SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Monday, March 31

Keadaan api neraka waktu di ciptakan- kiriman miss afiqah, UK.

"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
�Api neraka itu dinyalakan hingga 1000 tahun hingga menjadi merah, kemudian dinyalakan di atasnya selama 1000 tahun hingga menjadi putih, kemudian dinyalakan lagi selama 1000 tahun hingga menjadi hitam, maka ia menjadi hitam dan gelap.�
(HR. Tirmidzi)

Dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
�Apimu ini (api di atas dunia ini) adalah satu bahagian dari 70 bahagian api Jahannam. Kalau sahaja ia tidak dipadamkan dua kali tentulah kamu tidak dapat memanfaatkannya, dan ia berdoa kepada Allah agar ia tidak dikembalikan ke dalam neraka.�
(HR. Ibn Majah)

Ka�bah Al-Ahbar berkata: �Demi Allah, yang nyawaku berada di tangan-Nya, seandainya engkau berada di timur dan api neraka berada di barat, kemudian ia disingkapkan, nescaya otakmu akan keluar dari ke dua lubang hidungmu kerana sangat panasnya. Wahai orang-orang beriman, apakah kamu merasa tenang dengan kenyataan ini? Apakah kamu akan tahan dengan kenyataan ini? Wahai orang-orang yang beriman, sebenarnya mentaati Allah lebih ringan dari seksaan ini, oleh itu , taatilah Dia.�

Diriwayatkan bahawa Allah S.W.T. mengutuskan malaikat Jibril kepada Nabi Adam a.s. supaya memperoleh sedikit api dan diberikan kepada Nabi adam a.s. agar ia mudah memasak makanan. Maka datanglah Jibril kepada malaikat Malik, lalu malaikat Malik bertanya: �wahai Jibril apakah yang engkau kehendaki dari neraka ini?�
Pertanyaan malaikat Malik itu dijawab oleh malaikat Jibril: �Wahai Malik, berikanlah aku api dari neraka itu agak sebesar buah kurma.� Maka berkata Malik: �Wahai Jibril, jika sebesar kurma aku keluarkan dari neraka itu, maka akan hancurlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi kerana panasnya.�
Mendengar keterangan dari malaikat malik, Jibril lalu pergi menghadap Allah S.W.T seraya berkata: �Ya Allah, berapa besar api yang akan aku ambil dari neraka untuk diberikan kepada Adam?� Kata Allah: �Ambillah sebesar debu.� Lalu malaikat Jibril mengambil api neraka itu sebesar debu dan di bawa turun ke dunia untuk diberikan kepada Adam. Sebelum diserahkan kepada Adam, api neraka itu dicelup ke dalam sungai sebanyak 70 kali.
Lalu Jibril pun meletakkan api itu diatas bukit yang tinggi, maka bukit itu pun hancur luluh dan bahangnya ditinggalkan, sedangkan api neraka sebesar debu itu dikembalikan oleh Jibril ke neraka semula.

Dalam riwayat lain pula di katakan, bahawa Jibril pernah berkata kepada Rasulullah S.A.W. �Demi zat yang menguruskan dengan hak seseorang Nabi, sekiranya neraka itu dibuka sebesar lubang jarum ke arah matahari terbit, sungguh akan terbakarlah manusia yang ada di bumi kerana sangat panasnya. Andaikata pakaian ahli neraka digantung antara langit dan bumi, maka akan matilah seluruh penghuni bumi kerana panasnya. Andaikata ada satu hasta rantai yang Allah sebutkan di dalam al-Quran itu di letakkan di atas gunung, nescaya kan tembuslah guning itu hingga ke dasar bumi yang tujuh.

0 sila komen disini: