SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pages

Subscribe

Wednesday, October 1

SMKA Maahad Muar Johan Marhaban Diastro 2008




GRAND FINAL Pertandingan Nasyid Dan Marhaban 2008

Grand Final, Pertandingan Nasyid Dan Marhaban, Marhaban Di Astro 2008 telah pun berlangsung dengan jayanya pada 20 dan 21 September yang lalu bertempat di Aeon Shopping Centre, Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Sebanyak 7 kumpulan telah bertanding sebagai finalis kategori nasyid manakala 5 kumpulan lagi telah bertanding sebagai finalis kategori marhaban. Finalis ini telah terpilih menerusi pusingan saringan yang telah berlangsung di 6 lokasi di seluruh negara. Keputusan penuh pertandingan Grand Final Pertandingan Nasyid Dan Marhaban, Marhaban Di Astro 2008 adalah seperti berikut:

GRAND FINAL PERTANDINGAN NASYID DAN MARHABAN
MARHABAN DI ASTRO 2008
Lokasi: AEON Shopping Centre, Bukit Tinggi, Klang, Selangor
Tarikh: 20 & 21 September 2008
Grand Final, Pertandingan Nasyid Dan Marhaban, Marhaban Di Astro 2008 telah pun
berlangsung dengan jayanya pada 20 dan 21 September yang lalu bertempat di Aeon
Shopping Centre, Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Sebanyak 7 kumpulan telah bertanding
sebagai finalis kategori nasyid manakala 5 kumpulan lagi telah bertanding sebagai finalis
kategori marhaban. Kumpulan-kumpulan yang bertanding di Grand Final adalah seperti
berikut:
KATEGORI NASYID
NAMA KUMPULAN CATATAN
IZDAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA
MAAHAD MUAR, JOHOR
(JOHAN ZON JOHOR)
IKHWANU SHAQHIKOH KG. MATANG ACHEH, PANTAI REMIS, PERAK
(JOHAN ZON PERAK)
NUR-ONE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, KAMPUS SERI
ISKANDAR, BOTA, PERAK
(NAIB JOHAN ZON PERAK)
AN NAJWA BUTTERWORTH, PULAU PINANG
(JOHAN ZON PULAU PINANG)
SODIQUL AMIN SEKOLAH RENDAH ISLAM, ALOR STAR, KEDAH
(NAIB JOHAN ZON PULAU PINANG)
RAWIYANI MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA, SELANGOR
(JOHAN ZON SELANGOR)
EXPRESI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, KAMPUS SHAH
SLAM, SELANGOR
(NAIB JOHAN ZON SELANGOR)
KATEGORI MARHABAN
NAMA KUMPULAN CATATAN
CALIPH PANGKALAN TENTERA LAUT DI RAJA MALAYSIA
(TLDM), LUMUT, PERAK
(JOHAN ZON PERAK)
IN-SAF SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SENGGARANG, BATU PAHAT, JOHOR
(NAIB JOHAN ZON JOHOR)
BADRUL MUNIR AYER HITAM, KEDAH
(JOHAN ZON PULAU PINANG)
NUR UMMAIRAH SENTUL, KUALA LUMPUR
(JOHAN ZON SELANGOR)
AR-RAYYAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA
MAAHAD MUAR, JOHOR
(JOHAN ZON JOHOR)
Kesemua kumpulan yang bertanding merupakan kumpulan-kumpulan yang telah
memperolehi markah tertinggi dan terbaik di enam lokasi saringan yang telah dijelajahi.

Lokasi-lokasi tersebut adalah Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Melaka, Pulau Pinang dan Klang.

Pertandingan Grand Final ini telah diadili oleh 3 orang juri tetap yang telah menjelajah kesemua lokasi iaitu penyanyi nasyid solo Ustaz Akhil Hayy, penyanyi solo yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Inteam iaitu Suhaimi Saad dan juga penyanyi solo wanita yang berpengalaman iaitu Aishah. Secara keseluruhan para juri berpendapat,kualiti peserta di peringkat Grand Final ini amat memuaskan dan setiap kumpulan nampaknya telah membuat persiapan yang amat rapi untuk menghadapi pertandingan peringkat Grand Final ini. Kualiti persembahan dan vokal yang ditunjukkan berada pada tahap yang baik. Selain itu setiap kumpulan terutama di dalam kategori nasyid bersiap sedia dengan koreografi persembahan yang amat kreatif dan menghiburkan.
Kesemua peserta telah menunjukkan gaya persembahan yang berbeza. Kreativiti mereka
turut terserlah di mana kebanyakan kumpulan nasyid yang bertanding memilih untuk
menyanyikan lagu ciptaan mereka sendiri. Juri berpendapat lagu-lagu ciptaan sendiri yang dipersembahkan mempunyai kualiti yang baik di samping mempunyai kepelbagaian irama.
Di peringkat ini, sebahagian peserta telah menunjukkan taraf profesional mereka dalam
membuat persembahan. Sebahagian peserta yang memilih untuk diiringi muzik secara ‘live’ pula telah membuat susunan muzik yang menarik. Ini adalah satu pentas yang amat baik bagi setiap peserta mengutip pengalaman yang amat bermakna.

Bagi kategori marhaban, juri telh mengenalpasti kumpulan yang bertanding telah dapat
dikenalpasti terbahagi kepada dua kelompok iaitu kumpulan yang memperjuangkan
marhaban asli terutama melodi marhaban asli dari tempat asal mereka manakala satu lagi kelompok tampil agak berani untuk memberi improvisasi terhadap marhaban asli. Juriberpendapat ini adalah perkara yang amat baik kerana selain mengekalkan identiti
marhaban itu sendiri, penonton juga berpeluang menghayati marhaban gaya generasi baru
yang sudah tentu memberikan kepelbagaian.

Ustaz Akhil Hayy yang telahpun 3 tahun menjadi juri tetap untuk program ini berpendapat,kualiti peserta tahun ini adalah lebih baik dari tahun terdahulu. Bahkan para juri mempunyai kesukaran untuk memilih kumpulan yang terbaik. Para juri telah berhujah dan memberi pelabagi pendapat secara sihat dalam mempertimbangkan dan menentukan pemenang.
Walaubagaimaanpun, adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Bagi
kategori marhaban, johan telah disandang oleh Kumpulan Ar-Rayyan dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar, Johor manakala johan kategori nasyid telah
disandang oleh Kumpulan Ikhwanu Shaqhikoh dari Pantai Remis, Perak.
Keputusan penuh pertandingan Grand Final Pertandingan Nasyid Dan Marhaban,
Marhaban Di Astro 2008 adalah seperti berikut:
KATEGORI MARHABAN
JOHAN Kumpulan Ar - Rayyan
NAIB JOHAN Kumpulan Badrul Munir
TEMPAT KETIGA Kumpulan Caliph

KATEGORI NASYID
JOHAN Kumpulan Ikhwanu Shaqhikoh
NAIB JOHAN Kumpulan Rawiyani
TEMPAT KETIGA Kumpulan An Najwa
TEMPAT KETIGA Kumpulan Sodiqul Amin

Antara fakta menarik adalah, johan bagi kategori nasyid iaitu Kumpulan Ikhwanu
Shaqhikoh terdiri daripada 5 orang adik beradik dan mereka telah dilatih oleh bapa mereka sendiri yang merupakan guru tilawah al-quran, tarannum dan burdah. Pemenang tempat ketiga bagi kategori nasyid pula terdiri daripada wakil tunggal kumpulan nasyid wanita iaitu kumpulan An Najwa dari Pulau Pinang yang berkongsi tempat dengan adik-adik cilik pelajar darjah empat sehingga enam dari Sekolah Rendah Islam Alor Star, Kedah.

Secara keseluruhannya, pihak penganjur telah menerima kira-kira seratus lima puluh demo yang dipertimbangkan untuk mengikuti saringan akhir di enam lokasi yang telah dijelajahi.Dari jumlah itu, hanya tujuh terpilih ke peringkat akhir nasyid manakala lima lagi terpilih sebagai finalis kategori marhaban. Peserta pertandingan terdiri dari pelbagai lapisan umur(peserta paling muda berusia 10 tahun, manakala peserta tertua berusia 63 tahun), juga dari pelbagai latar belakang pekerjaan, gender, dan dari pelbagai lokasi di seluruh Malaysia.

Hadiah-hadiah pertandingan telah disampaikan oleh juri yang mengadili pertandingan iaitu Ustaz Akhil Hayy, Suhaimi Saad dan juga Aishah. Juara bagi kedua-dua kategori telah menerima hadiah wang tunai RM 5,000 beserta sijil, hamper dan barangan tajaan penaja iaitu Nestle. Tempat kedua memenangi hadiah wang tunai RM 4,000 beserta sijil, hamper dan barangan penaja, manakala pemenang tempat ketiga memenangi hadiah sijil, hamper dan barangan penaja beserta wang tunai RM 3,000 bagi kategori marhaban dan RM 2,000 bagi kategori nasyid. Kesemua pemenang saguhati pula telah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 1,000 beserta sijil, hamper dan barangan penaja.
Pertandingan Grand Final ini telah dihoskan oleh Zainal Alam Kadir, Farish dan Fitri AF2.

0 sila komen disini: