepada Adam, api neraka itu dicelup ke dalam sungai sebanyak 70 kali.
Lalu Jibril pun meletakkan api itu diatas bukit yang tinggi, maka bukit itu pun hancur luluh dan bahangnya ditinggalkan, sedangkan api neraka sebesar debu itu dikembalikan oleh Jibril ke neraka semula.

Dalam riwayat lain pula di katakan, bahawa Jibril pernah berkata kepada Rasulullah S.A.W. �Demi zat yang menguruskan dengan hak seseorang Nabi, sekiranya neraka itu dibuka sebesar lubang jarum ke arah matahari terbit, sungguh akan terbakarlah manusia yang ada di bumi kerana sangat panasnya. Andaikata pakaian ahli neraka digantung antara langit dan bumi, maka akan matilah seluruh penghuni bumi kerana panasnya. Andaikata ada satu hasta rantai yang Allah sebutkan di dalam al-Quran itu di letakkan di atas gunung, nescaya kan tembuslah guning itu hingga ke dasar bumi yang tujuh.

Sunday, March 30

Dakyah Kristian . Jaga2.

PENTING!!!Mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh Saudaramu seiman !!! Jika tidak...maka seluruh Muslim di dunia bisa saja mendapatkan informasi yang salah dan keliru tentang Islam, untuk itu dimohon agar dapat menyebarkan pesan ini segera setelah membacanya. Waspadalah terhadap website dibawah ini kerana ia adalah dakyah orang kristian mempersoalkan kebenaran al-Quran, Hadith dan Islam....
1.www.answering-islam.org
2.www.aboutislam.com
3.www.thequran.com
4.www.allahassurance.com
Laman - laman tersebut telah sengaja dibuat oleh kaum Yahudi yang sentiasa gencar menyebarkan pemahaman yang salah tentang Al-Qur'an, Hadits dan Islam Sekali lagi, mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh saudara...ingatlah bahawa kaum Yahudi tidak akan redha keatas kamu selagi kamu tidak mengikut telunjuk mereka... Tegakkanlah agama kita.Takbir
p/s : forward atas dasar keprihatinan Islam.Berkorbanlah beberapa saat dlm hdpmu demi Agama Islam!!!

Resepi kek.Cuba lah


Bahan-bahannya:
2 cawan gula kastor
1 buku butter (dicairkan)
1 cawan susu cair
1 sudu besar cuka
1 ½ cawan tepung gandum
½ cawan serbuk koko
1 ½ sudu the soda bikarbonat
4 biji telur

Cara membuatnya:

Mula-mula, campurkan dulu susu cair bersama cuka. biar jadi susu masam.

Pukul telur dan gula, bila hancur gula, masukkan tepung gandum.
Kemudian mentega cair dan separuh daripada susu masam tadi. Pukul selama 2 minit.
Kemudian masukkan lagi lebihan susu masam tadi bersama serbuk koko dan soda. Pukul lagi 2 minit. Then, bakar… Dah pun sudah.. Tapi kalau nak kukus pun boleh. Saya suka mengkukusnya…

Saturday, March 29

Marcapada Kolej Komuniti Ledang 2008





29/3/2008 3.00pm
Kolej Komuniti Ledang tangkak telah menganjurkan Pertandingan Nasyid Sek Men Daerah Muar 2008 sempena berlangsungnya Program Marcapada KLJ 2008.Sebanyak 8 pasukan telah bertanding .SMKA Maahad Muar telah menghantar 2 pasukan nasyid .Berikut adalah keputusan yang membanggakan dimana SMKA Maahad Muar telah menjadi johan dan naib johan dalam pertandingan ini.Tahniah kepada jurulatihnya Us zaman.Semoga berjaya dengan cemerlang dalam pertandingan yang lain.TQ.

Sambutan Maulidurrasul 1429H SMKA MAAHAD MUAR





Sabtu 29/3
Majlis Sambutan Maulidurasul dan Perarakan Sepanduk mengikut tingkatan telah dilaksanakan di SMKA Maahad Muar.Menurut pengurus projek ini , Us Zaman semua tingkatan telah menunjukkan minat dan kesungguhan dalam menghias sepanduk menjadi cantik . Perarakan Maulidurrasul melibatkan semua guru dan murid SMKA Maahad .Majlis diceriakan lagi dengan ceramah maulid oleh Ustaz Ahmad bin Tunggal (bekas guru smka maahad muar)dan di akhiri dengan santapan Jamuan .Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini.

MALAM PerTamA di Alam KUbur

Bagaimanakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti;
Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?
taken from : www.iLuvislam.com


" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza."

"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita.

Lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah. Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan?




Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Ingatlah ayat al-Quran bagi mereka yang mahu dikembalikan ke dunia setelah mati:

"Ya Tuhanku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.

"Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Friday, March 28

Sollu ala Nabi- Kiriman Diana

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Sebuah kisah tentang
cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan
mengepakkan sayap. Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.

Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.Kuwariskan dua perkara pada kalian,

Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai
aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah(SAW) yang
tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik
turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan
Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang,
saatnya sudah tiba.

"Rasulullah(SAW) akan meninggalkan kita semua,"
keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai
menunaikan tugasnya di dunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas
menangkap Rasulullah(SAW) yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun
dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana
pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah(SAW) masih tertutup.
Sedang didalamnya,Rasulullah(SAW) sedang terbaring lemah dengan
keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi
alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang
membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka
mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian
wajah anaknya itu hendak dikenang.
> >
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,
dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,"
kata Rasulullah,(SAW). Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan
kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah
Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut
ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.


"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,
matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah
berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali
umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.
Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah
bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit
yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa
maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak
bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,
Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku,
peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran
untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.
Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka

Semoga kita dpt i'tibar dan sampaikan pada yang lain...

Wednesday, March 26

Sejenak Bersama Mufti Melaka

Tajuk Lelaki bertindik.
Soalan Jika seorang lelaki bertindik, ia tidak dapat menjadi wali apabila anaknya hendak kawin. Tetapi dapat kah seorang lelaki yang bertindik, masuk syurga?
Jawapan Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Hukum seorang lelaki bertindik dan menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan perempuan tidak boleh menyerupai lelaki". Orang yang melakukan perkara fasik iaitu melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan kemaksiatannya melebihi ketentuannya kepada Allah adalah tidak layak menjadi wali nikah kerana satu daripada syarat mejadi wali itu ialah adil. Bagaimanapun jika orang itu bertaubat daripada perbuatannya itu maka haruslah baginya menjadi wali. Segala amalan baik yang dilakukan didunia akan mendapat balasan di akhirat kelak. InsyaAllah.

dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Radio Malaysia Melaka

Sticker Keselamatan Asrama SMKA Maahad Muar

Demi langkah2 keselamatan asrama , pihak pengurusan asrama akan mewujudkan pelekat kereta khusus bagi memasuki kawasan asrama dibelakang.Design sticker masih dalam pemilihan.Anda juga boleh mengundi pelekat pilihan anda dengan undi di bahagian komen dengan memilih sticker 1 , 2 , 3 .

Baca Sahaja ..Percaya Jangan..

The Secret behind the number 11
Pretty Chilling - read to the bottom. Try it out.
If you are a sceptical person - still read on, as it's actually very interesting!!
This is actually really freaky!! (Mainly the end part, but read it all first)

1) New York City has 11 letters
2) Afghanistan has 11 letters.
3) Ramsin Yuseb has 11 letters. (The terrorist who threatened to destroy the Twin Towers in 1993)
4) George W Bush has 11 letters.

This could be a mere coincidence, but this gets interesting:
1) New York is the 11th state.
2) The first plane crashing against the Twin Towers was flight number 11.
3) Flight 11 was carrying 92 passengers. 9 + 2 = 11
4) Flight 77 which also hit Twin Towers, was carrying 65 passengers. 6 + 5 = 11
5) The tragedy was on September 11, or 9/11 as it is now known. 9 + 1+ 1 =11
6) The date is equal to the US emergency services telephone number 911.
Sheer coincidence...?
Read on and make up your own mind:

1) The total number of victims inside all the hi-jacked planes was 254.
2 + 5 + 4 = 11
2) September 11 is day number 254 of the calendar year.
3) The Madrid bombing took place on 3/11/2004. 3 + 1 + 1 + 2 + 4 = 11.
4) The tragedy of Madrid happened 911 days after the Twin Towers incident.

Now this is where things get totally eerie:

The most recognized symbol for the US, after the Stars & Stripes, is the Eagle. The following verse is taken from the Koran, the Islamic holy book:

"For it is written that a son of Arabia would awaken a fearsome Eagle. The wrath of the Eagle would be felt throughout the lands of Allah while some of the people trembled in despair still more rejoiced: for the wrath of the Eagle cleansed the lands of Allah and there was peace."

That verse is number 9.11 of the Koran..
Unconvinced about all of this still..?

Try this and see how you feel afterwards, it made my hair stand on end:
Open Microsoft Word and do the following:

1. Type in upper case Q33 NY. This is the flight number of the first plane to hit one of the Twin Towers.
2. Highlight the Q33 NY.
3. Change the font size to 48.
4. Change the actual font to the WINGDINGS........................

Tuesday, March 25

MTQ Daerah Muar 08

Pertandingan Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) Peringkat daerah 2008
Tempat : SMK Air Hitam Bkt Naning Muar Johor
Tarikh : 3 April 2008 (Khamis)

Tasmik KUBRA HUFFAZ MAC 2008




Program HUFFAZ SMKA Maahad Muar berjalan di surau.Peserta Program membentuk halaqah masing-masing bagi berinteraksi dengan ketua kumpulan.Ruangan beranda surau Al-Muhajirin juga digunakan bagi merealisasikan majlis ilmu ini.Tasmik Kubra Pertama bagi Program HUFFAZ ini akan berlangsung pada 30 Mac dan 1 April ini .Peserta Huffaz akan bertalaqi musyafahah surah-surah yang dihafaz dengan guru pembimbing masing-masing.Jangan lupa membawa kad prestasi Huffaz semasa tasmik nanti.Selamat Maju Jaya . Semoga ALLAH memberkati kita.AMIN

Sunday, March 23

Hadis Ahkam Siri 1

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم :

" لا يقبل الله صلاة أحدكم إذا أحدث حتى يتوضأ ". رواه البخاري.


Dari Abu Hurairah Rasullah bersabda : " Allah tidak menerima solat salah seorang dari kamu ( jika dia berhadas ) sehingga dia berwudu' ". (HR Bukhari.)

Hadith ini telah disyarahkan dengan bahasa yang mudah difahami oleh Syeikh Sholeh Uthaimin dan Syeikh Abdullah al-Bassam.

Syeikh Uthaimin menyatakan bahawa solat adalah perkara yang besar di sisi Allah S.W.T kerana solat sebaik-baik ketaatan dan ia adalah cara terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana solat adalah hubungan antara seorang hamba dengan Tuhannya. Oleh itu kita diwajibkan bersuci sebelum mendirikan solat.

Manakala Syeikh al-Bassam menyatakan bahawa sesiapa yang hendak menunaikan solat hendaklah dia dalam keadaan yang baik dan rapi ( cantik ) kerana solat adalah hubungan yang kukuh antara manusia dan Allah, solat adalah cara untuk bermunajat kepadanya, oleh itu dia hendaklah dalam keadaan berwuduk dan suci dari hadas.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadith di atas:

1) Sesungguhnya solat ada yang diterima oleh Allah selagi mana ia menepati kehendak Syara' dan ditolak sekiranya solat tidak berlandaskan hukum Syara'. Dan begitu juga dengan seluruh ibadah. (Sebagaimana dalam hadis berikut)

" من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد "

“Barang siapa yang mengamalkan suatu amalan yang tidak ada perintahnya dari kami maka amalan itu akan tertolak.” (HR. Muslim)

2) Sesungguhnya solat fardu atau sunat tidak diterima solatnya jika dia dalam berkeadaan hadas walaupun dia terlupa sehingga dia berwudu'.

3) Jika seseoarng itu berwudu' untuk solat, kemudian masuk pula waktu solat lain,tetapi dia kekal dalam keadaan berwudu' maka tidak wajib baginya untuk berwudu' untuk kali kedua.

4) Hadith di atas menjelaskan bahawa bersih dari hadas kecil atau besar adalah syarat sah solat.

كتاب تنبيه الأفهام و تيسير العلام شرحا عمدة الأحكام من كلام خير الأنام للإمام تقي الدين عبد الغني بن عبد الواحد المقدسي 600هـ

~terjemahan Abu Muaz al-Johori~

Destinasi Us Sani MAc 2008

18-20 Mac 2008 (Selasa - Khamis)
Mesyuarat Pembinaan Bahan Kursus untuk Guru-guru KKQ & Mesyuarat Penyelarasan Peperiksaan KKQ Anjuran JAPIM
di Hotel Rossa Passadena Camron Highlands Pahang

21-23 Mac 2008
Mesyuarat Penilaian E Bahan PSI & PI Anjuran BTP KL
di Impian Teknik Subang Jaya.
Menginap di Hotel Pearl International Jln Kelang Lama KL

Imam N Ciko

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg
niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu kesurau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp
Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat
takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun
x khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tokduduk kat belakang, biar saya jadi imam."
Tok imam punundur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin
ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"

Lalubatallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawaterbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis
sembahyang.
Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko
niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn
bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."
Tok imam pun terkedu&terpana...

Saturday, March 22

Maj Penutupan MTQ Peringkat Sekolah 2008 & Anugerah tokoh Maal Hijrah 1429H




Tokoh Maal Hijrah 1429 H SMKA Maahad Muar
Lelaki : Tengku Ibrahim Helmi
Perempuan: Ainul Hanani
Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Daerah 2008 1429 Hirah akan berlangsung di SMK Air Hitam Muar Johor pada 3 April 2008.Harapan Maahad moga menjadi johan dalam semua acara.AMin

Monday, March 17

Kiriman Halimah Jaafar - *Penting*

srat khabar star... 28/12/2007...dimaklumkan bhwa paderi malaysia....agama kristian skg tgh wat prmohonan kat mahkamah nk tukar name tuhan mreka dr jesus ke ALLAH...kowg taw x ape mksud dye nk wat cam tue....coz dowg nk sestkn akidah umat islam...so t rmi r owg yg msuk agama kristian klo nme jesus dtkar kew ALLAH...wei...tolong r forward kan... skang nie mahkamah ngah wat kputusn...why ulama brdiam diri sdgkn kes itu akan brleluasa...t rmi remaja islam murtad...tolong selamatkan islam..
korang leh click kat sini :

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/12/27/nation/20071227210017&sec=nation

ataupun, ni sy da copykan keratan tu..

Catholic paper files writ of summons

PETALING JAYA: The publisher of Herald - The Catholic Weekly has filed a writ of summons and a statement of claim in the Kuala Lumpur High Court to seek appropriate declarations of the use of the word "Allah".

The publisher said in a statement released Thursday that the Internal Security Ministry had issued a series of directives to the publisher to cease the use of the word "Allah" in the weekly.

The publisher also said that if they failed to do so, the publication's permit would either be suspended or revoked.

"We have decided to have our legal position to use the word determined by the courts," the statement said.

The weekly's editor Reverend Father Lawrence Andrew said that the writ was filed on Dec 5.

The 13-year-old paper, which carries reports about the Catholic community in English, Malay, Tamil and Chinese, has a circulation of 12,000 for its members.

Hehe


Jangan buat kepada emak macam ni..tak baik

Kiriman Diana- Ghost Chat

Two ghosts met and both chat about how they died.

1st ghost : How u died?
2nd ghost : I died of cold.

1st ghost : How does it feel when you're dying in cold?
2nd ghost : Actually, I was accidentally locked in the refrigerator.



Initially, I was shivering, then my whole body started to freeze, later I felt the whole world was dark and I died suffocating.

1st ghost : Wow what a horrible way to die....
2nd ghost : How about you? How u die?

1st ghost : I died from heart attack.
2nd ghost : I see, why did u have a heart attack?

1st ghost : Actually, I found out that my wife is having an affair with another man.

One day, when I came back from work, saw a pair of man shoes outside my house. Then, I realized that the guy was in my house with my wife. When I rushed into the bedroom, my wife was alone.

I must find where that bastard is hiding. So I searched the toilet, I ran downstairs, looked in the storeroom, but the bastard was not there. So, I ran upstairs and searched the wardrobe, but I found nothing.

Because of all that running,I got a heart attack and died.

2nd ghost : Why you never look for the bastard in the fridge? The bastard was hiding there. We both might be alive now!!

Tekateki2

Tekateki
banyak² lembu,lembuape org cari........

postkan jawapan anda di ruangan comment.

Sunday, March 16

Teka Teki

berbadan kurus,berkepala botak dan
bewarna merah

anda ada jawapannya??..
post kan jawapan anda di comment

Wednesday, March 12

Senyum itu sedekah..

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie.. Siapakah menemui Pulau Pinang?Ali tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa ...?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa....
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut...."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

p/s
Mulai hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.

Sunday, March 9

PAS DI KELANTAN N KEDAH, PKR DI Selangor, DAP di Pulau Pinang n Perak..


KOTA BHARU, 9 Mac - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan besar pembangkang di lima buah negeri di Semenanjung Malaysia sebagai 'Tsunami' yang melanda Umno/BN.
Beliau yang mengadakan sidang medianya di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan malam tadi berkata, kemenangan ini satu kemenangan rakyat, namun beliau meminta rakyat agar bertenang dan bersyukur.

Katanya lagi, gelombang sokongan yang ditunjukkan rakyat begitu mengkagumkan hingga kemenangan ini sebagai satu yang amat mengejutkan.

"Memang mengejutkan.PAS akan memeruskan perjuangan dasar-dasar Islam," ujarnya.

"Ini satu kemenangan khususnya selepas kita bermunajat, menangis, titisan airmata itu dan ianya menjadi bom jangka yang Allah turunkan kepada Umno/BN kerana faktir-faktor taghut.

"Semoga Allah memberi rahmat atas anugerah ini," katanya.

Sidang media Tuan Guru Nik Aziz dibanjiri hampir hampir 80 wartawan dari dalam dan luar negara yang membuat liputan khas berhubung pilihan raya umum terutamanya di Kelantan.

Sejak dari selepas Isyak, perkarangan pejabat Perhubungan PAS Kelantan dikerumuni kira-kira 10,000 penyokong PAS selepas mengetahui keputusan (ketika itu) tidak rasmi bahawa PAS berjaya membentuk kerajaan di Kelantan.

Gembira dengan kemenangan itu laungan takbir bergema, terutama selepas pengesahan daripada Tuan Guru Nik Aziz mengenai kemenangan itu.

Ia lebih manis selepas penyokong PAS turut dikhabarkan dengan kemenangan PAS di Kedah, membentuk kerajaan dengan KeADILan dan DAP di Perak serta Selangor.

Pedihnye siksa meninggalkan solat..renungkanlah

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN2 MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 2008

KEDAH - PAS MENANG
KELANTAN - PAS MENANG
SELANGOR - BA MENANG
PULAU PINANG - DAP MENANG
PERAK - DAP MENANG
MELAKA, PERLIS, SABAH - BN MENANG
NEGERI 9 - BN MENANG
TERENGGANU - BN MENANG (MAJORITI 2 KERUSI)
PAHANG - BN MENANG



MENTERI BESAR PENANG - GUAN ENG

SELANGOR - PAS 9, PKR 11, DAP 14
PERAK - 6 PAS, 19 DAP, 6 PKR
KEDAH - PAS 16, PKR 4, BEBAS 1, DAP 1
N9 - 1 PAS
pulau pinang - DAP 19, PKR 4 , PAS 1

Saturday, March 8

Hukum Memakai Braces(Pendakap Gigi)

Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada dirinya yang telah sempurna tanpa ada suatu keperluan atau darurat. Perbuatan ini akan mengundang laknat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut oleh hadis;

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواشمة والموشمة، والواشرة والمستوشرة


“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”. (Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.)


Namun jika ada keperluan seperti untuk membaiki kecacatan pada diri sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan, terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut. Di dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”. Keharusan ini disokong oleh hadis yang mengaitkan laknat Allah ke atas perbuatan mengubah gigi tadi dengan tujuan semata-mata untuk menambah kecantikan dan mengubah ciptaan Allah (bukan kerana keperluan atau darurat), iaitu sabda Nabi s.a.w.;


لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ


“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)


Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).


Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.

Wallahu a’lam.

Kiriman Oleh Afiqah Mohamed EX Maahad

Kita bertanya..Al-Quran Sudah Menjawab....

JANGAN MENGELUH....
Kita selalu bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya...

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
-Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
-Surah At-Taubat ayat 111

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubat


KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!

QURAN MENJAWAB
"......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 87


Teka Teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang 2 '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

' Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

IMAM GHAZALI= ' Apa yang paling berat didunia ? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Ahzab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

IMAM GHAZALI= ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

''sampaikanlah walau satu ayat'

Friday, March 7

Hukum amalan seseorang yg tidak menutup aurat

Oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka

SOALAN: Assalamualaikum, saya mengerjakan semua kewajipan agama sembahyang lima waktu, puasa sunat di bulan yang di sunatkan tetapi tidak menutup aurat (tidak bertudung) tetapi tidak pernah mendedahkan bahagian badan yang lain. Adakah segala amalan saya di terima Allah S.W.T. ?

JAWAPAN:

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam.

Allah Ta’ala hanya menerima amalan hamba-Nya yang benar-benar ikhlas terhadap-Nya. Amalan yang dilakukan itu pula sekiranya merupakan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan sebagainya hendaklah menepati rukun dan syarat serta kaifiat yang telah ditetapkan oleh syariat berdasarkan ilmu yang benar dan bukan ikut-ikutan secara membuta-tuli. Ibadat yang dilakukan dengan penuh rasa kehambaan kepada Allah akan memberi kesan kepada jiwa pengamalnya sehingga melahirkan ketaatan dan akhlak yang baik seperti memelihara aurat, beradab sopan, menjauhi kemaksiatan dan sebagainya.

Rambut merupakan aurat yang WAJIB ditutup oleh wanita apabila berada di hadapan lelaki ajnabi. Oleh itu, mendedahkannya adalah berdosa dan merupakan suatu kemaksiatan yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak sekiranya dia tidak sempat bertaubat. Dia akan tetap menanggung dosa itu selagi tidak bertaubat daripada perbuatan itu walaupun dia bersembahyang lima waktu dan melakukan ibadat yang lain.

Wallahu Tabaraka Wa Ta’ala a’lam.

Nabi Tidak Bersalam dgn Wanita

Oleh MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
Utusan Malaysia 20 Apr 2007

Soalan :
Saya adalah wanita yang terlibat secara langsung dalam bidang perniagaan dan korporat. Urusan seharian memerlukan saya untuk bertemu dengan para pelanggan dan pembekal yang kebanyakannya bukan Islam.

Masalah saya adalah apabila mereka (lelaki) menghulurkan tangan untuk bersalam, saya tanpa boleh memikir panjang terpaksa menyambut salam mereka. Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengelak daripada bersalam?

Jawapan :

Read more… or Read more right here… »


Kebanyakan ulama tidak mengharuskan berjabat tangan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram (ajnabi) ini termasuklah Dr. Abdul Karim Zaidan, Dr. Abdullah Faqih, hatta ulama-ulama dari kalangan al-Syafie juga tidak mengharuskan berjabat tangan dengan perempuan yang bukan mahram.

Bagi mereka yang bermazhab al-Syafie juga memaklumi pertimbangan yang halus dalam masalah ini. Hujah yang dikemukakan dalam mengharamkan berjabat tangan antara lelaki dengan wanita ialah Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan dengan wanita biarpun dalam peristiwa baiah, sabda baginda yang bermaksud: Demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah berjabat tangan dengan wanita dalam baiah. (Riwayat al-Bukhari, jld:8, halaman:636).

Dalam sepotong hadis yang lain daripada Aisyah r.a.h memberitahu yang bermaksud: Demi Allah sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah melakukan sesuatu apa pun yang tidak diperintah Allah , dan sesungguhnya tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan mana-mana perempuan.

Apabila Rasulullah menerima pengakuan baiah daripada mereka baginda berkata: Aku telah terima baiah kamu dengan perkataan. (riwayat Muslim, jld:12, hlm:188-189 ).

Dalam masa yang sama pandangan Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi juga banyak menyelesaikan persoalan ini. Beliau mengeluarkan fatwa berkaitan bab bersalaman dengan wanita (Fatawa Mu’asarah). Berikut adalah fatwa dan penjelasan beliau secara ringkas.

1. Harus berjabat tangan dengan syarat tidak disertai dengan syahwat, rasa kenikmatan atau rasa terangsang. Tidak menimbulkan fitnah. Jika disertai dengan syahwat dan terangsang nafsu, maka haram hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan lain- lain).

2. Berjabat tangan hendaklah pada tempat yang perlu sahaja. Contohnya: suasana hari raya, ramai sahabat handai, tetamu yang datang yang kebanyakannya adalah saudara-mara, sama ada melalui nasab atau perkahwinan.

3. Ia pada kadar yang tidak keterlaluan dan berlebihan sebagai langkah berjaga-jaga kerana Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat salam dengan wanita bukan mahram.

4. Lelaki beriman yang menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan salam (kepada wanita). Ia bersalaman bila pihak wanita yang memulakan dahulu.

5. Hukum bersalaman dengan wanita ini terhad dan khusus bagi siapa yang memerlukan sahaja.

Kesimpulannya, saya berpendapat harus bersalam dalam keadaan dan situasi tertentu sahaja. Contohnya, persidangan atau mesyuarat atau lawatan ke luar negara, yang menjadi kebiasaan orang berjabat tangan sebagai tanda selamat datang dan selamat pulang.

Jika tidak berjabat atau bersalam bagi mereka kurang beradab atau kurang sopan. Bayangkan sahaja ketika ada yang menghulur tangan kita di atas pentas atau sedang dikelilingi orang ramai. Mungkin keengganan kita bersalam boleh menjatuh air muka seseorang serta mengaibkannya.

Islam tegah kita bersalaman dengan wanita kerana khuatir fitnah. Saya kira persidangan dan mesyuarat bukanlah situasi yang boleh menimbulkan syahwat.

Dalam masa yang sama, janganlah bersikap terlalu mudah dalam hukum bersalam. Tentang bersalam dengan ahli-ahli korporat kerana menguruskan perniagaan, kalau boleh berusaha elok untuk mengelakkannya, kerana saya tidak nampak sebagai sesuatu yang mendesak.

Kata2 hikmah Khulafa` Rasyidin (nota tambahan pmr )

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:

Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
Read more… or Read more right here… »


SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

Hatinya selalu berniat suci.
Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.
Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:

Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’.
Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’.
Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati.

Keistimewaan Khadijah (nota tambahan pi PMR)

Hadith :

Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Saya tidak cemburu kepada seorang perempuan seperti cemburunya saya kepada Khadijah. Sesungguhnya Tuhan telah menyuruh Nabi untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah akan memperoleh rumah di dalam syurga.”

(Riwayat Bukhari)

Huraian :

Rasulullah s.a.w memperisterikan Saidatina Khadijah bukan kerana status sosialnya yang yang tinggi yang terkenal sebagai seorang yang hartawan lagi dermawan tetapi adalah kerana sifat Saidatina Khadijah itu sendiri yang mempunyai peribadi dan akhlak yang mulia.
Saidatina Khadijah adalah seorang yang berfikiran tajam, sabar dan berpandangan jauh. Lebih daripada itu, Khadijah adalah seorang isteri yang benar-benar memahami keadaan suaminya. Ini terbukti ketika mana pertama kali baginda menerima wahyu dilantik menjadi utusan Allah , Khadijahlah yang menenangkan hati baginda dan kemudian mempertemukan baginda dengan sepupunya Waraqah bin Naufal yang mengatakan bahawa baginda adalah seorang Nabi.
Khadijah sebenarnya adalah seorang isteri yang mampu menyuntik semangat seorang suami dalam menyempurnakan amanah kepada Allah bahkan beliaulah orang yang mula-mula memeluk Islam sebelum nabi berdakwah di kalangan para sahabat baginda yang lain.
Dalam diri Khadijah ditemui teladan wanita terbaik; wanita yang subur dengan kasih-sayang yang juga telah melahirkan anak-anak baginda iaitu: al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayya, Umm Kulthum dan Fatimah.
Dalam perjuangan baginda menegakkan agama Islam, Khadijahlah orang yang paling banyak berkorban, harta dan tenaga dalam mempertahankan baginda dari disakiti oleh kaum Quraisy.
Begitu banyak peranan yang telah dimainkan oleh Khadijah bahkan boleh dikatakan bahawa beliau telah menjadi tulang belakang dalam kegiatan dakwah Rasulullah. Dan berpadanan dengan jasa dan pengorbanannya itu Allah S.W.T telah mengurniakannya sebuah rumah di dalam tempat yang paling mulia iaitu syurga.

7 Golongan yg dpt naungan di akhirat kelak

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah ; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah , orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah !”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah .” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu:

Read more… or Read more right here… »


Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya.
Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.

Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.
Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.
Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah .
Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah !”
Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.

Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.
Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.

Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah .
Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.

Huru Hara Tanda Hampir Qiamat (Nota tg3 Pi)

Malapetaka yang melanda dunia hari ini memberikan satu isyarat kepada kita bahawa usia dunia sudah semakin lanjut ibarat seorang tua yang pernah digambarkan di dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Jika ketika itu usia dunia diumpamakan dengan seorang wanita tua yang sudah bongkok, bagaimanakah pula wanita tua itu di waktu ini?

Fenomena ketidakstabilan alam yang berlaku saban hari waktu ini seolah-olah tidak dapat dibendung lagi. Gempa bumi, tanah runtuh, banjir besar, peperangan, pembunuhan, kemalangan maut dan kesuburan maksiat semakin menjadi-jadi.

Sebagai contoh banjir kilat yang melanda di tengah-tengah kesibukan kotaraya Kuala Lumpur. Meskipun kecanggihan teknologi yang digunakan didakwa boleh membendung kejadian ini dari berlaku namun kuasa Allah tiada siapa dapat menghalangnya.

Sebagai seorang muslim yang beriman, kacau bilau yang berlaku tidak seharusnya dibiarkan berlalu tanpa sebarang iktibar dan renungan. Mengaitkan apa yang berlaku hanya dengan perubahan cuaca global dan faktor alam semulajadi hanya membutakan iman kita.

Jika diteliti ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w pastinya terdapat panduan yang boleh memberikan penjelasan mengenai suasana yang berlaku hari ini.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Hari kiamat tidak akan berlaku hinggalah harta benda menjadi melimpah ruah kemudian timbulnya bermacam fitnah dan banyaknya berlaku al-Harj. Sahabat bertanya baginda: Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pembunuhan! Pembunuhan! Pembunuhan! Sebanyak tiga kali”. (Riwayat Ibnu Majah)

Perkataan al-Harj jika dilihat di dalam konteks hadis ini ia merangkumi makna yang lebih luas iaitu peperangan, huru-hara dan kacau bilau yang berlaku. Sebabnya semua suasana ini boleh membawa kepada hilangnya rasa selamat dan keamanan hidup manusia. Dalam erti kata lain ia membunuh kesejahteraan hidup manusia.

