SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Wednesday, May 28

Berada di serambi masjid ketika haid

Soalan ASSALAMUALAIKUM
1.Adakah benar wanita dalam Haidz dibenarkan
duduk diserambi masjid untuk mendengar ceramah atau memberi kuliah ugama.
2.Adakah benar berada didalam surau bagi wanita yang dlm Haidz utk mengajar atau mendengar ceramah agama dibenarkan.
Wassallam
Jawapan ASSALAMUALAIKUM WRH.

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.

1. Serambi masjid adalah sebahagian daripada kawasan yang diiktiraf sebagai masjid dan selalunya pada hari Jumaat serambi masjid juga dipenuhi jemaah untuk solat Jumaat. Oleh itu, ia tetap haram bagi wanita haid dan nifas untuk duduk atau pergi-balik di dalamnya. Boleh menyeberanginya sebagaimana yang telah diterangkan dalam jawapan kepada penyoal yang lain. Makruh melewati masjid kerana keperluan ketika hadasnya sedang banyak tetapi dia yakin tidak akan mengotori masjid dengan masuk dari sebuah pintu dan keluar dari pintu yang lain.
2. Perkataan masjid adalah merujuk kepada binaan yang diiktiraf dan digunakan khas untuk tujuan ibadat. Surau adalah istilah yang digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membezakannya daripada masjid yang lebih besar dan digunakan untuk sembahyang jumaat.Dalam Islam perkataan surau tidak wujud, yang ada hanya masjid iaitu binaan bagi tujuan yang dinyatakan tadi. Oleh itu, jika surau di sesuatu tempat telah diiktiraf oleh penduduk setempat sebagai tempat ibadat khusus seperti solat berjemaah, beriktikaf, bertadarus, berzikir dsb. di samping ibadat umum yang lain maka ia tetap haram bagi wanita haid dan nifas untuk duduk di dalamnya. Tetapi jika surau tersebut telah tidak digunakan untuk tujuan berkenaan dan berubah status kepada madrasah sebagai tempat belajar maka bolehlah mereka duduk didalamnya.

Sekian, wassalam.

0 sila komen disini: