PERTAMA Hamba ALLAH yang gemar beribadah, jujur istiqamah, hidup dengan sederhana meski pun kaya selalu meningkatkan hubungannya dengan ALLAH dan berpegang teguh kepada ajaran agamanya.
KEDUA Ulama yang sentiasa mendalami ilmu pengetahuannya dan tabah menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar serta tidak menyelewengkan ketentuan agama.
KETIGA Umara ataupun pemimpin yang adil, demokrasi, berkelakuan baik, menghargai kebenaran dari manapun datangnya, jujur dalam memimpin.
KEMPAT Orang kaya yang solleh, yang mendermakan harta kekayaannya pada tempat yang membawa manfaat bagi orang ramai. Menolong yang lemah dan memerlukannya. Dia mencari hartanya dengan tujuan yang mulia. Dunia hari ini sering digemparkan dengan berita-berita mengenai pecah amanah di sana sini. Bapa merogol anak, bayi baru lahir dibuang, warga tua diragut, kanak-kanak didera, dan berbagai-bagai lagi kejadian yang menyentuh hati dan membangkitkan kemarahan banyak pihak. Semuanya berpunca daripada hilangnya sifat amanah dari jiwa manusia. Sesungguhnya di akhir zaman ini amat sukar untuk mencari orang yang benar-benar amanah sedangkan apa jua perkara dan tindakan yang diambil perlukan sifat amanah. Seorang bapa yang khianat tidak akan menjaga anak yang menjadi amanah Allah kepadanya bahkan diperkosa anaknya sendiri atau dia berzina dengan wanita lain. Begitu juga dengan kerajaan yang dipimpin oleh penguasa yang tidak amanah sudah pasti suatu hari nanti umat akan hancur. Fakir yang sombong juga tidak akan sudi menerima bantuan dan perhatian orang lain sedangkan ia sangat memerlukannya. Kesudahannya hidupnya tidak akan berubah sampai bila-bila hinggakan kefakiran tersebut membawanya kepada kekufuran. Hakikatnya janganlah kita mengkhianati amanah sedangkan kita mengetahuinya. Balasannya di hari akhirat kelak amat dahsyat menunggu kita
Tuesday, October 14
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 sila komen disini:
Post a Comment