Read more… or Read more right here… »


Di dalam hadis yang lain Nabi s.a.w pernah bersabda, “Barang siapa yang mahu melihat gambaran hari kiamat seolah-olah ia melihat dengan matanya sendiri, maka bacalah (surah-surah): (Apabila matahari digulung) dan (Apabila langit terbelah) dan (Apabila langit berkecai/terbelah)”. (Riwayat Imam Ahmad dan al-Tarmizi).

Ketiga-tiga ayat yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w di atas ialah surah At-Takwir, Al-Infitar dan Al-Insyiqaq. Di dalam surah Al-Takwir Allah s.w.t menyatakan bahawa pada hari kiamat matahari yang gagah di langit akan digulung, bintang-bintang akan jatuh berguguran, gunung-ganang yang nampak gagah hancur berkecai. Allah juga menyatakan bahawa laut yang luas akan menjadi panas meluap-luap.

Di dalam surah Al-Infitar pula Allah menambah lagi penjelasan tentang fenomena kiamat dengan menyatakan akan terbelah dan terburainya langit kemudian bumi akan memuntahkan apa yang dikandungnya.

Begitu juga di dalam surah Al-Insyiqaq, Allah menjelaskan sekali lagi bahawa langit akan terbelah manakala bumi akan menjadi rata akibat kehancuran gunung-ganang dan bukit-bukau.

Menariknya di dalam ketiga-tiga surah ini dijelaskan bahawa ketika berlakunya suasana kacau bilau ini barulah manusia teringat akan apa yang telah dilakukan dan diabaikan. Di saat itu barulah timbul kesedaran dan keinsafan. Namun semuanya telah terlambat kerana pintu taubat sudah tertutup.

Setiap manusia akan berdepan dengan mahkamah Allah yang tiada langsung peluang untuk menipu dan berbohong. Setiap wajah akan tunduk memandang bumi, menunggu perbicaraan di Mahkamah Allah . Apakah selamat atau sebaliknya?

Membaca ketiga-tiga surah bukan sahaja boleh memberikan ilmu tentang fenomena kiamat malah boleh menimbulkan kegerunan dan ketakutan terhadap situasi dahsyat yang akan berlaku.

Cuba lihat matahari yang gagah di atas langit yang akan bergulung-gulung. Bayangkan pula langit yang kukuh akan terburai dan memuntahkan bintang-bintang hingga gugur ke bumi. Apakah ia tidak menggerunkan kita?

Perkara yang paling menakutkan apabila Allah bertanya: (Apakah yang memperdayakanmu hingga sanggup derhaka (waktu di dunia) kepada Tuhanmu Yang Maha Mulia). (Al-Infitar: 6).

Ayat ini seolah-olah satu tempelak terhadap manusia yang tidak mahu insaf meskipun peluang diberikan seluas-luasnya ketika hidup di dunia.

Gambaran ketakutan ini dinyatakan oleh Allah dengan menggunakan bahasa kiasan. Firman Allah , Dan apabila unta-unta bunting ditinggalkan. (At-Takwir: 4).

Unta adalah harta paling berharga di tanah Arab pada zaman baginda s.a.w. Unta merupakan kenderaan kelas pertama yang terdapat ketika itu. Apa yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah, ketika berlakunya kiamat setiap manusia akan takut dan risau dengan nasib diri sendiri hingga lupa kepada harta benda dan kemewahan yang dimiliki.

Begitulah sebahagian dari gambaran panjang lebar yang dijelaskan oleh Allah s.w.t. tentang fenomena hari kiamat di dalam ketiga-tiga surah di atas. Bagi seorang yang beriman pencarian tentang bila berlakunya hari kiamat adalah merupakan kerja sia-sia, malah ia boleh membawa kepada kesesatan akidah.

Justeru apabila Nabi s.a.w ditanya oleh Jibril a.s tentang bila berlakunya kiamat, Baginda menjawab: “Yang bertanya lebih tahu dari yang ditanya. Kerana baginda s.a.w hanya dimaklumkan tentang tanda-tandanya sahaja”. Tarikh berlakunya kiamat hanya menjadi rahsia Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.
.

Thursday, March 6

Keputusan SPM 12 Mac 2008 ini..

Gud Luck kepada semua pelajar ting 5 2007.Moga dapat result spm yang membanggakan SMKA Maahad Muar...Insya Allah.

Nukilan Elmenoufia77

Isteri yang solehah
Dirimu adalah lampu tatkala kegelapan
Dirimu bintang tatkala keluar bulan
Dirimu bantal tatkala keletihan
Dirimu umpama bunga tatkala keseorangan.

Isteri yang solehah
Suami hidup penuh cabaran
Dirimu amat diperlukan
Menjadi ibu tatkala ia menangis
Menjadi isteri tatkala ia tergoda
Menjadi kekasih tatkala ia kesepian
Menjadi sahabat tatkala buntu
Menjadi anak dalam menerima nasihat
Menjadi murid dalam ilmu dan didikan

Isteri Yang Solehah

Adapun orang yang beriman dengan iman yang benar, yang telah berjanji
dengan Allah untuk bekerja di jalan da'wah, maka sesungguhnya dia akan
beriltizam dengan Sunnah Rasulullah saw, lalu dia berikhtiar
sebaik-baiknya untuk memilih isteri yang solehah, yang akan menolongnya
melaksanakan tugasnya di dalam urusan da'wah Islam dan bukan merintangi
aktivitinya. Isteri inilah yang akan bekerjasama dan membentuk zuriat
(generasi) yang baik untuk menjadi penyejuk mata dan menggembirakan
hati. Anak ini nanti yang akan memuliakan agama Allah dan membangun
Daulah Islamiyah di muka bumi. Alangkah baik dan indahnya doa hamba
Ar-Rahman yang terlukis di dalam Al-Qur'an:

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan
keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami
sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al-Furqan: 74)

Oleh kerana itu, dia bersama dengan isterinya dan anak-anaknya
senantiasa berada di atas jalan da'wah ini. Dia bersama keluarganya dan
jamaah Islam berjalan terus di atas jalan da'wah dan menjadi qudwah
hasanah, (contoh teladan yang baik). Sebagai keluarga Islam mithali
(teladan) dan menjadi tiang yang teguh untuk membangun masyarakat Islam.

