Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar
mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu
sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia,
malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau
akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika
bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.
dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu
manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud
lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan Mengembalikan
kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat
asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan
bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud
dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara
automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut
(convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan
oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak
secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan
Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan
sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak
dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup
untuk berfungsi secara normal dan sempurna
wallahualam bissawab
Tuesday, March 4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 sila komen disini:
Post a Comment