Kita telah melihat dalam sejarah da'wah Islam di masa lalu dan di zaman
moden ini, banyak isteri-isteri solehah yang telah menunjukkan jasa-jasa
yang besar dan gemilang, menjadi pembantu, penyokong dan pendorong
suaminya. Contoh paling ideal dan paling istimewa dari isteri solehah
ini ialah as-Sayidah Khadijah, ummul Mu'minin pertama dan utama. Sumber
ummat Islam ini tidak pernah kering dari kebaikan sepanjang masa.

Dapat juga disaksikan pada zaman moden ini berapa banyak contoh dan
teladan yang indah dan istimewa dari isteri-isteri Muslimah solehah,
yang sabar dan tabah menanggung penderitaan bertahun-tahun bahkan
berpuluh-puluh tahun berhadapan dengan berbagai bentuk gangguan, gugatan
dan penyiksaan, yaitu berupa gangguan jiwa dan perasaan tatkala
suami-suami mereka dipaksa masuk penjara yang gelap gulita dan penuh
penyiksaan yang kejam dan sengsara. Namun isteri-isteri solehah itu
menerima segala-galanya dengan redha dan gembira dengan mengharapkan
keredhaan Allah, bahkan mereka tegak dan melindungi, mendidik, mengurus
anak-anak mereka, dan memenuhi segala keperluan hidup mereka tanpa henti
dan jemu, di samping itu mereka senantiasa menenangkan hati suami
mereka.

Ada pula sebahagian dari isteri solehah itu dimasukkan ke dalam penjara
yang gelap gulita dan ke dalam tahanan penuh dengan berbagai gangguan
dan penyiksaan. Namun mereka tetap tabah dan bersabar serta redha
menanggung yang demikian itu tanpa lari dari jalan da'wah dan tidak
pernah beranjak dari jihad dan perjuangan Islam.

[Tariqud-Da'wah - Utz. Mustafa Masyhur]

Isteri Solehah(tidak merungut,tidak cerewet n sentiasa bersyukur)Kiriman Insan Kerdil.

Satu hari saya bertemu dengan seorang sahabat saya yang bernama Wardah. Dalam pertemuan itu, dia bertanya kepada saya, “Ain, apa tandanya isteri solehah?”
Saya menjawab, “Wardah, kau tentunya lebih ‘arif daripadaku untuk menjawabnya...”
Sebenarnya saya tahu tujuan pertanyaan Wardah bukanlah untuk menduga jawapan saya, sebaliknya untuk saling memperingatkan diri agar berhati-hati dan teliti dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini.

Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.

Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak
pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya.
Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan
supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini sentiasa dlm kesempitan, tidak pernah senang.


Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam
kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah.
Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga?
Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan senang ,tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan
sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka
dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,
Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah
berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampai- kan salamku
kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya
sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.

Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya
sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada
apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu
mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang
dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku
kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.

Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Saya rasa sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga tentu merasai dan mengalami sendiri ujian hidup berumahtangga yang sentiasa perlukan kesabaran.

Berpandukan sejarah tersebut, saya tegaskan kepada diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri salehah. Isteri salehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri salehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”

(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
Begitulah, untuk menyediakan diri sebagai isteri salehah, hati kita hendaklah sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang saleh.

Tuesday, March 4

TIPS WANITA YANG DISUNNAHKAN DILAMAR..

Dalam melamar, seorang muslim dianjurkan untuk memperhatikan beberapa sifat yang ada pada wanita yang akan dilamar, diantaranya:

Wanita itu disunahkan seorang yang penuh cinta kasih. Maksudnya ia harus selalu menjaga kecintaan terhadap suaminya, sementara sang suami pun memiliki kecenderungan dan rasa cinta kepadanya.

Selain itu, ia juga harus berusaha menjaga keridhaan suaminya, mengerjakan apa yang disukai suaminya, menjadikan suaminya merasa tentram hidup dengannya, senang berbincang dan berbagi kasih sayang dengannya. Dan hal itu jelas sejalan dengan firman Allah Ta'ala,

Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian istri-istri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tentram kepadanya. Dan Dia jadikan di antara kalian rasa kasih dan saying. (ar-Ruum:21).
Disunahkan pula agar wanita yang dilamar itu seorang yang banyak memberikan keturunan, karena ketenangan, kebahagiaan dan keharmonisan keluarga akan terwujud dengan lahirnya anak-anak yang menjadi harapan setiap pasangan suami-istri.

Berkenaan dengan hal tersebut, Allah Ta'ala berfirman,
Dan orang-orang yang berkata, 'Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa'. (al-Furqan:74).

Dalam sebuah hadits, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,
Menikahlah dengan wanita-wanita yang penuh cinta dan yang banyak melahirkan keturunan. Karena sesungguhnya aku merasa bangga dengan banyaknya jumlah kalian pada hari kiamat kelak. Demikian hadist yang diriwayatkan Abu Daud, Nasa'I, al-Hakim, dan ia mengatakan, Hadits tersebut sanadnya shahih.
Hendaknya wanita yang akan dinikahi itu seorang yang masih gadis dan masih muda. Hal itu sebagaimana yang ditegaskan dalam kitab Shahihain dan juga kiab-kitab lainnya dari hadits Jabir, bahwa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah bertanya kepadanya,

Apakah kamu menikahi seorang gadis atau janda? dia menjawab,"Seorang janda."Lalu beliau bersabda, Mengapa kamu tidak menikahi seorang gadis yang kamu dapat bercumbu dengannya dan ia pun dapat mencumbuimu?.

Karena seorang gadis akan mengantarkan pada tujian pernikahan. Selain itu seorang gadis juga akan lebih menyenangkan dan membahagiakan, lebih menarik untuk dinikmati akan berperilaku lebih menyenangkan, lebih indah dan lebih menarik untuk dipandang, lebih lembut untuk disentuh dan lebih mudah bagi suaminya untuk membentuk dan membimbing akhlaknya.

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam sendiri telah bersabda,

Hendaklah kalian menikahi wanita-wanita muda, karena mereka mempunyai mulut yang lebih segar, mempunyai rahim yang lebih subur dan mempunyai cumbuan yang lebih menghangatkan.

Demikian hadits yang diriwayatkan asy-Syirazi, dari Basyrah bin Ashim dari ayahnya, dari kakeknya. Dalam kitab Shahih al_Jami' ash_Shaghir, al-Albani mengatakan, "Hadits ini shahih."
Dianjurkan untuk tidak menikahi wanita yang masih termasuk keluarga dekat, karena Imam Syafi'I pernah mengatakan, "Jika seseorang menikahi wanita dari kalangan keluarganya sendiri, maka kemungkinan besar anaknnya mempunyai daya piker yang lemah."
Disunahkan bagi seorang muslim untuk menikahi wanita yang mempunyai silsilah keturunan yang jelas dan terhormat, karena hal itu akan berpengaruh pada dirinya dan juga anak keturunannnya. Berkenaan dengan hal tersebut, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,

Wanita itu dinikahi karena empat hal: karena hartanya, keturunannya, kecantikannya dan karena agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, niscahya kamu beruntung. (HR. Bukhari, Muslim dan juga yang lainnya).
Hendaknya wanita yang akan dinikahi itu taat beragama dan berakhlak mulia. Karena ketaatan menjalankan agama dan akhlaknya yang mulia akan menjadikannya pembantu bagi suaminya dalam menjalankan agamanya, sekaligus akan menjadi pendidik yang baik bagi anak-anaknya, akan dapat bergaul dengan keluarga suaminya.

Selain itu ia juga akan senantiasa mentaati suaminya jika ia akan menyuruh, ridha dan lapang dada jika suaminya memberi, serta menyenangkan suaminya berhubungan atau melihatnnya. Wanita yang demikian adalah seperti yang difirmankan Allah Ta'ala,

"Sebab itu, maka wanita-wanita yang shahih adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminyatidak berada di tempat, oleh karena Allah telah memelihara mereka". (an-Nisa:34).

Sedangkan dalam sebuah hadits, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,
"Dunia ini adalah kenikmatan, dan sebaik-baik kenikmatannya adalah wanita shalihah". (HR. Muslim, Nasa'I dan Ibnu Majah).
Selain itu, hendaklah wanita yang akan dinikahi adalah seorang yang cantik, karena kecantikan akan menjadi dambaan setiap insan dan selalu diinginkan oleh setiap orang yang akan menikah, dan kecantikan itu pula yang akan membantu menjaga kesucian dan kehormatan. Dan hal itu telah disebutkan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dalam hadits tentang hal-hal yang disukai dari kaum wanita.

Kecantikan itu bersifat relatif. Setiap orang mempunyai gambaran tersendiri tentang kecantikan ini sesuai dengan selera dan keinginannya. Sebagian orang ada yang melihat bahwa kecantikan itu terletak pada wanita yang pendek, sementara sebagian yang lain memandang ada pada wanita yang tinggi.

Sedangkan sebagian lainnya memandang kecantikan terletak pada warna kulit, baik coklat, putih, kuning dan sebagainya. Sebagian lain memandang bahwa kecantikan itu terletak pada keindahan suara dan kelembutan ucapannya.
Demikianlah, yang jelas disunahkan bagi setiap orang untuk menikahi wanita yang ia anggap cantik sehingga ia tidak tertarik dan tergoda pada wanita lain, sehingga tercapailah tujuan pernikahan, yaitu kesucian dan kehormatan bagi tiap-tiap pasangan.

AWAN MEMAYUNGIN INSAN YG BERTAUBAT

Diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya.
Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di
desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya
berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan
mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu
menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut
kepada Allah."

Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana
menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin
berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."


Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Is
kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat
gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah
desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian
mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus
menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi
hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas
bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh
itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang
yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun
berada di situ."

KELEBIHAN SUJUD

Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar
mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu
sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia,
malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau
akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika
bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.
dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu
manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud
lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan Mengembalikan
kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat
asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan
bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud
dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara
automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut
(convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan
oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak
secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan
Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan
sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak
dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup
untuk berfungsi secara normal dan sempurna

wallahualam bissawab

Monday, March 3

Keputusan Rasmi MTQ peringkat sekolah 2008

Wakil Sekolah ke MTQ daerah 2008

Johan Tilawah L :Mohd Zakiuddin bin Hanafi 1 Alim(muka baru)
Johan Tilawah P :Latifah Nadia bte Hazaman 2 Daie(muka baru)
Johan Hafazan L :Tengku Ibrahim Helmi bin Tengku Mohammad5 Alim(muka baru)
Johan Hafazan P :Nurazwa Khairina bte AmatKhir 5 Mujahid(muka baru)
Johan Berzanji L : Muhamad Bahrain bin Adom 4 Alim(Johan Tilawah Daerah 07)
Johan Nerzamji P : Halimah Hazirah bte Hassan 3 Mujahid(Ketiga Negeri 07)
Johan Syarahan Ag:Mohamad Asyraf bin Kosnan 5 Alim (Johan Daerah 07)
Johan Syarahan Ag:Nursyuhada bte Aris 5 Alim (Ketiga Daerah 07)
Johan Syarahan BA:Faizarul Azwan bin Maskan 5 Alim (Naib Johan daerah 07)
Johan Syarahan BA:Siti Farahani bte Abu Bakar 5 Alim (Naib Johan daerah07)
Johan Khat L : Mohd Bazli bin Shahlan 1 Alim (muka baru)
Johan Khat P :Nor Fazli Fazwin bte Ali 4 Arif (saguhati daerah 07)

Tahniah kepada semua pemenang .

Kiriman Oleh Afiqah Mohamed EX Maahad_Kami Sayang Pelajar Maahad

Nak 'Couple' Boleh Tak?????!!!

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Apa Itu Ber ‘couple’?
Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.


Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Mengapa Ber’couple’ Haram?

Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”


Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".


Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”.


Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5( not sure skrg masih ade x dalam syllabus, spatutnye masih ade kan??). Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.


Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”


Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.


Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”


Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”


Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.


Apa Yang Patut Dilakukan?

Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.

Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.

Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:

“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.


Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.


Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:

“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”


Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.


Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:

“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).


Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11:

“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”


Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :

“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151).

Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23:

“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”


Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam.